Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 35

“Lida nak cakap, kalau tak kerana Lida kemalangan Lida tak akan balik kat abang, gitu?” marah Ilham. Juhana tidak terkejut. Dia orang ini mana boleh bermain lama-lama, mesti bergaduh. Dari dulu lagi. Sama-sama keras kepala dan kepala angin.

“Betul lah tu,” aku tidak menafikan kata-kata Ilham tu.

“Jenis lupa diri memang macam tu,”

“Sama lah dengan abang pun,”

“Bergaduh lah, dengar dek mak cik kat bawah tu, baru tahu langit tu tinggi ke tak?” sampuk Juhana terus bangun dari katil Khalida. Buat sakit kepala saja kalau dia orang bergaduh. Baik aku tengok tv.

Ilham terus menuju ke bilik bacaan di sebelah. Kalau berada lama di sini, memang bergaduh sakan nanti. Sama-sama tidak mahu mengalah dan masing-masing hendak menang saja.

Khalida menyandarkan badannya di tepi katil sambil mengeluh perlahan. Datin Rinie dan Zura masuk penjara. Aku pula tak boleh jalan. Aku bukannya perempuan yang baik, sebab itu ada ketika rasa benci kepada Ilham masih ada, aku masih terluka dengan sikapnya dulu. Tambahan dengan keadaan sekarang, hari ini baru tahu betapa peritnya hidup tak boleh jalan. Sekuat mana pun hati aku, aku tetap tidak dapat melupakan perbuatan orang-orang yang telah memusnahkan kehidupan aku dalam sekelip mata.

“Lida, jangan terlalu ikut perasaan, ingat ALLAH banyak-banyak!” pujuk Datuk Razali yang baru masuk ke dalam bilik Khalida bersama Juhana. Juhana yang menceritakan semua ini kepadanya sebentar tadi kerana tidak mahu abang dan kakak ipar bergaduh berpanjangan.

“Papa..,” lelaki ini seperti Ku Ibrahim sikapnya. Anak Ku Ibrahim kan?Tentu sikap itu diwarisi kepada anak kandungnya.

“marah ilham lagi?”

“Bukan setakat marah Ilham, marah mama dan Zura juga!” luah Khalida tanpa rasa segan. Nak mengadu dengan mak, takut mak lagi sedih. Nak berbual dengan emma, emma sibuk dengan keluarganya. Nak cari Rifky atau Datuk Is, itu kan perkara yang tidak enak untuk diperkatakan. Apa kata rifky kalau Khalida menelefonnya. Apa pula pandangan Datuk Is andainya Khalida mengadu nasib nanti. Bukankah dia berkahwin dengan Ilham kerana mahu melarikan diri dari Rifky dan Datuk Is.

“Berbual elok-elok dengan Ilham dan kenal hati budi Ilham. Ini tidak asyik menyalahkan Ilham saja. Papa sayangkan Lida dan Ilham, tahu tak?” pujuk Datuk Razali lagi. Dia orang ini kalau aku tak pujuk, mesti bawa haluan masing-masing. Aku kena tengok dia orang, tak boleh lepas tangan, sebab dua-dua kepala angin dan tidak sabar.

“Eh, papa!” tegur Ilham yang datang semula mahu mengambil dompetnya. Mahu keluar mencari ketenangan di luar malam ini, itu cadangan Ilham.

Terdengar suara jeritan Ku Salbiah memanggil namanya, Datuk Razali beredar. Malah ditarik tangan anak bongsunya keluar dari bilik itu. Biar mereka selesaikan masalah hati mereka dan jangan masuk campur, kalau tak selesaikan juga baru masuk campur.

“Cacat kaki saja, yang hati cacat sama tu kenapa?” suara Ilham, geram dengan sikap Khalida tadi.

“Nak jalan semula, tak nak hidup macam ini,” luah Khalida. Kau tak duduk di tempat aku, senang lah cakap.

“Baru nak masuk dua bulan, dah mengalah. ALLAH uji sedikit dah tak tahan ke?”

“Bukan mengalah lah, tapi tak suka harapkan belas simpati kat orang, apa tah lagi dekat suami sendiri,” sambung Khalida lagi. Nah Itu punca yang sebenarnya yang telah menyebabkan Khalida naik angin

“Ha ha ha..,” ketawa Ilham memecah keheningan malam. Kalau aku mahu cari ketenangan di luar, dia apa tah lagi. Asyik terperuk di dalam bilik ini saja. Tentu boring.

“Abang Am!” panggil Khalida. Panas hati dengan melihat Ilham ketawa sebentar tadi.

“Jom, ikut abang!” kata Ilham sambil mendukung Khalida. Khalida patuh, dipautkan kedua belah tangannya ke leher suaminya itu.

“Susahnya hati Lida nak terima abang kan?” ucap Ilham perlahan sambil menuruni anak tangga satu persatu. Sikit hati dia akan berpindah bilik di tingkat bawah supaya memudahkan Khalida untuk bergerak nanti. Sekarang, tengah ubah suai bilik mereka berdua.

“Abang dah banyak kali melukakan hati Lida, tahu tak?” balas Khalida. Ilham membawanya ke kereta, di bukanya pintu kereta lalu di duduk kan Khalida, di tariknya tali pinggang untuk isteri kesayangannya itu.

“Tahu, abang minta maaf, sayang!”

“Waw, perkataan sayang tu macam nak lobi hati Lida saja,” pintas Khalida sambil tersenyum. Perkataan sayang itu membuatkan tekak Khalida mual dan naik meloya. Ditahan perasaan meloya itu.

“Tak sentuh lagi dah naik meloya?” gurau Ilham yang mahu menyentuh perut Khalida, terus Khalida menampar tangan suaminya itu membuatkan Ilham ketawa saja.

“Nak ke mana nih?”

“Tengok wayang!”

Betul dia bawa Khalida menonton wayang dan pergi makan. Tanpa silu dia mengangkat Khalida ke sana sini tanpa diminta oleh Khalida pun. Mujurlah Khalida ini jenis badan kecil saja jadi tak ada masalah untuk Ilham yang berbadan tegap itu untuk mendukung Khalida.

“Lain kali tak payah mengamuk kat abang, cakap saja nak apa, nak pergi mana, abang bawa Lida,” kata Ilham di dalam kereta. Selesai makan dia bawa Khalida makan angin dengan meronda sekitar bandar.

“Banyak-banyak ujian yang Lida hadapi, ujian ini yang paling berat. Selepas ayah meninggal mak jatuh sakit kerana kehilangan suami tercina, kami terpaksa pulang ke kampung dan menumpang keluarga atuk dan nenek. Lida kuat demi keluarga, Lida rela atuk serahkan Lida kat rumah anak-anak yatim. Bila kahwin, abang tak suka kat Lida pun Lida tak kisah. Kena marah dengan mak datin dan Zura pun Lida boleh lawan balik tetapi untuk kali ini...,” cerita Khalida. Ilham saja tempat bergantung dan mengadu nasib sekarang. Dia tidak mahu berdosa kepada suami sendiri dengan menceritakan masalahnya kepada orang luar, jadi lebih baik dia ceritakan kepada llham sama ada Ilham mahu mendengar atau tidak, itu terserah kepada Ilham.

“Lida kena kuat juga, hanya orang yang kuat saja boleh menghadapi semua masalah!” pujuk Ilham. Hati Khalida berbunga riang. Aku asyik bergaduh saja, tentang hati dan perasaannya tak pernah ambil peduli pun. Hmm, kejamnya aku kan?

“Abang tak menyesal kahwin dengan Lida kali ini?”

“Menyesal sebenarnya tapi..,”

“Tapi apa?”

“Abang beri masa kat Lida selama setahun untuk Lida jalan semula, abang cabar Lida nih?”

“Ah, doktor pun cakap Lida dah tak boleh jalan..,”

“Doktor bukan ALLAH. Andainya kita ada perancangan, ALLAH pun ada perancangan juga untuk kita,”

“Hmmm...,” keluh Khalida.

Ilham ini baik juga yer, ingatkan macam Ilham tak boleh nak jadi baik dah sampai bila-bila. Rupanya tak sangka pula boleh jadi baik macam sekarang. Khalida tersenyum tiba-tiba.

“Apa?” soal Ilham.

“Ada lah!” jawab Khalida.

“cakap cepat!” gesa Ilham.

“Tak sangka abang macam nie, kalau dulu, Lida cakap sepatah, sepuluh patah abang beri kat Lida!”

Ha.. ha.. ha.. Lida dulu abang tak suka Lida, benci Lida. Sekarang abang cintakan Lida, sayangkan Lida, kalau suruh beri nyawa pun, abang sanggup untuk Lida kepunyaan abang nih.

Previous: BAB 34
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.