Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
157,594
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 10

CINTA RAFAEL DAN RISYA (BAB 10)
“Ini lah padahnya kerana berahsia, kalau Abah pun abah marah lah, isteri abah tipu abah..,” marah abah. Ini abah tiri. Malam ini Ayien ada di rumah mama, jadi kena datang rumah mama lah. Kita panggil mak kandung kita, mama, mak tiri kita mummy. Mak tu sebenarnya bakal mak mentua kita, iaitu ibu kandung Fiqri, selepas Fiqri meninggal, Risya kerap tinggal bersama mak mentua tak jadinya itu.
“Ris semua berahsia, dulu ambil Ayien pun, tak bincang pun dengan kita lah, bang. Dia kan suka buat keputusan sendiri...,” perli mama pula. Geramnya dengan tindakan Risya yang suka membuat keputusan sendiri. Kahwin dengan Adam pun tak bincang pun dengan kami. Alih-alih cakap nak kahwin saja. Sekarang tengok apa dah jadi.
“Sudah lah tu mama, abah. Benda dah jadi kan...,” senangnya Risya bercakap dan membuat keputusan.
“Mama, mana papa ayien?” soal Ayien yang berada di atas riba Risya. Nanti, mama cari papa baru kat Ayien, sebab papa adam tu tak boleh jadi papa ayien lah, sayang!
“Papa kerja lah, sayang!” tipu Risya. Sejak Ayien pandai bercakap ni, dia kerap menyoal tentang papanya, nak cakap perkara sebenar, fahamkan ayien yang berusia tiga tahun ini? Lagipun boleh kah aku cakap mak dan ayah ayien dah meninggal sewaktu ayien masih kecil lagi? Aku pun tak kuat untuk berkata-kata dan bercerita apa tah lagi buat Ayien yang masih kecil ini.
“Tipu Adam, Tipu Ayien, elok lah tu, tengok sampai sekarang Adam tak tahu awak tu anak siapa kan?” marah papa lagi. Sayang Risya lebih dari anak sendiri, itu puncanya Risya jadi begini. Semua orang terlalu sayangkan Risya, asyik dengar cakap Risya saja. Risya buat apa pun tak mengapa!
“Anak Datuk Ayoib lah!” jawab Risya sambil tersenyum. Mama mengelengkan kepalanya.
“Sudah lah bang, cakap dengan Ris sampai bila-bila pun kita tak menang!” sabar mama sambil menarik tangan suaminya.

Sebulan berkahwin dengan Adam, sebulan juga dia mengabaikan tanggungjawab kepada Ayien, kasihan ayien, ditinggalkan oleh mamanya ini. Sehinggalah ayein jatuh demam kerana rindukan Risya, dan waktu lah Risya mengambil keputusan drastik ini. Lagipun Keluarga Adam tak mahu menerima anak yang bukan dari zuriat dan darah daging Adam. Jadi, sah-sah mereka tak boleh terima Ayien. Yang penting adalah Ayien, aku dan Adam, tak penting sangat pun. Adam boleh cari perempuan yang lebih baik dari aku kelak.
“Mama minta maaf sebab tinggalkan Ayien..,” pinta Risya sambil memeluk anaknya dengan erat.
“mama dah tak kerja jauh lagi ke?” soal Ayien. Dia terpaksa berbohong dengan anaknya bahawa dia bekerja di luar negara sewaktu berkahwin dengan Adam dulu.
“Tak. Mama akan ada di sisi Ayien sekarang!” jawab Risya. Mama akan berada bersama Ayien sekarang.
“Yahooo.. ayien dah dapat mama ayien!” kata Ayien sambil mencium pipi Risya. Apa lah yang aku fikir sampai sanggup tinggal Ayien, setelah jumpa adam yang mirip sedikit seperti Fiqri tu.
“Mama sayang Ayie!” kata Risya membalas ciuman.
“Bila papa nak balik, mama...,” pertanyaan Ayien membuatkan hati Risya penasaran. Mana ada orang lelaki yang sanggup jadi papa kamu, Ayien. Lain lah Fiqri yang belum sempat memberi ayien kasih sayang seorang papa tu.
“nanti bila ayien besar, mama cerita yer!” bisik hati Risya. Aku akan cakap perkara sebenar apabila Ayien sudah pandai berfikir nanti.

Telefon bimbitnya berbunyi, naik nama Adam di skrin telefon samsungnya. Nak apa lagi ni? Terus diangkatnya.
“Awak blah macam tu saja yer, apa pun awak tak cakap dengan saya..,”
“Nak cakap apa lagi, awak suruh saya blah, saya blahlah. Tu atas meja tu ada cincin kahwin, awak ambil lah yer..,” kata Risya tak marah pun. Adam pun dah tak marah lagi. Boleh cakap elok-elok dah sekarang ni. Ayien merangkul tengkuk Risya dari belakang cuba merampas telefon di tangan Risya.
“Nak cakap dengan papa..,” ujar Ayien sampai terdengar di telinga Adam.
“Bukan papa lah, ayien. Kawan mama nih!” beritahu Risya sambil tersenyum saja.
“Nak cakap juga!” bentak Ayien. Kalau tak beri merajuk pula nanti. Kalau beri, nanti Adam ingat yang lain pula.
“Okey lah, saya ada hal ni, assalamualaikum!” putus Risya terus memadamkan telefonnya. Adam termangu di sana kerana belum habis berbual dengan Risya. Telefon berbunyi lagi, nama Adam tertera sekali lagi. Kali ini Risya tidak mahu mengangkatnya.

Entah berapa kali Adam menghubunginya tetapi dia sengaja tidak mahu mengangkatnya. Angkat pun nak buat apa lagi kan? Bukannya ada apa-apa lagi. Tetapi subuh pagi ini, Adam telefon lagi, jadi kali ini Risya angkat saja lah.
“Dah lah halau orang, lepas tu asyik call pula, nak apa lagi nih?” halau dah, siap cakap tak nak tengok muka aku lagi, kalau tak nak jumpa, buat apa call?
“Yang awak tipu saya hidup-hidup tu tak mengapa pula, janda buat cara janda?” cakap elok-elok sikit, siapa kata aku janda?
“saya tahu saya memang tak sesuai dengan awak, jadi tak payah lah nak call, nak sindir saya pula..,” balas Risya.
“Saya nak saman awak, biar padan muka awak!”
“Saman lah, ada saya kisah..,” ingat aku takut ke, lagi pun papa aku peguam lah.
“Jangan cabar saya, Risya Safeya!” ugut Adam cuba menakutkan Risya rasanya. Risya tak takut pun. Tetapi perkara kecil seperti ini buat apa lah kalau nak sampai saman menyaman. Buang masa peguam dan hakim saja. Buang duit lagi.
“Tak payah lah saman, kita selesai cara yang baik, boleh?” suara Risya sudah kembali kendur. Baik lah, aku mengalah!
“Petang nanti saya nak jumpa awak. Awak datang ke rumah saya. Itu permintaan saya!” kata Adam. Jumpa pun jumpa lah, asalkan tak ada benda saman menyaman ini.

Hari pertama datang kerja setelah sebulan bercuti. Kerja dengan syarikat papa, iaitu Datuk Ayoib. Selalunya kalau datang ofis, mestilah bawa Ayien. Ayien nie semua staf papa sudah kenal sangat, sebab Risya selalu membawa Ayien ke sini. Ayien pun dah mesra dengan semua orang.
“Sepatutnya sebelum kahwin dengan Adam, bawa Adam jumpa kita dulu, kenalkan kepada Adam tentang ahli keluarga awak, kalau dah okey baru kahwin, nie kahwin terburu-buru, kita yang dewasa ni tak mengapa, tetapi fikir lah perasaan ayien sama, Puan Risya Safeya,” tegur mummy ketika makan bersama di waktu tengah hari.
“He he he...,” mata Risya menglilau mencari Ayien. Pergi mana pulak ni? Pergi dengan papa ke?
“Ayien mana nih?” soal mummy. Dari tadi tak jumpa pun.
“Dengan papa tadi..,” jawab Risya. Keluar beli ais krim dengan papa barangkali. Dalam keluarga kami, tiada sesiapa pun yang tidak mahu menerima Ayien. Semua ahli keluarga kami terlalu menyayangi ayien yang dianggap seperti cucu sendiri. Ayien memang mendapat kasih sayang dari datuk-datuk dan nenek-neneknya, Cuma Ayien mengharapkan kehadiran kasih sayang seorang ayah. Itu saja.
“Ris..,”
“Risya akan selesaikan masalah kami dengan segera!”
“Adam itu lelaki yang baiklah, cuma dia salah sangka saja. Jangan lepaskan lelaki sebaik Adam..,” sambung mummy.

Hmm.. kalau lah Adam sudi terima ayien, aku sanggup jadi hamba Adam seumur hidup aku, asalkan Adam menyayangi ayien. Seperti kata mummy, kita sudah dewasa, sudah boleh menerima segala macam kehidupan, tetapi ayien masih baru dan sedang belajar kenal erti kehidupan. Adam masih hijau.
“Assalamualaikum, Datuk Ayoib!” tegur Datuk Muiz yang keluar makan bersama Adam.
“Waalaikummussalam, datuk!” balas papa. Waktu itu sudah sampai di meja makan tempat Risya dan Mummy sedang menjamu selera.
“Aik, cucu ke nih? Bukan anak-anak datuk masih belajar lagi ke?” soal Datuk Muiz apabila melihat Datuk Ayoib sedang berpegangan tangan dengan ayien.
“Cucu sulong saya ni!” jawab Datuk Ayoib. Oo.. ini lah menantu aku yer. Segak orangnya, tetapi lesung pipit dia, senyuman dia, macam Fiqri. Patutlah Risya nak sangat kahwin dengan Adam. Sebelum-sebelum nie bukan tak ada orang yang berkenan kat Risya tetapi semuanya ditolak mentah-mentah Risya.
“Mama..,” jerit Ayien sebaik melihat Risya dan berlari mendapatkan Risya. Mata Adam dan Datuk Muiz saling berpandangan.
“Risya ni...” kata Datuk Muiz.
“Panjang ceritanya, jom lah duduk, boleh kita berbual panjang nanti,”

Mendengar penjelasan dari Datuk Ayoib dan isterinya, membuatkan Adam semakin berang dengan sikap Risya Safeya. Memang Datuk Ayoib sudah bercadang untuk menemui Adam dan ahli keluarganya untuk meleraikan segala kekusutan tetapi tidak menyangka hari ini, mereka akan bersua di sini.

Risya membawa Ayien pergi dari situ. Dia tahu Adam mengekorinya dari belakang. Cepat-cepat dia melangkah mahu masuk ke kereta tetapi Adam menghalangnya.
“Banyak sangat penipuan yang awak telah lakukan Risya Safeya!” ujar Adam.

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.