Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,179
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 12

Sukan Tahunan dah lepas. Netball pun dah. Pen terhenti berpusing di tangan. Dia sengih mengingat.

"Kalau awak dapat shoot dari hujung D ni, I'll grant your wish."

Kening Alia terangkat sebelah. Budak ni menyangkal skill aku sebagai goal shooter netball ke?

Nazmi sengih. Tournament hoki dah habis lagi awal dari netball so dia sibuk ikut Alia practice petang-petang lepas tutor dan rehat Alia tak tenteram sebab budak tu selalu mengacau.

"Tapi kalau saya dapat shoot," Dia menapak ke depan Alia. "You have to grant my wish." Sengih.

Alia buat muka menyampah. “Even kalau wish aku tak nak tutor kau dah pun kau kena tunaikan?” Dia mengangkat kening dengan senyum sumbing.

Seketika Nazmi diam. Dia memandang Alia lama. “Okay.” Namun wajahnya tak beriak.

Alia angkat kening. “Okay.” Laju dia menepis bola di tangan Nazmi.

“Awak!!” 

Alia sengih lagi. Last-last budak tu menang jugak. Berguru dengan budak basketball mungkin. Tapi wish budak tu sampai sekarang tak bagitahu. Habis misteri lah tu.

“Sengih apa sorang sorang?” 

Alia angkat muka. Nazmi memandang pelik. 

Gila dah aku ni. Alia sengih menggeleng. 


------------------------------

Dewan rasmi sekolah tu bising dengan suara-suara pelajar Tingkatan 5 bersembang sementara tunggu cikgu masuk. Kem Terapi Minda yang dikatakan therapeutic tu akan berlangsung sebelum trial. Dan briefing untuk kem tu dikatakan harini.

“Eh?” Terhenti ayat Alia apabila nampak sesuatu. Fatin yang tengah mendengar pun berpaling pada pintu dewan. Nampak budak Tingkatan 3 masuk mengikut kelas. Kerut kening mereka. Form 3 buat apa dekat sini?

Alia menangkap wajah Nazmi dan angkatan Five Star yang lain masuk ke dewan. Mukanya masih pelik. Nazmi memandang Alia. 

Alia menghantar pandangan, 'kau buat apa dekat sini?' Namun Nazmi hanya sengih.

Mereka duduk di depan pelajar Form 5. Rata-rata muka budak Form 5 memang pelik dengan kehadiran tiba-tiba mereka tu. Nazmi berpaling ke belakang sekali lagi, bertemu pandang dengan Alia. Dia kenyit mata. 

Alia buat muka geli. Eh budak ni.

Cikgu Suri berdiri di depan dewan dengan mic. Mukadimah mengenai aktiviti dimulakan. Seketika kemudian,

“Disebabkan tahun ni sekolah kurang bajet, maka sekolah putuskan untuk buat Kem Form 3 dan Form 5 pada masa yang sama.” Hingar suasana di dewan tu. Semua pelajar menunjuk protes gabungan kem tu.

“Mana boleh macam tu!”

“Tak nak!”

“Bajet untuk Hari Guru ada pulak!”

“Sekolah dah miskin ke?!” Alia dan Fatin hanya memandang sekeliling. Memang tak puas hati pun. Tahun sebelum sebelum ni okey je buat asing. Tahun ni pulak nak gabung. Mungkin sebab bond antara tingkatan tu yang buatkan dorang tak puas hati.

Cikgu Suri tenang di depan. Memang dah boleh agak reaksi pelajar. Namun dia senyum.

“Tenang semua.” Dia memandang pelajar di depannya. “Tapi tahun ni special sebab buat dekat hotel dekat dengan kawasan air terjun.”

Sorakan kedengaran dalam dewan tu. Alia senyum memandang sekeliling. Pandai betul sekolah nak deal dengan budak. Fatin di sebelah pun turut bersorak. Alia ketawa menggeleng.


-------------------------------
“Suka lah tu?” Nazmi sengih sebelum duduk di depan Alia.

Muka Alia tahan dari beriak sebelum memandang Nazmi. Dah kantoi sengih kena pandai cover. “Suka apa?” Nadanya datar, menandakan tak ada apa-apa yang buat dia suka.

“Eleh,” Nazmi mengusik sambil menghulur air tin kepada Alia, “Suka lah boleh pergi kem dengan saya.” Sengihnya tak cair.

Alia buat muka. “Tak ada masa.” Dia memandang tengah court yang penuh dengan budak-budak kawadnya tengah berehat. Rata-rata hanya bersembang kosong.

“Habis sengih kenapa?” Nazmi menopang dagu dengan tangan yang ditongkat ke lutut. Kepalanya senget merenung Alia di sebelah.

“Aku bayang kalau PP menang lawan kawad Sabtu ni.” Laju mulut menuturkan tanpa berfikir. Matanya tetap di court.

Aaaa, Nazmi mengangguk. “Sayang sangat Pandu Puteri dia tu.” Matanya masih tak dilepaskan dari wajah Alia.

Terlepas ketawa kecil dari Alia. Seketika dia memandang anak buahnya sebelum senyum tawar. “Lima tahun kot aku dalam PP. Gila tak sayang?”

“Saya tak sayang?”

Sorry?” Alia menoleh ke arah Nazmi.

“Saya tanya, saya tak sayang ke?” Nazmi masih merenung Alia.

Alia mengangkat kening. “Oh well. Kau siapa?” Muka innocent.

Ooo awak,” Suara Nazmi naik, “Macam ni lah kan. Saya tak buat jahat pun dengan awak. Saya score je March test dengan Mid Test. Saya pergi je tutor awak. Tak ada pun nak buat awak marah. Siap belanja awak lagi. Semua benda saya cerita dekat awak. Awak boleh kata tak sayang saya.” Laju Nazmi menuturkan. Pandangan dari platun Pandu Puteri tidak dihiraukan. Mukanya memang tak puas hati memandang Alia.

Seketika Alia memandang wajah anak-anak buahnya yang pelik dengan suara Nazmi tiba-tiba naik sebelum mengalih pandang ke Nazmi. Dia menahan tawa sebelum bangun.
“Aku tak kata pun tak sayang.” Alia dah menapak ke tengah court memanggil anak buahnya untuk masuk baris.

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie