Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 45

Harap Lida mengandung cepat sikit,” kata ilham ketika mereka dah hampir-hampir dekat dengan rumah papa. Asyik ulang ayat ini dari semalam lagi. Pagi tadi pun cakap benda yang sama juga.
“Abang ingat mengandung nie macam pergi beli ais krim ke, minta terus dapat,” marah Khalida. Abang ingat, mengandung nie benda mudah ke?
“Kita dah usahakan, kalau tak boleh juga, usaha lebih sikit!” kata Ilham, tidak main-main pun.
“Pelik abang nie,”
“Tak kira, abang harap sangat Lida boleh mengandung sebulan dua lagi,”
“Abang nie tak boleh nak fikir ke apa?” kata Khalida sambil menutup daun pintu kereta dengan kuat sekali. Geram dengan kata-kata Ilham yang asyik sebut perkara yang sama.
“Lida!” panggil Ilham, Khalida buat tidak peduli saja. Muka pun dah masam.

Kepulangannya di sambut oleh Ku Salbiah dan Kak Nita, kakak sulong Ilham yang datang bersama suaminya.
“Hah, boleh jalan dah, esok boleh masuk ofis kut!” kata Jasnita sambil tersenyum.
“Insha ALLAH!” balas Khalida turut tersenyum.
“Papa cakap Lida pergi berbulan madu dengan Ilham, betul ke?” tanya Jasnita membuatkan Khalida terdiam. Apa kena mengena aku pergi bulan madu dengan mereka yer?
“Lida kena mengandung kali ini,” celah Ku Salbiah membuatkan wajah Khalida segera berubah. Apa hal nie, sampai nenek pun cakap benda yang sama. Aku pelik sangat.

Ilham baru saja masuk sewaktu Khalida mahu duduk di sebelah Ku Salbiah.
“Buat lah apa cara sekali pun, yang penting Ilham dan Lida kena cepat-cepat ada anak kali ini,” kata Jasnita kepada Ilham.
“Papa mana, nek?” soal Ilham mengalih topik sebab tengok muka Khalida semakin masam mencuka. Tadi dah bergaduh, nanti perang besar lah pulak.
“ Sebut tentang papa, macam mana risikan kau, berjaya ke tak?” tanya Ku Salbiah.
“Minggu depan baru nak tahu jawapannya, nek. Esok Lida nak kena balik kampung sebab nak pujuk mak!” beritahu Ilham sempat menjeling ke arah Khalida.
“Lida tak perlu balik ke sana, sebab Lida dah jadi pihak kita. Lagipun biarlah dia orang selesaikan masalah nie. Kalau jodoh tak kan ke mana tu,” halang Ku Salbiah membuatkan Khalida serba salah. Kalau tak balik macam mana nak satukan mak dan papa?
“Lida nak balik tengok mak, nek!” suara Khalida pula. Mak macam mana di kampung? Ariff cakap adik-beradik dan nenek tak sokong perkahwinan ini? Kalau begitu, mak dan papa tak boleh bersatu juga. Kasihan mak yang telah lama memendam perasaan begitu juga dengan papa. Mereka saling menyintai, sayangnya terputus di tengah jalan.
“Lida tak usah risau bab tu, yang penting Lida kena jaga diri Lida untuk mengandung kali ini,” kata Ku Salbiah. Hish, tak faham aku.

Terus Khalida minta diri masuk ke dalam biliknya. Letih dengan persoalan mak dan papa, tetapi yang letih ada lah bab mengandung ini. Stress. Ambil bantal terus letakkan kepala, selepas itu tidur sampai dekat pukul 6.00 petang pun tak jaga lagi.

Ilham memekup kedua belah pipi Khalida dengan tangannya.
“Bangun, sayang!” kejut Ilham. Khalida terus bukakan matanya. Tengok jam dah pukul enam, terus bangun ditolaknya badan Ilham yang menhadang tidurnya. Nak solat, itu yang ada dalam kepalanya ketika ini. Keluar saja dari bilik air, terus teringat papa.
“Abang dah jumpa papa?” soal Khalida sambil menghamparkan sejadah dan mengambil kain telekungnya.
“Papa asyik teringatkan mak saja. Call Ariff tak?”
“Tak. Kenapa??”

Ilham mengambil handset Khalida, dilihatnya 4 panggilan dari Ariff tidak dijawab. Tidur sampai tak sedar adik telefon. Habis segala mesej Khalida di bacanya, gambar-gambar Khalida bersama kawan-kawan dan adik-adiknya turut dilihat, sampai tak sedar Khalida sudah selesai solat dan sudah siap berdoa.
“Apa ni,” kata Khalida sambil merampas telefonnya di tangan Ilham. Hanya sempat buka kain telekung di kepala saja, kain di pinggang masih dipakainya.
“Call Arif, kata kita nak percepatkan perkahwinan papa dan mak. Papa dah tak boleh buat kerja, masuk ofis pun tak!”
“Papa nie macam orang muda pulak!” kata khalida sambil tersenyum. Teruk angau papa nie.
“Jangan gelakkan papa, sekarang telefon Ariff!” suruh Ilham, Khalida patuh.

Kan dah haru. Kecoh di rumah sekarang. Adik-adik dan nenek tengah bising soal lamaran dari papa. Tak nak terima papa sebab Khalida dan Ilham datang dari keluarga yang sama.
“Kak Lida saja yang dapat pujuk nenek dan adik beradik kita tu,” putus Ariff.
“Hmm, tengok lah macam mana nanti,” kata Khalida.
“Ariff, sekarang kau cakap dengan abang ipar kau, dia bukan faham kalau akak cakap,” terus dihulurkan telefon kepada Ilham. Biar Ilham cakap dengan Ariff saja.

La, cakap sampai habis bateri. Hish, hish, habis duit aku.
“Lida, papa nak jumpa, ada hal katanya,” jerit Jasnita. Khalida mengambil tudung dan terus keluar.
“Nak ke mana tu?”
“Ada hal sikit, “ dia tak dengar atau buat-buat tak dengar. Asyik nak kawal aku saja.

Wajah papa tidak ceria. Senyuman yang selalu dipamerkan kepada Khalida tidak ada lagi.
“Papa!” panggil Khalida. Cinta yang tersimpan dan bersimpul terlalu lama. Bertahun-tahun lamanya. Mujur ada diari mak. Cinta itu mak ukir sepenuhnya dalam diari mak.

Mereka berjalan di halaman rumah, bersiar-siar.
“Muka Lida, perwatakan Lida macam Naemah, buah hati papa tu..,” kata Datuk Razali membuatkan Khalida tersenyum.
“Lida kan anak mak!”
“Dan mak Lida tentu tak setuju untuk berkahwin dengan papa, benar begitu Lida?”
“Kalau ada jodoh papa tak akan ke mana, contoh Lida dengan abang am. Pernah berpisah dan bercerai tetapi kerana ikatan jodoh itu kuat, kita orang bersatu kembali,” pujuk Khalida. Barulah Datuk Razali tersenyum.
“Kita orang pernah bercinta hampir 5 tahun, sayangnya cinta tak direstui oleh atuk kau,”
“Kerana mak lida miskin ke, papa?” soal Khalida. Orang kaya selalunya memisahkan cinta kerana kemiskinan. Mak aku miskin. Aku pun miskin juga.
“Tak baik cakap macam tu,” kata Datuk Razali. Apakah Ku Ibrahim akan memisahkan cinta mak andainya mak kaya? Soal hati Khalida. Apakah Ku Salbiah akan terima mak dan mengantikan Datin Rinie andainya mak orang berada. Kasihan kat mak!
“Itu cerita lama Lida, mungkin waktu itu, papa dan Imah tak ada jodoh!” jawab papa separuh kesal.

Hmm, ini perjalanan kehidupan, macam-macam boleh berlaku. Kita harap macam ini, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Itulah yang berlaku kepada mak, papa aku dan suamiku.
“Lida akan tolong papa untuk mendapatkan cinta papa kembali,” ujar Khalida. Aku akan lakukan apa saja asalkan mak mendapat kebahagiaannya. Mak sudah banyak menderita, mak sudah lama hidup susah. Sekarang, biar lah mak rasa bahagia pula. Hak mak untuk mendapat bahagia.
“Terima kasih, Lida!” balas Datuk Razali.

Khalida mengangguk.

Previous: BAB 44
Next: BAB 46

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.