Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 40

“Lamanya berfikir, cakap lah tak suka abang,” kata Ilham setelah lama Khalida berfikir panjang. Tidak tahu sebenarnya, apakah aku menyintai dulu kerana sikapnya yang melayan aku begitu teruk sekali, sekarang memang aku cintakan dia pun.

Mereka berjalan lagi. Ilham memegang pinggang Khalida yang sedang berjalan perlahan-lahan di atas padang rumput. Sengaja dibukanya kasut kerana sudah lama mahu berjalan kaki ayam begini.

“Nak dengar cerita dari abang tak?” mula Ilham. Kalau dia asyik pegang aku macam ini, kerana takut aku jatuh di atas rumput, sampai bila-bila pun aku tak boleh jalan jawabnya. Tangan dia itu sentiasa ada di atas pinggang aku saja.

“Abang ada cerita juga?”

“Ingat Lida saja pandai reka cerita..,”

“Ha ha ha...,” Khalida memandang wajah Ilham di sebelahnya. Doa dan restu orang-orang yang menyayangi kami berdua membuatkan hubungan kami jadi macam ini. Doa Ku Ibrahim juga.

“Sewaktu atuk cakap, abang perlu berkahwin dengan Lida, abang rasa memang tak wajar. Waktu itu semua orang dah tahu hubungan abang dengan Zura. Jadi abang bergaduh dengan atuk sebab nak pertahankan kekasih hati..,”

“Ilham boleh pilih sama ada nak terus jadi cucu atuk, atau pun tak?” tegas suara Ku Ibrahim malam itu. Semua orang yang ada tidak berani berlawan cakap dengan Atuk sebab atuk amat tegas orangnya.

“Sampai macam tu sekali? Apa yang istimewa sangat dengan budak Khalida tu?” Sikit-sikit Khalida, semua Khalida, sampai kan sanggup beri saham syarikat kepada Khalida

“Atuk nak kau kahwin dengan dia sampai akhir hayat kau, kalau tidak kau jangan harap nak warisi harta atuk!” ucap Ku Ibrahim.

“Kena halau tak?” soal Khalida setelah Ilham selesai bercerita.

“Kena lah, tinggal kat luar tiga bulan, yang pedih dan sakit hati dia tak nak tengok muka abang selagi abang tak kahwin dengan Lida,” sambung Ilham. Tiga bulan itu, Zura juga buat perangai kerana semua kemewahan yang Ilham miliki telah ditarik balik oleh Ku Ibrahim. Ilham papa kedana dan semua ini hanya menyusahkan kehidupan Zura yang sukakan kemewahan. Maka, Zura dan Ilham berpakat untuk menipu Ku Ibrahim untuk mendapatkan semula kemewahan kepunyaan Ilham dengan bersetuju berkahwin dengan Khalida.

“Ha ha ha...,” ketawa Khalida. Aku dah tahu semua ini sebab atuk dah cerita semua kepada aku.

“Lida, boleh gelak pula kat abang!”

“Itu lah jangan lawan cakap orang tua, tak berkat hidup abang!”

“Siapa kata tak berkat?” lawan Ilham. Memang tak berkat pun. Semua pekerjaan yang Ilham buat tidak menjadi.

“Lida, jadi lah isteri Ilham, biar apa pun terjadi, Lida dan Ilham jangan bercerai,” itu pesan Ku Ibrahim sebelum dia meninggal kepada Khalida. Ku Ibrahim takut Khalida tinggalkan Ilham.

Khalida berdiri sambil menyandarkan badannya ke sebatang pokok yang rendang. Mahu berehat sekejap sebelum sambung berjalan semula. Tiba-tiba Ilham melutut di depannya sambil mengenggam erat kedua belah tangan Khalida.

“Khalida, mahukan awak menjadi isteri saya untuk selamanya? Selagi hayat saya ada, saya akan menjaga awak dengan sepenuh kasih sayang saya.” kata Ilham. Khalida terpaku sekaligus terkejut dengan perbuatan Ilham secara tiba-tiba ini.

“Apa abang merepek ni?” kata Khalida, mukanya sudah bertukar warna.

“Khalida, saya benar-benar Ikhlas untuk memperisterikan awak, sejujur hati saya mengaku, saya tidak boleh hidup tanpa awak. Betapa hidup saya sunyi tanpa kehadiran awak di sisi saya, betapa saya sepi tanpa kata senda gurauan dari awak,” sambung Ilham yang masih melutut di hadapan Khalida. Khalida serba salah. Berapa kali nak kahwin ini? Tapi dulu kita orang berkahwin mana ada semua ini kan? Manisnya saat ini dan hati rasa amat-amat bahagia.

“Ilham Hakimi, betulkan awak mahu menjadi suami saya? Mahu bersama saya setiap waktu dan menjadi pendamping saya setiap masa?” soal Khalida pula. Ilham Hakimi mengangguk. Khalida tersenyum. Lawak lah abang hari ini.

“Mana bunga?” tanya Khalida. Ilham mengambil bunga raya yang di tanam di sekeliling pagar taman lalu diberikan kepada Khalida membuatkan Khalida ketawa saja.

“Cincin tak ada ke?” soal Khalida lagi. Sengaja nak tanya wal hal hati sudah tahu, mana mungkin Ilham bawa cincin sampai ke sini. Ilham mengambil sesuatu di dalam poket baju. Sebentuk cincin berbatu biru disarungkan ke jari manis Khalida.

Ilham terus bangun dan mencium pipi Khalida tanpa sempat Khalida mengelak. Terus muka Khalida berubah dan bertukar warna.Biru+oren+jingga jadinya. Ilham tersenyum senang hati. Bahagia kerana hati Khalida menjadi miliknya hari ini.

Previous: BAB 39
Next: BAB 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.