Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
28,968
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

“ Dulu saya selalu cemburukan kawan-kawan saya yang ada kampung halaman sendiri. Masa di universiti setiap kali nak menyambut hari raya bila tengok dia orang berebut-rebut nak beli tiket bas,tiket keretapi saya pulak yang tumpang seronok. Yelah, orang macam saya ni anak jati Kuala Lumpur. Lahir di Kuala Lumpur, membesar di Kuala Lumpur, bekerja di Kuala Lumpur dan sekarang menetap pun di Kuala Lumpur. Bila tiba hari raya Kuala Lumpur ni lengang dan sunyi sepi. Masa tu terfikir juga alangkah seronoknya kalau ada kampung.Dengar kawan-kawan bercerita tentang kampung halaman masing-masing saya rasa seronok sangat,” kata Izara sambil memandang keluar tingkap kereta yang dipandu oleh Hisham.

Hisham menjeling ke arah Izara.Memang cantik Izara ini tapi sayangnya sudah jadi isteri orang, kata Hisham di dalam hati.

“ Ayah dan emak awak pun memang orang jati Kuala Lumpur jugak ke?” Hisham bertanya.

“ Ayah asal orang Perak. ,Emak saya memang anak jati Kuala Lumpur. Emak orang Kampung Baru. Ayah memang ramai saudara mara di Kuala Kangsar. Dulu masa saya kecik-kecik selalu juga ayah bawa saya adik beradik balik kampung dia di Kuala Kangsar. Tapi sejak atuk dan nenek meninggal dunia jarang sangat ayah saya balik kampung. Kami beraya pun di Kuala Lumpur aja,” kata Izara.

“ Selepas saya berkahwin dengan Amran barulah saya rasa saya ada kampung. Pertama kali dalam hidup saya merasa keseronokan beraya di kampung. Anak saudara pun ramai. Ipar duai pun semua baik-baik.Tiap-tiap tahun kalau boleh saya nak beraya di kampung Amran,” kata Izara tersenyum mengingatkan semula kenangan beraya di kampung Amran ketika detik-detik awal perkahwinannya.

“ Keadaan berubah bila Amran mula jadi wakil rakyat. Masa tu dah tak macam ketika kami mula-mula kawin dulu. Dia sibuk dengan macam-macam program. Kalau hari raya lagilah dia sibuk.Rumah terbuka parti dia lah. Perjumpaan dengan rakyatlah dan sebagainya. Akhirnya saya kembali menjadi anak Kuala Lumpur semula. Beraya di Kuala Lumpur dengan mak dan ayah serta adik beradik,” kata Izara.

Izara menyandarkan kepalanya ke bahu Hisham yang sedang memandu. Hisham memaut badan Izara sambil sebelah lagi tangannya memegang stereng kereta. Izara merasa begitu damai di dalam hati berada di dalam pelukan Hisham . Dah lama dia tidak merasa pelukan seperti itu dari Amran.

“ Hisham, kalaulah saya ni bukan isteri orang, awak sudi tak kawin dengan saya? “ Izara bertanya sambil merenung ke arah Hisham.

“ Jangan ada kalau dalam percakapan kita. Dengan kalau semua orang boleh bercakap macam-macam. Kalau aku kaya, hari-hari hari raya,” kata Hisham sambil tertawa, menyebut lirik lagu yang pernah popular satu ketika dulu.

“ Apa salahnya saya  guna perkataan kalau? “ kata Izara merenggangkan  dirinya dari pelukan Hisham.

Dia merasa tersinggung mendengar jawapan Hisham tadi.

“ Saya lebih suka kalau Iza gunakan perkataan adakah Hisham sudi kawin dengan saya bila saya tidak lagi menjadi isteri orang,” kata Hisham menjelaskan maksudnya.

“ Itu mustahil akan berlaku. Saya isteri Amran dan saya kekal sebagai isteri Amran sehingga ajal memisahkan kami berdua,” kata Izara dengan nada agak meninggi.

“ Kalau awak cakap macam tu apa maknanya saya dalam hidup awak? “ Hisham bersuara sambil matanya terus memandang ke depan. Dia tidak mahu Izara melihat mukanya dalam keadaan marah.

“ Adakah Iza nak jadikan saya sebagai peneman semasa sunyi aja? Adakah Iza nak jadikan saya sebagai toy boy Iza aja? “ kata Hisham lagi.

“ Sampai hati awak cakap saya macam tu. Awak ingat saya ni perempuan murahan ke. Perempuan yang awak boleh kutip tepi jalan. Awak kutip masa awak nak dan buang masa awak tak nak,” kata Izara. Air mata membasahi pipinya.

“ Sampai bila kita nak teruskan hubungan terlarang ni?” kata Hisham.

“ Jadi apa awak nak saya buat? “Izara bertanya .

“ Awak tahu apa yang awak patut buat. Awak bukan perempuan tak sekolah. Awak lulusan universiti berbanding saya yang cuma ada SPM ni aja. Takkan saya nak ajar awak,” kata Hisham memperlahankan kereta apabila hujan mula turun membasahi lebuhraya.

Mereka dalam perjalanan menuju ke kampung Hisham di Selatan tanahair. Izara yang beria ia mengajak Hisham membawanya  berjumpa dengan ibunya walaupunHisham agak keberatan. Dia tidak pernah membawa mana-mana wanita ke rumah dan berjumpa dengan emaknya. Bukannya dia malu dengan latarbelakangnya sebagai budak kampung tetapi dia tidak mahu ibunya menaruh harapan terhadap mana –mana wanita yang dibawa berjumpa dengan ibunya.

“ Awak nak suruh saya minta cerai dari Amran ke? Awak ingat saya ni dah gila ke? “ kata Izara.

“ Kalau awak bercerai dengan Amran saya sudi aja ambil awak jadi isteri saya yang sah. Tapi saya tahu saya tak mampu beri awak kemewahan hidup seperti yang Amran beri pada awak,” kata Hisham. Suaranya kembali tenang.

“ Hisham, tak semudah itu hidup kita ini. Hidup penuh dengan dugaan dan cabaran. Banyak perkara yang saya perlu fikirkan. Saya berkawan dengan awak sebab saya selesa dengan awak. Kalau Hisham tanya kepada saya adakah saya cintakan Hisham, saya akui saya tidak ada jawapan. Apa yang saya tahu saya rasa bahagia yang teramat sangat apabila dapat bersama awak. Selama ini saya rasa hidup saya kosong . Hidup saya sunyi. Sejak saya rapat dengan awak barulah saya rasa hidup saya kembali ceria. Kalau itu dinamakan cinta, maka mungkin saya cintakan awaklah,” kata Izara.

                                                                    Sesuatu yang tak disangka

                                                                    Seringkali mendatangi kita

                                                                     Itukah suratan dalam kehidupan

                                                                     Atau sekadar satu kebetulan

Bait-bait lirik lagu yang pernah menjadi lagu kesukaan Izara berkumandang di radio. Izara tersenyum mendengar lagu itu.Macam tahu-tahu aja DJ radio ni menyiarkan lagu ini dalam keadaan fikiran sedang berkecamuk.

“ Hisham, biarlah kita berterusan begini. Satu hari nanti bila awak dah jemu pada saya , awak akan cari perempuan lain. Awak akan tinggalkan saya,” kata Izara sambil tangannya mengenggam erat tangan kiri Hisham.

“ Saya cintakan awak. Saya nak kahwin dengan awak,” kata Hisham.

“ Sebaik sahaja awak lepas iddah,saya akan nikah dengan awak,” kata Hisham lagi cuba meyakinkan Izara.

“ Kenapa Hisham yakin sangat yan gsatu hari nanti saya akan berpisah dengan Amran?” kata Izara.

“ Saya ni seorang yang optimis. Kan saya dah cakap pada Iza yang saya ni pencinta novel. Saya nak jadi penulis novel. Kalau saya tulis novel saya takkan buat novel yang berkesudahan dengan kesedihan, dengan kekecewaan. Saya nak menggembirakan pembaca novel saya. Sebab itu saya juga percaya hidup saya ini akan berakhir dengan kegembiraan juga.Saya amat-amat yakin itu semua akan berlaku,” kata Hisham bersungguh-sungguh.

“ Itu dalam novel. Kita boleh aja tuliskan ikut kehendak kita. Sekarang kita bercakap tentang realiti kehidupan.Hanya Allah yang tahu perjalanan hidup kita kan?” kata Izara.

Hujan yang lebat semakin beransur reda. Hisham melajukan sedikit keretanya.

“ Awak tahu tak? “ kata Izara memandang Hisham.

“ Tau apa?” Hisham bertanya.

“ Dua malam lepas saya bermimpi yang kita berkahwin. Masa tu saya dan awak bersanding di atas pelamin. Meriah sungguh majlis persandingan kita. Siap ada orang bersilat, berkompang lagi,”kata Izara tersenyum.

“ Iza banyak beranganlah ni,”kata Hisham.

“ Yerlah, hanya berangan saja yang mampu saya buat,” kata Izara dengan perlahan.

“ Bila saya sedar yang semuanya hanya mimpi saya benar-benar rasa kecewa. Saya pandang wajah Amran yang tidur di sebelah saya. Rasa sayu dan sedih melihat suami yang kita sayangi tidak sedar perubahan yang berlaku kepada isterinya,” kata Izara.

“ Nanti bila awak dah jadi suami orang saya dah tak ganggu hidup awak lagi. Saya perempuan. Saya faham perasaan orang perempuan. Betapa hancur luluhnya hati isteri kalau dapat tahu suami ada kekasih lain,” kata Izara.

“ Sama juga luluhnya perasaan suami kalau tahu isterinya bermain kayu tiga di belakangnya,” jawab Hisham ringkas.

“ Sindir sayalah tu,” kata Izara mencebikkan bibir.

“ Bila pulak saya sindir awak,”kata Hisham. “ Siapa makan lada dialah yang terasa pedas,” kata Hisham.

“ Pandailah awak,” kata Izara.Dia tak mampu lagi berhujah dengan Hisham.

“ Mak Hisham tahu ke yang awak nak balik kampung hari ni? “ Izara bertanya.

“ Dah telefon mak. Saya cakap dengan mak saya nak bawa seorang kawan perempuan. Dengar reaksi dia macam teruja. Dia mesti ingat saya nak bawa balik bakal menantu dia,” kata Hisham.

“ Nanti Hisham terangkanlah keadaan yang sebenarnya. Saya ini isteri orang,” kata Izara.

“ Nak mati? Kalau mak saya tahu saya berkawan dengan isteri orang, mahu dia tak mengaku saya anak nanti,” kata Hisham tertawa.

“ Eh, saya baru perasan awak ada tahi lalat kat leher, “ kata Izara. Selama ini dia tidak perasan yang tahi lalat di leher Hisham.

So?”Hisham bertanya.

“ Kata orang tua –tualah kan kalau lelaki ada tahi lalat di atas leher tandanya dia akan mati bertikam,”kata Izara.

“ Eh, mengarut aja awak ni. Nak mati kena tikam macam mana sedangkan bersilat pun saya tak pernah.Saya tidak ada musuh. Tak baik percaya benda-benda macam tu. Boleh jadi khurafat nanti, “kata Hisham.

“ Saya bukannya percaya  pun. Saja cakap pada awak kata orang tua-tua.Itu aja,” kata Izara.

“Orang tua-tua saya pulak beri tafsiran berbeza kalau lelaki ada tahi lalat di leher,” kata Hisham

“ Apa pulak tafsiran orang tua-tua awak?” Izara bertanya dengan rasa ingin tahu.

“ Orang tua –tua saya kata kalau ada tahi lalat di leher bermakna lelaki tu akan mendapat love bite  dari perempuan yang sangat cantik. Haha,” kata Hisham tertawa besar.

“ Gatal,” kata Izara mencubit peha Hisham.

Semakin perjalanan menghampiri kampung Hisham semakin berdebar rasa hati Izara. Dia merasakan satu kesilapan pula apabila bersungguh-sungguh meminta Hisham membawanya ke rumahnya di kampung.Ketika itu terasa ingin berpatah balik tetapi adalah mustahil untuk dia berpatah balik.

Kerisauannya hilang apabila dia disambut mesra oleh emak Hisham. Dalam hati Izara berkata, kalaulah dia tahu yang aku ini isteri orang, mahu pitam mak cik ni.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.