Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
29,000
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

Bab 3

“Agak-agak nama  saya ada peluang ke nak rebut  jawatan Ketua Bahagian ni? “kata Malik, salahseorang ahli jawatankuasa Parti Bumiputera kepada beberapa orang yang dipanggilke rumahnya untuk membincangkan pencalonannya sebagai Ketua Bahagian Parti Bumiputera.

“Kita tunggu feedback dari kawan-kawan kita Tuan Haji . Lepas dia orang hantarmaklumat baru kita boleh nilai peluang Tuan Haji . Setahu kami YB Amran punberminat nak bertanding jawatan itu,”kata Ghani yang bertindak sebagaijurucakap tidak rasmi mereka yang berada di rumah Malik pada malam itu. Adasekitar 15 orang terdiri dari pemuda dan lelaki separuh umur yang merupakanorang kanan Malik yang sedia jatuh dan bangun bersama Malik.

Malik tahu Amran bolehlah calonyang boleh dipandang lekeh dalam pertandingan itu jika Amran menawarkan diriuntuk bertanding.Ketua Bahagian telah mencecah usia hampir 80 tahun. Sesuaidengan arahan pucuk pimpinan parti yang inginkan penyertaan golongan muda didalam parti maka pemimpin pelapis mengintai peluang untuk naik ke atas hirakiparti.

Mereka tahu jika mereka berjaya mendapatkanjawatan Ketua Bahagian maka peluang untuk dicalonkan sebagai wakil parti didalam pilihanraya akan datang semakin cerah. Menjadi calon pilihanraya danseterusnya memenangi pilihanraya akan membuka lebih peluang untuk menjadi ahliEXCO kerajaan negeri.

Malik sedar dengan usianyamenghampiri 60 tahun berbanding dengan Amran yang berusia 30an, tentunya Amranmempunyai kelebihan. Tambahan pula Amran telah dua penggal menjadi Ahli Dewan UndanganNegeri Rimba Damai. Hubungan rapat Amran dengan pengundi juga menyukarkan Malikmenandingi populariti Amran.

Namun begitu, Malik adakelebihannya yang tersendiri. Dia orang berharta. Harta yang diwarisi dariarwah ayahnya sememangnya tidak habis dimakan untuk tiga keturunan akan datang.Jika perlu dia akan gunakan segala kelebihan yang ada padanya untuk menyaingiAmran.

Ramai orang bertanya kepada Malikapakah matlamat dia masuk politik? Malik menjawab yang manusia lumrahnyamengejar tiga Ta, wanita, takhta dan harta. Dia sudah da banyak harta. Jikaingin masuk politik kerana harta Malik bukan orangnya. Malik juga seorang suamiyang setia kepada isterinya yang telah dinikahinya lebih 30 tahun lepas. Wanitajuga bukan motif utama Malik masuk politik. Jika takhta disamakan dengan kuasadan pemerintahan, maka inilah yang diburu oleh Malik.

“Jemputlah minum tuan-tuan semua.Makanlah kuih tu”kata Malik menjemput tetamu malamnya minum. Kopi yangdihidangkan sejak lebih setengah jam tadi oleh pembantu rumahnya sudah mulasejuk. Begitu juga karipap yang turut terhidang di piring masih belum dijamah.

Mereka berhenti sebentar dariperbincangan dan minum air yang terhidang.

Rahman atau lebih mesra dipanggilPak Man menarik kotak rokok dan menyalakan sebatang rokok. Malik tidak sukaorang merokok di dalam rumahnya yang tersergam indah itu tetapi dia tidaktergamak menegur Pak Man untuk tidak merokok di rumahnya.

Pak Man ni tak panjang umur kalua berterusan merokok macam ini, bisik hatiMalik melihat Pak Man begitu seronok menghisap rokok. Pak Man yang mengikutanggaran mata kasar Malik mungkin berusia melebihi 70 tahun masih segar danmampu bergerak lebih pantas berbanding Malik yang tidak merokok. Mungkin teoriperubatan tentang bahaya merokok tidak boleh diguna pakai dalam kes Pak Man.

Selepas berehat beberapa minitmereka meneruskan perbincangn semula.

“Kita kena atur strategi darisekarang kalau betul-betul Amran akan masuk bertanding”kata Malik ringkas.

Masing-masing yang hadirmengangguk-angguk kepala tanda setuju.

“Tuan-tuan ada apa-apa cadanganuntuk kita lakukan sebagai langkah permulaan? “Malik bertanya.

“Tuan Haji, saya mencadangkankita adakan hari keluarga dan kita jemput semua orang kampung untuk hadir. Kitabuat acara untuk kanak-kanak, pertandingan bolasepak tujuh sebelah untuk orangmuda dan sukaneka untuk keluarga. Masa tu nanti Tuan Haji bolehlahmemperkenalkan diri Tuan Haji kepada hadirin. Merapatkan lagi hubungan TuanHaji dengan orang kampung. Bila orang dah kenal dengan Tuan Haji mudahlah untukTuan Haji berkempen nanti”kata salah seorang yang hadir.

“ Bagus juga cadangan Fauzi tu.Setuju ke kalau kita buat hari keluarga itu? “Malik bertanya kepda yang hadir.

Sekali lagi merekamengangguk-angguk kepala. Malik berkata di dalam hati susah juga kalau mendapatpengikut yang menjadi pak turut ini. Semua yang dicadangkan dipersetujui tanpabahas.

Kadang-kadang Malik terfikiradakah mereka yang menyokongnya benar-benar percaya kepada kewibawaanya sebagaipemimpin atau lebih kepada untuk menumpang rezeki dari kekayaannya. Bukansedikit wang yang telah dicurahkan oleh Malik dalam usaha merebut jawatan KetuaBahagian parti. Setakat ini dia belum nampak kesan hasil dari wang yang telahdibelanjakan.Namun begitu Malik tahu bidang politik tidak menjanjikan pulangankewangan. Dia harus bersabar dan belajar mengatur gerak politik untuk mencapaipuncak kuasa, Ta yang ketiga, takhta walaupun dia bukan keturunan raja mahupunbangsawan.

Perbincangan berlarutan hampirketengah malam. Malik melihat banyak yang mengantuk dan mula tersenggut-senggut kecuali dua atau tiga orang yang masih bersemangat.

“Kalau kita nak buat harikeluarga rasanya kita kena lantik seorang pengerusi untuk menubuhkanjawatankuasa penganjuran Hari Keluarga itu. Ada cadangan? “Malik bertanya.

Masing-masing memandang antarasatu sama lain. Malik tahu kelemahan pengikutnya ialah mereka kurang pemikirdan perancang. Mereka perlukan idea dan sumbangan fikiran dari anak muda tapisedihnya apabila ramai anak muda yang berminat dengan politik di kampung inilebih menyebelahi Amran. Malik tidak menyalahkan mereka kerana denganpendidikan  tinggi dari luar negara danusianya yang muda Amran mampu menarik sokongan anak muda untuk menyertainya.

Selepas menunggu beberapa ketikadan tidak ada sebarang cadangan Malik membuka bicara semula.

“Kalau tidak ada sebarangcadangan, saya ingin melantik  SaudaraFauzi sebagai pengerusi penyelaras Hari Keluarga kampung kita ini,”kata Malik.

“Kalau projek ini Berjaya kitaakan kembangkan pulak di kampung-kampung lain di dalam Bahagian ini. Semuasetuju? “Malik bertanya.

“Setuju,”jawab mereka hampirserentak.

Itulah pun kerja engkau orangsemua, setuju, setuju, angguk, angguk. Kata Malik dalam hati sambal memandangwajah masing -masing yang kelihatan mengantuk.Sambil tersenyum Malik melihatsatu persatu wajah-wajah mereka di depannya.

Wajah-wajah yang menggambarkanrasa ingin balik cepat dan menamatkan mesyuarat dengan segera.

“Kalau semua setuju saya denganini melantik saudara Fauzi kita sebagai pengerusi penganjur Hari Keluarga.Lantikan untuk jawatankuasa saya akan serahkan kepada saudara Fauzi. Tuan-tuansekelian, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan-tuan semuahadir ke mesyuarat kita malam ini”kata Malik menutup mesyuarat pada malam itutepat jam 12.30 malam.

 

 

 

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.