Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 44

Seawal pagi sudah keluar jalan-jalan ke ladang teh, kebun bunga dan kebun sayur-sayuran sambil menghirup udara yang dingin. Teringat ketika pergi bercuti di Kundasang bersama dengan Emma. Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Gunung Kundasang, kereta yang mereka naiki di temani oleh awan yang putih di kiri dan kanan. Seolah kita berjalan tinggi di awan.

Semua ini alam semulajadi yang ALLAH berikan kepada kita, sayangnya kita tak menghargai dan menjaganya. Kata penduduk di Kundasang, 20 tahun yang lalu, keadaan di Kundasang lagi sejuk dari sekarang. Begitu juga dengan genting yang sudah tidak berapa sejuk dari 20 tahun yang lalu.

Ketika sedang menghirup teh segar di sebuah restoran, Khalida terpandang pasangan suami isteri yang sedang berjalan melintasi restoran tempat mereka duduk. Spontan Khalida bangun dan mengejar pasangan tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada betul atau tak tekaannya.

Perempuan yang memakai purdah seperti dalam mimpinya dan lelaki itu dia kenal sangat. Sah mereka suami isteri kerana sejak dari tadi berpegangan tangan dan dia tahu lelaki itu pula tidak ada adik perempuan.

“Lida kenapa ni?” soal Ilham yang mengejar Khalida dari belakang.

“Nampak tak tu..,” kata Khalida sambil menunjukkan ke arah pasangan suami isteri tersebut.

“Nampak. Macam Datuk Is!” ujar Ilham. Khalida mengangguk. Alhamdulillah dah dapat datin pun, dan datin itu memang impian Datuk Iskandar sejak dari dulu lagi.

“Datuk Is dan isteri dia tu,” kata Khalida.

“Jom, kita pergi tegur dia orang!” ajak Ilham.

“Tak nak lah!” jangan diganggu mereka, yang penting kita tahu mereka sedang meniti alam bahagia, seperti kita juga.

“Bekas kekasih Lida tu, Lida dulukan ramai peminat!” usik Ilham. Tangan kanan Khalida dipegangnya kemas.

“Dia nie sebab kita orang pernah tinggal sekali di asrama anak-anak yatim, sebab tu kenal dia, tapi tak tertulis jodoh Lida dengan dia, tetapi dengan abang!”

OO, kami belum bincang lagi kes mak dan papa. Balik kat bilik nanti baru nak berbincang. Sebelum tu nak pergi kebun bunga, nak beli bunga nak bawa balik tanam kat rumah. Semangat nih.

Pukul 10.30 pagi mereka pulang ke hotel. Ariff sedang menunggunya di depan hotel. Terus di ajak masuk ke bilik tetapi Ariff menolaknya.

“Nah, simpan balik kat tempat yang kau ambil!” kata Khalida. Diari tu ada dalam beg Khalida sejak dari tadi.

“Baik, puan!” jawab Ariff sambil mengangguk. Ilham tersenyum saja.

“Ini rahsia kita berdua, Abang Am kau dia tak tahu apa-apa pun!” gurau Khalida sambil menjeling ke arah Ilham. Orang suruh baca dia tak nak baca.

“Ini akak setuju tak lamaran Abang Am?”

“Lamaran abang am untuk akak dah lama akak setuju,”

“Kak ni, bukan itu lah maksud saya, mak dengan Datuk Razali lah!”

“Itu kena tanya mak, akak bukannya boleh buat apa-apa pun!”

“Hari tu yang meroyan kenapa? Tahu lah tak pernah rasa manisnya malam pertama pun, tapi tak perlu lah meroyan dan mengamuk. Betul tak Ariff?” sampuk Ilham membuatkan Khalida tidak jadi tersenyum. Oo, ungkit. Bukan ke dia yang tak sabar.

“Entah kak nie, saya balik dulu lah!” pinta Ariff, dari aku dengar mereka berdua bergaduh lebih baik aku balik. Dia orang tu kalau tak bergaduh, memang tak sah.

“Bawak kereta elok-elok!” pesan Khalida kepada adiknya.

“Keluarga abang memang tak ada masalah ke kalau papa berkahwin dengan mak?” soal Khalida ketika masuk ke dalam bilik.

“Tak ada pun, semua okey saja?”

“Mama abang macam mana?” tanya siap-siap. Mana kita tahu sebelah sana pun ada yang tidak setuju seperti keluarga kami juga.

“Bercerai talak tiga, mana boleh nak rujuk, lagipun mak tu bekas kekasih papa, biarlah dia orang kahwin, kita anak-anak doakan mereka bahagia, cukup lah!” ringkasnya cara dia berfikir. Tidak seperti aku dan adik-adik aku?

“Kalau mak tak setuju macam mana?” seingat aku sejak aruah ayah pergi, bukan tak ada orang masuk meminang mak, tetapi mak yang tak nak, mak yang tidak mahu. Mungkin kah mak menunggu kekasih hatinya.

“Mak tu mudah dari Lida, kalau Lida setuju, semua orang akan setuju!” kata Ilham sambil memeluk Khalida dengan erat.

“Jom kita balik. Abang balik rumah papa dan saya balik rumah mak, banyak benda lagi nak kena buat. Lida nak balik pujuk mak supaya terima papa, nanti bila semua dah okey abang bawa rombongan meminang ke rumah Lida,” ajak Khalida. Bila-bila boleh datang lagi bercuti ke sini, yang penting sekarang adalah hubungan mak dan papa.

“Ha, jangan mengatal. Abang tempah seminggu bilik ini. Baru sehari semalam dah nak balik. Tunggu 3 atau 4 hari baru kita balik!” bantah Ilham sambil melepaskan Khalida dari pelukannya. Marah Ilham.

“nanti kita datang lagi..,” pujuk Khalida perlahan sambil menarik tangan Ilham tetapi Ilham melarikan tangannya. Amboi, sombong!

“Abang!” panggil Khalida. Selepas baca diari mak sejak semalam, hati asyik teringat mak saja. Tak sangka mak ada cerita yang sedih sangat. Andainya aku di tempat tentu hari-hari aku makan ayer mata.

“ini bulan madu kitalah, Lida!” pintas Ilham.

“Hmm, susah cakap dengan abang nie, yang abang gatal bagi tempoh seminggu kat mak tu kenapa?”

“Risau apanya, boleh tangguh hal tu!”

“OO, hal papa dengan mak boleh tangguh, hal abang tak boleh,” jawab Khalida. Dia bukan faham perasaan perempuan.

“Okey lah, lusa kita balik tetapi kena balik rumah abang dulu, sebab nenek pesan suruh bawak Lida balik rumah. Nanti baru Lida balik rumah mak!” kata Ilham terpaksa mengalah.

“Sayang pun abang kat Lida!”

“Bukan sebab tu, sebab tak kuasa abang nak bergaduh dengan Lida!”

“He he he..,”

“Pergi bersiap, kita keluar, mana tahu boleh jumpa Rifky pula ke?” usik Ilham. Aku terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan Khalida dulu. Maka, aku kena hargai Khalida dengan sepenuh hati aku.

“Abang!” panggil Khalida kuat.

“Apa lagi?”

“sayang abang sangat-sangat!”

“Baru sekarang nak ucap, abang nie separuh mati tunggu ucapan macam tu dari Lida!”

Ilham menghampiri Khalida dan dirangkulnya pinggang Khalida dari belakang. Terus dikucupnya pipi kanan Khalida dengan sepenuh kasih sayang.

“I LUV U!” ucap Ilham. Khalida tersenyum.

Previous: BAB 43
Next: BAB 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.