Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 31

Melihat orang kesayangan kita terlantar di atas katil dan tidak boleh bergerak membuatkan hati kita menjadi sendu. Bayangkan dia sudah tidak selincah hari-hari semalam. Dia hanya mampu mengerakkan tangan dan separuh badan saja. Andainya semua orang bersedih dan menangis, dari mana akan datang kekuatan untuk dirinya?

Hati Ilham luluh setiap kali melihat keadaan Khalida yang terbaring di atas katil. Jadi dia sengaja cari pasal, sengaja buat Khalida mengamuk dan marah kepadanya untuk menaikkan semangat dan kekuatan diri Khalida semula. Sekuat mana pun Khalida, tentu Khalida lemah juga untuk berhadapan dengan takdir kali ini. Lelaki atau pun perempuan, bila berkeadaan seperti ini, tentu hati mereka bersedih yang amat sangat. Walang!

Tiba-tiba tidak boleh jalan dalam sekelip mata. Lumpuh. Dan tiada jaminan untuk Khalida pulih semula. Itu kebenaran. Hanya kami berdua saja yang tahu tentang itu. Kalau Khalida perlu kuat, aku lagi lah kena lebih kuat dari Khalida. Kalau Khalida menangis di dalam hati, aku sebenarnya meraung melihat insan yang aku puja sudah tidak boleh bergerak lagi. Kakinya kaku dan Khalida hanya berpura-pura menjadi kuat saat ini di hadapan mak dan ahli keluarganya. Kuat di hadapan Rifky dan Datuk Iskandar kerana tidak mahu mereka susah hati kepadanya.

Khalida memandang ke arah Ilham yang sedang mengemas segala pakaian dan keperluannya. Tiga minggu di hospital hari ini dia dibenarkan pulang atas kehendak Ilham yang mahu merawatnya di rumah saja. Khalida tidak berani bersuara kerana mak dan nenek turut di jemput ke rumah Datuk Razali. Dan mak tentunya mahu memastikan keadaan Khalida terlebih dahulu. Bimbang teramat sangat untuk lepaskan Khalida kepada Ilham. Itu yang sebenarnya.

Khalida pula jadi patung bernyawa mengikut saja kehendak musuh tradisinya kerana tidak mahu semua orang susah hati kepadanya. Harap mak dan nenek cepat balik kampung supaya dia boleh pergi dari rumah Ilham.

Ketika dia sampai di rumah Ilham, Ilham terus bawa Khalida ke bilik mereka dulu. Ilham yang mendukungnya menaiki tangga satu persatu. Ilham perbetulkan bantal apabila Khalida dibaringkan di atas katil. Dibiarkan Khalida bersandar saja.

Andainya aku sempurna pun dia tidak sanggup menerima aku menjadi isterinya, apa tah lagi dengan keadaan cacat begini? Tentu Ilham simpati dengan keadaan ku sekarang? Atau apa yer?

“saya nie tak ada apa-apa pun, dah lah cacat, yang awak sengaja nak kahwin dengan saya tu apa hal?" marah Khalida. Tadi nak marah tak boleh. Sedangkan aku marahkan dia tahap dewa-dewi tetapi di tahan saja di dalam hati.
"Lida, mak dengar macam mana? Nak ke mak Lida susah hati??" soal Ilham tenang saja. Mak dan Nenek sedang berbual bersama Ku Salbiah dan papa di ruang tamu tadi.

“Saya tak nak kahwin dengan awak!” luah Khalida. Kahwin dalam keadaan begini lagi lah sengsara hidupku.

“La, tadi tak cakap!” gurau Ilham, tahu Khalida tertekan ketika ini. Kita tidak berada di tempat dia yang sedang diuji dengan begitu berat. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu orang yang memikulnya.

“Dah lah masa kita sihat walafiat pun kena hina dengan awak, sekarang jadi macam ini lagi teruk kena perleceh nanti,” rungut Khalida. Apa yang aku nak dalam hidup sekarang semuanya hancur berkecai. Musnah segala harapan!

“Sahih lah tu!” balas Ilham.

Bantal kusyen dibaling ke arah Ilham. Mujur Ilham sempat mengelak.
"Lida tak ingat ke Lida cacat nie sebab suka tendang kaki abang dulu. Tu tinggal tangan saja tau," kata ilham sambil mengambil bantal kusyen lalu diletakkan di atas ribaan Khalida. Bila masa lah aku tendang dia.

“Merapu!” balas Khalida.

“Lida kena tolong diri Lida sendiri, kalau mak tahu abang tak boleh diharapkan untuk menjaga anak kesayangan dia, tentu mak susah hati nanti. Lida tak ingat ke Lida tak nak mak, adik-adik, buah hati Lida tu susah hati?” pancing Ilham sambil memegang tangan kanan Khalida. Dia duduk di hadapan Khalida. Lembutnya tangan dia. Rugi dulu tak pegang, sekarang dah boleh pegang tangan Khalida. Pegang kali ini tak akan dilepaskan sampai akhir hayat.

Terus mulut Khalida terkunci. Itu yang betulnya. Bertahan lah selagi terdaya.

“Nak tolong kan? Tolong ambil kan air, haus lah!” pinta Khalida. Sebelum dia buli aku, aku buli dia siap-siap.

“Tak ada maknanya tu.. Kak Jah..” jerit Ilham terus Khalida memekup mulut Ilham.

“Mak ada kat bawah tu, kata nak dapatkan kepercayaan mak tadi,” kata Khalida. Terus Ilham pegang tangan Khalida dari mulutnya dan terus bangun dari situ.

Sepuluh minit berlalu Ilham datang semula, bersama minuman dan roti sardin.

“Lida, kalau lelaki lain, dia dah cari perempuan lain kalau isteri dalam keadaan macam nie, tengok abang baik kan? Tinggal Lida dalam keadaan Lida sempurna, sekarang tengok abang yang jaga Lida. Jadi mulai hari ini, tak usah lah fikirkan Rifky dan Datuk Is tu, setakat nak dapat gelaran datin tu, abang boleh usahakan nanti,” ucap Ilham, membuatkan Khalida tersedak air yang diminumnya. Mujur tidak makan roti, kalau tidak sahih lekat roti.

“Terpaksa saja nie, kalau tidak jangan harap Lida nak kahwin dengan awak..,”

“Awak??” terus Ilham datang dekat dengan Khalida. Dipulasnya telinga kanan Khalida. Khalida mengaduh kesakitan.

“Berapa kali dah abang pesan?”

“Arrg, lepas lah!” ditariknya tangan Ilham yang memegang telinga kanannya.

“Panggil apa Lida?”

“Aaaa.. abang!”

“Panggil suami dengan sebutan yang indah, mana tau kuasa dan doa suami Lida nie, ALLAH makbul dan Lida boleh jalan semula!” kata Ilham terus masuk ke bilik air. Ambil air solat dan datang semula.

Ilham mengambil sejadah dan menghamparnya di hadapan Khalida. Semasa Khalida tidak sedarkan diri, di dalam matanya, dia melihat Ilham solat di hadapannya seperti sekarang juga. Semasa tinggal di hospital, suaminya ini melakukan perkara yang sama. Dulu semasa mereka suami isteri, Ilham solat di bilik lain, bukan dihadapan matanya seperti sekarang.

Kadang-kadang kita tidak tahu, orang yang kita benci selama ini akan menjaga kita.

“Nak solat juga!” kata Khalida. Aku mahu berdoa kepada ALLAH setiap waktu.

“Abang panggilkan Kak Jah tolong Lida ambil air solat!” kata Ilham perlaham. Di hospital Wawa yang menolongnya.

“Lida!” panggil Puan Naimah yang baru masuk ke dalam bilik mereka berdua.

“Nak solat, mak!” beritahu Khalida dengan senyuman.

“Mak bantu Lida yer!” pinta Puan Naimah. Khalida mengangguk. Dengan bantuan Mak dan Kak Jah Khalida yang duduk di atas kerusi roda ditolak ke bilik air untuk mengambil air solat.

Terdengar esak tangisan mak di cuping telinga Khalida membuatkan air mata Khalida bersatu dengan air solat ketika membasuh muka. Mak masih lagi bersedih dengan keadaan anak kebanggaannya yang seorang ini.

Khalida pura-pura tidak mendengar esak tangisan maknya. Dan dia tidak akan menangis di hadapan sesiapa pun.

“Ya ALLAH, sembuhkan aku kerana KAU saja yang berhak menyembuh aku yang sedang kesakitan ini. Redakan kesedihan dihati ibuku, kerana aku tidak berdaya untuk melihat ibuku dalam kesedihan. YA ALLAH, berikan aku kekuatan, berikan aku ketabahan, berikan aku keberkatan dan kerahmatan dari MU ya ALLAH, supaya aku boleh meneruskan kehidupan ini, sesungguhnya ENGKAU LAH maha pengasih dan maha penyayang ke atas sekalian hamba-hambanya. AMIN.”

Ilham yang sedang menunggunya di hadapan mata, terus mengaminkan tangannya ke mukanya sendiri.

“Lida, mak dan nenek ada tu,” pesan Ilham perlahan kerana dia tahu Khalida hampir menangis kala ini. Pernah menjadi suami isteri hampir dua tahun dia mengenali hati isterinya ini. Teramat sangat!

Jangan menangis waktu ini, andainya Lida menangis, semua orang di sisi Lida akan turut menangis.

Previous: BAB 30
Next: BAB 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.