Home Novel Seram/Misteri Chandelier
Chandelier
FiFi HafiZa
13/4/2017 23:36:39
33,424
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 2

“Kirana, maafkanlah aku. Kau bagitahu aku, kau nak suruh aku buat apa? Aku akan ikut cakap kau. Aku dah tak ada sape-sape dah. Tolong aku, Kirana.”rayu Ku Syakira.

“Betul ni? Kau ikut cakap aku?” Kirana tersengih.

“Be..betul.”

“Aku..aku nak kau mampus!” jerit Kirana sambil menarik sanggul Ku Syakira. Terurai rambutnya yang ikal mayang. Kirana terpempan.

Pisau di atas meja dicapai.Rambut Ku Syakira ditarik kuat tanpa belas dan dikerat kasar. Ku Syakira menjerit lantang. Mengaduh kesakitan. Ditarik ke depan dan ke belakang dengan kasar tanpa belas. Kirana menggetap bibir. Puas melihat rupa Ku Syakira yang tak terurus. Tiada lagi rambut ikal mayang. Tiada lagi kulit halus mulus. Kirana ketawa puas hati sedangkan Ku Syakira mengongoi mengenangkan nasib diri.

“Diam...diam aku kata! Kau ni bisinglah!”

Muka Ku Syakira ditampar kuat. Ku Syakira memejamkan mata. Lemah segala sendinya diperlakukan sedemikian rupa dalam keadaan masih berikat. Kerusi ditolak kasar hingga menyembah lantai. Ku Syakira mengaduh akibat terhentak kepala. Pandangannya berpinar, kelam dan gelap gelita. Ku Syakira pengsan.

Bunyi besi diasah jelas kedengaran. Ku Syakira membuka mata perlahan-lahan. Kirana membongkok mengasah besi. Masih membuat chandelier? Ikatan cuba dilonggarkan sekali lagi. Gagal. Ku Syakira merenung gelagat Kirana yang tekun mengasah. Kirana berpaling bila menyedari tindak tanduknya diperhatikan.

“Kau dah bangun? Tolak sikit pun dah pengsan. Teruk betul!” bebel Kirana.

Kirana membelek besi tajam yang diasahnya. Tajam dan berkilat. Kirana merenung mengadap tingkap yang terbuka luas. Angin lembut menyapa wajahnya. Jam di tangan dikerling, hampir 1 pagi. Cahaya bulan semakin terang. Sesuai untuk melaksanakan misinya. Misi yang dirancang berbulan-bulan lamanya.

“Dah sampai waktunya.” Kirana berbisik dan tersenyum.

Besi panjang dan tajam yang diasahnya sebentar tadi digenggam kuat. Kirana menoleh memandang Ku Syakira tajam. Kerusi yang diduduki Ku Syakira ditegakkan semula dan diseret kasar ke luar bangsal. Ku Syakira hanya mendiamkan diri, bimbang disakiti lagi jika membuat bising. Sesekali mengaduh sakit apabila pehanya yang luka terkena angin yang menyapa.

Kirana berhenti melangkah. Ku Syakira diletakkan di tengah-tengah halaman. Tepat di mana cahaya bulan bersinar dan menyinari wajah Ku Syakira. Bunyi cengkerik menemani malam mereka. Pada waktu itu, udara malam begitu dingin. Bulu romanya menegak sehingga kulit gebunya jelas berbintil-bintil.

Ikatan Ku Syakira dibuka dan dilempar jauh. Kecederaan yang Ku Syakira alami membataskan pergerakannya untuk ke mana-mana. Jika melarikan diri pun, pasti ditemui. Kirana meletakkan tangannya di bahu Ku Syakira. Mata bertentang mata, jauh menusuk di dalam hati.

“Ku Sya, pandang lah aku. Pandang wajahku.” Bagai diseru, Ku Syakira menatap wajah Kirana. Kirana merenung ke dalam mata Ku Syakira lalu membaca ayat-ayat yang sukar difahami tanpa melepaskan pegangan di bahu Ku Syakira. Seketika kemudian, mata Kirana mula bersinar kemerahan seperti biji saga.

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh FiFi HafiZa