Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 63

Namanya Nurfarahin, lebih mesra dipanggil Farah. Perwatakan Farah lebih kurang sama dengan kakaknya, Nur Khalida. Itu yang membuatkan dia terpikat sangat. Khalida tersenyum saja.

“Kita orang belajar sekali di UUM, kak!” jelas Adli lagi. Rupanya sudah ada pilihan hati sendiri.

“Nanti akak beritahu mak dan papa!” balas Khalida. Tahu, kau tak rapat dengan papa tetapi dia sudah menjadi ketua keluarga kita, malah sudah menjadi sebahagian dari keluarga kita.

Semua ahli keluarga sudah sampai termasuk dengan nenek. Malah ini semua berkumpul di rumah papa. Mak dah boleh keluar dari hospital. Mak Cuma tak boleh resah, tak boleh susah hati dan merasa bimbang. Sekarang, hati mak sudah tenang, tak ada lagi perasaan susah hati atau bimbang.

Adat hidup berumah tangga, tentu ada pasang surutnya. Dalam sesebuah keluarga tentu ada masam, manis, tawar dan pahit. Itu lumrah kehidupan, yang pasti, kita kena saling bermaafan dan mahu memperbetulkan keadaan. Jangan disimpan di dalam hati sehingga menjadi dendam yang memakan diri. Mak sudah memaafkan kesilapan papa kerana kasih sayang dan cintanya.

“Orang perempuan nie apabila dia sudah membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, biar apa pun terjadi pada perkahwinan dan perhubungan mereka nanti, dia tetap akan teruskan perkahwinan ini, betul tak Khalida,” soal Ku Salbiah selesai makan malam satu keluarga.

“sorry papa, sebab Lida kurang ajar dengan papa hari tu,” pinta Khalida. Datuk Razali mengangguk sambil tersenyum.

“Keturunan Kasma, yang perempuan semua garang-garang. Dari nenek, mak, sampai dekat Kak Lida,Kak Emma dan Shima sendiri, semua garang-garang dan tegas,” kata Ayien.

“Tengok orang lah!” balas Emma. Khalida dan Shima tersenyum.

“Abang Am!” panggil Ariff pula.

“Yup!” balas Ilham.

“Kak Lida nie dah banyak berkorban untuk kami, sampai kan tak sempat nak cari pak we dan bercinta dulu, kami nie dah tak kisah tentang yang lain-lain tu asalkan abang boleh membahagiakan akak kami nie, cukuplah,” pesan Ariff.

“Betul tu, kalau abang tak suka kami, papa tak boleh terima kami, kami tak kisah, sebab kita orang ni anak jantan, cukuplah kalau abang boleh beri kasih sayang abang untuk Kak Lida, papa boleh bahagiakan mak, kami dah bahagia sangat,” celah Adli pulak.

“Jangan cakap macam tu, sedih papa dibuatnya!” kata Datuk Razali.

“Jom kita balik, jangan diganggu papa dan mak kau. Kak Lida kau tu kena banyak berehat sekarang,” ajak nenek.

“Nek dah nak balik?” soal Emma pula.

“Ha, ah!” jawab nenek.

“Jangan balik lagi nek, si Adli nie dah nak balik lusa,” beritahu Khalida. Tunggu lah sampai Adli bertolak ke Dubai dulu, baru balik.

“Dah nak balik Lee?” soal nenek. Ingatkan nak tinggal terus di sini.

“Ha, ah. Saya tak dapat cuti!” jawab Adli.

“Ana nak minta maaf kat semua orang, terutama kat Adli dan mak, kerana Ana semua ini terjadi sampai Adli terpaksa pergi dari sini, terpaksa berpisah dengan mak..,” ucap Juhana luhur.

“Tak ada apa pun, Kita adik beradik, jangan lah simpan perasaan lain antara kita. Abang Am dan Kak Lida tu lain cerita, sebab dia orang berkahwin sebelum mak dan papa berkahwin. Saya anggap kak nita, kak ana macam kakak-kakak saya juga,” jelas Adli.

Semua pakat ambil keputusan bermalam di rumah Khalida dan Ilham kerana tidak mahu menganggu mak dan papa. Jadi riuh lah rumah Khalida malam ini. Sebab adik-adik berkumpul di rumahnya.

“Abang Am mesti tak tahu, Apul dan Shima nie sebenarnya kembar!” beritahu Shima.

“Betul ke?” tanya Ilham. Baru dia tahu dalam keluarga Khalida ada anak kembar.

“Rasanya kak Lida mengandung anak kembar kut, sebab tengok perut Kak lida besar sangat,” kata Shima. Ilham dan Khalida saling berpandangan.

“Nenek pun ada kembar juga,” beritahu nenek Kasma yang masih lagi belum lelapkan matanya.

“Kita orang kembar sepasang. Nenek pun kembar sepasang jugak!” terang shima lagi.

“Kau tak pergi scan anak kau, Ilham?” soal Nenek. Ilham dan Khalida mengelengkan kepala.

‘Mana tahu dapat baby kembar,” sampuk Emma.

“Kami terima seadanya,” jawab Khalida. Ilham tersenggih.

Berbual di ruang tamu sampai terlena. Kalau berjumpa selalu macam ini lah. Shima, Emma dan Khalida termasuk nenek berkumpul di dalam satu bilik. Yang lelaki pula lepak di ruang tamu saja, riuh berbual sampai terlena di ruang tamu saja.

“Harap-harap selepas ini tak ada dah masalah-masalah besar dalam keluarga kita,” kata Khalida ketika berkumpul untuk sarapan pagi.

“masalah apa pun yang datang, harap kita boleh atasinya nanti. Itu yang penting,” sokong Ilham.

“Kadang-kadang ditimpa masalah pun okey juga, contoh kak lida dengan abang am, dari bergaduh, berpisah dan bersatu semula. Sekarang tengok kak lida jadi macam ini pun, dulu jual mahal dengan abang am,” usik Ayien.

“Ayien, akak luku kepala kau nak?” marah Khalida.

“ Ayien, akak kau tak kenal abang am, sekarang mana boleh berpisah dengan abang, asyik nak berkepit saja,” kata Ilham pula. Khalida mencubit lengan kanan suaminya.

“Berkepit lah sangat!” balas Khalida.

“Jangan asyik bergaduh Ilham, Khalida. Dah nak ada anak ni, kena banyak-banyak bersabar. Kau tu Lida kawal sikit amarah kau tu,” tegur nenek kasma pula.

“Betul tu, sejak mengandung nie okey sikit, dulu asyik marah saya saja!” adu Ilham. Khalida menjeling tajam ke arah suaminya.

“Am, nenek rasa elok kau bawa Khalida tinggal di kampung sampai bersalin. Nenek rasa itu lagi baik dari Khalida tinggal di sini,” cadang nenek tiba-tiba. Sikit hari lagi semua orang akan tahu Khalida sedang mengandung.

“Okey juga tu, bang!” balas Khalida. Setuju sangat.

“Boleh nenek jaga Lida nanti,” ujar Ilham.

“Kau duduk di rumah tu dengan Lida, nenek tinggal di sini,”

“Kenapa pulak?” soal Khalida kehairanan.

“Kau orang tu asyik berkepit saja, rimas nenek tengok!” kata nenek di sambut ketawa semua orang yang ada di situ.

“Orang tengah bercinta, nek. Jadi macam itu lah!” kata Emma.

“Iyer lah tu, asyik kutuk aku saja kau orang nie,” kata Khalida sambil merangkul lengan Ilham yang ada di sebelahnya.

Indahnya perkahwinan kami, ditimpa pelbagai onak dan duri tetapi kasih sayang dan cinta kami tetap berpadu. Tetap utuh.

Sebelum Adli bertolak, mereka sekeluarga turun ke Kedah, untuk merisik Nurfarahin, Dua minggu lagi baru bertunang. Kali ini Khalida serahkan kepada Ilham dan kedua ibu bapanya untuk uruskan hal ini. Dua bulan lagi baru adakan majlis kahwin. Lagi pun Ilham tak benarkan dia menyertai majlis merisik ini, sebab jauh dan tidak mahu kandungan Khalida terjejas.

Mereka sekeluarga menghantar Adli pulang ke Dubai kali ini. Bukan rahsia lagi pun. Dan yang lebih menarik papa dan mak turut pergi bersama Adli ke sana, katanya mahu pergi bercuti dan tinggal bersama Adli seminggu dua di sana. Mak kalau boleh memang tak nak berpisah dengan anak kesayangannya itu. Dan jangan terkejut, sebab anak Dr. Rahmat, Dr. Haikal sudah tertarik hati dengan Juhana semasa Juhana menjaga mak di hospital. Kalau boleh Dr. Haikal nak hantar rombongan meminang tetapi Juhana mahu berkawan dan mengenali hati masing-masing terlebih dahulu sebelum mengikat tali pertunangan.

Papa serahkan segala hal kepada Ilham untuk uruskannya.

Previous: BAB 62
Next: BAB 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.