Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
157,506
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 23

CINTA RAFAEL DAN RISYA (BAB 23)

ENDING

Kali pertama dalam hidup setelah tiga tahun bersama, malam ini lah kami berpisah jauh. Berpisah hati dan perasaan. Masa kahwin dengan Adam hari tu sanggup juga menghilangkan diri semata-mata untuk balik tengok Ayien, sekarang Ayien dah pergi jauh dari hidup kami.

Dah dekat nak mahgrib, nampak kereta papa dan ibu datang di hadapan rumah. Kenapa pulak ni?

“Ibu dan papa datang teman Risya malam ni..,” beritahu Datin Aisyah sebaik saja mereka bersalaman.

“Risya tak apa-apa lah, bu, papa!” jawab Risya. Abang Adam kan ada, biarlah dia teman kan saya!

“Kita orang free, jadi elok datang sini!” ujar Datuk Muiz pula.

“Kejap, Ris call abang!” beritahu Risya terus mendail nombor suaminya. Tadi, katanya ada urusan kat pejabat, sekarang sudah dekat nak mahgrib, tak balik pun lagi.

“Abang kat mana?”

“Sorry, terlupa nak cakap dekat Ris tadi? Papa dan ibu ada datang tak?”

“Ada. Abang yang suruh dia orang datang ke?”

“Yup, temankan Ris sementara abang tak ada nih,”

“Pergi mana?”

“Ada urusan kat luar lah..,” Ler, dia tinggalkan aku ketika saat-saat macam nie. Tak sporting langsung lah.

“Ris perlukan abang lah, yang abang tinggalkan Ris kenapa?” soal Risya. Aku amat perlukan dia. Tanpa dia, tanpa Ayien, macam mana dengan aku hari ini? Ini ayien tiada, dia pun tiada juga. Abang nie...

“Sorry, sayang, ada hal yang tidak boleh abang elakkan..,” luhur ucapan itu menyentuh hati Risya. Macam nak menangis sekali lagi kerana ditinggalkan oleh Adam.

“Berapa hari ni?”

“Tak tahu lah, mungkin seminggu dua?

“Apaaa...........” waaa, lamanya pergi.

“Sementara abang tak ada, ibu dan papa akan temankan Ris yer, sayang!” pujuk Adam lagi.

“Abang tak payah nak pujuk Ris lah...,” ujar Risya mengawal rasa sebak di dada. Sebak sangat. Sedih sebenarnya dengan sikap Adam. Bukan abang tak tahu, Ayien tak ada di sisi Risya, tanpa kekuatan itu bagaimana dengan aku untuk menglaluinya.

Adam yang suruh ibu dan papa datang menemaninya buat sementara waktu. Kita perlukan dia lah, bukan ditemani dengan keluarga mentua pun. Abang memang tak sayangkan Ris lah, abang lebih sayangkan Ayien dari Ris..,

“Sabarlah, Adam ada hal penting tu!” pujuk Datuk Muiz seakan tahu apa yang tersirat di lubuk hati menantunya. Risya pura-pura tersenyum saja. Nak kata apa lagi kan? Kalau menangis pun, papa dan ibu tak mampu nak buat apa-apa pun. Hmm..,

Peritnya tanpa Ayien, tanpa Adam di sisi. Nak tidur pun tak boleh. Nak makan pun sudah mati selera. Terdengar gelak ketawa Ayien. Wajah Ayien bermain di ruang mata Risya. Hidungnya, matanya semuanya ada dalam mata dan ada dalam kotak hati. Rindu, hanya ALLAH saja yang tahu. Rindu sangat-sangat.

Risya keluarkan baju-baju Ayien yang ada bersamanya. Barang mainan Ayien, dan foto Ayien semuanya dibeleknya kembali. Atas katil penuh dengan barang-barang kepunyaan Ayien.

“Ris, sabar lah, bawa bertenang!” pujuk teman rapatnya, iaitu Aida yang menghubunginya lewat malam ini. Lewat malam? Sudah pukul 4.00 pagi lah.

“Aku dah macam orang gila lah, rindu sangat kat Ayien!” ucapnya dalam tangisan. Menangis lagi kerana hatinya sudah tidak mampu untuk menahan air mata ini dari mengalir keluar.

“Kau kan kuat semangat, jangan jadi lemah lah. Aku tahu kau boleh menghadapi semua ini, jangan mudah mengalah!” pujuk Aida sambil memberi kata-kata peransang.

“Aku tak boleh hidup tanpa dia di sisi aku. Dulu masa Fiq pergi, aku kuat kerana dia, sekarang dia pula tinggalkan aku...,”sendu Risya semakin menjadi.

“Sabar lah, berdoa banyak-banyak, ingat ALLAH, tentu ALLAH akan menolong orang yang baik macam kau..,”ucap Aida seolah mahu menyedarkan Risya dari kesakitan yang sedang dia alami ketika ini.

Oleh kerana tidak boleh lena, dia bangun membuat kerja-kerja rumah. Kemas rumah, mop lantai dan sebagainya lagi. Datin Aisyah dan suami pula hanya mampu melihat saja, pujuk sudah, rayu pun sudah tetapi menantunya tetap dengan kerja-kerjanya. Hati ibu begitu lah seandainya terpisah dengan anaknya. Ayien adalah anak Risya, itu yang sepatutnya keluarga Amir dan Ellina sedar. Walaupun Risya tidak menglahirkannya tetapi susu Risya sudah mengalir di dalam tubuh Ayien.

“Ibu kata tak lena semalam, kenapa?” soal Adam ketika selesai solat subuh.

“Ingatkan abang lah!” jawab Risya. Aku mahu bangun semula, jadi kuat, walaupun seluruh badan ku sudah menjadi lemah.

“Tu nak pergi kerja ke?”

“Nak lah, kat rumah bukan boleh buat apa-apa pun!”

“Jangan lah paksa diri, rehat saja kat rumah. Kalau pengsan ke, sakit ke, abang juga yang susah kan?”

“Kalau sakit pun, abang tinggalkan Ris juga lah!” bentak Risya. Ada suami ke aku nie? Waktu susah aku kena tanggung semua ini seorang diri. Aku yang aku harapkan tak ada pun di sisi aku untuk menemani aku.

“Boleh tak berkorban untuk abang buat sementara waktu ni?”

“Tak nak berkorban dah..”

“Jangan lah macam tu, nanti abang balik lah!”

“Hmm...,”

“Jaga diri, jaga kesihatan, dan jangan lupa makan. Abang tak nak tengok Ris tak cantik bila abang balik nanti..,”

“Ikut suka hati saya lah nak makan ke apa ke? Abang jangan pedulikan saya lah!” terus Risya letakkan telefonnya.

Buat kerja macam biasa, itu yang terbaikkan? Agar sepi dalam hati ini sedikit terubat. Jadi, aku perlu kuat.

“Kita naik kes nak? Dapatkan hak penjagaan Ayien untuk Ris dan Adam?” usul Datuk Muiz, aku pun tak boleh tidur juga semalam. Teringat dengan dia yang petah berkata-kata itu. Sudah lah baru nak bermesra.

“Tak baik lah, kita pisahkan dia dengan darah dagingnya, papa!” tolak Risya. Memang keluarga aku, keluarga Adam orang berharta, dan zaman sekarang, orang yang berduit boleh buat macam-macam. Semua boleh buat asalkan ada duit. Betul tak? Tetapi apa gunanya kita pisahkan seorang anak dengan keluarga kandungnya?

“Nanti, kita pergi melawat dia. Minggu depan papa free. Ris ada alamat dia orang kan?” itu saja cara yang ada pun.

“Ada. Cadang macam tu jugak, nak pergi melawat dia lah!” memang ada dalam fikiran pun. Nak tengok, bolehkah Ayien hidup tanpa aku mamanya.

“Elok tu, kita pergi sama-sama!” celah ibu.

Dua hari tanpa Ayien, rasa macam terseksa sangat. Dua malam juga dia tidak pejamka mata. Hari ini, ibu tak pernah dia pergi kerja kerana keadaannya. Biarlah berehat di rumah saja.

Risya berehat di luar halaman rumahnya sambil melihat ikan sakura berenang di dalam kolam buatan yang Adam buat dengan tangannya sendiri. Asyik sekali. Tertiba dia melihat sebiji belon berbentuk hati berwarna merah berada di hadapannya dengan tertulis perkataan I LOVE YOU, MAMA berada dekat dengan batang hidungnya. Ada sepasang tangan memeluk erat kakinya. Tangan yang kecil itu.

“Mama!” jerit Ayien. Adam pula berada di belakang Ayien.

“Ayien!” jerit Risya kuat. Mimpikah aku? Dia memeluk erat Ayien, cium pipi kiri, pipi kanan, dahi ayien, hidung, semuanya diciumnya untuk melepaskan rasa rindu di dalam hati. Begitu juga dengan Ayien, turut melakukan perkara yang sama untuk mama kesayangannya.

“Abang..,” panggil Risya.

“Papa ikut Ayien tinggal di rumah atuk dan nenek, mama!” beritahu Ayien mengejutkan hati Risya. Adam ikut Ayien? Biar berbetul.

“Abang, betul ke?” soal Risya. Adam mengangguk.

Aku ada cara aku tersendiri, dari biarkan anak aku menangis tanpa aku dan mamanya, baik aku pergi dan tinggal di rumah mereka. Biar mereka melihat, betapa tingginya kasih sayang aku untuk Ayien. Selagi Ayien tinggal bersama mereka, aku tak akan biarkan anak aku sendirian di situ, desis hati Adam.

Syukur, Alhamdulillah, ALLAH membuka jalan indah ini untuk kami sekeluarga. Sesungguh kasih sayang dan rahmat dari ALLAH yang paling besar dalam kehidupan kami sekeluarga.

“Itu lah abang cakap tolong berkorban sekejap saja, untuk rasa rindu dan sepi awak tu tu kat abang, bukan lama pun. Baru dua hari pun dah tak boleh hidup tanpa abang,” ujar Adam. Aku lakukan semua ini demi isteri ku, demi anak ku dan mesti lah demi keluargaku sendiri.

“Yer lah tu, kenapa tak cakap...,” rajuknya di dalam hati. Tetapi rasa bahagia sangat-sangat.

“Biar lah rahsia.. cewahhh!” balas Adam sambil merangkul Ayien dengan erat. Aku dah dapat balik anak aku.

“Rahsia lah sangat!”

“Puan Risya!” panggil Encik Ahmad dari belakang. Risya memandang wajah Encik Ahmad, Encik Ismail, Puan Solehah dan Puan Yatie. Mereka juga datang bersama.

“Kasih sayang Encik Adam dan Puan Risya lebih luhur dan ikhlas, dan Ayien akan lebih bahagia untuk tinggal di sini dari tinggal bersama kami, hanya satu yang kami pinta, izinkan kami untuk datang melawatnya bila-bila masa saja nanti,” pinta Encik Ismail pula. Risya mengangguk, air matanya mengalirkan lagi. Alhamdulillah, kuasa ALLAH begitu besar sekali. Terima kasih, Ya ALLAH.

“Saya tak pernah menghalang untuk pak cik dan mak cik sekeluarga datang melawat Ayien bila-bila masa saja. Pintu rumah saya sentiasa terbuka!” balas Adam pula.

“Waw, cucu atuk dah balik pun!” jerit Datuk Muiz pula. Terus Ayien dapatkan Datuk Muiz dan Datin Aisyah.

Amir, Ellina, anak kamu sudah menjadi kesayangan semua orang. Ramai yang terlalu menyayanginya dan sebenarnya anak kamu adalah anak yang paling bertuah di dunia ini kerana dikelilingi oleh datuk-datuk dan nenek-neneknya, desis hati Puan Solehah, ibu kandung Amir.

“Lagipun tak mampu lah nak jaga anak dengan papanya. Sudah lah anak tinggal di rumah kami, papanya pun nak tinggal dengan kami jugak, “ gurau Puan Yatie ditujukan kepada Adam. Memang lah, kena memelihara aku jugak lah, kalau ambil Ayien. Risya boleh lah simpan dalam hati, tetapi aku bertindak terus dan memendam perasaan.

“He he he.. “ ketawa Risya perlahan. Tak sangka Adam buat macam tu, sanggup tinggalkan isteri, semata-mata nak tinggal dengan anak kesayangannya. Abang nie memang pelik.

“Ambil anak, kena ambil papa dan mamanya, baru senang lepas ni,” balas Adam sambil tersenyum. Datuk Muiz mengendong Ayien lalu membawanya ke mari dan saling bersalaman dengan keluarga kandung Ayien.

Bahagia itu akhirnya milik kami sekeluarga. Rasa tenang dan damai sangat hari ini. Malah turut rasa bahagia. Risya meletakkan kepalanya di atas ribaan suaminya. Ayien pula tidur bersebelahan dengan Risya.

“Mama, tak ada kawan lah mama...,” beritahu si petah ini. Kawan apa pulak ni? Tak faham lah mama.

“Nak apa nie, sayang?” soal Adam pula. Turut merasa pelik.

“Kawan-kawan ayien semua ada kawan, ada adik, ayien nak juga lah, papa!” beritahu Ayien. Tersentak Risya dan Adam mendengarnya.

“Hah???” kata Risya.

“Kah.. kah.. kah..,” sambut Adam. Ingat apa lah tadi.

“Abang yang ajarkan??” soal Risya sambil menarik mukanya.

“Mana ada..,” tak ada kerja lah, sayang.

“Ayien nak adik lelaki ke perempuan?” soal Risya sambil memandang wajah Ayien.

“Nak lelaki lah, mama!” jawab Ayien.

“Boleh beri ke?” usik Adam. Risya tersenyum simpul.

Betul kata Adam, biarlah ALLAH yang mengaturkan perjalanan kita yang seterusnya dan kesudahannya kami sekeluarga mendapat hadiah yang paling bermakna dalam kehidupan kami.

Syukur alhamdulillah.

------------------------------------------------------Tamat.............................................................................

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.