Home Novel Seram/Misteri Chandelier
Chandelier
FiFi HafiZa
13/4/2017 23:36:39
33,427
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 17

Benar kata Pak Deraman. Di kawasan bangsal, telah dipenuhi semak samun. Wajarlah orang tua itu bimbang jika ada binatang berbisa di kawasan itu.

            “Pak Deraman, bagi saya sabit. Saya tolong sekali.” Pinta Megat Iskandar.

            “Ishh..mana boleh Iskandar. Awak tu majikan, Pak Deraman ni pekerja saja. Tak pe, Pak Deraman boleh buat. Masih kuat lagi ni.” Katanya sambil menebas semak.

“Bagi saja pada saya. Boleh buat senaman sikit petang ni.” Sabit bertukar tangan. Sesekali Pak Deraman memerhati Megat Iskandar menebas. Dia tidak canggungmelakukan kerja-kerja berat. Bukan seperti keluarga kaya yang lain, yang mana seringmendabik dada.

“Berapa lama tak ditebas ni, Pak Deraman?” tanyanya tercungap-cungap. Sesekali peluh didahinya diseka.

“Pak Deraman memang dah lama nak tebas semak ni. Tapi Cik Puan Kirana tak bagi. Kita risau takut binatang berbisa. Dia pula suruh abaikan. Tuh yang jadi hutan kat sini. Dah alang-alang, Cik Puan Kirana dah tak ada, Pak Deraman nak bersihkan terus. Sakit dah mata ni dok tengok semak sangat.” Ujarnya.

Megat Iskandar melabuhkan punggungnya di kerusi kayu berhampiran. Peluhnya diseka sekali lagi. Dia kepenatan. Dalam melepaskan lelah, dia memandang Pak Deraman yang masih sibuk menebas.

            “Pak Deraman, saya pasti Pak Derama ntahu segalanya tentang Kirana, bukan? Apa benar, Kirana tak sihat?” tanya Iskandar tiba-tiba. Pak Deraman berhenti menebas. Terperanjat dengan soalanyang tak disangka-sangka. Tambahan pula dari majikannya sendiri.

            “Entahlah Iskandar. Tak tahu bagaimana nak terangkan. Pada waktu siang, Cik Puan tu sihat. Sesiapa tengok dia, memang cakap dia sihat. Tak de rupa orang sakit pun. Tetapi bila maghrib je, dia mula lah meracau, menjerit yang bukan-bukan. Tapi dia banyak menyebutnama saudara dia yang hilang tu. Katanya dah jadi hantu. Tak tahulah betul ketidak.” Jelas Pak Deraman dengan panjang lebar. Megat Iskandar berkerut,memikirkan sesuatu.

            “Sejak bila dia jadi macam tu, Pak Deraman?”Perasaan ingin tahunya mula meluap-luap. Bagai hendak menyiasat lagaknya. Pisauberukir yang dihulur, disambutnya. Ukiran halus di atas pisau itu dipandangdalam-dalam. Cantik dan unik. Pisau itu disimpan di dalam kocek.

            “Hari Cik Puan diijabkabulkan pun ada orang membuat onar. Tak tahulah siapa dengki siapa. Sampai kena tikam la dengan Mak Andam.” Ternganga mulut Megat Iskandar mendengar cerita tersebut. Pak Deraman sudah berhenti menebas. Sekali sekala dia memandang bangsal yang masih terlindung dek semak samun.

            “Mak Andam kena rasuk ke memang dianak tikam?” Pak Deraman tersenyum.

            “Masa tu Mak Andam kena rasuk. Masa dia baru nak solek untuk naik pelamin. Entah apa yang rasuk pun Pak Deraman tak tahu,” jelasnya lagi. Dalam masa yang sama, Pak Deraman cuba menyembunyikansebab musababnya. Biarlah majikannya ini tahu sendiri. Itu lebih baik. Apatahlagi apabila Megat Iskandar berkawan baik dengan bekas majikannya itu.

            “Tapi kan Pak Deraman, bila saya fikir balik, macam ada yang tak kena lah. Macam....” Pak Deraman bingkas bangun. Dia menggeleng.

            “Kamu memang nak tahu cerita ye?Kamu tunggu malam ni. Malam ni malam jumaat, kata orang Indonesia, malamkeliwon. Kamu tunggu apa yang jadi.” Usik Pak Deraman pula.

Megat Iskandar mula gusar. Teringatkan isterinya yang berbadan dua pula. Gangguan apa di malam keliwon?

            “Pak Deraman bergurau, kan?” PakDeraman mula ketawa. Semakin lama, tawanya itu meremangkan bulu roma sesiapa saja yang mendengarnya.

            “Kamu takut?” Pak Deraman menyambungketawa. Sesekali mengilai panjang.

Megat Iskandar berundur. Lain macam cara Pak Deraman ketawa. Megat Iskandar cuba melarikan diri, tetapi kakinya bagai terpasung ke bumi.  Pak Deraman mengilai sekali lagi. Mata merekabertentangan. Tiba-tiba, bahu Megat Iskandar ditepuk perlahan. Dia menoleh. Matanya terbuntang melihat figura di belakangnya.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh FiFi HafiZa