Home Novel Cinta BERARAK MENDUNG KELABU
Bab 6

Sudah beberapa hari berlalu. Aliya perasan perubahan layanan yang ditunjukkan Taufik terhadapnya. Taufik sudah kurang mesra, tak sama seperti mula-mula dia sampai di situ. Puas dia mencari puncanya tapi tak ada apa yang boleh dia fikirkan. Bila bercakap pun dah tak mahu melihat ke arahnya lagi, tak macam dulu. Aliya mula rasa sedikit berjauh hati. Dia tahu dia tak ada hak untuk bertindak begitu cuma hatinya yang tak mudah menerima.

Tekaknya terasa kering, minta di basahkan. Matanya mencari-cari botol air yang biasa digunakannya. Hampa. Kini baru dia teringat botol air tersebut ditinggalkan di atas kabinat dapur tadi. Mujurlah solekannya masih tidak ditanggalkan, kalau tak pasti tak adalah dia nak keluar lagi. Segera dia merapikan tudungnya di cermin sebelum menuju ke dapur.

Pandangannya tertumpu pada sekujur tubuh yang amat dikenalinya sedang membelek-belek laci kabinat dapur. Taufik. Bisiknya sebelum terus menuju ke bekas air minuman yang ditinggalkannya tadi. Taufik perasan kehadiran Laila di situ, tapi dia tak mahu memulakannya.

Dia sudah berjanji untuk cuba menjaga jarak antara mereka. Tak mahu fikirannya melencong ke lain. Tak mahu memori pada Aliya di jelmakan lagi. Tak mahu tersalah langkah. “Mereka berbeza! Ingat Taufik. Hati kau tu yang mudah sangat terusik, mulut tu tak habis nak menyebut. Ingat. Dia bukan Aliya.” tuturnya pada diri sendiri menguatkan pendirian. Tak mahu terus dihanyutkan lagi. Tangannya masih setia membuka pintu-pintu kabinat yang berderetan.

“Tuan cari apa?” soal Aliya pada Taufik. Dia tahu Taufik pasti perlukan bantuan. Seingat Aliya sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Taufik amat jarang berada di situ. Dapur bukanlah tempatnya. Masa dan tenaganya hanya dihabiskan di bilik kerja. Aliya yakin benar, Taufik pasti tak biasa dengan susun-atur peralatan di situ.

“Saya cari gula.” tuturnya. Stright to the point. Tak mahu terlalu banyak cakap kerana dia tak mahu terperangkap.

“Gula ada dekat kabinat di sebelah kiri tuan tu.” jawap Aliya. Dia masih tercegat di situ. Taufik segera membuka pintu kabinat yang diperkatakan.

“Tak ada dekat sini.” balasnya. Aliya kehairanan. Akhirnya dia terpaksa juga menghampiri Taufik.

“Tuan. Sekejap biar saya tolong ambilkan.” tuturnya minta diberikan laluan. Taufik segera bertindak seperti yang diarahkan.

“Biasanya Mak Jah letak kat sini. Sekejap saya cari. Ni ada.” sambil tangannya mengeluarkan botol kaca yang dicari-cari Taufik dari tadi. Taufik menggigit bibir.

“Saya dah jumpa tadi. Tapi saya ingat garam.” katanya malu-malu. Satu senyuman terpaksa juga di hadiahkan kepada Aliya yang berada di hadapannya. Dia menyalahkan diri sendiri yang tak tahu apa-apa.

“Tuan duduk lah. Biar saya tolong buatkan.” balas Aliya sebelum mengambil tempat Taufik tadi.

“Tak menyusahkan Laila ke?” soalnya. Tak mahu menyusahkan. Kopi yang disediakan Mak Jah tadi sudah lama di habiskan. Dia perlukan tambahan kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan.

“Tak ada lah. Tuan duduklah dulu. Nanti saya sediakan.” jawap Aliya sebelum segera memasukkan kopi dan gula ke dalam cawan.

“Okey lah kalau Laila dah cakap macam tu. Terima kasih.” balasnya sambil beralih ke bangku yang di sediakan. Tubuh Laila membelakanginya. Entahlah kenapa, setiap kali terpandang Laila, wajah Aliya turut datang bersama. Taufik hairan dengan perasaan sendiri. Adakah itu semua terjadi kerana cintanya pada Aliya yang tak pernah berbelah bahagi selama ini? Tapi kenapa mesti Laila? Apa yang ada pada Laili? Puas dia memikirkannya. Namun jawapan yang dicari tetap tak pernah muncul.

Atau benarkah apa yang dikatakan Zainal padanya dulu yang dia sedia untuk membina masjid yang baru. Benarkah Allah dah membuka hatinya semula untuk menerima kehadiran wanita lain dalam hidupnya? Laila?” pelbagai persoalan muncul di benaknya tika itu.

“Tuan. Dah siap.” tutur Laila mematikan lamunannya. Taufik terkejut, tanpa dia sedari kini Laila sudah ada di hadapannya.

“Terima kasih.” balasnya sebelum kakinya dihayun laju. Aliya menghantar pergi kelibat Taufik hingga ke hujung tangga.

“Abang.” tuturnya perlahan. Setitis air matanya membasahi pipi.

 

Selesai memandikan pokok-pokok di taman, Aliya melepaskan lelah di kerusi besi. Suasana yang mendamaikan. Mak Jah kata taman bunga itu menjadi tempat kesayangan Pn.Hayati sejak sekian lama. Malah bunga-bunga itu juga ditanam sendiri olehnya. Aliya seperti tak percaya. Sikap ibu mertuanya itu sudah banyak berubah. Layanannya juga tak sekasar dulu. Nadanya juga kedengaran mesra, tak tegas dan sinis seperti selalu. Adakah kerana faktor usia? Duganya. Dia sendiri tak pasti.

“Mak.” sepatah kata yang tak mampu diluahkan secara bersemuka akhirnya terpacul juga dari mulutnya. Serentak dia mengeluh. Kekecewaannya pada Pn.Hayati kembali. Tindakan dan kata-katanya mendera hati.

Deringan telifon yang terdampar dia atas meja mengejutkannya. Dia tersenyum tadkala mengetahui si empunya badan, Laili.

“Assalammualaikum.” ucapnya.

“Waalaikummussalam. Liya. Kenapa susah sangat nak call kau ni? Kau tahu tak apa yang jadi kat sini?” soalnya. Aliya mula bimbang.

“Apa yang jadi kat sana?” soal Aliya kembali.

“Kau tahu tak apa yang dah jadi kat sini? Kau jangan terkejut pulak nanti.” ulangnya lagi. Aliya semakin bimbang. Baru beberapa hari sejak kali terakhir mereka berkongsi cerita, tak disangka ada masalah yang timbul kini.

“Iyalah. Cakaplah cepat. Dari tadi aku tunggu. Buat aku risau je. Apa halnya?” soal Aliya lagi.

“Aku..aku rindu kau la. Rindu sangat. Bilanya kau nak balik ni?” jawapnya. Aliya geram. Ingatkan apalah tadi. Laili takkan pernah habis dengan kerenahnya.

“Kau ni ingat apalah tadi. Buat aku terkejut je.” balasnya.

“O…maksudnya perasaan aku ni dah tak penting lah ya. Maklumlah, orang tengah gembira kat sana kan. Orang kat sini dah dilupa. Takpalah. Biarlah aku makan hati sorang-sorang. Hmm.” tuturnya merajuk. Aliya tersenyum mendengarnya.

“Kenapa cakap macam tu pulak. Aku tak pernah lupa. Cuma jadual aku pack kat sini. Dari pagi sampai malam. Sekarang barulah aku dapat merasa tanggungjawap yang aku tak dapat jalankan selama ni. Seronok sampai rasa dah tak nak balik dah.” balasnya. Laili berkongsi kegembiraan yang dirasa sahabatnya itu. Dia gembira selagi Aliya gembira.

“Sedap cakap. Habis tu kilang ni macam mana? Siapa nak jaga?” soal Laili semula.

“La. Kau kan ada. Merangkap boss kecil. Masa boss besar tak ada, boss kecil lah yang naik pangkat. Tak gitu.” guraunya.

“Mana aci. Setakat naik pangkat je mana cukup. Kalau naik gaji tu lainlah jugak.” balasnya kembali.

“Kau ni kan tak habis-habis. Asyik fikir duit je. Ha…dah alang-alang kau call ni. Apa cerita kat sana?” soalnya. Turut mahu mengetahui perkembangan semasa.

“Macam biasalah. Cuma semalam ada satu butik dari bandar call minta info pasal produk kita. Kalau tak ada masalah katanya nanti dia nak datang singgah. Tapi tak tahu lagi bila. Tu lah sebabnya aku nak call sebenarnya.”

“Ooo. Tadi tu yang kata rindu tu semuanya propa je lah.” tutur Aliya. Dia tak mahu ketinggalan mengusik Laili.

“Eee, kau ni. Sampai hati kata propa. Aku betul-betul dah rindu tau. Kalau tak percaya sudahlah. Ok by.” balasnya merajuk.

“Buruk la kalau orang tua merajuk. Jap-jap. Aku lupa nak pesan. Kau ingat tau. Malam nanti jangan tengok cermin.” tambahnya lagi.

“Kenapa pulak tak boleh tengok?” soalnya hairan.

“Iya lah jangan tengok cermin, takut nanti kau nampak yang lain.” jawap Aliya dengan kekehan. Laila menjerit tak puas hati.

“Liya kau ni. Sengaja takutkan aku. Dahlah tak nak kawan. Assalammualaikum. By.” jawapnya sebelum talian dimatikan. Tak mahu terus-terusan berhubungan kerana dia pasti Aliya akan galak menakutkannya lagi. Aliya ketawa. Akhirnya Laili dapat dikenakan juga.

 

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh anga wati