Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
157,517
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

Huwaaa.. sukarnya nak terima lelaki lain dalam hidup kita kan? Tambahan lagi dia bukannya lelaki yang kita cinta pun. Macam silap pula pergi berkahwin dengan dia hari tu.

“Dah kalah kan? Jadi kena lah tunai janji..,” kata Adam. Sengaja mahu menguji hati Risya. Kahwin hari tu tak terfikir pula yang Risya nie pernah bertunang dan kekasih hati, iaitu Fiqri. Kahwin dengan orang yang di dalam hatinya ada orang lain, sebenarnya susah. Susah macam ini lah.Nak sentuh tak boleh, nak jalinkan hubungan suami isteri pun tak boleh, sebab dia tak rela. Tak kan nak paksa kut.

“Saya tak nak, awak tidur dengan saya, ada anak dengan saya, tetapi dalam hati awak ada Rita..,” alasan Risya. Habis akal dah ni. Adam tersenyum saja. Memang Rita tu, insan pertama yang aku cintai tetapi dia bukan jodohku. Rita tu hanya ada nama, hanya ada kenangan saja, tetapi Rita sudah menjadi milik orang lain. Itu yang aku ketahui, sekarang aku tidak tahu di mana Rita dan suaminya. Entah ke mana menghilang setelah diugut oleh Nek Yam dan Datin Salbiah tiga tahun yang lalu.

“Awak saja isteri saya lah!” yakin Adam. Ramai perempuan yang aku suka dan berkenan selepas Rita, tetapi semuanya dihalang oleh Nek Yam. Di ugut bunuh oleh Datin Salbiah. Semua perempuan lari lah kalau sampai nak bunuh bagai, tetapi dengan Risya saja sampai ke tahap ini. Dia akan belajar mencintai Risya dengan sepenuh hatinya. Lagipun sikap dan perwatakan Risya yang kasar, suka melawan tu telah memikat hatinya. Dia memang mahu mencari perempuan seperti Risya pun.

“Rita tu..,”

“Macam awak juga lah, yang ada Fiqri tetapi tak ada jodoh. Saya pun ada nama Rita saja, jodoh tak ada lah..,” jelas Adam memberi keyakinan. Dah ada anak pun si Rita tu, aku tak ada masa nak mengorat isteri orang lah.

“Awak lain, saya lain lah..,” ujar Rita lagi.

“Cuba belajar jadi ikhlas. Ikhlas terima saya, ikhlas dengan perkahwinan kita ni, nie asyik fikir yang bukan-bukan..,” ujar Adam terus mengalihkan badannya ke arah lain dari terus memandang wajah isterinya. Lega!

Kecoh di luar makin menjadi, sebab ibu dan papa tinggal sebilik kut. Datin Salbiah dan Nek Yam yang buat bising tengah larut malam begini. Ungkit macam-macam pula, wal hal ibu dan papa bukan tinggal dalam bilik tu pun, mereka keluar lah selepas kami masuk kat dalam rumah tadi.

Adam saja yang terjaga tetapi Risya tidur dengan nyenyak sekali. Tak terganggu pun dengan kebisingan tersebut. Adam tersenyum sambil mengelengkan kepalanya. Malas lah nak layan tetapi nak tidur tak boleh sebab bising sangat di luar tu.

Pintu bilik diketuk bertalu-talu dari luar, kali ini mata Risya terbuka luas.

“Adam, papa kau pergi mana?” tanya Nek Yam lantang sekali.

“Mana lah saya tahu..,” jawab Adam, memang aku tak tahu pun.

“Kau suruh isteri kau tu keluar, nanti mengandung pula, nenek tak suka lah kau dapat anak..,” marah nenek yam lagi. Nenek ni ingat, nenek boleh halang Adam ke, boleh kawal hidup Adam ke, nenek salah lah. Kalau papa boleh lah, sebab papa anak kandung nenek, saya ni cuma cucu saja lah.

“Tunggu sebulan lagi, memang nenek dapat cicit lah, saya tengah berusaha keras nih..,” jawab Adam. Pelik lah aku dengan nenek nih. Perangai macam apa tah aku sendiri pun tak faham.

“Aku bunuh isteri dan anak kau, Adam!” sampuk Datin Salbiah pula.

“Apa kecoh-kecoh ni? Saya sumbat awak masuk penjara, nak?” jerkah papa pula. Dengar enjin kereta masuk tadi. Dah agak mesti papa.

“Kenapa nenek dan mama awak tak nak awak ada anak?” soal Risya pula setelah tiada lagi suara yang menganggu di hadapan bilik mereka.

“Datin Salbiah kan nak sangat saya kahwin dengan anak saudara dia, jadi dia hasut lah nenek, jangan terima isteri saya, jangan terima anak saya..,” jelas Adam. Dulu pun nenek tak suka aku juga, sebab aku anak ibu, tetapi kesudahannya papa tak ada anak lain selain dari aku saja. Jadi nenek kena terima juga aku ni sebagai cucunya.

“Orang kaya semuanya berfikiran kolot macam nenek awak, macam mak tiri awak, sikit-sikit harta, sikit-sikit darjat, macam lah harta tu boleh di bawa mati..,” ujar Risya. Menyampahnya aku. Inilah sikap orang kaya zaman sekarang, otak letak kat mana pun aku tak tahu.

“Awak pun kolot juga, nak tidur dengan suami pun susah!” balas Adam lagi.

Peduli apa aku.

Pagi ini, dia membawa Datuk Muiz dan Puan Aisyah.. tak, tak bukan Puan Aisyah, tetapi Datin Aisyah, papa telah menukar gelaran tersebut, gelaran Datin untuk Datin Singa tu pun, dah bertukar, jadi Puan Salbiah saja lah. Itu yang menyebabkan Datin Salbiah itu meraung pagi ini.

Tengah hari mereka balik berasingan, apabila Adam datang menyambut Risya, manakala Datuk Muiz dan Datin Aisyah membawa haluan sendiri.

“Nak ke mana?” soal Risya apabila Adam masuk ke kawasan tanah perkuburan islam yang tidak jauh dari rumah mak dan ayah.

“Nak jumpa Fiqri..,” jawab Adam. Di sini lah Fiqri disemadikan dengan aman. Inspektor Fiqri terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam adegan kejar mengejar penjenayah dua tahun yang lepas.

“Nak buat apa?” soal Risya macam orang bodoh saja. Sebenarnya dia hanya datang sekali saja, itu pun semasa hari pengebumian tunangnya ini, selepas itu dia tidak pernah ke sini, kerana dia terlalu lemah. Semasa hari terakhir Fiqri, dia pengsan di sini juga.

“Jom lah!” ajak Adam sambil membuka pintu kereta untuk Risya. Berat kaki untuk melangkah masuk ke kawasan pengkuburan tetapi dia cuba beranikan diri mengaturkan langkah satu persatu. Risya mengawal air matanya dari menitis.

Selesai membaca al fatihah untuk disedekahkan kepada aruah. Selalunya Ris hanya mengirimkan doa di angin lalu saja, setiap hari Ris berdoa untuk abang. Abang maafkan, Ris! Keluh Risya di dalam hati.

Adam memegang batu nisan yang tertulis nama Fiqri.

“Fiq, izinkan aku untuk membahagiakan puteri kesayanganmu, izinkan aku untuk menukarkan air mata kekasih mu ini dengan sebuah senyuman. Aku mahu membahagiakan dia dengan setulus hatiku,” ucap Adam di dalam hati. Sesetengah orang berpendapat, rohnya di dalam sana, masih boleh mendengar bicara dan isi hati kita. Betul ke?

“Abang, semuga rohmu bersama dengan golongan yang syahid.., amin!” ucap Risya. Sebak dan pilu semasa dia melangkah pulang.

“Dengar kata, awak tak pernah ke sini? Kenapa?” soal Adam semasa membelok keretanya.

“Yup, ini kali kedua saya ke sini,” ujar Risya memandang wajah Adam. Kali ini ada kasih sayang yang terpancar di wajah suaminya. Hati dan jantung Risya berdebar-debar dan ada perasaan halus menguasai hati kecilnya. Kenapa yer? Mungkinkah aku sudah jatuh cinta kepadanya? Dengan sekelip mata pula tu?

“Belajar lah terima kenyataan. Belajar jadi berani..,” ucap Adam.

“Bukan tidak boleh terima kenyataan... hmmm..,” kata-kata itu terhenti di situ. Risya mengelap air matanya sambil memandang ke arah luar.

“Risya!” panggil Adam. Dia tahu Risya sedang menangis.

“Kenapa awak datang jumpa Fiqri? Tertiba pulak tu?” soal Risya pula. Ingin tahu.

“Saya terima awak menjadi isteri saya, dan saya terima Fiqri sebagai kekasih awak dan dia juga sebahagian dari kehidupan kita sekarang..,” jawab Adam penuh kejujuran. Nampak keikhlasan dari kata-kata itu.

“Ada makna tersirat ke?” soal Risya dengan senang hati.

“Tengok tu, asyik fikir yang bukan-bukan saja lah..,” jawab Adam.

Entah lah tertiba saja, boleh terima Adam dalam hati. Adam nie baik, tak macam suami-suami yang pukul isteri, yang hina isteri atau marah, maki isteri sesuka hati. Apa salahnya kalau terima dia sebagai suami???

“Okey lah tu kan?” spontan muncul ayat ini di bibir Risya.

“cakap sorang-sorang???” aju Adam.

“Nak balik rumah lah!” beritahu Risya. Rasa tak sedap hati pula secara tiba-tiba.

“Tak nak singgah rumah mak?”

“Tak nak..,”

“Singgah makan kat mana-mana dulu, boleh??”

“Makan lah kat rumah!” hatiku rasa tidak tenang sangat kala ini.

Sampai rumah Risya terus berlari masuk apa tah lagi mendengar jeritan seseorang. Sebelah kanan tangan ibu Kina yang pegang, sebelah kiri pula Datin Salbiah yang pegang. Nek Yam memegang cerek yang berisi air panas. Mahu dicurahkan ke atas badan ibu. Risya melihat tidak dapat berfikir panjang, hanya sempat memeluk badan ibu sewaktu air panas itu dituangkan. Air panas yang mengelegak itu terkena belakang badan Risya.

“Risya!” jerit Adam yang baru masuk. Terus menepis cerek di tangan Nek Yam. Semua yang ada terkejut.

“Risya!” panggil Adam sekali lagi. Risya menahan kesakitan. Sakit yang amat sangat. Kalau terkena ibu macam mana tadi.

“Saya bawa awak ke hospital yer!” ujar Adam. Sakit hati, marah dan geram sudah bersatu dalam hatinya. Dia hanya mampu menolak badan kina, adik tirinya, yang lain??? Datin Salbiah terus melarikan diri, hanya Nenek Yam yang masih berdiri di situ.

“Tak mengapa lah, sakit sikit saja nih!” ujar Risya. Mesti belakang badannya sudah melencur sekarang.

“Apa nenek buat ni?” ujar Adam, geram sangat.

“Call papa..,” beritahu Risya. Rasa sakit sangat sekarang. Tak sempat pun menghubungi Datuk Muiz, terdengar suara Datuk Muiz dari luar.

“Adam, kenapa?” jerit Papa. Dia pun rasa tak sedap hati juga tadi.

“Nenek nak curahkan air panas kat ibu lah papa, tapi Risya sempat menolong ibu, tetapi Risya yang terkena..,”jelas Adam. Kesal sangat.

“Apa mak buat ni? Risya tu anak orang lah. Tak takut keluarga dia marah ke, buat laporan polis ke?” ucap Datuk Muiz. Hendak marah, itu mak. Nak tengking itu mak kandung. Habis, tahan dalam hati saja lah.

“Adam kau tunggu apa lagi, bawa Risya ke hospital!” arah papa. Ini mesti hasutan Salbiah tak sedar diri tu.

Di hospital lain pula berlaku.

“Encik Adam, pesakit ni isteri awak atau saudara awak?” tanya seorang doktor lelaki yang muncul di hadapan Adam.

“Isteri saya, kenapa?” jawab Adam. Pelik.

“Awak masuk pujuk dia..,” suruh Doktor Jamal. Pakar kulit di sini. Terus Adam masuk ke dalam bilik, tempat Risya sedang berehat.

“Kenapa?” tanya Adam kepada Risya. Ada seorang jururawat saja bersama Doktor Jamal. Apa masalah.

“Isteri encik tak benarkan Doktor Jamal melihat kecederaan dia lah...,” jawab jururawat tersebut.

“Dia hampir nak tendang saya bila saya nak tengok.. serius lah kecederaan tu..,” sampuk Doktor Jamal.

“Kenapa?” tanya Adam lagi.

“Cari doktor perempuan boleh? Badan saya ni hanya suami saya saja yang boleh lihat!” tegas Risya. Ada apa kes nak bukak baju, nak tengok belakang aku. Sakit tak sakit, memang aku bagi penendang. Faham lah Adam kini. Adam hanya mengelengkan kepalanya dengan sikap Risya Safeya.

“Doktor perempuan ada?” soal Adam.

“Tak ada. Dia cuti. Dua minggu baru ada!” jawab jururawat yang sedang berdiri.

“Bagi ubat kat saya, biar saya yang merawatnya di rumah!” jawab Adam sambil merenung wajah Risya. Kalau dia tak benarkan, jangan dipaksa, nanti tak pasal masuk surat khabar muka depan pula. Pesakit tendang doktor.

Di rumah, Adam yang merawatnya. Sapukan ubat di belakang badan isterinya yang meluncur itu. Teruk juga kerana air memang panas pun. Tersentuh hati Adam melihat kecederaan itu. Tapi puas juga lah merayu tadi sebab Risya tak nak Adam yang merawatnya. Habis nak bagi siapa? Ibu kan ada??? Tetapi ibu sengaja pura-pura takut untuk melihat kecederaan tersebut kerana mahu memberi ruang dan kesempatan kepada Adam.

“dengan suami boleh pula melawan, kenapa tak lawan tadi?” soal Adam sambil menyapu ubat yang diberikan oleh doktor tadi.

“Nenek tu tua sangat kut kalau nak bagi penendang..,” memang dia cadang nak buat macam tu pun tadi. Tapi kalau tendang, mesti air panas terkena muka nenek. Lagi lah panjang cerita.

“Jangan tendang, tapi tepis lah cerek tu..,” kata Adam lagi.

“Tak sempat nak fikir tadi..,”

“lain kali buat tindakan pakai otak, nie tengok, siapa yang susah?” marah Adam. Risya bangun dari meniarap setelah Adam selesai meletakkan ubat sebentar tadi.

“jangan lah tengok, orang nak pakai baju!” jerit Risya apabila Adam masih melihatnya.

“saya dah tengok semua dah lah!” jawab Adam. Sebab kes ini lah yang awak nak tendang doktor tadi.

“Huh..,”

“Bagilah ubat tu kering dulu, cuba bawa berehat, saya nak turun kat bawah, nak cari makanan kat awak..,” dah petang pun, kami berdua tak sempat makan apa-apa pun.

“Hantar lah saya balik rumah mak saya hari ni..” nak balik mengadu kat mak, kat mama dan mummy. Hu hu hu. Seumur hidup aku tak pernah kena pukul, apa tah lagi kena air panas macam ini. Sakitnya hanya ALLAH yang tahu tetapi bila difikirkan sekurang-kurangnya dia sudah menyelamatkan nyawa ibu.

“Jangan mengada, sekali luka tu tak sembuh, jangan harap saya nak hantar awak balik rumah mak awak!”

Awak tu sudah jadi tanggungjawab saya lah.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.