Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 53

Ilham dah beli rumah sendiri. Cadangnya selepas papa dan mak berkahwin kami nak berpindah ke rumah sendiri. Sekarang tak pindah lagi, sebab selepas mak dan papa pergi bercuti, papa dan mak bawa dua orang nenek kami pergi mengerjakan umrah pula.

Hal syarikat papa dah serahkan kepada Ilham dan Khalida sepenuhnya. Jadi banyak perkara nak diselesaikan sekarang. Hal syarikat yang mempunyai masalah kewangan, karenah ahli keluarga papa yang tak akan selesai, asyik nak ambil duit saja. Tentang pelanggan, sejak Khalida kembali ke syarikat, tak ada masalah lagi.

“Tinggal sembilan bulan saja lagi, Lida. Awak memang mandul pun, dan tak lama lagi saham itu akan jatuh ke tangan kami,” ejek Puan Nora. Setiap kali kalau bertembung dengan Puan Nora, mak ngahnya ini, ada saja bahan untuk dia mengejek Khalida.

“Yup betul tu, siang malam kami sentiasa berdoa, agak awak dan Ilham tak ada zuriat, selepas ini syarikat ini akan jadi milik kami,” sampuk Puan Zaiton pula, iaitu mak lang Ilham.

Sudah puas berusaha, berubat dan sebagainya, tetapi Khalida masih tidak hamil. Kerana masalah ini lah membuatkan Ilham dan Khalida tertekan, jumpa muka saja asyik hendak bergaduh saja. Serba tidak kena dibuatnya. Semua orang asyik bertanya bila lagi Khalida nak mengandung, sebab semua itu ada kaitan dengan masa depan syarikat.

“Akak pun stress lah sekarang,” luah Khalida kepada Juhana adiknya. Sejak dua mejak ini, Ilham lebih suka tinggal di rumah yang dibelinya. Khalida pula tinggal dengan Juhana di rumah papa.

“Atuk pun satu kenapa lah buat wasiat macam tu.Tak pasal kak dan abang jadi macam ini,” kata Juhana cuba memujuk kakak iparnya.

“Doa akak tak makbul lagi kut!” kata Khalida cuba bertenang. Kata Doktor Rose sebab terlampau tertekan membuatkan Khalida susah mahu mengandung. Itu boleh jadi.

“Nie nak mengandung macam mana, abang dah tak balik ke sini. Akak pergi lah pujuk dia!” kata Juhana.

“Biar lah kat dia, dia asyik naik angin saja sekarang!” balas Khalida. Masing-masing asyik menyalahkan diri masing-masing.

“Kak tu tak nak mengalah sama, tu yang susah!” kata Juhana lagi.

“Kalau dengan abang kau, mengalah pun buat masa saja!”

Mengandung pun tak boleh. Syarikat pula akan diambil alih oleh saudara mara papa. Macam mana ni? Aku gagal nak pertahankan syarikat atuk lah pula. Ilham mesti salahkan aku sebab sampai hari ini tak ada apa-apa pun dalam perut aku ini. Masalah sungguh macam ini.

“Redha saja lah, Lida. Dah kalau tak ada rezeki lagi nak buat macam mana. Lagi pun bukan salah Lida semua ini,” pujuk papa yang menelefon dari jauh.

“Abang Am salahkan Lida, papa!”

“Nak salah Lida kenapa pula? Kau orang dah berusaha tetapi kalau tak berjaya nak buat macam mana?Ada hikmahnya semua ini berlaku,” ucap papa lagi.

Terima lah hakikat yang sebenarnya, senang cerita Khalida.

Tetapi Khalida dan Ilham bergaduh panjang selepas selesai bermesyuarat di ofis hari ini. Duit syarikat semakin susut kerana dihabiskan oleh emak-emak saudara Ilham. Hendak pecat dia orang tak boleh kerana saham syarikat yang banyak itu bukan milik Ilham. Jadi perasaan Ilham semakin celaru dibuatnya.

“Jadi abang salahkan saya?”

“Yer lah, tak kan abang pula!” ujar Ilham membuatkan Khalida hilang sabar. Dibukanya cincin kahwin dijarinya lalu diletakkan atas meja dengan kasar.

“hmm.. nah ambil balik cincin kahwin awak nie,” kata Khalida terus keluar.

“Khalida, tunggu!” jerit Ilham, serba salah pula kerana menuduh Khalida yang bukan-bukan sekejap tadi.

Apa lagi pergaduhan ini membuatkan emak-emak saudara Ilham bersorak keriangan. Seronok sangat melihat rumah tangga Ilham retak.

“Bagus Lida, tinggal saja Ilham tu. Awak bukannya boleh mengandung pun!” kata Puan Minah, mak usu Ilham sebaik saja Khalida mengambil tas tangannya.

“Mak usu jangan seronok sangat, ada sembilan bulan lagi, sembilan bulan nie macam-macam boleh jadi,” balas Khalida tidak mahu mengalah.

“Tetapi awak tu mandul, tak boleh beranak. Ilham kalau kahwin dengan perempuan lain pun, mungkin boleh dapat anak tetapi tak boleh saham tu, sebab syarat ayah kami, kau tu yang kena beranak. Nasib Ilham lah sebab dapat isteri mandul macam kau,” sambung mak usu lagi. Hish, aku cili mulut kau, kau nak?

Esok, papa dan mak akan balik ke sini. Begitu juga dengan nenek-neneknya. Nenek Khalida pun akan menetap di rumah papa jugak, rumah kampung terpaksa ditinggalkan. Tetapi kunci rumah ada kepada Khalida. Adik-adik Khalida turut memegang kunci rumah di kampung. Masing-masing sudah berjanji akan menjaga rumah itu.

“Nak ke mana kak?” soal Juhana apabila melihat Khalida bawa beg besar keluar dari biliknya.

“Nak balik kampung, ana!” jawab Khalida sambil tersenyum. Aku nak balik cari ketenangan diri.

“Papa dan mak nak balik besok, tunggulah dia orang balik dulu. Boleh Ana temankan akak!” kata Juhana. Khalida mengelengkan kepalanya.

“Akak balik sekejap saja. Balik tengok rumah,” kata Khalida.

Kali pertama dia pulang ke kampung tanpa memberitahu dan meminta izin kepada Ilham. Sakit hati dengan sikap Ilham sejak akhir-akhir ini. Tetapi sampai saja di kampung, kereta Ilham sudah tersadai di depan rumah. Dia lagi awal datang ke sini. Lupa pula yang dia pun ada kunci rumah ini.

“Sorry, abang tak sepatutnya cakap macam tu kat Lida tadi,” ucap Ilham sebaik saja Khalida mahu masuk ke dalam rumah. Khalida buat-buat tidak dengar.

“Abang mintak maaf sebab sejak akhir-akhir ini, abang marahkan Lida, naik angin dekat Lida dan salah Lida, wal hal semua ini bukan salah Lida pun,” pujuk Ilham lagi. Khalida tak pandang pun muka Ilham. Cakaplah, tak nak dengar.

“Salah abang, mana tau abang yang tak subur dan tak boleh buat Lida mengandung,” kata Ilham sambil sarungkan cincin ke jari manis Khalida. Khalida terus membisu.

Ditolaknya badan Ilham ke tepi, Khalida terus masuk ke biliknya. Ditutup pintu bilik dengan kuat sekali.

“Lida, jangan lah buat macam nie,” rayu Ilham sambil masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Khalida. Dipegang kedua belah tangan Khalida dengan erat. Tahu pun takut.

“Abang minta maaf, okey!” Khalida tetap dengan pendiriannya, membiarkan Ilham merayu dan memujuknya. Khalida buat tidak endah saja.

Tiga hari tiga malam tinggal di kampung, Khalida sengaja biarkan Ilham merayunya. Hari ini, apabila Ilham mengajak Khalida balik ke KL, dia ikut saja. Tetapi Ilham ada rancangan yang tersendiri. Ilham sudah rancang tiga minggu yang lalu dengan adik-adiknya. Khalida saja yang tidak tahu.

“Nak buat apa kat hotel ini?” soal Khalida apabila Juhana dan Shima bawa dia masuk ke bilik Hotel. Emma dan Jasnita sedang menunggu di dalam bilik.

“Cepat tukar pakaian!” arah Emma sambil menghulurkan baju pengantin berwarna biru laut kepada Khalida. Khalida melihat baju pengantin itu dengan muka yang pelik sekali.

“Apa nie?” soal Khalida. Semakin hairan.

“Cepat lah, kita orang nak solek kau kejap lagi,” gesa Jasnita. Khalida terpaksa akur. Salin pakaian dan biarkan adik-beradiknya menyolek Khalida.

Mereka berempat mengiringi Khalida ke dewan besar. Semua tetamu sedang menunggu di dewan besar ketibaan pengantin perempuan yang cukup menawan ini. Di depan dewan Ilham sedang menunggunya.

“Oo, ini rancangan kau orang yer,” kata Khalida.

“Rancangan suami kau, kami hanya tolong jayakan saja. Sebab tak nak kau syak apa-apa, jadi Ilham sengaja cari pasal dengan kau,” jelas Emma lagi.

“Ilham buat semua ini untuk Lida. Hari tu kan Ilham ajak Lida sanding sekali dengan mak dan papa, tapi Lida tolakkan, jadi Ilham cari tarikh lain dan buat majlis ringkas ini untuk isteri kesayangan dia,” terang Jasnita, kakak sulong Ilham.

Majlis ringkas apanya kalau ramai jemputan yang dijemputnya. Semua orang yang hadir untuk majlis mak dan papa ada di sini. Ilham hulurkan tangan kanannya kepada Khalida dan Khalida menyambutnya perlahan.

“Kejutan untuk isteri kesayangan abang!” ucap Ilham sambil mencium pipi kanan Khalida,

“Abang jahat!”

“Ha ha ha!”

“I love u, i love u, sayang sangat-sangat kat Lida!”

“Abang tak marah Lida?”

“Kasih sayang abang lagi banyak dari perasaan marah tu kut. Tentang anak tu tak usah lah risau, begitu juga dengan saham syarikat, kita boleh berusaha dengan hasil keringat kita sendiri,”

Majlis baru jalan separuh, Khalida sudah rasa mahu pitam. Kelam mata dan pening kepala. Apa dah jadi nie.

“Abang!” jerit Khalida. Muka dah pucat.

“Lida kenapa ni?” cemas Ilham dibuatnya.

“Pening!” jawab Khalida. Sebelum Khalida jatuh, Ilham sempat menangkapnya dan semua tetamu yang hadir panik tiba-tiba.

“Bawak ke bilik Ilham, Lida letih sangat tu!” suruh Puan Naemah.

Ilham terus bawa Khalida ke bilik hotel yang ditempahnya. Hanya mak dan dua orang nenek saja yang masuk ke dalam bilik Ilham. Ilham baringkan Khalida di atas katil.

“Bukak tudung Lida tu, am!” kata nenek Ku Salbiah pulak.

Ilham patuh.

“Panas sangat tu!” sampuk nenek kasma pula.

“Lida!” panggil mak. Khalida bukakan matanya. Kepala pula pusing. Rasa mual dan loya pula terasa kini. Terus Khalida berlari ke bilik air. Muntah.

Ilham mengurut belakang Khalida.

“Nak muntah lagi?” soal Ilham. Khalida gelengkan kepalanya. Di angkatnya Khalida lalu dibaringkan semula di atas katil.

“Mari nenek tengok!” kata Nenek Kasma. Dia kan pernah jadi bidan kampung dulu.

Nenek Kasma sentuh nadi di tangan kanan Khalida. Lalu sentuh perut Khalida dan mula tersenyum. Nenek Kasma memberi isyarat mata kepada Ku Salbiah dan Ku Salbiah turut melakukan perkara yang sama.

“Apa nenek ni?” soal Ilham kehairanan.

“Anak kau nie dah besar lah, Ilham. Entah-entah dah 2 atau 3 bulan. Kau memang teruk, lagi teruk adalah Lida, sampai tak sedar dia mengandung!” kata Ku Salbiah sambil menampar bahu cucunya.

“Betul ke ni?” soal Ilham.

“Pergi lah scan esok kalau tak percaya, dah ada dalam perut Lida nie hah!” kata Nenek Kasma pula.

“Yahoooo, sayang Lida!” terus di kucup pipi Khalida kiri dan kana. Malah dia memeluk Khalida yang sedang tidur. Melihat sikap Ilham terus mak dan nenek-nenek mereka keluar dari bilik mereka.

“Ooo, sebelum nie tak sayang lah kan?” soal Khalida. Macam tak percaya pula, kata sedang mengandung. Khalida turut memegang perutnya.

“Kalau tak sayang, tak jadi macam ini lah kan!!” terus Ilham kucup bibir Khalida. Khalida menampar bahu suaminya.

Syukur alhamdulillah.

Previous: BAB 52
Next: BAB 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.