Home Novel Seram/Misteri Chandelier
Chandelier
FiFi HafiZa
13/4/2017 23:36:39
33,412
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

“Cantiknya lampu baru ni, Pak Deraman. Halus buatannya. Kalau dia jual ni, saya jamin orang nak beli dengan harga tinggi. Cantik sangat. Sekali pandang, mata ni macam melekat je.” Ujar Tajul, salah seorang pekerja Kirana.

“Aku pun rasa macam tu jugak Tajul. Dari tadi aku dok ralit tengok Mak Munah kamu lap lampu ni. Kadang-kadang nampak macam ada warna merah. Pandai Cik Puan Kirana buat. Nampak je kecik, tapi boleh buat lampu.” Kata-kata Pak Deraman disambut dengan gelak tawa Tajul. Memang betul, tak siapa sangka gadis kecil molek seperti Kirana mempunyai kebolehan menukang lampu hias tanpa bantuan sesiapa pun.

Prang!! Bunyi kaca terhempas mematikan tawa mereka berdua. Tajul dan Pak Deraman tergamam. Puas memerhati sekeliling sekiranya ada yang pasu kristal yang pecah tetapi ternyata tak ada pecah. Semuanya seperti sediakala.

“Kucing je kot kat dapur tu. Nanti aku suruh Mak Munah kau jenguk.” Tajul hanya mengangguk. Masih bingung dengan apa yang dialami sebentar tadi.

Lampu hias chandelier dihampiri. Sebaik saja lampu itu diangkat, darah merah mengalir di atas simen. Tajul terkebil-kebil memerhatikan darah yang bertakung. Peliknya, darah hanya ada di simen dan langsung tak kena chandelier yang berada di atas simen. Tajul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memerhatikan Pak Deraman yang kelihatan masih mencari barang yang pecah sebentar tadi.

‘Astarghfirullahal aziim’ Tajul mengurut dadanya lalu menggamit Pak Deraman agar menghampirinya.

“Pak Deraman...” bisik Tajul perlahan.

“Apa? Takkan bunyi kaca pecah pun kau takut sampai nak aku teman?” usik Pak Deraman. Tajul menggeleng.

“Ni....ada darah....”sambil menunjukkan ke arah chandelier. Darah yang dilihatnya sebentar tadi hilang tiada kesan. Simen juga kering. Yang ada hanyalah chandelier unik itu saja. Pelik.

“Kau jangan nak macam-macam Tajul. Aku nak balik ni. Kau pasang lampu tu, lepas tu kau balik. Aku banyak hal lagi ni.” Tajul hanya mendiamkan diri dan mula memasang lampu hias itu dengan cermat.

“Ku Sya....Ku Sya..” Mak Munah hanya memerhatikan Kirana yang asyik meracau-racau sedari tadi. Hanya nama Ku Syakira bermain di bibir Kirana. Barangkali Kirana merindui Ku Syakira. Bondanya baru sahaja meninggal dunia. Ayah kandungnya menghilangkan diri tanpa khabar berita ketika tanah kubur masih merah lagi dan kini Ku Syakira pula hilang tanpa jejak. Pastinya meninggalkan tamparan hebat buat gadis muda itu.

Mak Munah kembali menukar kain basahan dahi Kirana. Panas semakin kurang. Perlahan-lahan Mak Munah cuba mengejutkan Kirana. Wajah polos gadis itu ditatap.

‘Kasihan kau nak. Kalau la masa ni boleh diputar balik.’ Gumam Mak Munah sambil mengusap dahi Kirana yang basah dengan peluh. Kasihan pula dia melihat Kirana. Mak Munah berdiri merenggangkan badan tua yang lenguh. Tangannya dicengkam sebaik saja dia berdiri.

“Mak Munah, Ku Sya dah gantung?” Dengan susah payah Kirana menutur kata.

“Hah? Ku Sya? Gantung kat mana?” tanya Mak Munah sambil menjegilkan matanya.

“Lampu..lampu chandelier saya. Namanya Ku Sya.” Mak Munah mendiamkan diri. Tanpa disedari, air matanya menitik. Begitu sayangnya Kirana terhadap Ku Syakira sehingga lampu unik itu dinamakan Ku Sya.

“Pak Deraman tengah gantung lampu rasanya. Dia turun bawah tunggu pekerja datang. Tak tahulah dah gantung ke belum. Mak Munah tak turun lagi. Dari tadi dok tunggu Cik Puan bangkit dulu.” Jelas Mak Munah dengan panjang lebar. Kirana mengangguk.

“Mak Munah turun dulu lah, Cik Puan. Mak Munah masakkan bubur ye. Nanti dah makan, ada lah tenaga sikit. Baru boleh makan ubat.” Mak Munah berlalu dengan lenggang lenggok ke pintu.

“Mak Munah..” Mak Munah berpaling apabila Kirana memanggil.

“Pastikan Ku Sya siap digantung hari ni juga.” Pesan Kirana. Mak Munah mengangguk.

‘Tiada nama lain lagi kah untuk sebiji lampu hias itu. Mungkin nama Ku Sya diberi sempena memperingati Ku Syakira agaknya. Mereng agaknya budak ni’ bebel Mak Munah sendirian sambil menuruni tangga rumah agam itu.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh FiFi HafiZa