Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
155,833
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 9

“Talak tu kat tangan lelaki, saya boleh buat apa saja kat awak. Awak nak terus hidup dengan saya ke, atau tak, itu hak saya, ada faham??” ujar Rafael. Aku dah tak ada masalah, dia pula cuba timbul masalah. Keluarga aku dah aman bahagia, tak ada masalah apa-apa lagi, kenapa nak pisah pulak.

“Rita..,

“Rita tu dah kahwin lah, dah anak pinak pun..,”

“Hah??”

“Meluat tau tak asyik, hah, hah..,” kata Adam. Risya terus tidak boleh berfikir. Semua ini salah aku, silap aku kerana menyembunyikan banyak rahsia. Rahsia tentang keluarga lah, tentang hal peribadi lah. Macam-macam lagi lah.

“Awak ni bab-bab orang lain awak boleh selesai, tetapi bab hati awak, perasaan awak, awak gagal menafsirkannya. Saya tak salah kan awak kalau awak nak terus simpan Fiqri dalam hati awak, tetapi tolong beri sedikit ruang untuk saya, boleh tak?” marah Adam semakin menjadi-jadi. Macam nak telan Risya dah ni. Risya memandang ke arah lain saja tetapi berani menatap wajah Adam kerana sebahagian wajah Fiqri ada di dalam Adam.

“Beri saya masa..,”

“Sampai bila?”

“Saya perlukan masa untuk memulakan sesuatu yang baru, untuk terima awak sebagai suami saya..,” Apa aku cakap ni, ini bukan cara betul untuk aku selesaikan masalah yang aku hadapi sekarang.

“Abang sanggup menunggu lah, biar pun seribu tahun lagi..,” yakin Adam Rafael.

Sejak Puan Salbiah dan anak-anaknya keluar dari rumah ini, dia dan Adam tidur berasingan. Dia di bilik tetamu, dan Adam pula di bilik sendiri. Permintaan Risya sebenarnya dan Adam memahaminya. Tetapi sebenarnya Risya curi-curi pulang ke rumah mamanya. Tidur di rumah mamanya, dan pulang sebelum masuk waktu subuh.

“Ris, hadapi kenyataan. Cakap lah hal ini kepada Adam..,” gesa mamanya. Hmm, nak cakap pun serba tak kena dan salah juga.

“Ris akan selesaikan masalah ini secepat mungkin, mama!” balas Risya sambil merenung di atas katil.

Mujur lah dia selamat sampai di rumah mentuanya seperti apa yang dia rancangkan, kalau tidak macam mana yer?Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itu yang berlaku sebenarnya, Adam sudah sedar akan tindakan Risya yang selalu keluar malam dan pulang ketika subuh menjelma. Ke mana dia pergi???

“Ris nak ambil anak angkat lah, ibu setuju tak?” suara Risya ketika menolong Datin Aisyah memasak tengah hari ini.

“Aih, baru sebulan kahwin dah nak ambil anak angkat. Kenapa Risya?” soal Nenek Mariam pula. adam dan Risya nie tentu ada masalah, sebab mereka tidur berasingan.

“Tak ada apa-apa lah, Nek!” jawab Risya.

“Lebih elok kalau ada anak sendiri lah. Buat apa anak angkat, ibu tak suka lah. Ibu nak Risya yang lahirkan anak-anak untuk Adam,” terus terang ibu. Tu, ibu dah pun beri jawapan lah Risya. Bagaimana dengan nenek pula?

“Betul tu, nenek sokong. Nenek tak suka ada anak cucu angkat, menyusahkan saja tu...,” sampuk Nenek Mariam pula. Mereka bukan seperti keluarga aku, seperti mama dan mummy yang sanggup menerima diri aku.

“Kami tak sanggup terima orang luar lah, Risya. Kalau Risya nak anak, biarlah anak itu ada lah anak Adam dan Risya sendiri,” sambung ibu pula.

Risya mengeluh berat. Sudah sampai masa untuk aku berterus terang. Aku harus bertindak segera demi kepentingan dia yang paling aku sayang selama ini. Sejak Fiqri tiada dia adalah pengubat hatiku.

“Perempuan ini telah menipu kita lah, ibu,nenek!” kata Adam yang baru muncul tetapi dia mendengar perbualan antara mereka bertiga tadi.

“Apa?” jerit Ibu. Tanpa mempedulikan ibu dan neneknya, Adam menarik tangan Risya naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Ditutupnya pintu bilik dengan kuat, tanda marah dan sakit hati yang teramat sangat.

“Saya tak sangka, awak sanggup menipu saya dan ahli keluarga saya selama sebulan ini. Patutlah nak sentuh awak tak boleh. Berbagai alasan yang awak berikan kepada saya, rupanya awak ni janda anak satu..,” kata Adam sudah naik melenting. Dia menyiasat sendiri dan itulah jawapan yang diperolehinya. Hmm.. aku baru bercadang nak berterus terang dengannya, tak sangka dia dapat tahu dengan sendir lah pulak.

“Betul, saya sebenarnya sudah ada anak pun!” jawab Risya dengan penuh berani. Adam menumbuk dinding dengan kuat sekali membuatkan Risya terkejut teramat sangat. Kalau lah Adam menumbuk muka aku, mesti muka aku retak seribu malam ini.

“Awak penipu, Risya. Awak mainkan perasaan saya? Ini balasan awak kepada saya yang mempercayai awak selama ini. Perempuan apa awak ni hah? Kata awak dan Fiqri hanya bertunang, tetapi sampai ada anak. Bertunang atau berkahwin sebenarnya?” soal Adam tidak puas hati. Apakah Risya dan Fiqri pernah terlanjur sehingga ada anak?

“Anggap saja saya pernah terlanjur dengan tunang saya itu...,”

“Panggg..,” sebuah penampar sulong singgah di pipi kiri Risya. Terkejut Risya dengan tindakan Adam. Begitu juga dengan Adam. Aduhhh.. sakitnya kena makan penampar.

“Apa Risya?” jerit ibu pula yang mendengar perbualan antara anak dan menantunya.

“Menantu ibu ni sebenarnya dah ada anak seorang pun!” jelas Adam membuat mata Datin Aisyah terbeliak mendengarnya.

“Selesai lah elok-elok Adam.. bawa berbincang!” kata ibu, terlalu kecewa dan hampa. Ibu terus keluar.

“Aku tak nak tengok muka kau lagi kat sini..,” bisik Adam perlahan.

Aku dah kena balik, tak boleh lagi tinggal di sini lagi, sebab orang dah tak suka dan benci kepada aku. Kumpul segala barang dan berangkat pulang. Ketika dia mahu pulang hanya ada ibu dan nenek mariam saja, Adam tiada.

“halal kan makan minum saya selama saya di sini yer!” kata Risya ketika bersalaman dengan Datin Aisyah dan Nenek Mariam.

“Adam halau Risya ke?” tanya Nenek Mariam. Kalau dia janda pun, dia tak bersalah lah.

“Tak lah, Risya yang buat keputusan sendiri,” jawab Risya nekad.

“Risya!” panggil Datin Aisyah.

“Ibu, Risya yang salah kerana sembunyikan hal ini. Risya tak layak untuk Adam,” balas Risya.

Huwaa.. perkahwinan ini sebenarnya sebuah pertaruhan. Aku bertaruh masa depan demi untuk mendapatkan kasih sayang seolah lelaki bergelar ayah kepada anak ku. Aku kahwin dengan Adam, untuk memberi Ayien seorang ayah, tetapi aku sebenarnya salah membuat pencaturan. Siapa mahu menerima aku dan Ayien kan?

“Mama...,” jerit Ayien ketika melihat Risya di hadapan pintu rumah.

“Ayien.. sayang mama!” usianya sudah hampir tiga tahun. Anak aku dan Fiqri. Ini kenangan Fiqri yang Fiqri tinggalkan untuk aku. Tetapi dia bukan zuriat aku dan Fiqri, dia anak sahabat Fiqri yang meninggal kerana terlibat dalam kemalangan.

Siapa pun dia, aku sayangkan dia seperti anak aku sendiri.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.