Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 24

Menyukai tidak semestinya kita akan berkahwin dengannya. Aku memang suka dengan dia tetapi tidak semestinya aku perlu berkahwin dengan dia. Suka sebab dia sama taraf dengan aku, sama-sama memahami dunia kami.

“Is, dah balik Lida?” tegur nenek. Nenek meman rapat dengan dia, malah dah anggap seperti cucu sendiri.

“Dah, nek!”

“Kalau nak cari suami, cari macam Is, Lida!” pesan nenek. Amboi nenek ini, suka sangat dekat Is tu yer.

“Lida selalu mimpi dia, dan setiap kali Lida mimpi dia, dia mesti dengan seorang gadis yang bertudung labuh dan menutup mukanya kecuali matanya saja,” beritahu Khalida. Dan tiga malam yang berturut-turut itu pun aku mimpi cerita yang sama. Siapa gadis itu? Aku?? Rasanya tidak mungkin aku. Nenek tersenyum. Mimpi yang sama muncul dalam mimpi-mimpi nenek.

Dulu, semasa Ku Ibrahim datang melamar Khalida, nenek buat solat sunat mohon pertunjuk, sama ada Iskandar adalah calon suami untuk Khalida, kerana dia memang sukakan Iskandar, tetapi Iskandar datang bersama gadis lain, gadis yang sama seperti Khalida nyatakan.

Desakan Ku Ibrahim membuatkan nenek dan mak terpaksa lepaskan Khalida ke tangan Ilham dengan linangan air mata. Hati siapa tidak sedih, apabila hari kahwin pun dah kecoh dengan kata-kata nista dari keluarga Ku Ibrahim. Kasihan Khalida, Ilham tinggalkan dia sebaik saja selesai majlis akad nikah. Tak ada pun majlis batal air sembahyang. Cincin kahwin pun Khalida tak ada. Mujurlah Khalida jenis keras hati.

“Mesti ada orang lain sebaik Is untuk Lida, betul tak nek?” pujuk Khalida yang tahu apa yang nenek fikirkan. Nenek mengenggam erat tangan Khalida sambil mengangguk.

“Lida cucu yang baik, anak yang baik, tentu ada orang yang sayangkan Lida dengan setulus hatinya nanti. Nenek selalu doakan yang terbaik untuk Lida!” ucap Nenek sambil memeluk erat Khalida.

“Terima kasih, nek!” balas Khalida perlahan.

Puan Naimah mengesat pelupuk matanya yang basah. Perbualan anaknya dan ibunya didengari dengan jelas. Di rumah ini sekarang hanya ada Khalida saja. Emma, Shima dan Ayien telah pulang mengikut pasangan masing-masing. Ariff sibuk dengan kerjanya, begitu juga dengan dua orang anak lelakinya yang jarang pulang ke kampung. Hanya ada Khalida menemani kami berdua. Sebab itu dia suka Khalida tinggal di sini dari pulang ke bandar. Kalau Khalida bekerja semula tentu rumah ini sunyi sepi tanpa gurau senda dari Khalida.

Khalida yang berpisah dengan kami sejak umur dua belas tahun kerana terpaksa ditempatkan di rumah anak-anak yatim disebabkan kesempitan kehidupan. Walaupun Khalida pulang setiap kali cuti raya tetapi dia tetap jauh dari kasih sayang ibunya.

Sejak dari kecil, Khalida sudah banyak berkorban untuk adik-adik dan keluarga kami, sekarang pun dia terpaksa berkorban perasaannya demi kebahagiaan kami sekeluarga.

Pagi ini seperti biasa, Khalida mengikut Puan Naimah ke taska yang tidak jauh dari rumah mereka. Di situ sudah ramai yang membantu ibunya, tetapi dia suka dengan kerja barunya ini.

Hendak pulang ke bandar masih rasa malas walaupun dia sudah mendapat tawaran kerja dari syarikat-syarikat lain.

“Assalamualaikum!” tegur satu suara lelaki dari arah belakang Khalida dan Puan Naimah. Masing-masing memandang ke arah datangnya suara itu.

“Waalaikummussalam!” jawab Puan Naimah.

“Datuk!” panggil Khalida. Datuk Razali rupanya.

“Papa datang nak jumpa Lida. Lida free tak?” soal Datuk Razali. Khalida memandang wajah ibunya dan apabila ibunya mengangguk, baru lah Khalida bersuara.

“Boleh, datuk!” balas Khalida. Datuk Razali tersenyum.

Mereka hanya berbual di halaman rumah Puan Naimah saja, malah turut disertai oleh Nenek dan Puan Naimah sekali.

“Tak perlu berdatuk dengan papa, Lida!” kata Datuk Razali. Teringin sangat mahu mendengar panggilan papa dari Khalida.

“Baiklah, papa!” ucap Khalida.

“Pertama sekali saya nak mintak maaf kerana sikap isteri saya tempoh hari. Saya yang bersalah kerana tidak pandai mengajar isteri saya tu,” kata Datuk Razali. Puan Naimah dan ibunya hanya tersenyum dan mengangguk.

“Lida, pulang bekerja dengan syarikat papa yer, papa perlukan Lida untuk menguruskan syarikat papa tu,” beritahu Datuk Razali sambil memandang wajah bekas menantunya.

“Ilham kan ada, papa!” jawab Khalida. Beratnya hati nak pulang berkerja semula dengan bekas suaminya.

“Hmm.. Ilham tu...,”

“Kenapa dengan Ilham?”

“Lida pulang dan tengok sendiri nanti,”

“Rasa malas untuk bekerja di sana, papa. Tak sanggup tengok Ilham, tak sanggup tengok Datin....,”

“Papa faham, tetapi kali ini papa akan menjaga keselamatan Khalida. Papa tak akan benarkan Ilham atau mama kau sakiti hati kau lagi,” ikrar Datuk Razali.

Khalida tersenyum.

“Sebenarnya Lida tak kisah dengan sikap datin dan Ilham tetapi bila dia orang datang sakitkan hati mak, itu yang buat hati Lida tercabar, papa!” jujur pengakuan dari Khalida,

Datuk Razali tersenyum. Dia tahu akan itu, kalau tidak masakan Khalida tinggal dengan Ilham selama hampir dua tahun, wal hal Ilham sudah banyak menyakiti hati Khalida tetapi Khalida bersabar saja.

“Lida tak ada apa-apa perasaan kat Ilham ke?” soal Datuk Razali. Khalida mengelengkan kepalanya.

“Walaupun sebesar zarah?” sambung Datuk Razali lagi. Khalida mengeleng jugak.

Datuk Razali mengeluh perlahan.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.