Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,173
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 13
Nazmi hanya berjalan sendirian petang tu. Dia memandang sekeliling kawasan sekolah. Rata-rata penuh dengan unit beruniform berlatih untuk pertandingan kawad esok. Dia sengih mengingat Alia. Dia berjalan di koridor.

"Mi!!!"

Dia berpaling ke belakang. Sengihnya dikoyak. Matanya memandang manusia yang berlari anak menghampirinya.

"Buat apa dekat sini?"

"Cari Alia." Nazmi menyambung langkah.

"Apa dia?" Razi terhenti langkah. Aku salah dengar ke?

"Cari Alia." Nada Nazmi tu macam benda tu benda biasa.

"Buat apa?" Razi kerut dahi. Kakak sorang tu tengah sibuk kawad budak ni nak cari dah kenapa?

"Bosan."

"Seriously?" Panjang nadanya.

Nazmi menghentikan langkah memandang temannya. "Apa pulak tak seriusnya. Betul lah. Bosan aku sorang dekat library.” Dia mengurut belakang leher dengan tapak tangan.

Razi merenungnya sebelum sengih penuh makna. “Kau ke dia yang kalah dulu ni?”

Nazmi buat muka namun mengoyak sengih selepas itu. Dia sambung menapak. "Not sure.” Dia hanya angkat bahu. Namun sengihnya belum padam.


------------------------------
Terhenti langkahnya nak menapak ke arah court tu bila dia nampak Alia tengah berdiri di laluan susur gajah tu dan anak buahnya tengah duduk memandangnya. Dia memerhati wajah anak-anak buah Alia. Okey, tak ada tension ke apa. So, Alia bukan tengah marah.

“Esok kita buat betul-betul. Jangan nervous.” Alia memandang anak buahnya. Padahal aku yang dalam hati berdebar ni! 

Focus. Yang paling penting focus. Kalau salah, macam biasa buat biasa je. Jangan nampak obvious sangat.” Dia merenung muka-muka di depannya. “Kita have fun je esok okey.” Dia senyum dekat anak buahnya. “Menang kalah belakang cerita. Kita dah practice sampai perfect. Asalkan kita have fun, jangan stress stress. Biar benda ni nanti jadi kenangan yang best dekat korang nanti.” Dia sengih.

Bahu Nazmi disandar ke dinding blok memandang Alia. Tanpa sedar dia senyum nipis.

“Rehat betul-betul malam ni. Esok breakfast dulu. Tapi cikgu memang ada provide breakfast untuk kita.” Matanya berlari memandang anak buah di depannya. Dia melihat jam di tangan. 4.30 petang. “So, akak stop sampai sini je practice harini. Sebab korang pun nampak macam dah power, so akak bagi korang balik awal. Kalau nak lepak tengok KRS ke KP kawad, pergi jela.”

Nazmi nampak muka anak-anak buah Alia sengih. Dia pun turut sengih.

Anak-anak buah Alia bangun sebelum mereka berkumpul satu tempat di dalam bulatan, dan bersorak sebelum bersurai.

Nazmi masih sengih memandang.


-------------------------------

Goodluck esok.”

Mereka berdua hanya duduk di kerusi batu di dataran perhimpunan, melihat unit uniform lain tengah berlatih. 

Nazmi berpaling ke kiri memandang Alia apabila tiada balasan. Matanya nampak merenung kosong. Dia memetik jari di hadapan muka Alia.

“Ish.” Alia tersedar. Dia buat muka.

“Termenung, termenung.” Nazmi sengih memandangnya.

Tanpa sedar Alia mengeluh. Dia kemudian meraup wajah.

Nazmi mengangkat kening memandangnya. “Kenapa?” Tak pernah lagi nampak mentor dia macam ni. Serabut semacam. Masalah library pun tak pernah nampak muka macam tu.

Alia memandangnya. “Takut.” Dia sengih tawar.

Nazmi senyum nipis. “InsyaAllah okey je wak. Awak dah practice lama dah.”

Alia sengih merenung air tin yang diputar di tangan. Dia kemudian angguk sendiri.

Nazmi senyum memandangnya. “Esok lawan bila? Pagi?”

Alia mengangguk. Dia membuang pandang kosong ke arah platun lain.

“Allah.” Nazmi memandangnya sambil sengih. “Senyum lah sikit.”

Alia hanya sengih tawar. “Aku just nak semua turn out well esok, weh.” Dia berpaling memandang Nazmi.

Nazmi senyum nipis. “InsyaAllah.”


-----------------------------

Langkah mereka diatur ke dataran perhimpunan. Riuh suara dengan semua platun kawad yang masuk pertandingan tadi. Bercampur semua platun di tengah dataran. Mereka membuat bulatan besar sesama sendiri. Platun lelaki di dalam bulatan paling kecil dan diikuti platun perempuan membuat bulatan besar lagi selapis. Tangan digenggam erat antara satu sama lain.

“Ready?!”

“Yes!!”

“One! Two! Three!!”

Dan bergema sorakan keramat mereka sambil berpusing di dalam bulatan tersebut. Bersorak kuat mereka semua. Gembira terukir di wajah semua. Pelajar yang lain di koridor turut bersorak bertepuk tangan. Plaque di tangan diangkat ke udara. 

Alhamdulillah Ya Allah!!!

Dan Nazmi di tepi koridor hanya sengih memandang Alia.


-------------------------------

“Belanja lah saya.”

“Eh, apahal?” Muka tak puas hati.

“Awak dah menang kan.”

Alia memusingkan bola mata. “Tu wish kau eh? Nak aku belanja? Lepasni kau wish aku taknak tunaikan dah.” Dia mengingatkan kembali bet mereka sewaktu bermain shoot bola dan Nazmi menang.

"Mana boleh!" Nazmi buat muka. “Tu wish keramat tu. Saya kena mintak yang rare, baru ada value wish tu.”

Alia hanya buat muka. “Then, tak nak belanja.”

Eee.” Nazmi bulat mata.

Alia hanya sengih. “Nombor dua je kot. Tak ada lah menang mana.”

Still.” Nazmi buat muka tak puas hati. “Menang lah tu. Masuk top three.”

Alia hanya sengih mengingat. Siapa sangka lepas lima tahun mereka kalah untuk kawad peringkat daerah, tahun akhirnya mereka dapat nombor dua. Sengihnya tak padam.

“Sukanya dia.”

Alia tarik sengih. Dia memusingkan bola mata. “Kacau je.”

Nazmi ketawa kecil. “Senyum jela.” Dia merenung Alia. “Awak cantik apa bila senyum.”

Laju pen dibaling ke arahnya. Nazmi hanya ketawa sambil mengelak.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie