BAB 18
KOTAK
merah jambu yang terletak di atas meja solek dicapai Fauziah. Dia tersenyum
kelat. Pemberi hadiah ini pulang tanpa pamitan. Mungkin hati Bella Amira
tersentuh dengan pengumuman anak dan menantunya. Tapi apa yang boleh dia buat!
Berita itu adalah berita gembira baginya seisi keluarga. Setelah hampir lapan
tahun, dia bakal mendapat cucu baru. Hanya TUHAN yang tahu betapa bahagianya
dia!
Namun di sebalik semua itu mereka
sekeluarga terlupa untuk menjaga hati Bella. Bella sangat dekat di hati Diana
dan Fauziah sendiri. Banyak cerita dan susah senang dilalui bersama. Ibu Bella
merupakan sahabat baiknya. Mana mungkin dia akan abaikan Bella begitu sahaja
selepas dia mendapat menantu dan cucu baru. Anak-anak Bella tetap menjadi
kesayangannya.
Kotak merah jambu itu dibuka. Gelang
tangan Pandora yang tergantung dua huruf iaitu F dan B itu berkilau-kilau
apabila terkena cahaya mentari petang. Fauziah tidak menyangka yang Bella masih
ingat akan gurauannya yang ingin memiliki seutas gelang tangan Pandora. Bella
benar-benar sayangkan Fauziah seperti ibu kandungnya sendiri. Malah lebih
rasanya!
“Belle… terima kasih. Belle tahukan
yang Belle sentiasa akan menjadi seseorang yang istimewa di hati mak. Mak minta
maaf sebab lukakan hati Belle hari ini.” Monolog Fauziah sendiri. Dia kesal
dengan tindakannya yang tidak mampu memberi kasih sayang sama rata di anatar
dua menantu. Dia mula menyayangi Kay dan dia akan terus menyayangi Bella.
Selamanya.
Gelang tangan itu dipakaikan ke
pergelangan tangan kanan Fauziah. Setelah itu, Fauziah mencapai telefon
bimbitnya. Nama Zahlia dicari.
“Assalamualaikum Zahlia… Ini aku ni
Zee.”
Suara Zahlia menjawab salam kedengaran
dari hujung corong telefon.
“Aku rasa aku ada buat salah dengan
Belle, Zahlia. Kau boleh pujuk dia?” tanya Fauziah bernada kesal.
***
TATKALA
matanya dibuka, Bella melihat dunianya dari pandangan atas. Badannya yang kini
tersangkut di atas siling bilik terasa sakit-sakit. Graviti yang menarik
seluruh badannya ke bawah makin mencengkam kulitnya yang seakan-akan melekat ke
siling.
“Ah!” Bella cuba menjerit. Namun apa
yang keluar dari mulutnya cumalah jeritan bisu. Bibirnya seakan-akan kejang.
“Beli… na!” Bella cuba memanggil
anak yang nyenyak tidur di atas katil. Riza dan Belina seakan-akan tidur mati.
Tidak menyedari bahawa ibu mereka sudah terlekat di siling yang bertentangan
dengan tempat tidur mereka.
‘Ya ALLAH…’ bisik hati Bella. ‘Ya
ALLAH… kenapa aku jadi macam ni?’
Kesakitan lengan Bella yang melekat
pada siling makin mengetit-ngetit. Bagaikan kulitnya bakal tercabut dari
menyelaputi tulang temulang. Apakah dia terperangkap di dalam dunia mimpinya
lagi? Apa maksud semua mimpi buruk ini? Petanda apakah yang TUHAN sedang beri
kepadanya?
“Ri..za!” Lidah Bella jadi terlalu
keras untuk berbicara. Namun dia tidak patah semangat. Sekali lagi dia cuba
menjerit. “Ri… za!”
“Ya ALLAH!” Sebutannya penuh! Tak
semena-mena badan Bella melayang jatuh ke bawah dan hampir-hampir saja
menghempap kedua-dua orang anaknya yang sedang tidur nyenyak di atas katil.
“Belle! Belle!”
Pap! Pap! Ainil menampar lengan
Bella.
“Ah?” Terkejut Bella dibuatnya.
Sekali lagi dia bagaikan dihipnosis. Kali ini sudah masuk kali yang kedua
setelah dua minggu lepas dia mengalaminya.
“Eh mengelamun lagi? Kau ni okay ke
tak? Dengar tak apa nasihat aku ni?” Ainil mula merasa jengkel dengan sikap
Bella. Asyik mengelamun tak habis-habis.
“Okay… okay… sorry. Aku ter… ter tak fokus dengan apa yang kau cakap. Apa tadi
yang kau bebel panjang-panjang tu?” Bella terasa malu. Sejak akhir-akhir ini
memang mudah sekali mindanya merayau entah ke mana-mana. Takkanlah dirinya
masih lagi emosional tentang isu Kay dan Rizqi?
“Ish malaslah nak ulang dari atas.
Panjang kot nasihat aku. Balik-balik kau tak dengar.”
“Alahai… cut it short ajelah. Buat summary!”
seloroh Bella.
“Cut
it short? Okay… Kesimpulan dari panjang lebar nasihat aku tadi kepada kau
adalah… lebih baik kau cari aje suami baru. Haa hidup senang, tak payah dah nak
terfikir si Rizqi tu lagi. Apa susah? Kau bukannya tak lawa. Mengalahkan Rozita
Che Wan lagi. Bagi aku kau ni taraf Erra atau Rita Rudanilah! Kan?” jelas Ainil
senafas.
“Oh, tulah nasihat kau? Cari lelaki
lain?” Bella mengeluh panjang. Ingatkan nasihat apa tadi. Nasihat ini dah dekat
10 orang bagi dekat aku tau!
“Ye lah… kau ingat si Rizqi tu ada
hati lagi ke kat kau? Nampak sangat dia nak eliminate
kau dari hidup dia. Kau tahu tak dia jemput semua orang dalam unit hiburan
ni pergi majlis makan-makan kat rumah baru dia?” Ainil mencucuk jarum-jarum
benci pada Bella.
“Really?
Aku tak tahu pun! Dia ajak semua orang ke?” Terkejut Bella mendengarnya.
Sampai hati Rizqi langsung tak menjemput dia ke majlis tersebut.
“Ha’ah! Pagi-pagi lagi dia datang
lepas tu dia buat announcementcakap
bini dia pregnant. Lepas tu dia ajak
kita orang semua pergi rumah dia hari Sabtu depan. Siap bagi alamat lagi.
Walhal dia tahu kau seorang je tak ada masa tu sebab ada meeting dengan Sharifah bahagian finance,” kata Ainil lagi. Sudah terang lagi bersuluh. Takkan tak
nampak lagi si Bella ni?
“Oh… dia beritahu semua oranglah yang bini dia
pregnant. Happy betul dia…” Bella
menggigit bibirnya. Ya ALLAH kenapalah susah sangat aku nak lupakan Rizqi ni!
“Itulah aku cakap… sudah-sudahlah
tu. Tak payah nak emosi sangat. Dia langsung tak kisah pasal kau. Tengok muka
kau pun tak nak. Kau pulak sampai termenung sana sini teringatkan dia. Kalau
dia tak nak jumpa dengan anak-anak dia… itu dia punya pasallah. Bukannnya kau
halang diapun. Dia yang tak nak, kan?” Ainil memberi kata-kata semangat kepada
Bella. Baginya Bella tampak terlalu lemah. Jauh lebih lemah dari mula-mula dia
mengharungi perceraian dua tahun dulu.
“Okay… entahlah,” kata Bella yang
masih keliru.
“Dengar sini! Be strong… ingat ALLAH! Apa-apa masalah pun semua boleh
diselesaikan kalau kau ingat ALLAH,” ujar Ainil. Dia kemudian menambah. “Kau
masih lagi cantik, anggun dan muda. Mesti ada yang suka dengan kau, Belle. Kau
petik je jari… mesti ada yang menanti.”
“Petik je jari?” Pap! Bella memetik
jarinya. “Macam tu?” katanya mengejek Ainil.
“Yelah!”
Pap! Pap! Jejarinya dipetik sambil
ketawa mengakhiri perbincangan mereka berdua.
“Puan Bella Amira? Yang mana satu
Puan Bella Amira ye?”
Bella dan Ainil mengangkat kepala
mereka dan menjenguk keluar kubikel. Seorang lelaki muda dalam lingkungan akhir
20-an berbaju kemeja belang-belang hitam sedang berdiri di hadapan kubikel
mereka. Lelaki itu tampak keliru dan tercari-cari.
“Itu dah datang! Siapa jejaka handsome tu?” tanya Ainil nakal.
“Ish! Aku tak kenallah!”
“Pergilah tengok,” desak Ainil.
Bella bingkas bangun. Dia yang memakai
jumpsuit lengan panjang rona hitam dan dipadankan dengan mafela merah tampak
bergaya dari kebiasaan. Lelaki itu didekati Bella.
“Yes?
You cari Bella Amira, kan?” tanya Bella lembut.
“Ya. Puan Bella. You kenal yang mana
satu Bella?” tanya lelaki itu kembali.
“Saya Bella. Just call me Belle. Hmm and you are?”
Lelaki itu tampak terkejut. Semacam
tidak percaya pula dia sedang berbicara dengan Bella Amira yang dicarinya.
“Oh, Puan Bella! Saya minta maaf!
Saya Amir Daniyal. Staff branding
yang baru. Bos saya, Zharif mintak saya handle
program Eksplorasi buat sementara waktu sementara Nadine cuti bersalin,”
jelas Amir.
“Oh, ye ke? Nadine dah cuti ye… I see. Um… jadi lepas ni saya berhubung
dengan awaklah kalau berkaitan dengan program nanti?” Bella terkesima. Dia
panggil aku puan lagi? Kan tadi dah cakap panggil aku Belle!
“Ya. Puan Bella contact saya aje nanti. Macam biasa boleh jumpa saya dekat tingkat
atas,” jawab Amir.
“Okay, nanti awak beritahu Zharif
yang saya ada beberapa perkara yang nak dibincangkan dengan dia berkaitan
program. And again… tolong panggil
saya Belle saja ye.” Bella sekali lagi mengingatkan Amir. Terasa segan pula
dipanggil puan. Macam dah tua sangat.
“Okay Belle… Belle, kan?” sebut Amir
teragak-agak.
“Ya, Belle. Hanya Belle je. Tak
payah ber ‘puan-puan’.”
“Sebelum saya lupa, memang Zharif
ada pesanan buat Belle,” kata Amir yang kelihatan janggal dalam menyebut nama
Belle. “Dia kata akan ada rombakan dalam program Eksplorasi. Mungkin hos perlu
ditukar untuk naikkan rating. By next week, team Eksplorasi boleh buat
iklan untuk cari hos baru. Meeting
pulak akan diadakan sebelum pencarian hos diiklankan.”
“Meeting
tu bila? Kalau esok boleh?” Bella mengeluh panjang. Hos baru? Siapa pula nak
menggantikan hos sekarang yang sudah sedia bagus dan selesa untuk bekerjasama
ni? Kalau dapat artis yang kekwat macam mana? Masalah juga ni!
“Nanti
saya tanyakan Zharif semula. Can I get
your number, Belle?” Amir Daniyal memberanikan diri untuk bertanya. Bella
baginya kelihatan tegas dan fokus dengan kerja.
“Oh, sure. Ini kad saya.” Bella mengambil kad namanya dari meja. Dalam
pada itu, Ainil sempat memberi senyuman mengusik terhadap Bella. Ada orang
minta nombor nampak…
Amir Daniyal berlalu pergi. Manakala
Ainil pula tersipu-sipu senyum terhadap Bella. Kan dah cakap, petik aje dah
datang!
“Siapa tu?” Ainil memulakan
penyiasatan.
“Staff
branding yang baru. Ganti Nadine cuti bersalin.”
“Oh!” Lengan Bella disiku Ainil. “Handsome jugak tu.”
“Eh! Kau gila? Dia mudalah! Aku tak
naklah fikir pasal cari teman hidup. Dahlah… kita tak boleh nak lama-lama kat office. Nak kena ke Stadium Merawangsa
ni. Malam ni kan ada raptai penuh ANM,” ujar Bella dengan kerutan penuh di
muka. Sikit-sikit jodoh. Entah apa-apa!
***