Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
80,598
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 20

IRDINA AKIF (BAB 20)
“Kali ini balik bersalin di rumah mama atau bonda, selepas pantang baru balik ke sini,” usul Tengku Akif. Dah sarat sangat dah sekarang. Apa mimpi nak suruh balik bersalin di rumah mama atau bonda pula nih? Pelik lah!
“Ini yang keempat lah, bukan kali pertama bersalin pun, aku boleh jaga diri aku sendiri lah!” Sebenarnya sudah ada pengalaman bersalin pun, sebab dah banyak kali. Jadi apalah nak dibimbang sangat.
“Sekurang-kurang anak kita yang ini, ada juga nama tempat kita tu dekat sijil kelahirannya nanti. Tak salah kan?” terang Tengku Akif saja.
“Itu saja??” ingatkan kenapa lah tadi, rupanya sebab nama kampung kami saja.
“Kau nak bimbang apa, aku akan ada di sana bersama kau sampai habis pantang, bukan nak tinggal kau kat sana pun!” jelas Tengku Akif. Sebulan mahu menetap bersama bonda dan mama. Apa salahnya, sebab orang di sana sudah meraikan kita pun. Jadi boleh lah balik ikut suka hati saja.
“Ladang, kolam ikan? Anak-anak macam mana?” lama nak pergi tu. Tak sayang ke kat kolam ikan, ladang semua tu. Selama ini tak boleh renggang dengan semua itu
“dah suruh orang tengok lah, anak-anak bawa lah sekali!” jawab Tengku Akif. Sudah suruh pembantu-pembantunya menguruskan semua itu. Jadi tak ada masalah lagi.
“Iskandar awak tu macam mana? Mahu berpisah dengan kudanya?” soal Zara Irdina lagi.
“Iskandar, mari kejap!” panggil Tengku Akif. Tengku Iskandar Shah terus datang.
“Ada apa papa?” siang malam sibuk dengan jack saja. Tak tengok tv, tak kacau adik-adik lagi. Asyik dengan kuda saja. Tapi jangan Tengku Ikhwan sentuh Jack, memang mengamuk lah jawabnya.
“Kita nak kena menetap di rumah nenda selama sebulan, boleh tak?” soal Tengku Akif. Anak itu tidak menjawab tetapi terus memandang ke arah mamanya. Tahu lah tengah berfikir tu.
“Along, kuda rumah datuk megat lagi banyak lah!” celah Tengku Ikhwan. Teringat kuda-kuda di rumah datuk megat. Ada sampai sepuluh ekor, dan jinak-jinak pula. Tengku Iskandar Shah tersenyum tetapi Tengku Akif pula tidak senang hati.
“Kalau boleh bawa jack sekali kan best papa, tapi tak mengapa lah sebab rumah datuk megat ada banyak kuda.. boleh main kuda datuk megat!” Teringat kuda datuk megat yang bernama Jaguh itu. Boleh lah menunggang jaguh nanti.
“Bila nak pergi, papa?” soal Tengku Ikhwan Azizuddin lagi.
“Besok lah!” jawab Tengku Akif sambil mengerutkan dahinya.
“Jom, kita pergi kemas baju, along. Boleh jumpa nenda, seronoknya!” Jerit Tengku Ikhwan keriangan.

Sebut nama datuk megat, buat hati Tengku Akif cemas dan bimbang. Megat Zainal Abidin nama penuhnya. Sebut nama ini boleh buat hati geram dan marah sangat. Entah lah segala perasaan ada dalam dirinya. Kalau orang muda memang sudah lama dia menumbuk muka Megat Zainal Abidin yang tidak bertanggungjawab itu.
“Akif, dia sudah insaf dan bertaubat. Bukan hak kita untuk menghukum sesama manusia, hanya ALLAH saja yang berhak menghukum hambanya. Kita nie siapalah, Akif!” pujuk Tengku Cempaka. Sudah agak pun, mesti kerja Megat Zainal Abidin, saudara jauh Tengku Borhan.
“Tetapi dia tidak bertanggungjawab, bonda. Sudah buat salah, cemarkan maruah dan harga diri Puan Aminah, selepas itu lepas tangan pula. Tinggalkan Puan Aminah macam itu saja.,” bentak Tengku Akif. Petang tadi, selesai saja majlis kenduri, dia terus ke rumah bonda, manakala zara irdina bersama anak-anak ke rumah Puan Aisyah. Dan ketika dia masuk ke dalam rumah, Megat Zainal Abidin sudah menunggunya dan apabila dia membuat pengakuan, mahu saja dia menumbuk muka Megat Zainal abidin ini. Geram. Tak fikir langsung perasaan seorang perempuan yang menderita akibat perbuatannya.

Kerana lelaki tak guna lah, Zara Irdina dan Puan Aminah menjadi mangsa dan menderita. Kita tidak berada di tempat mereka jadi kita tidak tahu perasaan mereka menglalui keperitan ini.

Malam durjana itu berlaku ketika Megat Zainal Abidin pulang dalam keadaan mabuk. Mabuk disebabkan kecewa ditolak cinta Puan Aminah yang sedang hangat bercinta dengan Mejar Redzuan. Akibat marah dan terlampau kecewa, dia minum arak dan ketika pulang, kereta kepunyaan Puan Aminah rosak dipertengahan jalan, ketika itu lah kejadian yang pahit itu berlaku. Mulanya mahu menolong Puan aminah, tetapi semua itu hanya omongan kosong. Dia meragut mahkota suci milik Puan Aminah kerana iblis lebih menguasai dirinya. Tetapi itu cerita lampau, cerita 33 tahun yang lalu. Sekarang umur Zara Irdina berumur 32 tahun, dan masa-masa silam ini telah membuatkan dia insaf dan kembali ke pangkal jalan. Dia tidak berkahwin kerana sesal dengan apa yang telah dia lakukan tetapi dia menghabiskan masa-masanya dengan beribadah dan melibatkan diri dengan rumah-rumah kebajikan saja.
“Pak cik minta maaf, Akif. Pak cik bersalah pada Zara dan ibunya,” ucap Megat Zainal Abidin sambil menangis. Menangis lah sampai air mata berdarah pun, tetapi jangan harap kau boleh hampiri zara irdina. Aku tak akan benarkan kau mengutip sisa-sisa kenangan yang pahit itu sekali lagi. Aku tak hati Zara Irdina terluka disebabkan kau.
“Saya tak benarkan pak cik mendekati keluarga saya, ingat tu!” amaran Tengku Akif.
“Akif, mana boleh buat macam tu, pak cik megat kau dah berubah lah!” marah Tengku Cempaka.
“Akif tak nak dengar semua tu, bonda!” malam itu dia mengamuk sakan di depan Megat Zainal Abidin, puas bonda memujuk tetapi Tengku Akif memang hilang sabar.

Megat Zainal Abidin hanya diam saja tetapi esok pagi lain pula ceritanya, apabila Tengku Iskandar shah berada di rumah Megat Zainal abidin sedang bermanja dengan kuda peliharaan Megat Zainal Abidin. Rupanya minat dia orang sama. Tengku Iskandar Shah mengikuti hobi Megat Zainal Abidin. Ya ALLAH, selamatkan lah anak aku dengan agamaMU, dengan imanMU, jangan biarkan dia mengikut perangai Megat Zainal Abidin yang teruk itu.
“Abang, kenapa ni?” lamanya dia mengelamun. Ingat siapa? Kalau balik sahih jumpa Megat Zainal Abidin, dah sebut pun nak pergi main kuda di rumah datuk megat.
“Iskandar mana?” soal Tengku Akif.
“Kemas baju kat bilik kut, kenapa ni?”
“Tak ada apa lah,”
“Baju-baju tak kemas lagi, pergi lah kemas, kita ni nak tunduk ke bawah pun susah, perut ni dah besar sangat!” kata Zara Irdina. Hendak jalan pun susah, hendak bangun dari tidur pun kena Tengku Akif yang angkat kan.
“Okey!”

Seronok nak balik ke kampung halaman tetapi yang tak bestnya rumah Megat Zainal Abidin pun tak jauh dari rumah Tengku Cempaka. Nak kawal Tengku Iskandar Shah memang tak mampu sebab biar pun Zara Irdina anak luar nikah Megat Zainal Abidin tetapi pertalian darah antara mereka tetap ada. Boleh ke kita halang, kita sekat hubungan antara Tengku Iskandar Shah dan Megat Zainal Abidin sedangkan mereka rapat dengan sendiri.
“Dah tahu lelaki ke perempuan?” soal bonda selepas makan malam. Boleh juga jaga menantu dalam berpantang sedikit masa nanti.
“Tak scan pun bonda, tak berani!” jawab Zara Irdina sambil tersenyum ke arah Tengku Akif. Manakala Tengku Akif masih memandang ke arah Tengku Iskandar Shah yang beria mahu ke rumah datuk megatnya.
“Tengok gaya macam perempuan nih!” balas bonda.
“Insha ALLAH!” harap-harap macam itu juga.
“Papa, nak pergi rumah datuk megat dengan ikhwan, ayah su yang temankan!” jerit Tengku Iskandar Shah sambil meluru keluar dari pintu. Tak beri pun kau dah pergi lah, Iskandar.
“Balik sebelum pukul sepuluh!”
“Kita pergi mengaji quran lah, papa dengan datuk megat!” jerit Tengku Ikhwan pula. Tadi pun datuk megat yang jadi imam di masjid. Memang dia sudah berubah tetapi beratnya rasa hati untuk membenarkan Megat Zainal Abidin berjumpa dengan Zara Irdina.
“Siapa datuk megat tu?” soal Zara Irdina, selama ini tak tahu pun ada jiran yang bernama Megat zainal abidin kat sini.
“Jiran baru lah, Zara!” jawab Tengku Cempaka sambil memandang anak mata Tengku Akif.
“Iskandar tu kerap cerita tentang datuk megatnya kat rumah lah, bonda!” jelas Zara Irdina.
“Iskandar kat minat kuda mcm datuk megat juga!” kata Tengku Cempaka.

Pagi esok Tengku Iskandar pergi lagi ke rumah datuknya dengan Tengku Mawar kerana Tengku Akif tidak mahu menghantarnya. Bergaduh juga anak beranak itu pagi tadi. Dua-dua merajuk. Jadi, Tengku Mawar memujuk si anak, biarkan Zara Irdina memujuk suaminya.
“Pergilah jemput Iskandar, dia tak nak balik kalau abang tak jemput dia!” ucap zara Irdina. Aku dah dekat nak bersalin sangat ni, kalau tidak memang aku pergi jemput anak aku sendiri lah.
“Pandai pergi, pandai lah balik!” kalau pergi terpaksa berjumpa dengan datuk megat dia orang.
“Laa, kita nie sebab macam ni saja, kalau tidak memang kita pergi jemput anak kita sendiri lah, pergi lah, kasihan kat dia!” kata Zara Irdina sambil menunjukkan ke arah perutnya.
“Iya lah, pergi lah ni!”lemah juga kalau dengan isteri kesayangannya itu.

Tengku Ikhwan boleh balik dengan Tengku Mawar tadi, kau saja nak uji papa kan, Iskandar. Keluh Tengku Akif apabila melihat Tengku Iskandar Shah sedang berbual mesra dengan datuk megat.
“Akif!” panggil Megat Zainal Abidin.
“Shah, jom balik!” panggil Tengku Akif. Anak itu terus bangun dan menghampiri papanya.
“Iskandar pergi balik dulu yer, datuk ada hal nak bincang dengan papa!” suruh Megat Zainal Abidin.
“Baiklah, atuk!” jawab Tengku Iskandar Shah.
“Ada apa lagi nih?” soal Tengku Akif apabila melihat anaknya sudah hilang dari pandangan.
“Berilah pak cik peluang untuk berjumpa dengan zara, pak cik tak nak menyesal seumur hidup pakcik, akif!” rayu Megat Zainal Abidin sambil menangis. Nampak keihklasan dari mata Megat Zainal Abidin.
“Pak cik, Zara tu tengah sarat sangat, saya takut dia tak boleh menerima semua ini lagi,” lembut juga hati lelaki ini. Betul kata bonda bukan hak aku untuk memberi hukuman kepada Megat Zainal Abidin.
“Pak cik berjanji rahsia ini hanya kita bertiga saja yang tahu, Zara tak akan tahu semua ini sampai bila-bila, “ janji Megat Zainal Abidin. Tengku Akif hanya mampu mengangguk.

Takdir menentukan segalanya. Betul tak? Petang itu semua orang tiada di rumah, kerana keluar ke rumah Tengku Mawar, yang tinggal hanya Zara Irdina saja. Dia tidak pergi kerana letih dan rasa tidak sedap badan. Dibiarkan Tengku Akif pergi saja, lagipun rumah Tengku Mawar tidak jauh sangat hanya 20 minit saja.

Zara Irdina sedang berehat di halaman rumah saja ketika Megat Zainal Abidin memberi salam. Dia menjawabnya dan memandang wajah lelaki itu. Inilah datuk megat itu yer. Hatinya sedikit terdetik secara tiba-tiba, dan sebuah perasaan halus hadir di dalam dirinya. Jangan-jangan dia inilah yg.......,

Zara Irdina mengusap perutnya yang tiba-tiba rasa sakit. Sakit sangat tetapi dia menahan di dalam hati saja. Teringat Tengku Akif!
“Kenapa Zara?” soal Megat Zainal Abidin melihat muka Zara Irdina sedikit berubah.
“Tak tahu lah pak cik, dah sampai masa nak bersalin kut!” jawab Zara Irdina.
“Akif mana?”
“Keluar, pak cik!”
“nanti pak cik panggilkan mama kau di sebelah yer!” terus Megat zainal abidin berlari ke arah rumah mama. Nampak pak cik cemas sangat. Tetapi Megat Zainal Abidin pulang dengan hampa kerana tiada orang di rumah mama.
“Kenapa pak cik, mama mana?” tanya Zara Irdina kembali. Turut cemas
“Tak ada orang lah. Macam ni biar pak cik bawa zara ke hospital dulu, sambil tu call akif!” suruh Megat Zainal Abidin. Zara Irdina mengangguk saja. Megat Zainal Abidin memimpin zara Irdina masuk ke dalam keretanya. Zara irdina terus menghubungi suaminya. Sekali telefon masih belum diangkat, kali kedua barulah Tengku Akif mengangkatnya.
“Dina!” panggil Tengku Akif.
“Abang jumpa Dina di hospital sekarang!”
“Kenapa?” hish boleh buat-buat tanya macam tu.
“Anak kau dah nak keluar sangat nie nak jumpa kau, boleh jangan tanya mcm-mcm, aku sakit sangat nih!” geram sangat sebab soalan Tengku Akif tadi.
“Okey.. okey!”

Ketika sampai di hospital dan ketika dia ditolak masuk ke wad bersalin, Tengku Akif masih belum muncul. Aku tak nak bersalin tanpa suami aku di sisi.
“pak cik, tolong cari Akif, saya nak akif ada di sisi saya!” pintanya sudah mahu menangis. Ketiga-tiga putera itu lahir ditemani Tengku Akif di sisinya, kali ini biarlah Tengku Akif berada di sisinya juga.
“Baik, baik, zara!” jawab Megat Zainal Abidin lagi. Baru saja mendail nombor Tengku Akif, lelaki itu muncul di hadapannya.
“Akif!” jerit Zara Irdina. Hilang segala kesakitan dan kerunsingan.
“Ya, sayang!” balas Tengku Akif sambil memegang erat tangan kanan Zara Irdina.
“Kau kena ada di sisi aku lah!” bisik zara irdina. Tengku Akif mengangguk saja.

Syukur alhamdulillah, kali ini memang perempuan pun. Comel sangat. Hilang segala kesakitan apabila melihat wajah comel itu di hadapan matanya. Tengku Akif meletak Puteri Adriana di sebelah Zara Irdina. Zara Irdina mengucup dahi puterinya dengan penuh kasih sayang.
“Nanti ucapkan terima kasih kepada datuk megat yer sebab dia telah hantar dina ke hospital tadi,” kata Zara Irdina. Tengku Akif mengucup dahi Zara Irdina dan juga dahi puterinya sebelum melangkah keluar mahu memberitahu ahli keluarganya yang sedang menunggu di luar sana.

Semua ahli keluarga menyambut berita gembira ini dengan penuh rasa syukur. Tersenyum mama dan bonda dengan berita itu.
“Pak cik, terima kasih kerana hantar Dina ke hospital tadi,” ucap Tengku Akif kepada Megat Zainal Abidin.
“Sama-sama, Akif!”
“kalau pak cik nak jumpa dina, saya benarkan!” ikhlas dari sekeping hatinya yang jujur.
“Tak mengapa cukup lah sekali, harap-harap Dina boleh maafkan dosa pak cik kepadanya!” kata Megat Zainal Abidin sambil terus berlalu.
“Sebelum pergi, jumpa lah dia, saya kenal hatinya, dia tak akan marah kan pak cik!” ujar Tengku Akif lagi. Megat Zainal Abidin mengangguk lesu.
“Papa, nak tengok adik!” jerit Tengku Iskandar Shah. Tengku Ikhwan pula mengangguk saja. Tengku Afiq masih di tangan Tengku Mawar tadi.
Tengku Akif membawa anak-anaknya masuk berjumpa dengan Zara Irdina dan si kecil yang sedang tidur di sebelah Zara irdina. Zara irdina mencium pipi putera-puteranya dengan penuh kasih sayang.
“Comelnya adik, mcm along lah!”
“Tak, mcm angah lah!”
“Tak, macam papa!” la, dia pun berebut juga dengan anak-anak.
“mcm afiq kan?” kata Zara Irdina sambil mengambil Tengku Afiq di tangan suaminya.
“Tapi yang pasti tak macam mama pun, sembilan bulan lebih ada kat rahim mama, keluar-keluar muka, hidung, mulut semuanya tak sama dengan mama.. hish.. hish!” gurau Tengku Akif.
“jangan buat lawak, boleh tak?” balas Zara Irdina. Ada saja nak cakap yer.
“Umur muda lagi kan, boleh tambah anak lagi nih. Mana tau dapat puteri lagi ke?” ucap Tengku Akif. Zara Irdina mencubit lengan suaminya. Empat ini pun boleh pecah kepala juga lah.
“mana pak cik?” soal zara irdina.
“Kat luar kut, kenapa?”
“Kalau betul biarlah aku simpan dalam hati saja, kalau salah pun biarlah aku simpan dalam hati saja!” ucapnya perlahan.
“Dia memang berdosa, tetapi sekali saja dia melakukan dosa itu. Lagipun dosa dan pahala adalah hak ALLAH, bukan hak kita. Kita sendiri tak tahu kan?” pujuk Tengku Akif.
“ Abang redha kalau inilah takdir Dina, takdir abang?”
“Ya, sayang. Abang redha bersama mu biar pun apa yang terjadi,”
“Tengku Akif dan Zara irdina, tak habis lagi ke berasmaradana, kita orang nak masuk tengok anak saudara kita orang nih,” tegur Syazana yang datang bersama suami. Turut bersama mereka adalah ayunie, adik bongsu mereka.
“Marilah masuk,” pelawa Tengku Akif. Mama dan papa juga turut ada. Begitu juga dengan bonda. Di belakang sekali adalah Megat zainal abidin yang melihat dari jauh dan terus berlalu pergi setelah melihat senyuman yang manis dari zara irdina.

Kalau kita pernah buat dosa, buat salah, cepat-cepat lah bertaubat dan insaf serta memperbaiki diri. Jangan terus melakukan kesalahan dan kesilapan. Betul tak Tengku Akif. Aku kuat pun Tengku Akif yang sentiasa berada di sisi aku sejak dari kecil lagi.

Sekarang kami bahagia bersama-sama.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.