Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 27

“Cepat lah nak balik ke tak nie?” tanya Ilham apabila Khalida agak keberatan untuk pulang bersamanya. Tadi, datang Ilham menjemputnya bersama Juhana. Sekarang tak kan nak balik dengan Ilham saja. Sewaktu jadi suami isteri dulu lain lah, sekarang mereka sudah bercerai, mana boleh seperti dulu lagi.

“Kenapa Lida?” soal Datuk Razali apabila melihat Khalida tidak berganjak dari tempat duduknya.

“Kita orang bukan suami isteri lagi, papa!”

“Hish, awak nie, kita pernah tidur sekatil lah, saya tak kacau pun awak, kalau saya nak buat jahat dah lama saya buat!” kata Ilham membuatkan Khalida naik bengang.

“Abang Am, tolong hantarkan saya yer,” renggek Zura sambil memaut tangan Ilham tetapi Ilham menolak tangan Zura dengan perlahan. Tadi, Zura datang bersama ahli keluarganya.

“Ha,ah, boleh jugak tu!” balas Khalida sambil tersenyum.

“Papa suruh drebar papa hantar, nak?” usul Datuk Razali, Sebenarnya dia pernah mengajak Khalida tinggai di rumahnya tetapi Khalida yang menolak.

“Itu lagi tak boleh!” tegas Ilham. Balik dengan aku tak nak, habis tak balik dengan drebar papa pulak.

“Abang Am, Zura macam mana?” semakin menjadi pula si Zura ini. Hish, benda simple saja, bukannya benda berat pun. Runggut Khalida di dalam hati.

“Mintak kunci kereta tu kat saya!” kata Khalida. Apabila Ilham tidak memberinya Khalida terus merampas kunci kereta di tangan Ilham.

“Saya boleh balik sendiri lah!” kata Khalida terus keluar dari rumah tetapi Ilham mengekorinya dan turut masuk ke dalam kereta dan membiarkan Khalida memandunya. Enjin baru dihidupkan, Zura pula yang masuk dan duduk di bahagian belakang. Yang ini pun tak boleh nak berpisah dengan Ilham.

“Awak nak ke mana?” soal Ilham kepada Zura.

“Nak balik!”

“Tolong dua-dua keluar dari kereta nie, tolong jangan buat drama dalam kereta ni!” arah Khalida. Macam budak-budak. Nak tergelak aku. Ilham menarik kunci kereta lalu keluar dari keretanya membuatkan Khalida dan Zura terkejut dengan sikap Ilham.

Khalida tidak turun dari kereta tetapi Zura mengekori Ilham masuk ke dalam rumah. Khalida pula yang serba salah sekarang. Terdengar suara Ilham marah-marah dalam rumah, malah turut terdengar suara tangisan Zura di dalam rumah. Malah semakin kecoh dengan suara-suara dua buah keluarga.

Khalida menolak pintu dan berjalan keluar dari rumah Datuk Razali. Nak tunggu buat apa kat sini lagi? Buat pening kepala saja. Rasanya kat luar nie boleh tunggu teksi, tetapi masih ada ke teksi waktu macam sekarang ini?

Sedang menunggu teksi apabila kereta ilham berhenti di depannya.

“Naik sekarang, biar saya hantar awak!” kata Ilham tegas sekali. Khalida terus patuh kerana hari sudah lewat benar, terpaksa naik kereta ilham demi keselamatan diri.

“Awak ni masih tak berubah-ubah!” tuduh Ilham membuatkan Khalida tersentak.

“Sama lah dengan awak!” balas Khalida.

“Sama apanya?”

“Kenapa tak kahwin saja dengan minah gedik tu?” tanya Khalida. Rimas aku tengok.

“Ha ha ha..,” aku nak ambil kau, bukan nak ambil Zura tu lagi.

“apa gelak-gelak?”

“Saya nak pikat awak sampai dapat. Kalau tak boleh dapatkan awak cara baik. Saya cari bomoh,” beritahu Ilham sambil menjeling ke arah Khalida.

“Saya ni keturunan panglima lah, setakat nak bomoh saya, awak tak akan berjaya, Encik Ilham!” Jangan buang masa lah nak pakai bomoh segala, aku ada ALLAH untuk melindungi aku dari semua itu.

“Saya nie dah tinggalkan Zura kerana awak, jadi apa cara pum saya akan dapatkan awak!” terang Ilham. Derita dia apabila Khalida tidak ada di depan matanya. Kini, dia sedar dia sebenarnya menyintai Khalida.

“Tinggalkan Zura kerana saya, rugi tu. Bercinta lama-lama. Tapi berpisah dengan perempuan yang tak layak jadi isteri Encik Ilham. Tak menyesal ke nanti?” soal Khalida. Boleh percaya ke Ilham ni? Entah-entah jual minyak saja tetapi kalau difikirkan, sepanjang kami jadi suami isteri, dia tidak pernah pun menipu aku.

“Menyesal lah!” jawab Ilham sepatah. Tahu menyesal tapi buat. Benci aku!

“Tahu, menyesal kenapa buat?” Kau kan dalam hati kau tu hanya ada Zura saja. Macam aku tak tahu.

“Menyesal sangat sebab tinggalkan awak hari tu,” jawab Ilham membuatkan Khalida tergelak panjang. Membuatkan wajah comel Khalida terserlah. Comel sangat.

Sampai juga di hadapan rumah Emma. Rumah yang Emma sewa ini telah diberikan kepada Khalida dan Khalida menyewanya pula. Sebenarnya dari rumah ini untuk ke rumah Datuk Razali tidak jauh, hanya sekitar dua puluh minit saja sampai lah ke rumah.

Khalida meluru keluar tanpa mengucapkan terima kasih kepada Ilham malah tidak memandang ke arah Ilham di dalam kereta.

“Lida!” panggil Ilham.

“Apa?”

“Amboi, tak ucap terima kasih kat saya pun!”

“terima kasih, encik ilham!” ucap Khalida tidak ikhlas.

“kasih mu di terima,” jawab Ilham membuatkan Khalida naik meloya tetapi dia cuba menahannya. Pantang Ilham menyebut kasih, cinta dan sayang, dia rasa mahu termuntah saja.

Tak suka sungguh kau dengan dia yer, Khalida. Ha lah. Ingat aku buat-buat ke? Memang aku tak suka lah. Tak suka 300 %. Benci beratus-ratus percent. Boleh gitu.

“Lida, orang cakap jangan terlalu benci, takut terlebih suka nanti!” jerit Ilham. Terus Khalida alih dan menunjukkan tapak kasutnya ke arah Ilham tetapi Ilham hanya ketawa berdekah-dekah melihat sikap Khalida.

Khalida memasang lampu rumah. Diletakkan kasut di atas rak kasut. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“lida dah sampai ke?”

“Dah, papa!”

“Ilham ada buat perkara tak senonoh kat kamu tak?”

“Tak ada papa!”

“Bagus lah begitu. Semasa Khalida tak ada hari tu, Ilham tak bercakap dengan semua orang. Nak senyum pun susah...,”

“Papa, betul ke dia dah berpisah dengan Zura?” nak tanya papa kerana Ilham cakap macam itu tadi.

“Yup, dah putus cuma Zura saja tak nak lepaskan Ilham!”

“Ooo..,”

Bukan masalah aku kan dia putus ke tak?

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.