Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 39

“Lida tolong abang nie,” jawab Khalida dipegangnya tangan Ilham dengan mesra.

“Tak usah tolong, Lida bukannya sayang abang pun!” balas Ilham mengusik hati Khalida.

“Lida baik hati, tak suka pun tolong jugak,” balas Khalida.

“Ada orang tak nak mengaku kata dia tu sayang kat kita!” usik Ilham sambil mengangkat Khalida. Ayien dan Shima masih di dalam bilik Khalida. Shima memperbetulkan tempat tidur Khalida. Aku mana tidur pun.

Melihat layanan Ilham kepada Khalida membuatkan hati adik-adiknya tersentuh. Kita belum tentu lagi mampu untuk buat semua ini kepada pasangan kita nanti. Tetapi Ilham sudah buktikan, dia sanggup buat apa saja untuk Khalida.

“Abang Am, sorry sebab tuduh abang macam-macam tadi,” ucap Shima terlebih dahulu. Ilham tersenyum saja. Idea gila-gila isterinya tadi. Kalau suruh dia, memang tak lah kalau nak pujuk adik-adik Khalida ini. Tetapi Khalida jenis kakak yang pentingkan keluarga, sanggup menipu adik-adik supaya menerima suaminya ini. Kalau tak sayang, masakan sanggup menipu adik-adik sendiri.

“Ayien, akak pilih abang, sebab akak dah kenal dia semasa kita orang jadi suami isteri dulu. Dia saja yang sanggup jaga akak. Biar pun Abang Is dan Abang Rifky baik, tetapi akak tak tahu dia orang sanggup jaga akak atau tak? Bercinta dengan hidup bersama sebagai suami isteri tak sama, Ayien!” ucap Khalida sambil memandang wajah suaminya. Dia saja yang ikhlas mahu hidup dengan aku yang tidak sempurna ini.

Ayien hilang kata-kata. Tergamaknya dia melukakan hati Khalida yang selama ini banyak berkorban untuk dia dan keluarga mereka.

“Dah lah tu, abang tak nak dengar semua tu lagi,” tegas Ilham. Rasa tidak enak pula apabila Khalida berkata-kata seperti itu. Kalau tak suka pun tak mengapa, aku nak ambil akak kau saja.

Terus Ayien tinggal mereka di situ. Mungkin rasa bersalah dengan sikapnya selama ini. Nak jaga kakak sendiri pun tidak sanggup, tetapi bila ada orang yang sudi menjaga, kita marah pula. Shima pun turut keluar.

“Pergi mana tadi?” soal Khalida. Terus bangun dan berjalan perlahan-lahan ke arah beg pakaiannya. Nak cari tudung. Boring dah tinggal lama-lama kat dalam bilik ini. Ilham membiarkan tangan Khalida memaut bahunya untuk berjalan.

“Makan angin!”

“Abang merajuk tadi?” soal Khalida. Hati dia di sakiti tetapi tengok dia tenang saja.

“Merajuk???” Lelaki kalau merajuk leceh sebenarnya. Lagi pun aku mana reti merajuk. Buang karan!

“Mana lah tahu. Hati abang kan sensitif!” usik Khalida lagi. Ilham memimpin tangan Khalida, malah dibiarkan tangan Khalida menarik tangannya ke mana saja Khalida mahu pergi.

Jumpa tudung terus ambil dan dipakainya.

“Nak ke mana pulak ni?” soal Ilham apabila melihat Khalida sudah bersiap.

“Makan angin!”

“Lida kan sakit, orang sakit buat cara sakit!”

“Oleh sebab Lida sakit, jadi abang kena dukung Lida sampai ke kereta. Tak nak guna kerusi roda tu lagi,”

“Lida ingat abang kuli Lida ke?” tapi angkat juga.

“Lida buat semua ini untuk abang juga, abang kan tak nak isteri abang yang cacat tu,” balas Khalida sambil tersenyum. Syukur alhamdulillah, sebab dia yang buat aku kuat untuk menghadapi masa-masa sukar dulu.

‘Abang saja yang sanggup layan Lida yang banyak songgeh ini,” ujar Ilham.

Sebenarnya dia nak pandu kereta. Rindu sangat nak bawa kereta seperti dulu. Ilham tak benarkan sebab kaki Khalida belum pulih sepenuhnya, tetapi Khalida tetap berkeras mahu memandu kereta. Bukan dalam kampung, kerana dia tidak mahu terserempak dengan ahli keluarganya.

“Cakap lah kat dia orang, tak baik buat macam ini,” tegur Ilham sambil memerhati setiap tindakan Khalida.

“Tunggu Ayien dan shima balik!”

“Kenapa? Salah ke kalau dia orang tahu? Orang suka kongsi berita gembira yang dia sanggup menipu pula?”

“Kalau dia orang tahu tak best!”

“Lida nie...,”

Sampai di taman bunga. Taman Astakona. Itu lagu Khalida. Taman kenangan sebenarnya. Dia keluar dan berjalan perlahan-lahan. Ilham turut berjalan di sebelahnya dan tangannya memegang bahu suaminya itu. Teringat kenangan lama semasa Ku Ibrahim datang melamarnya untuk Ilham. Di taman ini lah, Ku Ibrahim memberitahu hasrat hatinya untuk cucu kesayangannya ini.

“Kenapa atuk pilih Lida? Lida orang susah, tak cantik dan kurang segala-galanya?” soal Khalida sebaik saja Ku Ibrahim beritahu, dia mahu menjodohkan Khalida dengan Ilham.

“Kerana keturunan dan agama, Lida. Atuk nak anak-anak Ilham adalah baik seperti Khalida. Taat kepada keluarga, pentingkan hubungan kekeluargaan dan setia kepada suami. Semua itu hanya ada pada Lida,” jelas Ku Ibrahim membuatkan Khalida rasa tidak senang duduk.

“Lida tak yakin Abang Am akan sukakan Lida dan mahu hidup dengan Lida sebagai suami dan isteri,” balas Khalida. Waktu itu Ilham kan ada Zura.

“Tetapi atuk yakin suatu hari nanti Ilham akan jatuh hati kepada Lida, sayang kan Lida seumur hidupnya, “ kata Ku Ibrahim.

Khalida tersenyum tiba-tiba.

“Pelik ni, tiba-tiba senyum sorang-sorang!”

“Atuk bawa Lida ke sini, untuk melamar Lida menjadi isteri abang!” beritahu Khalida sambil menunjukkan tempat duduknya bersama Ku ibrahim.

“Yer ker?” soal Ilham. Dia mana tahu semua itu.

“Yup, atuk cakap cucu dia nie jahat, tak baik sangat. Suka lawan cakap orang tua-tua, tak dengar kata, degil..,” tipu Khalida. Ilham buat tidak dengar saja.

“Yer lah, Lida seorang saja yang baik..,”

“Jadi dia pujuk rayu Lida, tolong lah kahwin dengan cucu dia tu, supaya cucu dia dapat jadi baik macam sekarang!” sambung Khalida sambil merangkul lengan kanan Ilham. Ilham tersenggih.

“Jadi Lida terima lah kan sebab nak harta abang?” soal Ilham. Khalida buat tidak kisah saja.

“Mesti lah, siapa tak nak harta? Orang susah macam saya memang nak harta pun. Abang tahu Lida dapat 5 peratus saham syarikat abang?” soal Khalida. Ilham mengangguk.

“Dah tahu yang tu, aruah atuk yang beri kat Lida!” Cuma Khalida tidak tahu, saham tu sejak Khalida masih sekolah lagi. Bukan kerana Khalida berkahwin dengan Ilham.

“Abang jodoh dengan Lida nie sebab ramai yang berdoa untuk abang tau tak? Harap sangat lah Lida balik kat abang,” cerita Khalida. Ilham menarik Khalida dalam pelukannya dan mata mereka saling berpandangan.

“Atau kerana kita saling menyintai sama lain, cuma keberatan untuk mengaku perasaan masing-masing,” bisik Ilham perlahan.

Kejap nak fikir, aku ada perasaan kat dia ke selama ini? Soal hati Khalida!

Previous: BAB 38
Next: BAB 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.