Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 42

Rahsia apalah yang suami dan bapa mentua aku simpan agaknya. Bila ditanya, tidak mahu dijawab. Dua-dua membisu. Sejak papa datang ke kampung, Ilham tinggal sekali bersama papa di homestay kepunyaan orang kampung di sini. Mana boleh papa tinggal sekali bersama kami, jangan Ilham tinggal dengan papanya sebab Ilham dan Khalida bercadang mahu mengadakan majlis kesyukuran kerana Khalida sudah boleh berjalan.

“Kita orang nak serahkan kakak kita orang kat awak nie, jaga kakak kita nie elok-elok,” kata Emma turut pulang untuk majlis kesyukuran Khalida. Semua ahli keluarga Khalida sudah merestui perkahwinan Ilham dan Khalida. Ilham tersenyum senang hati.

“Tak jaga pun, dia boleh jaga diri dia sendiri ler,” balas Ilham sambil merangkul bahu Khalida. Khalida memegang tangan suaminya itu.

“Abang Am, Kak Lida nie kesayangan kami semua, abang lukakan perasaan Kak Lida kali ini, saya tak akan lepaskan Abang Am,” gurau Ayien. Ilham hanya tersenggih saja.

Harap-harap dah tak ada masalah keluarga selepas ini? Dah banyak rintangan dan dugaan yang mereka hadapi selama, harap semuanya berjalan dengan lancar saja.

Ilham menghantar papa pulang ke kereta. Lamanya mereka berbual sebelum papa meminta diri untuk pulang. Ini yang membuatkan Khalida tertanya-tanya, kenapa yer? Nampak kelakuan papa pelik sangat kali ini.

“Cakap lah, apa sebenarnya nie?” gesa Khalida. Resah pun ada.

“Papa suruh kita pergi bulan madu di genting esok, dah siap tempah bilik hotel pun!” jelas Ilham. Itu idea Ilham bukan idea Datuk Razali pun.

“Tipu, Lida tak percaya!” kata Khalida. Tak kan perkara macam ini saja.

“Betul!” yakin Ilham.

“Abang jangan tipu Lida boleh tak?” tanya Khalida masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang Ilham berikan.

“Esok abang bagi tau, sekarang nak minta izin dari Lida, abang nak sentuh Lida boleh tak?” pinta Ilham. Minah nie dah boleh jalan, dulu tak tergamak nak sentuh dia, sekarang rasanya tak ada masalah kut.

“Apa, bukan nak tunggu kita pergi bulan madu ke?” tanya Khalida kembali.

“Yang tu lain cerita, sekarang boleh ke tak?” soal Ilham lagi.

Khalida mengangguk dan membuatkan Ilham tersenyum. Bahagia sangat!

Subuh pagi ini, Khalida yang kejutkan suaminya dari tempat tidur. Hendak pulang awal kerana mereka perlu bertolak ke genting seawal pagi. Ilham melihat rambut Khalida masih basah.

“Terima kasih, sayang!” kata Ilham sambil memegang pipi Khalida sebelum masuk ke bilik air. Selesai solat subuh, Khalida terus menuju ke dapur apabila terdengar suara kaum perempuan riuh di dapur.

“Ha, pagi-pagi rambut basah nie, kenapa?” usik Emma sambil memeluk pinggang Khalida.

“Pening kepala, tu yang aku basuh rambut pagi nie,” jawab Khalida. Dia berjalan perlahan-lahan.

“Kak, kita pun perempuan dan kahwin dah, kak tak usah tipu kita orang!” usik Shima pula sambil ketawa mengekek.

“Apa pulak?” kata Khalida malu-malu, apa tah lagi ada mak dan nenek di dapur.

“Abang Am, buat apa kat kakak kami semalam?” soal Shima tanpa rasa malu sebaik saja Ilham muncul di dapur.

“Tak buat apa pun. Dia pening kepala kut!” jawab Ilham, Khalida tersenggih saja. Mujur jawapan itu memuaskan hati Khalida. Suami aku tu gila-gila sikit, nanti dia beri jawapan yang pelik-melik baru kau orang semua tahu.

Meja makan riuh pagi ini sebab semua ahli keluarganya berkumpul. Sudah tidak ada perasaan kekok dengan Ilham lagi.

“Sebelum saya nak balik, saya ada sesuatu nak cakap,” kata Ilham sewaktu kaum perempuan siap berkemas meja.

“Dah nak balik, Lida cakap nak tinggal dua minggu di sini, nie baru 5 hari dah nak balik?” kata Nenek. Ingatkan Lida nak tinggal lama-lama kat sini. Bolehlah lepas rindu.

“Insha ALLAH, minggu depan saya dan abang datang lagi, nek!” kata Khalida, selepas bercuti di genting, dia akan memujuk Ilham supaya datang semula ke kampung. Ilham mengangguk.

“Kau kata ada benda nak cakap, Ilham. Ada apa Ilham?” soal nenek. Mak duduk di sebelah nenek.

“Sebenarnya saya datang untuk menyampaikan hasrat papa saya untuk melamar mak bagi pihak papa,” terang Ilham tanpa berselindung lagi.

“Apa?” semua orang terkejut termasuk dengan Khalida sendiri.

“Nenek tak setuju!” kata Nenek. Muka nenek mula berubah. Puan Naimah hilang kata-kata.

“Kami tak benarkan mak kahwin dengan Datuk Razali. Kak Lida kan dah jadi isteri abang, tak kan mak pula nak kahwin dengan ayah abang. Tak pernah dibuat dek orang,” lancang kata-kata Ayien kedengaran.

“Ini hak mak, mak yang perlu pertimbangkan!” sokong Ilham yang masih memandang mak yang tidak berkata apa-apa itu.

“Datin Rinie tu nak letak mana, nak suruh mak bermadu dengan datin ke?” kali ini Khalida pula bersuara.

“Betul tu, kau nak suruh mak Lida dan mama kau bermadu ke?” kata Nenek pula.

“Mama dan papa dah setahun lebih bercerai, dia orang dah tak ada apa-apa ikatan lagi,” beritahu Ilham. Suasana yang sejuk kembali panas. Meruap muka masing-masing.

“Ariff sokong kalau mak nak kahwin dengan datuk razali!” celah Ariff membuatkan adik-beradik yang lain tidak berpuas hati.

“Apa Ariff cakap nie, akak tak setuju lah mak kahwin dengan papa,” kata Khalida sambil memandang tepat ke wajah suaminya. Abang buat apa ni?

“Kami pun!” jawab Ayien. Semua anak mak dan nenek tidak setuju hanya Ariff saja yang setuju.

“Mak, Am bagi tempoh masa kat mak seminggu, mak fikir lah elok-elok yer, minggu depan Am datang untuk mendapat jawapan dari mak. Ini cincin risik dari papa!” kata Ilham sambil meletakkan kotal baldu berwarna merah di atas meja makan.

Ilham menuju ke bilik untuk mengambil beg pakaiannya. Khalida mengekori dari belakang.

“Kalau abang nak balik abang balik seorang, Lida tak nak ikut!” kata Khalida. Apa dah jadi nie, tiba-tiba papa lamar mak pula. Kalau dah bercerai dengan Datin Rinie pun cari lah perempuan lain buat penganti tetapi bukan mak.

“Lida nie kenapa pula? Abang buat apa kat Lida yang Lida tak nak balik?” soal Ilham. Tak sangka isterinya tak setuju dengan lamaran darinya untuk papa. Ingatkan Lida baik dengan papa, Lida akan sokong papa, tetapi tidak.

“Lida tak nak balik..,”

“Sebab lamaran tadi? Abang cuma sampaikan hasrat papa saja, antara kita bukan ada masalah apa pun,” pujuk Ilham membuatkan Khalida patuh.

Orang dalam rumah ini dah rasa macam-macam perasaan kali ini. Semuanya gara-gara pinangan Ilham untuk papanya. Semua marah, semua tak berpuas hati.

Sepanjang perjalanan pulang, muka Khalida masam mencuka. Tak dapat bayangkan kalau maknya berkahwin dengan papa mentuanya. Macam tak kena saja.

“Tak nak pergi genting tu, kita balik saja ke rumah papa!” beritahu Khalida. Macam mana aku nak mengadap muka papa mentua aku kali ini.

“Jangan rosakkan rancangan abang, boleh tak?” soal Ilham.

“Kalau Lida tahu abang nak lamar papa untuk mak, Lida tak akan benarkan abang sentuh Lida semalam..,”

“Pulak? Rasa menyesal ke sebab bagi abang sentuh Lida semalam?” mula nak marah nih? Lida ingat perkara main-main ke?

“Abang tak rasa kekok ke kalau papa berkahwin dengan mak Lida?” dalih Khalida sebab tengok muka Ilham marah dan bengang sangat sekarang. Buatnya Ilham berhenti kereta suruh aku jalan kaki macam mana?

“Jangan ubah topik, Lida. Abang tanya Lida menyesal ke semalam?” tegas suara Ilham. Khalida terdiam. Dia yang rela, bukan Ilham paksa pun.

“Jawab lah, Lida rasa apa?” ulang Ilham.

Khalida tidak menjawab, terus memalingkan muka ke arah luar. Ilham memecut keretanya dengan laju sekali. Khalida buat tidak peduli saja. Aku pun pernah memandu macam ini jugak dulu.

Malas nak layan. Biarkan saja!

Previous: BAB 41
Next: BAB 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.