Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
28,988
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

“ Kan baru dua hari lepas kita baru sahaja pergi ke pasaraya. Kenapa hari ini nak pergi lagi? “ tanya Rumini dengan wajah kehairanan.

“ Tertinggal  beberapa baranglah Mini,” jawab Izara ringkas.

Penting sangatkah barang yang tertinggal itu? Kata Rumini di dalam hati. Sampaikan tak sanggup menunggu beberapa hari lagi.

Sebaik sahaja mereka sampai di pasaraya, Izara mengarahkan Rumini menolak troli. Kebiasaannya Izara akan membawa senarai barang untuk dibeli.Tapi pada pagi itu Rumini tidak melihat Izara memegang apa-apa kertas pun di tangannya. Mungkin barang yang hendak dibeli tidak banyak, sebab itu Ibu tidak membawa senarai barang untuk dibeli.Fikir Rumini. Ibu adalah panggilan Rumini untuk Izara.

Setelah hampir setengah jam berlegar di dalam bahagian barangan dapur Izara masih belum meletakkan sebarang barangan ke dalam troli. Rumini merasa hairan. Kakinya hampir lenguh mengikuti Izara menolak troli kosong di dalam pasaraya itu. Dia rasa ingin balik rumah cepat-cepat. Banyak lagi urusan yang dia perlu lakukan di rumah.

Satu perkara lagi yang menjadi kehairanan Rumini apabila dia melihat mata Izara tidak memandang ke arah rak-rak yang meletakkan pelbagai jenis barangan tapi lebih memandang ke arah kaunter perkhidmatan pelanggan yang bertentangan dengan kaunter pasaraya itu.

“ Ibu, lama lagikah kita kat sini? “ tanya Rumini apabila melihat Izara seolah-olah tidak merasa penat mengelilingi pasaraya itu.

“ Kaki saya dah lenguh ni. Mari kita balik  Ibu,” kata Rumini.

“Sekejap aja lagi ye. Tengah cari barang ni,” balas Izara.

Barang apakah yang dicari sampai setengah jam tak jumpa-jumpa, bisik Rumini di dalam hati. Nak cari angsa bertelurkan emas agaknya, kata Rumini lagi di dalam hati.

Selepas berlegar selama 15 minit selepas tu akhiranya Izara mengambil sebungkus Milo dan terus membawa Milo ke kaunter pembayaran sambil diikuti rapat dari belakang oleh Rumini menolak troli kosong.

Rumini semakin tertanya-tanya.Kalau tak silap dia mereka dah melalui rak Milo itu sekurang-kurangnya 5 kali dalam masa 40 minit mereka berada di dalam pasaraya itu. Agaknya Milo tu dilindungi dari pandangan mata Izara oleh mahkluk ghaib. Kata Rumini di dalam hati.

Sebaik sahaja mereka masuk ke kereta Izara terus menghidupkan enjin dan bergerak meninggalkan pasaraya menuju ke rumahnya. Wajahnya sedikit berkerut. Rumini yang duduk di sebelahnya agak hairan melihat Izara berkelakuan begitu. Kebiasaanya Izara begitu ceria da nsuka berbual. Tapi pada pagi itu Izara berdiam diri sepanjang perjalanan 20 minit dari pasaraya menuju ke rumahnya.

izara merasa kecewa kerana tidak nampak kelibat Hisham. Sejak bertemu dengan Hisham dua hari lepas wajah lelaki muda itu tidak lekang dari ingatannya. Pernah beberapa kali dia berbelah bagi samada ingin menghantar mesej whatsapp kepada Hisham tetapi memandangkan dia isteri orang dia pendamkan sahaja hasrat di dalam hati.

Hisham beberapa kali menghantar ucapan Salam tetapi tidak pernah dijawab oleh Izara.Semenjak semalam tidak ada lagi sebarang mesej yang diterima oleh Izara dari Hisham. Dia tertanya-tanya adakah Hisham sudah berputus asa dan tidak menghubunginya lagi selepas usahanya  beberapa kali menegur Izara tidak dijawab.

Entah kenapa hatinya resah apabila tidak menerima sebarang pesanan whatssapp dari Hisham sedangkan ketika Hisham menghantar pesanan dia menganggapnya sebagai satu gangguan. Pelik dengan apa yang dirasanya.

Sebaik sahaja sampai di rumah dengan sebungkus Milo yang di jinjing oleh Rumini, Izara terus menghantar mesej whatsapp kepada Hisham. Namun Hisham tidak menjawab mesej  itu, malahan tidak membacanya.

Setiap lima minit Izara mengintai telefonnya, memerhati kalau-kalau Hisham membalas tetapi hampa.

Biarlah dia tak balas pun, kata Izara memujuk hati.

Lagipun lelaki kacak bukan boleh diparcaya sangat. Semua kaki perempuan, kata Izara lagi.

Izara bergerak ke dapur. Di dapur Rumini sedang menyediakan hidangan tengahari untuk mereka berdua. Amran amatj arang dapat makan tengahari bersama disebabkan kesibukannya.

“ Mini, kamu pernah ada kekasih tak? “ Izara memulakan perbualan kepada Rumini yang sedang menghiris bawang.Gadis berasal dari Jawa Tengah  berusia dua puluhan itu dianggap lebih dari sekadar pembantu rumah. Dia adalah teman untuk Izara berbicara di kala kesunyian.

“ Kenapa Ibu tanya macam tu? “Rumini bertanya semula kepada Izara.

“ Saja “ Jawab Izara ringkas.

Rumini  merasa kehairanan dengan perubahan yang berlaku kepada Izara dalam sehari dua ini. Tadi mereka menghabiskan masa hampir sejam di pasaraya semata-mata untuk membeli sebungkus Milo.Mungkin ibu bergaduh dengan bapa, Rumini meneka di dalam hati.

“ Saya orang kampung ibu. Saya orang susah. Kalau pun saya ada naluri ingin bercinta pun yang lebih penting adalah untuk mencari makan. Untuk membina kehidupan, “ kata Rumini.

Izara nampak kematangan di dalam jiwa gadis Jawa itu disebalik usianya yang masih muda.

Izara mendapatkan Rumini melalui agen yang mengambil pekerja warga asing. Rumini telah dua tahun berkerja dengan keluarga Izara dan setakat ini tidak ada sebarang masalah dengan Izara. Memang Izara kerap mendengar kisah pembantu rumah yang lari dari rumah majikan tapi Izara amat bernasib baik. Rumini menjadi rakan dia berbual dan menghilangkan rasa sunyi.

“ Nak tanya sikit boleh ke?Kenapa sehari dua ini saya tengok ibu macam ada masalah? “ tanya Rumini.

“ Ibu bergaduh dengan bapak ke?”Rumini bertanya lagi sambil melihat air muka Izara. Melihat kalau-kalau ada tanda kurang senang di hati Izara.

“Ish kamu ni. Mana ada saya bergaduh dengan bapak. Nak jumpa bapak pun susah sekarang ini. Dia balik saya dah tidur. Pagi-pagi lagi dia dah pergi kerja. Kalau nak bergaduh pun tak ada masa ” kata Izara.

“Yerlah, bapak bekerja kuat pun bukan ke untuk ibu sekeluarga. Dapat banyak wang untuk masa depan ibu sekeluarga juga kan. Ibu beruntung dapat suami yang baik,” kata Rumini lagi sambil menumis bawang yang baru dipotong tadi. Bau semerbak  bawang goreng memenuhi ruang dapur rumah.

“Mini, wang bukan segala-galanya.Kebahagiaan bukan diukur semata-mata dengan wang ringgit sahaja,” kata Izara.

“Cara Ibu bercakap seolah-olah ibu tidak berpuas hati dengan hidup ibu. Tidak baik ibu bercakap begitu.Seolah-olah menyalahkan takdir,” kata Rumini.

“Kalau ibu bandingkan hidup ibu dengan hidup saya perbezaannya begitu ketara kan? Kalau boleh saya ingin menikmati kehidupan seperti ibu. Ada segalanya. Saya juga pasti ibu tentu tidak mahu hidup seperti saya,” Rumini memandang Izara yang sesekali masih melirik mata ke telefon, berharap Hisham akan membalas mesejnya namun sehingga kini Hisham masih belum membalas.

Kata-kata Rumini memberikan keinsafan kepada Izara. Memang tepat dan benar sekali kata-kata Rumini itu tadi. Izara sedar dia perlu berpijak di bumi nyata.

“ Mini, kamu tengok tak oran gmuda yang mengembalikan telefon saya tempoh hari? Hensem kan dia? “ kata Izara.

Rumini agak tersentak mendengar kata-kata yang tidak diduga dari mulut Izara. Dia tidak menyangka perempuan sudah bersuami seperti Izara masih memandang lelaki lain.

“Bapak pun apa kurangnya Ibu.Masih ganteng lagi,” kata Rumini. Walaupun sepanjang dua tahun berada di Malaysia loghat Indonesianya hampir-hampir tidak kedengaran lagi tetapi sesekali terkeluar juga perkataan Indonesia dari mulutnya.

Izara cuma tertawa mendengar kata-kata Rumini. Memang dia akui Amran lelaki yang kacak walaupun sudah melewati 30an. Cuma entah kenapa sehari dua ini ingatannya terhadap Hisham semakin bertambah.

Tiba-tiba Izara mendapati telefonnya menunjukkan mesej whatsapp dari Hisham di skrin telefonnya. Dengan wajah teruja dia terus bergerak menuju ke biliknya meninggalkan Rumini yang kebingungan melihat tingkah laku Izara

“ Maaf lambat balas whatsapp Puan tadi. Sibuk sikit pagi ni, “ kata Hisham melalui mesej whatsapp.

“ Tak apa. Patutnya saya yang perlu minta maaf sebab menganggu encik Hisham” balas Izara.

“ Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Saya ni kuli aja kat sini, “ balas Hisham lagi.

“ Tadi saya pergi ke pasaraya ada beli barang sikit. Saya intai-intai juga kalau-kalau awak ada tapi dekat sejam saya tengok awak tak muncul. Saya baliklah,” kata Izara.

“ Lah, kenapa tak call saya? Kalau Puan call saya mesti saya keluar jumpa dengan Puan” jawab Hisham sambil menunjukkan emoticon  senyuman.

“ Eh, seganlah saya nak jumpa awak. Takkan nak buat alasan tertinggal telefon lagi. Hihi’ jawab Izara.

“ Nanti bila Puan nak datang ke sini Pua bagitahu awal-awallah. Saya tunggu. Boleh kita minum di kafeteria”jawab Hisham.

“ Tengoklah macam mana,” balas Izara sambil menghantar emoticon senyuman.

Mereka berbalas mesej lebih sejam sehingga Hisham meminta diri untuk menyambung kerja.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.