Home Novel Seram/Misteri Chandelier
Chandelier
FiFi HafiZa
13/4/2017 23:36:39
33,425
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 1


Tahun 1979

Ku Syakiraterpisat-pisat membuka mata. Pedih terkena silauan lampu kristal yangbergantungan. Di mana? Ku Syakira memandang sekeliling. Tangan dan kaki yangberikat pada kerusi sekaligus melumpuhkan pergerakannya. Angkara siapa?

Ku Syakira menggoyangkantubuhnya dengan harapan dapat meleraikan tali yang mengikatnya. Berkali-kalimencuba, ternyata usahanya sia-sia. Ikatan tali itu terlalu kejap. Sukar untukdileraikan. Ku Syakira mengeluh. Bayangan seseorang menghampirinya. Ku Syakiramembuntangkan mata. Tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ku Syakiramemejamkan mata dan membuka matanya kembali. Dia tak bermimpi.

“Kau dah sedar, Ku Syakira?” Ku Syakira menggelengkan kepala.Beristighfar di dalam hati. Masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

“Kirana? Apa kau buat ni? Lepaskan aku, Kirana. Apa kau nakdengan aku? Jangan kau buat aku begini.” Rayu Ku Syakira.

“Kau bijak, Ku Sya. Semua menyanjungi kau. Bonda juga begitu.Sampai dia nak mati pun, nama kau disebutnya. Kau pandai, belajar tinggi.Sedangkan aku, terpaksa uruskan perniagaan Bonda. Kehendak aku tak siapapeduli. Harta bonda juga jatuh ke tangan kau. Padahal aku yang bertungkus-lumusmembangunkan perniagaannya. Aku bersengkang mata mereka lampu-lampu hiasannya.”Ku Syakira cuba menghadam kata-kata Kirana walau masih terlalu banyak persoalanyang berlegar dalam fikirannya.

Mulut Ku Syakira ditekup dengan kuat dan sebelahtangan Kirana mula bekerja. Pisau tajam ditoreh perlahan dan dalam di pipiputih Ku Syakira. Menerbitkan torehan panjang dengan darah merah. Ku Syakiramenggelengkan kepala, cuba membebaskan diri dari Kirana. Air mata mengalirderas tanda kesakitan.

“Sakit?” Hilai tawaKirana bergema. Ku Syakira mengongoi kesakitan. Air mata yang melelehmemedihkan lagi luka dalam di pipi. Kirana tunduk merendahkan diri, hampirdengan Ku Syakira dan berbisik.

“Itu baru sedikit, sayang.Aku akan akhiri penderitaan kau sekejap lagi.” Ku Syakira terpempan.

Darah di pisau dijilat hingga ke hujung ulu pemegang.Segar. Manis. Ku Syakira hanya memerhati tindak tanduk Kirana sambil berharapdia tidak diapa-apakan lagi. Ku Syakira didekati sekali lagi. Pisau yang sudah bersih dijilat Kirana dibenamkan di peha Ku Syakira. Ku Syakira menjeritnyaring. Menggeletar.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh FiFi HafiZa