BAB 17
DUA
minggu berlalu dengan pantas. Atas kesibukan kerja, Bella Amira tidak mempunyai
kesempatan untuk bertemu dengan Rizqi dan bertanyakan soal Kay kepadanya.
Anugerah Nusantara Muzik yang akan berlangsung tidak lama lagi membuatkan
kekangan masa bertambah-tambah.
Rizqi asyik saja hilang dari pejabatnya. Pabila
Bella mempunyai masa untuk bertemu dengan bekas suaminya, Rizqi pula yang asyik
menghilangkan diri. Kadang-kadang Rizqi menolak dan sengaja membuat alasan dari
terus berbicara dengannya walaupun sekadar ‘hai’ atau ‘hello’ semata.
Hal ini membuatkan hati Bella sedikit tercuit. Rizqi
ingin menjauhinya? Ataupun Rizqi termakan bicara Kay yang buruk-buruk
mengenainya? Sampaikan bukan saja dia yang terkena tempias perang dingin ini,
anak-anak juga kini kurang mendapat perhatian dari Rizqi. Lebih kurang dua
minggu sudah Rizqi tidak menghubungi Belina dan Riza. Takkanlah marahkan dia,
Rizqi menunjukkan protesnya terhadap anak-anak? Pelik.
“Belle!”
Telefon pintar Bella terlucut jatuh ke lantai.
“Ish! Apa kau ni Ainil!” Bella mengutip semula
telefon pintarnya yang jatuh terlangkup dari lantai.
“Apa fokus sangat tengok telefon tu? Wallpaper anak-anak kau je pun.” Ainil
tersengih lucu. Bella angau ke apa ni?
“Eh mana ada. Aku tengah fikir ni.”
“Fikir apa?” Ainil menarik kerusinya dekat dengan
Bella. Fail-fail yang berserakkan di atas meja di susun kemas.
“Tak ada apalah!” jawab Bella.
“Daripada termenung tengok skrin telefon tu… jom
ikut aku pergi food testing nak?
Program Jom Makan nak cari restoran untuk shooting
next week ni,” ajak Ainil.
“Aaa… sedap tak? Western atau Melayu?” Bella teruja.
Bukan senang nak ikut food testing
bersama mereka lagi. Bila sudah diasak dengan kerja, nak tengok muka orang
sebelah-sebelah pun tak sempat. Asyik outstation
aje!
“Hei! Memilih! Ikut ajelah… kali ni intern aku yang carikan tempat ni. Kalau
tak sedap kau salahkan dia.” Ainil ketawa mengekek.
“Kau orang ni memang suka buli intern, eh? Sian aku tengok si Hazif tu. Gigih dia siang malam dok
teliti dari satu websiteke satu website cari restoran mana yang best. Tu belum lagi melekat dekat
telefon lepas tu call satu-satu
restoran yang mana available. Bagi kredit
sikitlah kat dia,” ujar Bella. Memang sudah menjadi tradisi di TV 10 untuk para
staf di sini membuli pelajar praktikal. Kasihan pula dia dengan pelajar-pelajar
lugu ini. Belum faham lagi tentang kondisi kerja di industri kreatif.
“Eleh… dulu aku kena lagi teruklah. Sampai
menangis-nangis tau! Manja sangat kadang-kadang budak intern ni. Kena bagi tahan lasak sikit, Belle. Kau tu berlembut
sangat dengan Zahida. Aku tengok dia tu apapun tak tahu nak buat,” kutuk Ainil.
“Hmm… Zahida tu special
case. Dia….” Bella menurunkan suaranya. Takut Zahida terdengar pula bicara
mereka berdua. “Dia tak minat bidang ni. Tak sesuailah gadis tak tahan lasak
macam dia masuk sini. Elok jadi lecturer
je. Bukan tak pandai budak tu.”
“Pastu kau nak luluskan dia ke? Kalau aku… gagalkan
je latihan praktikal ni. Semua benda pun dia tak tahu nak buat. Malu jelah jadi
intern kau,” kata Ainil.
“Tak baiklah Nil kita gagalkan dia. Dia pun ada life juga. Masa depan dia cerah,
mungkin lagi cerah dari kita. Jadi kita bagilah dia kredit… macam aku cakap
tadi. Kredit atas usahanya sebab mencuba. Kalau dia tak bagus dalam bidang ni…
ada bidang lain lagi yang dia bagus. Kita tak tahu!” balas Bella tersenyum.
Ainil menggeleng-geleng. Untunglah pelajar praktikal
di bawah Puan Bella Amira. Baik hati! “Hmm ye lah. Kau betul, Belle… Eh, tu ex-husband kau!”
Rizqi yang berkemeja hitam dan bertali leher biru
gelap berjalan tegap menuju ke pantri. Bella jadi tak senang duduk apabila
terlihat kelibat Rizqi. Kenapa dia langsung tak pandang aku?
“Kita ajak dia pergi food testing nak tak?” Bella tiba-tiba membuahkan idea.
“Eh… kau ni okay ke tak? Ajak ex-husband kau tu pergi food
testing dengan kita? Dia nak ke?” Ainil bagaikan tak percaya. Dahulu bukan
Bella anti Rizqi ke? Ini apahal pulak ni?
“Alah… takkanlah executive
produser tak nak. Dia orang memang sukalah benda-benda macam ni.
Tambah-tambah kalau free. Kau pergilah
ajak dia!” arah Bella.
“Aku?” Ainil menuding jari ke arah dirinya sendiri.
“Tak naklah! Kaulah!”
“Aku? No way…
aku tak boleh. Nanti dia malu nak terima pelawaan kita. Kaulah…” pujuk Bella.
“Malu apa kebendanya? Ish kau ni. Malaslah nak
layan.” Ainil menarik kerusinya kembali ke meja.
“Alaaa… tolonglah aku. Please! Kali ni aje! Kalau kau berjaya pujuk dia… aku belanja makan
Dunkin’ Donut. Angkutlah berapa kotak kau nak,” rayu Bella sambil menarik-narik
baju Ainil.
Ainil menggigit bibirnya. Gawat betullah masalah
rumah tangga si Bella ni! “Yelah, yelah. Kau tunggu sini.”
Bella ditinggalkan keseorangan di meja manakala
Ainil pantas mengatur langkah menuju ke pantri.
“Bos!” tegur Ainil selamba. Senyuman manis menghiasi
wajahnya.
“Hmm? Ainil… ada apa?” balas Rizqi tenang. Air kopi
dihirupnya seteguk.
“Bos… nak ikut tak team Jom Makan pergi food
testing?” tanya Ainil.
“Oh… kat mana tu? Western ke Melayu?”
Ainil membeliakkan matanya. Wah, Bella dan Rizqi ni
memang ada persamaan, ya? Bertanya soalan yang sama! “Oh dua-dua pun ada bos.
Dekat Shah Alam. Jomlah bos!”
“Boleh-boleh. Pukul berapa? Siapa yang ikut lagi?”
tanya Rizqi penuh minat.
Ainil mengerling pada Bella yang mencuri pandang
dari hadangan kubikelnya. Ibu jari diangkat naik tanpa Rizqi sedari.
“Dalam pukul 12 tengah hari nanti. Saya, Manaf dan team yang lain akan joinlah. Belle pun ikut sekali,” jawab Ainil.
“Oh….” Rizqi meletakkan kopi yang dihirupnya ke
bawah. Kening kanannya diangkat. “Tak pelah. Saya tak jadi join. Ada meeting dengan
Datuk Jaafar petang ni. Saya nak kena prepare
beberapa kertas kerja sikit. Lain kalilah ye, Ainil.”
“Sure ke
bos tak jadi ikut ni? Hmm….” Ainil berpaling pada Bella semula. Kepalanya
digeleng-geleng.
“Sure.
Kalau best beritahu saya, ya. Nak
bawa isteri makan sana,” jawab Rizqi dengan nada suara yang sedikit tinggi.
Sengaja dia mahu Bella mendengar bicaranya.
Tersentap Bella mendengar kata-kata Rizqi yang
memang ditujukan buatnya. Rasa serba salah serta kebodohan akibat
terang-terangan mempamerkan sikap tidak tahu malunya kepada Rizqi mula
menyelubungi diri. Mengapa Rizqi menyindirnya begitu? Mungkinkah Rizqi sudah
termakan kata-kata Kay?
Ah, sudahlah! Dia kini bukannya isteri Rizqi lagi.
Buat apa dia berprasangka sebegitu, kan? Ataupun… memang benar kata-kata orang
yang selama ini dia masih menyimpan perasaan terhadap Rizqi? Oh hati… hentikan
semua ini!
***
BELON
pelbagai warna berterbangan di udara. Ada di antaranya tersangkut pada pokok di
laman rumah Fauziah. Cucu-cucu Fauziah semuanya lincah belaka. Kalau bermain
sesama sendiri memang tak pernah yang tak menyelerakkan rumah. Tambah-tambah
pada hari keramaian seperti ini. Sambutan hari lahir nenda mereka yang ke-65
tahun.
Bella Amira dan Diana seperti biasa
menguruskan kek dan dekorasi. Manakala Fauziah pula sibuk bertungkus lumus di
dapur bersama pembantu rumah. Hari lahir pun dia kena memasak! Biasalah… dah
nama pun nenek. Kerja tetap berjalan walaupun di hari lahir sendiri.
“Belle, tak nak panggil budak-budak tu
masuk dalam ke?” tanya Diana. Dia sibuk menyusun beberapa potong kek di atas
meja makan.
“Biarlah… kalau panggil masuk nanti
semak pulak kat dalam ni. Mak buat apa lagi tu? Kata nak tiup kek dah tadi.”
Bella sempat mengerling ke laman rumah untuk memerhati perilaku anak-anaknya
dan sepupu mereka.
“Eh, mana boleh tiup lagi! Rizqi
dengan Kay kan belum sampai lagi!”
“Oh… dia orang datang?” Tersentak
Bella mendengar kata-kata Diana. Selepas tiga minggu dia tidak bertegur sapa
dan bertemu secara berhadapan dengan Rizqi, hari ini lelaki itu akan
memunculkan diri di majlis hari jadi mak. Impressive!
Tak tahulah jikalau Rizqi masih mengingati anak-anaknya lagi ataupun tidak.
Entah-entah budak-budak tu yang dah lupakannya pulak!
“Yalah… mestilah datang. Mak jemput
dia orang semalam. Kay beriya-iya nak masakkan spaghetti untuk kita semua,”
jawab Diana.
Bella tidak membalas kata-kata
Diana. Dia menumpukan perhatiannya pada kek cawan coklat yang disusun di atas
pinggan kaca berwarna merah. Beberapa batang lilin kecil dipacak ke atasnya.
Kemudian, sebungkus gula-gula pula dituang masuk ke dalam mangkuk hijau.
Variasi warna yang digemari anak-anaknya!
“Nanti bila Kay dan Rizqi datang,
Belle tak payahlah bermasam muka dengan dia orang lagi.”
Tiba-tiba saja Diana bersuara
kembali. Tergendala seketika fokus Bella terhadap makanan pemanis mulut
tersebut.
“Yang lepas tu lepaslah. Mak dan Kak
Long dah berbincang semalam. Kay tu ahli baru dalam keluarga kita. Kita kena
cuba fahami dia dan jangan cepat menghukum. Lagipun… kita tak tahu sama ada dia
betul-betul pukul anak Belle ke tak. Budak-budak tu pun tak mengaku. Don’t you think that Belina and Riza planned
all this so that Rizqi hates their stepmother?” sambung Diana lagi.
Bella mengangkat wajahnya dari
menunduk ke arah bungkusan gula-gula Kopiko yang belum dibuka. Tangannya
dicekak ke pinggang. Manakala bibirnya diketap kuat.
“Belina? Riza? Lying to me?” tanya Bella tidak percaya. Rambut hitam pekatnya yang
diikat separuh itu melayang ke muka. Tangannya pantas menarik rambut itu ke
belakang kasar. Mengganggu!
“Yes.
Budak-budak ni kita tak boleh nak percaya dia orang 100%. Mana tahu… dengan
cara ini dia orang nak dapatkan perhatian kita. You’ve been busy with your work. So do Rizqi.Budak-budak tu
rindukan kau orang berdua, Belle,” tambah Diana lagi.
“Rizqi ada call Kak Long dan cakap tentang hal ni?” tanya Bella tegas. Angin
yang menyapa dress merah jambunya sehingga terbang melayang-layang mengenai kek
cawan tadi diabaikan. Kedinginan angin tersebut langsung tidak menyejukkan
hatinya yang kini terbakar.
“Sejujurnya ya… dia ada callakak dan bincang dengan mak tentang
apa yang dia perlu buat untuk hadapi masalah ni. Kay ada beritahu dia yang
Belina dan Riza bencikan dia. Lepas tu….” Diana menunduk diam. Dia tidak
sanggup menuturkan lagi bicara yang bakal mengguris hati Bella.
“Lepas tu apa? Apa yang dia cakap?”
“Tak pentinglah Belle. Yang penting
Belle kena mula terima Kay sebagai salah seorang dari ahli keluarga kita. And you too… have to start looking for a
husband. Takkan nak hidup sendiri je, kan?” Diana menutup bicaranya dengan
senyuman yang meyakinkan. Lebih elok jikalau dia tidak berbincang mengenai hal
itu.
“Belle bukan lagi salah seorang ahli
dari keluarga ni. Belle ni kan orang luar. Kak Long sekarang pun dah tak boleh
lagi nak berterus terang dengan Belle macam dulu-dulu. Lagipun Belle rasa…
mungkin Belle patut jarang-jarang datang ke rumah ni dah.” Sentap. Memang dia
tersentap. Dia tahu Kak Long cuba memenangkan Kay. Dia juga tahu yang Kak Long
sudah tidak boleh berbicara jujur dengannya lagi. Semua orang sayangkan Kay
kerana dia ahli baru dalam keluarga ini. Aku? Aku cuma bekas ahli yang tidak
lagi diperlukan.
“Belle
please!” Diana merentap tangan Bella dari terus melangkah keluar dari ruang
makan. “Kita tetap one whole big family!
Akak sayangkan Belle macam adik akak sendiri. Cumanya… Belle dah tak boleh
rapat dengan Rizqi macam dulu. Dia dah ada isteri. Perlakuan Belle tu mengguris
hati Kay. Kay cakap yang Belle cuba… cuba goda Rizqi kat pejabat. Lepas tu
Belle buruk-burukkan dia pada Rizqi pulak. Belle kena move on! Kumbang bukan seekor. Akak yakin mesti ada ramai lagi
lelaki kat luar sana yang sukakan Belle.”
“So…
itulah yang dia cakap dengan Kak Long?” Bella menghela nafas berat. Dia masih
tak percaya jikalau Kay mengatakan yang anak-anaknya merangka rancangan untuk
memusnahkan perkahwinan Kay dan Rizqi. Bella juga tidak percaya yang Rizqi boleh
mengadu sebegitu kepada Kay tentang dirinya. Rizqi juga kecewa dengan tindakan
Kay terhadap Belina dan Riza. Takkanlah pemikiran Rizqi boleh berubah dengan
begitu sahaja? Mesti ada yang tak kena.
“Long… Belle! Ni Rizqi dengan Kay
dah sampai!” Fauziah memanggil dari ruang tamu.
“Kita akan bincangkan tentang hal ni
lagi, Belle,” kata Diana yang kemudian bergegas ke ruang tamu.
Bella Amira hanya memerhati
kehadiran Rizqi dan Kay yang disambut dengan penuh kasih sayang oleh Fauziah.
Diana juga tampak sudah mula serasi dengan Kay. Manakala anak-anak Diana juga
rapat dengan Kay lebih dari anak-anaknya. Belina dan Riza yang berdiri di
hujung pintu kaca hanya memerhati Rizqi dan Kay dari jauh. Bella tahu mereka
tidak berani mendekat. Apatah lagi menegur ayah mereka yang kini telah dikawal
ketat oleh sang raksasa maha jahat.
“Sayang… anak-anak you.” Kay
bersuara sambil menuding jari ke arah Belina dan Riza.
Rizqi tersenyum paksa. Dia mendekati
anak-anaknya dengan langkah berhati-hati laksana anak-anak itu adalah semut
merah yang sudah bersedia untuk menggigit.
Bella menjeling menyampah. Tindakan
yang dibuat-buat Kay memang tidak menjadi. Dia tahu Kay hanya berlakon baik.
Dia tahu Kay tidak jujur. Manakala Rizqi pula telah termakan kata-kata
hasutannya.
“Belina, Riza! Dah lama papa tak
jumpa kau orang berdua ni,” kata Rizqi sambil mengulum senyuman. Belina dan
Riza dipeluknya erat. Melepaskan rindu tiga minggu yang sarat dengan emosi.
Jauh di sudut hati Bella, dia merasa
lega. Apa-apapun yang paling utama ialah kebahagian anak-anaknya. Cukuplah saja
Belina dan Riza dapat berjumpa ayahnya. Dia tidak apa. Dia tidak penting. Dia
bukanlah orang penting dalam bingkai gambar keluarga Fauziah Mansor. Dia kini
orang luar.
Majlis hari lahir nenda Fauziah
berjalan lancar. Mereka memulakan ia dengan bacaan doa oleh anak Diana, Haziq
dan kemudian majlis beransur ke acara makan-makan. Di akhir majlis, semua
anak-anak termasuklah Bella akan memberikan hadiah seorang demi seorang kepada
Fauziah. Acara pemberian hadiah itu dimulakan dengan Diana dan anak-anaknya dan
seterusnya Rizqi dan Kay, pasangan merpati sejoli bak kata Fauziah sendiri.
“Mak… ini hadiah daripada Kay dan
saya.” Rizqi menyerah kotak besar berbalut kertas kuning berkilat kepada
Fauziah. Kay yang berada di sebelah Rizqi hanya mendakap suaminya dari belakang
manja.
“Wah, besar hadiahnya ni. Ada apa
dalam ni?” Fauziah berseloroh.
“Nanti mak bukalah lepas majlis,”
kata Kay. Matanya sempat menjeling ke arah Bella yang berdiri berhadapan dengan
mereka.
“Okay… terima kasih banyak-banyak
Kay dan Rizqi. Mak sayang sangat dengan kamu berdua. Lain kali beri hadiah
kecil sikit ye. Berat mak nak pegang ni,” kata Fauziah sambil ketawa mengusik.
“Jadi… ada sesiapa yang belum beri hadiah kepada mak lagi? Belle?”
Bella terkejut namanya dipanggil.
Konsentrasinya terhadap aplikasi Instagram terus melayang pergi. Sengaja dia
tidak mahu mengambil tahu tentang apa yang berlaku di sekeliling. Sungguh
hatinya kini makin pedih.
“Belle? Oh… kejap!” Bella
mengeluarkan kotak kecil berwarna merah jambu dari poket dressnya. “Ini untuk
mak.”
“Apa ni Belle? Kecilnya kotak…”
Fauziah tersenyum simpul. Dia seakan-akan dapat mengagak apa yang dihadiahkan
Belle kepadanya. Belle memang tahu kesukaan dia.
“Saya rasa mak tahu apa hadiahnya
tu,” ujar Bella. Perutnya jadi kecut apabila melihat Rizqi dan Kay asyik
memandang ke arah dia. Bagaikan dia pesalah pula.
“Terima kasih… I love you, Belle. Always,” bicara Fauziah penuh makna. “Mak rasa
kita dah sampai ke….”
“Tunggu!” Rizqi tiba-tiba bersuara.
“Sebenarnya ada lagi satu hadiah yang saya dan Kay lupa nak bagi dekat mak.”
Jantung Bella berdegup kencang. Dia
dapat merasakan sesuatu yang berbeza mengenai Kay dan Rizqi pada hari ini. Pasangan
itu tampak… lebih bahagia dan mesra daripada sebelumnya.
“Oh ada hadiah lagi ke? Extravaganza
birthday mak tahun ni.” Fauziah
terkesima.
Rizqi memeluk Kay erat dari
belakang. Rerambut isterinya dielus lembut. “Sebenarnya… Kay dengan Rizqi takut
nak cakap benda ni awal-awal. Tapi disebabkan hari ni birthday mak… dan semua orang ada….” Mata Rizqi mengerling pada
Bella. Pandangan tajam dihunuskan ke bekas isterinya.
“How
about you say it, sayang?” Rizqi berbisik ke telinga Kay.
Bella menurunkan pandangan matanya.
Bosan dia melihat gelagat pasangan suami isteri ini. Bermanja tak bertempat!
“Awaklah yang cakap,” balas Kay
semula manja.
“Okay! Macam ni… tak lama lagi… mak
akan dapat cucu baru!” kata Rizqi gembira.
Bicara Rizqi bagaikan tombak yang
menusuk hati Bella dalam. Bella rasa tertikam. Seakan-akan hatinya sudah terlucut
jatuh dari badan dan dia kini sedang mengutip sisa-sisa hatinya yang sudah
berderai bagaikan kaca retak seribu.
“Alhamdulillah!” Fauziah melafazkan
syukur. Dia memeluk Riqzi dan Kay erat. Perut kecil Kay kemudian
diusap-usapnya. “Dah berapa minggu ni Rizqi, Kay?”
“Oh baru empat minggu aje, mak,”
jawab Rizqi.
Setiap patah kata yang dikeluarkan
Rizqi kini seperti racun di hati Bella. Perlahan-lahan Bella mengatur langkah
kakinya ke belakang. Dia mahu menjauhkan diri dari keramaian ini. Di saat Diana
memeluk Kay dan anak-anak Diana sedang sibuk cuba mengusap-usap perut Kay,
Bella melangkah laju. Bergerak menuju ke dapur. Biar dirinya menghilang. Biar
tiada siapa pun yang sedar bahawa dia pernah ada di majlis ini. Dia tidak kuat!
Dia tidak kuat untuk menghadapi suatu derita sebesar ini!
“Belle!”
Langkah kaki Bella terhenti. Dia
menoleh ke belakang. Wajah Kay yang lembut dan ayu itu menyapanya perlahan.
“Tak nak ucap congrats kepada I dan Rizqi?” ujarnya menemplak.
“Oh… ah….” Bella hilang kata-kata.
Matanya teralih pada anak-anaknya yang sudah monyok wajahnya. Mereka memahami
perasaan ibu mereka.
“Yes,
Belle… awak tak nak ucap tahniah pada saya dan Kay?” Rizqi pula menambah.
“Yeah… yes,” Bella bergerak perlahan-lahan ke arah Kay dan Rizqi. Tangan
kanannya dihulur pada Kay. “Tahniah. Tahniah untuk… Tahniah sebab tak lama lagi
jadi ayah dan ibu. Tahniah,” ucap Bella tergesa-gesa. Tangannya pantas ditarik
daripada terus lama berpegangan dengan Kay.
Bella menarik lengan Belina dan Riza
mendekati dirinya. “Belle… kena balik sekarang. Belle lupa… Belle sebenarnya
ada hal sikit dekat rumah.”
Tas tangan dan beg anak-anaknya
diangkut ke bahu. Bella terus berjalan keluar dari ruang tamu tersebut menuju
ke porch kereta.
***