Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
28,978
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Hisham  mengira kotak –kotak yang baru diturunkan dari lori oleh beberapa orang pekerja. Dia mencatatkan bilangan kotak yang diterima sama dengan jumlah yang dinyatakan di dalam dokumen penghantaran. Setelah selesai menandatangani dokumen penghantaran dia masuk ke dalam pejabatnya.

Tugasnya di supermarket itu pelbagai. Dialah penyelia, dialah pegawai perkhidmatan pelanggan dan kadangkala dia juga menjadi penyelenggara  stor.Menerima penghantaran barangan. Ramai orang yang memberi komen yang kerja begitu tidak sesuai dengannya. Dia ada rupa. Ramai kawan-kawan yang rapat dengannya mengusik supaya dia menyertai pertandingan realiti televisyen.Untung-untung menjadi artis. Dia ada pakej yang lengkap, menurut kata kawan-kawannya.

Hisham hanya ketawa mendengar cadangan rakan sekerjanya. Baginya mereka hanya bergurau. “ Kalau aku menyanyi,tujuh hari tujuh malam hujan turun tak berhenti. Juri pun silap-silap pengsan dengar suara aku, “ jawab Hisham apabila dicadangkan oleh kawan-kawannya untuk menyertai pertandingan nyanyian di dalam program realiti tv yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Dia membelek-belek beberapa dokumen yang perlu ditandatangani apabila Shima masuk ke dalam pejabatnya.Hari  itu Shima mengenakan pakaian baju kurung warna biru air dengan bertudung warna yang hampir sama.

“ Ye, Cik Shima,  ada apa-apa yang saya boleh bantu anda? “kata Hisham berseloroh.

“ Wah, mengigau apa pulak kau ni bercik cik dengan aku pagi-pagi ni,” kata Shima, nama penuh Hashimah .

“ Saja nak bergurau dengan kau sesekali takkan tak boleh” kata Hisham tersenyum.

“Kalau kau nak bergurau dengan aku 24 jam sehari semalam pun boleh ah Hisham. Kau kena kawin dengan akulah dulu. Hihi,” kata Shima  tertawa besar.

“ Ke situ pulak perginya, “ balas Hisham.

“ Kau tak sibuk ke pagi ni? Aku banyak kerja ni, “ kata Hisham memberikan bayangan kepada Shima yang dia tak mahu diganggu.

“ Alah kau ni. Kalau aku masuk kejap aja pun kau tak berapa nak layan. Kalau perempuan hari tu bukan main lagi ye. Siapa nama perempuan isteri orang tu? “ tanya Shima lagi.

“ Nama dia Izara, nama pendeknya Iza, “ jawab Hisham ringkas.

“ Wah, siap ada nama timangan lagi. Dah mesra sangat kau dengan dia ni,” kata Shima. Ada sedikit nada cemburu di dalam hatinya.

“ Eh kau ni. Dia tu kan lagi tua dari aku. Dah macam kakak akulah. Kau rasa kalau aku buat dia sebagai akak angkat sesuai tak? “ tanya Hisham menguji.

“ Kau ni macam budak-budak lahHisham. Mana ada orang umur dekat 30 tahun adik-adik angkat ni. Silap-silap dengan dia kau angkat sekali, hihi,” kata Shima tertawa besar.

“ Apa salahnya kalau denga dia aku angkat sekali,” kata Hisham.

“ Jangan buat kerja Hisham. Bini orang tu,” kata Shima separuh serius.

“ Punyalah ramai wanita kat luar sana yang kau boleh pilih, kenapa perlu ada hubungan dengan isteri orang? Kau nak kena kerat 18 dengan suami dia ke” kata Shima. Nadanya kini lebih serius.

“ Kau ni kan buat aku macamb udak-budak aja. Tadi kau yang kata aku macam budak-budak. Aku pun cakap main-main aja. Takkanlah aku nak buat kerja gila macam tu,” kata Hisham.

“ Hah, tahu pun kau menjalin hubungan dengan isteri orang memang kerja gila,” kata Shima. “ Macam dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni yang kau boleh jadikan kekasih atau isteri kau. Aku tengok kau ni pun bukan makin muda. Susah-susah pilih aku aja.Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Hihi” kata Shima.

“ Ish Ish, kau ni Shima tak habis-habis menawarkan diri kau pada aku. Tak malu ke orang kata perigi cari timba? “ kata Hisham.

“ Apa pulak nak malu. Aku pun tak kurang berbanding dengan si Iza tu. Apa yang Iza ada aku pun ada . Hihi” kataShima sambil tertawa.

“Cer kau tunjuk sikit apa yang kau ada, aku nak tengok,” kata Hisham tertawa.

Shima berpura-pura menumbuk ke arah Hisham sambil memuncungkan bibirnya.

“ Gatal,” kata Shima lantas mengangkat punggung meninggalkan Hisham.

Sebaik sahaja Shima melangkah keluar dari pejabatnya Hisham meneruskan kerjanya yang terganggu tadi. Walapun dia cuba untuk menumpukan perhatian tetapi fikirannya jauh melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku diantara dia dan Izara beberapa hari lepas.

Hisham merasa kesal dan malu dengan apa yang berlaku. Dia bukannya tidak ada pengalaman dengan wanita tetapi kali ini dia merasakan yang Izara menghantar isyarat yang salah kepadanya. Atau dia yang tersilap mentafsir isyarat yang disampaikan oleh Izara. Tak mengapa Hisham, kau belajar dari kesilapan. Bisik hatinya memujuk.

...................................................................................................................................................................

Shima tergamam melihat Izara berdiri di kaunter perkhidmatan pelanggan sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pejabat Hisham. Lagi- lagi perempuan ini . Kali ini hilang apa pulak? Hati Shima tertanya tanya.

“ Ya, boleh saya tolong bantu Puan? “ Shima bertanya kepada Izara dengan senyuman yang cuba dibuat-buat.

“ Boleh saya berjumpa dengan Encik Hisham? “ kata Izara sambil membetulkan tudung di kepalanya.

“ Berkenaan dengan apa ye Puan?Hilang telefon lagi ke? “ kata Shima dengan nada separuh menyindir.

“ Eh, tidak. Ada sedikit urusan peribadi yang saya perlu bincang dengan Encik Hisham,” kata Izara cuba mengawal nada suaranya walaupun merasa tersinggung dengan sindiran dari Shima tadi.

“ Sebentar ye Puan. Nanti saya panggilkan Encik Hisham,” kata Shima sambil berjalan ke belakang menuju ke pejabat Hisham.

Sebaik sahaja Hisham keluar dia terus melihat Izara yang sedang menunggu dia di kaunter.

“ Saya ada sesuatu yang nak bincang dengan awak,” kata Izara. Kedengaran suaranya bergetar. Mungkin menahan marah atau menahan malu. Dia sendiri tidak faham kenapa dia merasa gementar melihat wajah lelaki muda di depannya.

“ Saya sedang bertugas ini. Saya tak boleh tinggalkan pejabat macam ni aja. Nanti bos marah saya,” kata Hisham.”Tak boleh ke Puan cakap di sini aja apa yang Puan nak beritahu saya? “ sambung Hisham lagi.

Izara melihat Shima yang berdiri cuma beberapa meter sahaja dari situ seolah-olah memasang telinga cuba mendengar butir perbualan antara Hisham dan Izara.

“ Kalau macam itu tak apalah.Lain kalilah saya datang jumpa dengan awak lagi,” kata Izara beransur berjalan meninggalkan kaunter.

“ Shima, kau tolong dengar-dengarkan kalau –kalau telefon berbunyi kau tolong jawabkan ye. Aku ada hal nak bincangkan dengan Puan Izara tu. Sekejap aja. Tolong yer, “ kata Hisham sambil berlari-lari anak mengejar Izara yang telalh beberapa langkah meninggalkan dia di belakang.

“ Yerlah, yerlah. Pergilah pujuk kekasih hati awak tu, “ jawab Shima seolah-olah berbisik kepada dirinya sendiri. Hisham dah jauh meninggalkan dia tercegat seorang diri di kaunter.

Hisham perlahan-lahan berjalan beriringan dengan Izara. Tubuh langsing Izara berseluar slack berwarna kelabu dan berkemeja lengan panjang persis seorang model yang berjalan di atas runaway.

“ Jom kita duduk kat hujung sana.Susah kalau nak bersembang sambil berjalan,” kata Hisham sambil mengajak Izara ke satu ruang yang agak terpencil di sudut bangunan dimana ada gerai yang menyediakan minuman di situ.

Suasana di kompleks membeli  belah pada pagi itu agak tenang. Masih tidak ramai pengunjung. Izara agak risau kalau-kalau terserempak dengan sesiapa yang dikenalinya.Apa yang hendak dijawabnya jika ada yang datang menegur.

Selepas memesan minuman Hisham dan Izara saling pandang memandang antara satu sama lain. Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulut mereka berdua sehingga Hisham bertindak memecah kebuntuan.

“ Tadi beria-ia nak jumpa saya.Kata ada hal nak bincang. Ni saya dah ada depan mata awak diam pulak,” kata Hisham.

Izara tergamam mendengar kata-kata Hisham. Dia terus menunduk mukanya. Tidak sanggup bertentang mata dengan lelaki yang pandangannya terus menusuk ke kalbu.

“ Sebenarnya saya rasa nak jumpa awak aja. Nak tengok muka awak. Nak tengok senyuman awak. Itu aja,” jawab  Izara tersimpul malu.

“ Lah. Ingatkan apa tadi.Berdebar saya dengar awak ada hal penting nak cakap. Saya ingatkan Iza nak buat laporan polis atas perbuatan saya hari tu. Tu yang saya takut sangat,” kata Hisham dengan nada lega.

“ Eh, tak semudah tu saya nak buat laporan polis. Saya ni isteri orang. Nanti kalau polis siasat macam mana awak ada dalam kereta saya, apa saya nak jawab? “ kata Izara sambil tertawa kecil. Hilang sedikit rasa gementarnya memandang wajah Hisham.

“ Sebenarnya awak ni seoarang misteri bagi saya. Saya tak kenal pun awak. Baru berapa hari aja saya kenal awak. Tapi awak berani untuk mengundang saya naik kereta bersama dengan awak.Awak ni wanita yang berani atau wanita yang sengaja cari penyakit,” kata Hisham.

“ Saya ikut gerak hati saya.Memang saya pun tak kenal Hisham tapi gerak hati saya mengatakan Hisham ini orang baik-baik. Sebab tu saya berani untuk keluar bersama dengan awak,” kata Izara meneguk minuman terakhir dari gelasnya.

Dia lantas mengambil bil dari atas meja sebelum sempat Hisham mengambilnya.

“ Biar saya bayar kali ini ye Encik Hisham. Saya berterima kasih sebab  Encik Hisham sudi meneman saya berbual pada pagi ini,” kata Izara sambil bangun menuju ke kaunter pembayaran.

Sebelum bergerak meninggalkan gerai minuman  yang terletak di dalam kompleks membeli beliah itu Izara memandang Hisham sambil berkata “ Jangan lupa unblock  saya ye? “ katanya lagi.

Hisham tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kerana membayar minumannya .

Dia melangkah balik dengan wajah yang ceria.

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.