Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,814
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5
Hanya deruan air-cond yang kedengaran dalam library tu. Nazmi memusing pen sambil tunduk memandang buku. Tapi otaknya ke lain. Senyap je tutor aku harini. Period ke? Sekilas dia memandang Alia di hadapan. Tekun menekan kalkulator. Sikit pun tak pandang Nazmi. Tapi tekan tu macam nak tercabut button kalkulator tu. Dari tadi masuk dia senyap je. Cakap apa pun tak. Takut pulak aku nak tegur.

"Alia." Dua kepala serentak mengalih pada suara yang memanggil.

Oh. Cikgu library. Nazmi memandang Alia. Riak Alia kosong. Dia memandang Nizam sekilas sebelum bangun. Nazmi mengangkat kening memandang Alia yang dah berlalu masuk ke bilik guru library.

20 minit berlalu. Nazmi menguap. Lamanya Alia ni! Memang tak lah nak sentuh Maths harini. Dengan tutornya tak ada, memang tak jalan lah kerja Maths dia.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Nazmi menoleh. Nampak Alia keluar. Riak wajahnya kosong, sama seperti tadi. Cuma auranya rasa berbeza. Aura beku. 

Alia melangkah ke mejanya sebelum duduk. Nazmi hanya memerhati. Seketika kemudian Alia mengemas barangnya.

“Eh, pukul 3 pun belum lagi ni. Awak nak pergi mana?” Kalau ye pun ada latihan kawad tu pukul 3.30 kot.

Alia berhenti mengemas. Dia memandang Nazmi. “Aku… tak okey harini. Balik lah.”

Nazmi kerut kening. “Kenapa?” 

Alia terasa kepalanya berasap. Tak tau kenapa rasa macam budak ni sengaja nak cari pasal. Dengan cikgu Liza tu lagi. Dia merengus. 

“Tak payah sibuk hal aku.”


-----------------
“Nah.” 

Terkebelakang Alia. Dia menoleh ke kanan. 

Nazmi pegang ice cream dengan sengih. Alia menyambut.

“Ni lah yang kau suruh aku tunggu 10 minit ni? Pasal ni?” Alia menayang ice cream di tangan.

“Eh, payah tahu tak nak cari. Kedai bukan dekat. Saya lari tahu tak.” Nazmi mengelap peluh di dahi. 

Alia menarik senyum nipis. Beria suruh aku tunggu dekat gazebo ni semata-mata ice cream yang dibeli entah dari mana. “Thanks.” Dia mengoyak plastik ice cream.

Haa, kan okey senyum tu. Ni tak. Muka macam nak bunuh orang. Siap kata saya sibuk lagi. Sedih hati kita tau tak.” Nazmi dah letak tangan dekat dadanya. Muka sedih habis. 

Alia ketawa. Ingat tadi suruh balik dia balik betul. Tapi boleh dia suruh tunggu dekat sini. Alia menggeleng kepala.

So, memang Pn Liza tu kata macam tu lah?” Nazmi buka penutup 100 Plus. Nasib baik minta dia duduk cerita kenapa dia emosi sangat sebelum lari beli ais krim. Rupanya pasal cikgu library tu. Pasal tak bertugas petang pun boleh jadi isu besar.

Alia mengangkat bahu. “Dari awal tahun dia dah pesan. Tapi kau tau lah perangai librarian semua macam apa.” Payah jadi ketua ni. Nak lead orang, nak kena tahan marah dengan orang atas walaupun bukan salah dia. Alia mengeluh dalam hati.

“Patut lah jumpa saya muka macam nak makan orang awal tahun dulu. Pasal ni rupanya.” Nazmi mengungkit. Dia sengih bila Alia pandang dia macam nak tembus.

So, dia suruh awak buat apa lepas ni?”

Alia angkat bahu. Matanya memandang pelajar di padang. “Buat meeting kot. Aku pun bukan dengar dia cakap apa.” Dia menyambung makan ice-cream.

Nazmi hanya mengangguk. “Tu lah wak. Berdedikasi sangat nak jadi ketua. Cuba jadi macam saya, senang hati tak payah fikir apa-apa.” Dia sengih memandang Alia.

Alia buat muka. “Lepastu muka kau je dalam bilik disiplin. Nama kau je penuh tiga muka surat dalam buku rekod disiplin.”

Ooo, mengendap saya eh?” Nazmi sengih mengusik.

Alia memusingkan bola mata. “Elok sikit. Apa guna ada member pengawas? Ni lah masa nak guna.” 

Nazmi sengih lagi. “Popular jugak saya ni eh. Awak mesti pernah dengar nama saya kan sebelum ni?”

“Ha'ah.” Alia mengangguk. “Bukan nama kau dulu ke yang kena buang sekolah dua tahun lepas? Lepastu sekolah kesian dekat kau so panggil kau masuk balik kan?” Alia memandang Nazmi selamba.

Nazmi bulat mata. “Eee.” Naik suaranya. “Tak pernah lagi kena buang okey. Gantung sekolah pun tak pernah.” Dia memandang Alia tak puas hati.

Alia hanya sengih. “Serius? Tak pernah kena gantung?” Dia memandang Nazmi.

“Kenapa?” Kening Nazmi naik. “Awak pernah kena ke?” 

Alia hanya angkat bahu sambil sengih.

“Ala, tak baiknya dia ni.” Nazmi merungut. “Saya cerita pasal saya. Awak cerita lah pulak pasal awak.” Dia memandang Alia.

“Hai. Nama, Alia Hanna. Best Student for Add Maths last year.” Alia memandang Nazmi sambil mengangkat kening dua kali.

“Eleh.” Nazmi buat muka. “Saya pun boleh je nak dapat Best Student tapi malas nak riak.” Dia memandang Alia dengan hujung mata.

“Tu lah." Alia mengangguk sendiri. "Aku pun malas nak riak tapi dah malas pun still dapat jugak Best Student nak buat cemana.” Alia angkat bahu.

“Ya Allah, riaknya dia ni!”

Alia hanya ketawa.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.