Home Novel Cinta Masihkah Ada Cinta
Masihkah Ada Cinta
Iza Haniza
9/11/2017 16:06:51
28,999
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“Assalamualaikumsemua”. Terima kasih kerana hadir dalam mesyuarat kita pada hari ini. Agendamesyuarat kita pada hari ini untuk mendengar laporan dari saudara-saudara semuatentang rancangan bantuan yang kerajaan dah peruntukkan itu. Saya berharapproses pengagihan bantuan itu berjalan dengan lancar. Kita tak nak ada yangmerungut tak terima bantuan. Bagi saya kita membantu kepada yang memerlukantanpa mengira pegangan politik masing-masing,” kata Amran yang dipanggilsebagai YB Amran kerana kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.

Semua yang hadirdi dalam mesyuarat mengangguk-anggukkan kepala, tanda setuju dengan apa yangdikatakan oleh Amran. Sebagai ahli politik Amran tahu bagaimana untuk menjagahati pemimpin-pemimpin bawahan ini. Mereka adalah penyambung suara orangkampung dan rakyat di bawah kawasan Amran.

“ Kita mulakandengan Pak Man,” kata Amran sambil matanya memandang kearah seorang pak cikberusia pertengahan 60an.

Pak Man memulakanbicara. Sebagai ketua kampung mewangi Pak Man bertanggungjawab menjagakebajikan penduduk kampungnya  terdiridari kira-kira 30 buah keluarga. Pelbagai isu yang perlu diberi perhatian darisekecil-kecil masalah seperti yuran persekolahan hinggalah masalah yangmemerlukan peruntukan yang besar seperti membina jambatan menghubungkan KampungMewangi dengan Kampung Rahmat di seberang sungai.

Selepas Pak Manselesai membentangkan laporan kampungnya, ketua-ketua kampung yang lain pulamemgambil giliran. Amran tahu sokongan dari ketua-ketua kampung ini membolehkandia dipilih menjadi wakil rakyat untuk kawasan ini selama 2 penggalberturu-turut.

Amran mudahuntuk bergaul dengan masyarakat kampung kerana latarbelakangnya sebagai anakorang susah. Arwah bapa dan ibunya penoreh getah di sebuah ladang getah .Dengan adik beradik seramai tujuh orang dan pendapatan yang tak seberapa ibubapa Amran membesarkan mereka. Alhamdulillah hampir kesemua adik beradik Amranberjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading kecuali kakaknya yangsulung yang terpaksa berhenti sekolah selepas SPM kerana keputusan yang tidakbegitu memusaskan. Tambahan pula pada kettika itu peluang untuk belajar tidaksemudah sekarang.

Amran beruntungkerana diberikan otak yang agak baik. Dia telah berjaya melanjutkan pelajarannyake luar negara selepas SPM. Berkat dorongan hasil kejayaan Amran adikberadiknya yang lain telah mengikut jejak langkahnya.

Semasa dia diluar negara bakat kepimpinannya memang terserlah. Amran telah dipilih menjadiPresiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya. Amran mempunyai hubunganyang rapat dengan ramai pemimpin negara. Setiap kali ada lawatan pemimpin dariMalaysia Amran dan rakan-rakannya dari Persatuan Pelajar akan menyambutkedatangan mereka.

Dari situ minatAmran terhadap dunia politik semakin berputik. Amran nampak penglibatan dalampolitik memberi peluang untuk dirinya menabur bakti kepada anak bangsanya.

Sekembalinya diake tanah air Amran sempat bertugas sebagai pensyarah di sebuah universiti.Namun minatnya terhadap politik tidak pernah kunjung padam sehingga diaditawarkan untuk bertanding sebagai calon pilihanraya.

Walaupunmendapat tentangan dari  arwah abahnyadan Izara isterinya Amran tetap berdegil dengan hasratnya untuk bertanding.Walaupun pada ketika itu jawatannya sebagai pensyarah memberikan kehidupan yangselesa kepada mereka berdua.

PerkahwinanAmran dan Izara yang menjangkau hampir 10 tahun tidak dikurniakan anak. Mungkinbelum rezeki, kata Amran setiap kali diajukan pertanyaan tentang zuriat.

Walaupun Amranmenjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Kawasan Rimba Damai yangagak terpencil ini tapi dia menetap di Kuala Lumpur. Izara tidak bersetujuuntuk berpindah ke Rimba Damai  denganalasan dia memang telah biasa menetap di Kuala Lumpur. Dia orang bandar,bukannya orang kampung seperti Amran.Jiwa Amran lebih dekat dengan suasanakampung kerana sememangnya dibesarkan di ladang getah. Jiwa kampungnya makinmenebal.

Sesekali Amranmengintai kearah jarum jam ditangannya. Dah hampir pukul 12 tengahari. Dia melihathampir kesemua yang hadir mula menampakkan kebosanan mendengar laporan Pak Aliyang merupakan Ketua Kampung kelima yang membentangkan laporan. Semua yanghadir amat maklum dengan Pak Ali yang memang pantang diberi peluang bercakap.Mungkin agaknya dia pernah bercit-cita menjadi wakil rakyat tapi disebabkanpendidikan yang terbatas dia setakat menjadi Ketua Kampung sahaja.

‘Abang balikflight pukul berapa?’ Amran membaca mesej wassap dari Izara.

‘Abang sampai Klpukul 8 malam. Sayang makan dululah takut abang sampai lewat’ balas Amranringkas sambil kepalanya mengangguk-angguk kearah Ketua-Ketua kampung yangduduk di meja berhadapan dengannya.

Ali pembantuperibadinya sibuk mencatat isi-isi penting yang dikemukakan oleh Ketua-ketuaKampung .Ali banyak membantu meringankan tugasnya sebagai wakil rakyat. Ali punbukannya orang lain dengannya. Ada pertalian keluarga. Bau-bau bacang kataorang tua-tua.

Sesekali Amranmengerling kearah jam di taliponnya. Dia merasa masa bergerak terlalu lambat.Walaupun perutnya semakin lapar tapi Pak Ali masih rancak mengeluarkanpandangan dan pendapatnya. Amran tahu dia perlu menjaga hati Pak Ali walaupunPak Ali hanya setakat lulusan tingkatan tiga sahaja. Pak Ali seorang yangdihormati dikampungnya . Jika hati Pak Ali terguris Amran tahu dia akankehilangan sekurang-kurangnya 30 undi dari anak beranak dan kaum keluarga PakAli dalam pilihanraya nanti. Itupun jika namanya dicalonkan semula bergantungkepada Menteri Besar dan kata putus dari Perdana Menteri sendiri.

Pak Ali memberhentikanlaporannya  yang panjang lebar ketikahampir pukul 1.30 tengahari. Masing-masing yang hadir kelihatan menarik nafaslega melihat Pak Ali menamatkan laporannya.Masing-masing tidak sabar menungguuntuk makan tengahari. Amran juga merasa lega walaupun sebagai ahli politik diabelajar menyembunyikan perasaannya. Ketika dia mula menceburi bidang politikseorang bekas menteri kabinet telah berpesan kepadanya.Sehingga sekarang diamasih memegang teguh ajaran Tan Sri bekas menteri.

Kata TanSri  yang masih teguh dalam ingatannya ‘ Amran,kalau nak jadi ahli politik kita kena ada banyak topeng. Masa ziarah orang mati kena pakai topeng sedih. Masake majlis ramai belia kena jadi orang muda, kena pakai topeng orang muda. Kalaupergi ke tempat banjir kena tunjuk rasa simpati, kena tunjuk muka sedih. Kalauada anak kecik kena tunjuk minat pada anak kecik. Gosok pipinya. Angkat budaktu buat macam anak kita sendiri. Kalau ada wartawan dari akhbar atau televisyenkena tunjuk senyum lebar. Undi dari golongan wanita sangat penting sebabpengundi wantita adalah separuh dari bilangan pengundi. Tidak ada perempuanyang tidak sukakan anak’.

Semua kata-katadari Tan Sri kekal dalam ingatannya. Bukan mudah untuk Amran menapak dalampolitik.Kalau diikutkan lebih mudah mengawal kakitangan  satu Jabatan di pejabat dari mengawal lawandan musuh dalam politik. Tapi disebabkan minat Amran sanggup hadapi semua itu.

Dia beruntungmendapat sokongan dari Izara isterinya yang tercinta. Izara kenal dengannya punketika dia mula-mula menceburi bidang politik. Walaupun Izara tidak begitumeminati bidang politik tapi atas cintanya terhadap Amran dia sanggupberkorban. Sebaik sahaja mereka mendirikan rumahtangga Izara berhenti berkerjauntuk menumpukan perhatian kepada rumahtangga. Kehidupan mereka suami isteriamat bahagia. Saling sayang menyayangi.

Namun setiapyang kelihatan sempurna tentu ada sedikit sebanyak kekurangannya. Perkahwinanselama hampir 10 tahun belum dikurniakan zuriat lagi. Segala ikhtiar telahdilakukan namun Allah masih belum memakbulkan doa pasangan untuk nendapat anak.

Amran tahu Izaramerasa tertekan kerana gagal memberikan Amran zuriat. Tapi Amran tidakmeletakkan kegagalan mendapat zuriat di bahu Izara semata-mata. Malahan doktorpakar yang memeriksa mereka mendapati tidak ada masalah samada di pihak Izara mahupun Amran. Mungkin belumrezeki mereka lagi.

“Kasih sayangabang terhadap Sayang tidak sedikit pun terjejas walaupun kita tidak ada anak.Abang redha dengan ketentuan Allah andai ditakdirkan kita gagal mendapatzuriat. Banyak lagi pilihan yang kita ada. Kita boleh aja ambil anak angkat.Kalau rasa sunyi dan rasa nak keriuhan dikelilingi suara anak-anak kita bolehaja bermain dengan anak saudara. Zara pun ramai anak saudara, abang pun ramaianak saudara” kata Amran memujuk Izara apabila Izara kelihatan tertekan.

“ Kita kenapandang dari sudut yang positif. Kita belum dikurniakan anak tapi tidakbermakna kita tak bahagia. Kita ada satu sama lain. Kasih sayang abang tetaptak berubah.” Itulah kata-kata semangat dari Amran setiap kali Izara meluahkanrasa sedihnya.

Bukan tidak adapihak yang mencadangkan supaya Amran berkahwin lagi satu tapi setiap kaliperkara itu ditimbulkan  ia akanmembangkitkan rasa marah Amran sahaja. Amran tahu dengan kududukannya sebagaiwakil rakyat dan paras rupa yang agak kacak memang ramai perempuan yang manaruhhati kepadanya. Tapi cinta Amran terhadap Izara tidak pernah tergugat.

Pernah satuketika Amran bertikam lidah dengan seorang ustaz tentang hak lelaki untukberpoligami.Ustaz Nasir yang banyak memberi nasihat kepada Amran tentanghukum-hakam agama telah memetik ayat 3 Surah An Nisa yang bermaksud ‘Maka nikahilah apa yang kamu senangi dariwanita-wanita, dua-dua, tiga-tiga, dan empat-empat. Jika kamu khuatir  tidak berlaku adil, maka satu saja ataubudak-budak yang kamu miliki (QS. an-Nisâ’ [4]: 3).

“ YB,bukankah ayat itu memberikan maksud kita kaum lelaki diberi izin Allah untukbernikah lebih dari satu? “ kata Ustaz Nasir sambil mengunyah goreng pisangpanas sambil menghirup kopi di warung salah seorang penduduk kampung di kawasanyang dilawati Amran.

“ Ustazlebih bijak dari saya dalam bab tafsir mentafsir ayat Quran ini. Itu memangbidang kepakaran ustaz. Saya belajar bidang Kejuruteraan tapi saya bukanlah takambil tahu langsung pasal ugama. Masa di Amerika dulu pun saya bergaul jugadengan budak-budak yang cenderung pada ugama. Saya pergi usrah juga. Bagisayalah kebenaran untuk berpoligami bukannya kebenaran yang tak terbatas. Islammembenarkan poligami dalam keadaan tertentu. Mungkin untuk membantu wanita yangkematian suami, wanita yang suaminya terkorban di medan peperangan atau dalamkeadaan di mana bilangan lelaki terlalu sedikit berbanding dengan wanita atassebab-sebab tertentu seperti adanya wabak penyakit yang membunuh orang lelakisahaja. Semua keadaan itu tak berlaku pada zaman sekarang. Kalau lelaki nakberisteri dua pun didorong oleh nafsu. Kalau betul-batul nak tolong wanitakahwinlah dengan janda-janda yang susah, yang anak ramai, yang kematian suami.Lagipun cuba ustaz tengok di penghujung ayat tu kan ada kata jika kamu khuatirtidak berlaku adil nikahlah satu sahaja. Ada ke lelaki yang betul -betul boleh berlakuadil? “ Hujjah Amran dengan panjang lebar.Ustaz Nasir hanya diam sambiltersengih memandang Amran.

“ YB nibetul-betul lelaki Melayu terakhir. Susah nak dapat lelaki yang macam YB.Kebanyakan lelaki yang tak kahwin dua tak mampu dari segi kewangan tapi YBmampu tapi tak nak pula kahwin dua,” kata Ustaz Nasir  cuba mencungkil perasaan Amran.

“ Ustaz,saya ni lelaki normal. Ada nafsu. Ada keinginan.Ada keinginan mendapat zuriattapi saya tak boleh bayangkan perasaan isteri saya jika saya bernikah seoranglagi. Betapa hancur luluh nya hati dan perasaan isteri saya. Saya tak sanggupbuat begitu ustaz.” Kata Amran.

“ YerlahYB. Apa yang terbaik untuk YB lah. Macam kata orang putih one man’s meat is another man’s poison’ .Hehe” kata ustaz Nasirsambil tertawa.

“Wahhebat ustaz berbahasa Inggeris.” Kata Amran .

“Bolehlahsikit-sikit YB. Nak jadi orang politik kena tahu serba sikit bahasa orang putihni,” kata Ustaz Nasir.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.