Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,160
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 15

Alia masuk ke library petang tu. Hanya dia sorang. Sekarang tengah trial PMR, maka budak tu tak nak serabut serabut fikir spot questions dan nak rehat di rumah. Dan dan jela budak tu. Namun dia menggeleng senyum. Tapi seronok je dapat adik-adik junior yang baru selain anak buah Pandu Puterinya.

“Hai akak.”

Alia mengangkat wajah. “Eh, Hanum?” Junior librarian dia yang sama kelas dengan angkatan Five Star jugak. “Buat apa dekat sini?” Librarian Form 3 memang dah tak bertugas petang dah semenjak musim PMR.

Hanum sengih. “Saje je nak belajar. Selalu nampak akak dengan Nazmi. Dia tak ada?”

“Tak ada. Nak rehatkan otak katanya.” Ye lah sangat rehat tu.

Hanum sengih lagi. “Akak busy tak? Sebab sebenarnya saya nak tanya soalan. Tapi Nazmi tak ada pulak harini tu ingat akak tak ajar dia dah.”

“Eh, boleh je tanya. Kenapa tak boleh pulak?” Alia senyum memandang Hanum. Kan bagus kalau budak tu perangai elok macam Hanum ni. Alia sengih dalam hati.

“Ha, nanti saya kumpul soalan eh nak tanya akak. Sorry tau kalau menyusahkan.”

Alia ketawa. “Tak ada lah. Okey nanti datang lah eh.”

 

--------------------

 Alia menyengetkan kepala ke kiri namun matanya masih memandang soalan alpha decay. Kekok lah pulak tiba-tiba bila orang lain yang duduk depan aku ni. Hanum dilihatnya masih tekun dengan soalan conduction of heat.

Tiba-tiba Hanum meletakkan pen sebelum menggeliat di kerusi. Kemudian dia memandang Alia. “Penat lah kak.”

Terlepas ketawa Alia. “Apa muka macam tu, tu?” Dia ketawa memandang muka Hanum yang macam nak pengsan.

“Macam mana akak score dulu?” Kepala Hanum diletakkan di atas meja berbantalkan lengan. Dia memandang Alia.

Alia senyum memandang buku di meja. “PMR is much easier than the trial. Seriously.” Dia memandang Hanum.

Hanum buat muka bosan. “Tapi trial sangat susah lah.” Dia mengadu.

Alia sengih. “Ye. That’s why siapa yang score trial tu kira hebat. Ada faham?”

Hanum dah tutup muka dengan lengan. “Cerita lain la…” Dia dah merengek.

Alia hanya ketawa.

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie