Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,738
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 20

Matanya berkerut membaca isi dipaparkan di laptop. Spelling dan grammar diteliti supaya tak ada error sebelum submit.

Matanya menjeling belah kiri bawah laptop. Page:53 of 86. Mak oi!! Banyak lagi kena check ni!!


---------------

Alia memusingkan tengkuk 360 darjah sambil berjalan. Penat terasa lepas hantar hardcopy final year project kepada supervisor untuk dilakukan checking. Tu dah draft kali ke berapa tu. Nasib baik ink dengan kertas supervisor dia yang sponsor, kalau tak ranap lah duit. Cepatlah habis!! Nak grad!!

Dia berpaling ke bilik kuliah apabila dengar riuh suara. Ternampak beberapa classmates dia macam tengah buat discussion. Dia mengangkat tangan sambil senyum.

“Eh, sini jap Alia!” Laung Muiz.

Langkah diatur masuk ke bilik kuliah. Bukan nak rushing pergi mana-mana pun lepas ni so memang ada masa nak bersembang kejap.

“Buat apa ni?” Alia memandang classmate yang lain. Kertas A4 dan kertas mahjong bersepah di atas meja.

“Ni ha.” Puteri menurunkan specs sebelum mengurut pangkal hidung. Gaya penat habis. “Program mentor-mentee ni ha.”

Alia senget kepala. Mukanya kelam. “Program apakah?” Dia memandang temannya yang lain.

Salihin duduk di atas meja kosong. “Kan KJ kita dah baru. Dia nak kita buat program tutor junior kita.” KJ - Ketua Jabatan.

“Heh?” Lagi senget kepala Alia. “Bila tahunnya orang buat benda ni? Mana ada orang buat benda ni. Dah U kot.”

“Itu lahnya.” Muiz duduk di kerusi. “Tiba-tiba dia keluar benda tu.”

“Eh, banyak lagi benda lain kita kena settle kot. Thesis belum siap lagi tu ha.” Alia dah bising.

“Ye,” Mira mencelah. “Masalahnya dia tak kisah pasal tu.” Dia menggeleng sendiri.

“Budak third year pun tak ada, tengah intern. Kita jela yang kena.” Puteri geleng kepala.

Second year?” Alia bertanya.

Second years are too young to organise.” Salihin mengajuk suara KJ. “Dia tak tahu ke second year dah dua program dorang organised.” Dia menaikkan bola mata.

“Dia boleh start tahun depan kot. Ni dah sem dua kot.” Alia menggeleng. Sem akhir untuk fourth year sepatutnya bagi focus dekat FYP ni apa tiba-tiba nak jadi senior mithali ni?

Yang lain hanya mengangkat bahu.

“Kau nak jadi mentor tak Alia?” Suara Puteri memecah sunyi. Dia memandang Alia penuh harap.

“Aku..” Bola mata Alia bergerak ke kiri, memikir tiga saat. “Tak.” Otaknya mengingat. Dia menelan liur seketika sebelum memandang Puteri dengan sengih. “Aku kena settlekan hantar equipment balik dekat makmal yang aku guna untuk collect data dulu dengan kena settlekan sign borang dengan jabatan yang aku mintak data untuk FYP ni ha.” Mulut laju berbicara tanpa arahan dari otak. Mulut dipaksa mengoyak sengih.


 ---------------------

Tutor? Dia senyum sumbing sendiri. Kakinya menapak ke arah blok. Kenangan dia pasal tutor ni bukan best pun. So, sebelum junior kos dia jadi mangsa dia emosi tak pasal, baik dia tarik diri dari jadi mentor.

“Saya orang first kan yang awak tutor?” Sengihnya tak padam. Kaki disilangkan ke depan dan kedua tangan direhatkan ke belakang berlapik lantai. Pose biasa kalau dia teman tengok kawad.

Alia naik bola mata. “Kan ada program KRK dulu.” Dia mengingatkan. Program Shining KRK - Program senior KRK mengajar junior KRK untuk polish ilmu dorang dalam subjek tertentu. Muka dia jugak yang kena tutor junior KRK dia. Tapi tu junior bawah setahun. So, tak ajar budak ni pun sebab budak ni beza dua tahun.

“Ala, tapi tu kejap je kan. Saya yang paling lama kan? Yang paling bagi awak kenangan?” Nazmi dah angkat kening dua kali sambil senyum mengusik.

Senyum sumbing lagi Alia. Kenangan? Kenangan tak meminta diingat namanya.

“Err.. awak?”

Alia berpaling. Bertemu mata dengan orang di depan. Terdiam tiga saat.

“Saya ke?” Alia menunjuk diri sendiri.

Pemuda tu menapak sambil senyum nipis. Dia menghulur sesuatu. “Awak punya rasanya. Jatuh tadi waktu awak keluarkan kertas.”

Alia menunduk memandang. Keychain berbentuk penguin senyum menyapa pandang. “Oh.” Alia mengangkat pandang memandang pemuda tu. Dia senyum sebelum mengambil. “Thanks.”

Pemuda tu senyum sebelum mengangguk. “Anytime.”

Alia merenung keychain di tapak tangan selepas pemuda tu berlalu. Bila masanya benda ni ada dalam beg dia, dia pun tak tahu. Dia merenung lama.

“Nah.” Dia menghulur kotak kecil.

Alia angkat kening. Ni first time dorang jumpa balik lepas cuti sekolah dua minggu.

“Saya pergi Pulau Redang cuti haritu. Jumpa ni. Saya beli untuk awak.”

Alia mengambil. Dia menggoncang kotak. Dia memandang Nazmi. “Bukan belalang mati eh?”

Nazmi memusingkan bola mata. “Taklah. Kaki katak.”

Alia buat muka sebelum membuka. Dia memandang isi kotak sebelum mengangkat pandang bertemu Nazmi yang tersengih.

“Ni?” Alia mengangkat keychain penguin.

“Ye. Comel kan?”

“Apa kaitan Pulau Redang dengan penguin?”

“Tak ada pun. Cuma saya beli sebab comel. Beli untuk orang yang tak berapa comel so nanti tempias sikit kena kecomelan penguin ni.”

Alia memusingkan bola mata. “Whatever lah budak. At least elok lagi lah muka aku dari kau.”

“Awak!!”

Alia senyum senget mengingat. Kenapa semenjak dua menjak asyik ingat dia ni? Ni semua Fatin punya pasal. Dah meninggal ke budak tu? Selalunya kalau teringat tiba-tiba tu ada benda jadi dekat orang tu. Alia menggeleng sebelum meneruskan langkah.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.