Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
28,972
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

“ Encik dan Puan menempah dua bilik yang berbeza? Pasti tidak mahu connecting room?” kata petugas di kaunter sambil memandang Hisham dan Izara dari atas ke bawah.

“ Ya, bilik berbeza. Tak mahu connecting room.”Hisham menjawab sambil menghulurkan kad kreditnya kepada gadis petugas yang tidak banyak bertanya selepas itu. Sebagai petugas kaunter yang berpengalaman dia boleh membaca gerak geri tetamu hotelnya. Dari riak  muka dan gerak badan dia boleh mengagak samada tetamu hotel yang mendaftar masuk itu ada hubungan kekeluargaan atau tidak. Dia mengagak yang dua orang sedang berdiri di depannya bukan kenalan biasa tetapi ada satu hubungan istimewa antara mereka berdua. Namun sebagai kakitangan hotel yang terlatih dia telah diajar untuk tidak mencampuri urusan peribadi tetamu hotel.

Sebaik sahaja Hisham dan Izara masuk ke dalam bilik masing-masing yang berada di tingkat  13 hotel yang sama  Izara terus merebahkan badannya. Rasa letih selepas menempuh  4 jam perjalanan menyebabkan dia rasa malas untuk bersiap keluar makan. Kalau boleh dia nak terus berehat di bilik.Tiba-tiba perasaan bersalah menyelinap di dalam hatinya.Sanggup berbohong kepada suami untuk berjumpa dengan kekasih hati.

“ Jom sayang kita keluar makan, I  dah lapar ni,”mesej whatsapp dari Hisham kepada Izara yang masih berbaring di atas katil keletihan.

“ Rasa malas pulak nak keluar makan. Letih sangat. Kita makan kat dalam bilik ajalah. Nanti biar sayang order room service.”balas Izara.

“ Nak makan kat mana? . Takkan  I nak makan kat bilik I,you makan kat bilik you? “ tanya Hisham.

“ Sayang makan kat sinilah,” balas Izara.

“ Nak mati?.Kena tangkap khalwat nanti kawin free kita,”jawab Hisham.

“ Hihi. Oklah kalau awak tu takut sangat kena tangkap khalwat. Bagi saya masa 20 minit untuk mandi dan bersiap,” jawab Izara.

“ Nak ikut,”kata Hisham

“ Gatal .....,”jawab Izara.

Setengah jam kemudian mereka berdua menikmati makan malam di restoran hotel . Tidak ramai yang berada di restoran itu.Mengambil satu sudut yang agak jauh dari pandangan orang Hisham dan Izara tidak mengejar masa sambil bersembang berdua.

Mengenakan blaus berwarna kuning air dan bertudung sedondon menampakkan kejelitaan Izara pada malam itu. Tudung yang dipakai Izara menampakkan anak rambut di dahinya membangkitkan rasa ingin tahu Hisham bagaimanakah agaknya wajah sebenar Izara tanpa bertudung. Hisham membayangkan kejelitaan Izara tanpa tudung. Dia pernah mendengar kata-kata orang yang rambut adalah mahkota wanita. Jika bertudung Izara sudah cukup jelita Hisham mengagak yang tanpa tudung tentunya lebih cantik lagi.

“ Sampai bilak ita nak berterusan begini? “ tanya Izara.

“ Kenapa tanya kepada saya? Jawapan ada pada awak,” kata Hisham memandang tepat ke dalam anak mata Izara. Izara menunduk mukanya, tidak mampu merenung ke muka Hisham.

“Saya isteri orang. Saya tak mahu perkara ini berterusan,” kata Izara.

“ Ye sayang. I pun tak mahu kita berterusan begini,” kata Hisham.” Apa kata you minta cerai aja dari suami you.Lepas abis iddah kita nikahlah,” kata Hisham bersungguh.

Izara tidak menjawab. Dia tidak faham dengan apa yang dia rasa sekarang ini. Dia masih sayangkan Amran. Pada masa yang sama sayangnya kepada Hisham semakin hari semakin bertambah.Mampukah dia menjadi isteri yang baik kepada Hisham andaikata dia benar-benar menjadi isteri Hisham satu hari nanti.Mampukah Hisham membahagiakannya?.Adakah dia sanggup meninggalkan segala kemewahan yang dikecapinya selama ini jika dia meninggalkan Amran. Izara tahu Hisham tidak mampu memberi kemewahan seperti yang diberi oleh Amran. Tapi Izara terasa kebahagiaan yang teramat sangat apabila dia di samping Hisham.

“Kenapa sayang diam? “ Hisham bertanya.

“ Tak ada apa,”jawab Izara ringkas.

“ Amran berapa hari outstation?” Hisham bertanya.

“ Dia kata 3 malam. Dia pergi melawat kawasan. Makin dekat nak pilihanraya ni makin sibuklah dia,” kata Izara.

“ Macam mana sayang boleh terlepas sampai ke Johor Bahru ni? “ kata Hisham.

“ Sebab orang tu yang culik saya,”kata Izara sambil memuncungkan mulutnya ke arah Hisham. Hisham tertawa.

“ Saya tak culik ye. Saya pujuk aja. Itu tak kira culik kan,” kata Hisham tersenyum.

“ Lebih kuranglah tu En Hisham. Culik ke, pujuk ke yang penting saya dah sampai ke Johor Bahru ni dengan awak,” kata Izara.

“ Sayang, I tak sabar menunggu saat kita disatukan sebagai suami isteri satu hari nanti,” kata Hisham.

Izara tidak sanggup menghampakan harapan Hisham. Dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

“ Kenapa tak habiskan makanan tu,” Hisham menegur melihat separuh makanan dalam pinggan tak berusik.

“ Tak ada selera,” kata Izara.

“ Tak ada selera ke atau nak jaga badan” , kata Hisham cuba mengusik.

Izara tersenyum mendengar usikan Hisham.

Sebaik sahajaselesai makan dan membayar makanan mereka naik ke tingkat 10 hotel. Sebaik sahaja sampai di muka pintu bilik Izara Hisham berpura-pura ingin masuk sekali ke dalam bilik.

“ Jangan nak mengada-ngada ye. Bilik awak kat hujung sana tu,” kata Izara sambil menujuk kearah bilik Hisham.Hisham ketawa melihat reaksi Izara yang benar-benar yakin Hisham ingin masuk ke biliknya.

........................................................................................................................................................................

Amran memandang   sekeliling dengan rasa  kecewa. Perjumpaan di sekolah dengan penduduk kampung pada pagi itu mensasarkan sekurang-kurangnya 400 orang tapi pagi ni dia tengok tidak sampai pun 50 orang yang hadir. Dia melihat ke arah Sarina yang dilantik sebagai pengarah projek. Nampaknya Sarina ini tidak boleh diharapkan untuk mengerakkan aktiviti. Harap muka aja cantik, kata Amran di dalam hati.

Sarina yang melihat air muka Amran yang kecewa  terus memohon maaf.

“ Minta maaf banyak-banyak YB. Kita memang dah buat publisiti yang meluas untuk program pagi ini. Saya akui saya tidak ada pengalaman. Nanti di program yang akan datang saya akan cuba perbaiki mana-mana kelemahan yang ada,” kata Sarina.

“ Tak apa Ina.Awak dah buat yang terbaik,” kata Amran memujuk.

Selepas dipersilakan oleh pengerusi majlis untuk bergerak ke pentas utama di dalam dewan sekolah, Amran, Pak Man Ketua Kampung Mewangi  dan beberapa ahli jawatankuasa Cawangan Parti Bumiputera bergerak  ke pentas.

Dari atas pentas Amran melihat muka-muka  hadirin yang berada di depannya. Balik-balik muka yang sama juga. Ada juga yang sibuk melayan anak-anak kecil yang berkejar-kejar didalam dewan itu. Amran sebagai ahli politik yang berpengalaman telah lali dengan apa yang dilaluinya.Malahan dia pernah berucap di depan 5 orang hadirin sahaja. Itulah adat orang berpolitik, kata Amran memujuk hatinya.

Selesai ucapan ringkas rombongan Amran ke khemah yang didirikan di padang sekolah.Guru Besar  sekolah turut mengiringi rombongan Amran ke khemah jamuan.

“Saya hairanlah.Selama ini apa juga program yang kita buat jarang tak mendapat sambutan. Kenapa kali ini sambutan hambar sekali,”kata Amran sambil meneguk kopi.

“Adakah populariti saya semakin menurun kebelakangan ini.Saya akui sejak memangku jawatan Ketua Bahagian ini saya sibuk sikit. Tanggungjawab makin besar. Tu yang kadang -kadang terlupa nak turun menjengah kawasan sendiri,”kata Amran lagi.

Sambil bercakap dia memerhatikan orang yang berada di sekelilingnya. Masing-masing mendiamkan diri seolah-olah turut bersimpati dengan kekecewaan yang dirasai.

Tib-tiba Pak Man yang duduk bersebelahan dengan Amran bersuara memecah kesunyian.

“Sebenarnya YB,hari ini Tuan Haji Malik dan beberapa Ahli Jawatankuasa yang lain ada menganjurkan majlis penyampaian wang zakat di pejabatnya. Itulah yang menyebabkan tidak ramai yang hadir di majlis di sini pagi ini,”Tambah Pak Man.

“Eh, macam mana saya tak tahu pulak. Kan kita dah susun kalendar aktiviti parti  Bahagian Kuala Bertahan untuk tempoh satu tahun. Kenapa perlu buat pada hari ini juga? Macam tak ada hari lain aja,”kata Amran. Suaranya sedikit meninggi, mengejutkan mereka yang berada di situ.Seingat mereka jarang Amran meninggi suara.

“Kan saya dah pesan pada Cik Ina supaya aktiviti kita diselaraskan. Kalau saya tahu yang Tuan Haji Malik ada buat majlis, saya boleh aja tangguhkan ke hari lain majlis kita pagi ini. Saya tidak dimaklumkan pun,”kata Amran.

Sarina hanya berdiam diri sahaja. Baru sekarang dia menyedari kenapa Haji Malik beria ia ingin tahu apakah aktiviti yang dirancang oleh parti. Rupa-rupanya Haji Malik ada agenda tersembunyi.

“Sebenarnya YB,saya sendiri pun tak tahu ada majlis yang dianjurkan oleh Tuan Haji Malik pada hari ini. Betul saya bekerja dengan Tuan Haji Malik tapi saya pun tak ahu menahu tentang majlis penyampaian zakat pada pagi ini,”kata Sarina.

“Saya ada dimaklumkan tentang rancangan Haji Malik oleh anak buahnya. Saya sendiri dah pergi berjumpa dia sendiri minta dia ubah ke tarikh lain. Saya rasa tidak adil nak minta YB yang pinda tarikh majlis kita pagi ini sebab program ini kita dah rancang lebih awal. Lagipun saya faham jadual YB jauh lebih padat berbanding dengan kami di sini. Sepatutnya Haji Maliklah yang mengalah,”kata Pak Man.

“Dah tu apa dia kata? “Amran bertanya.

“ Dia kata dia adakan majlis penyampaian zakat atas nama peribadi. Tidak melibatkan parti langsung.Saya pun tak boleh kata apalah,”kata Pak Man.

Amran mendengar kata-kata Pak Man tanpa sebarang komen. Dia dapat membaca niat sebenar Haji Malik. Dia perlu berhati-hati dengan musuh dalam selimut.

 

 

 

 

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.