Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,180
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 25

26 tahun. Belum kahwin, belum kahwin, belum kahwin.

Nazmi menggeleng. Kerja gila kalau nak confess dekat dia. But I have nothing to lose pun kalau confess kan? Dia menggeleng lagi. Kerja gila kau ni. Dulu pun kena baling kertas dengan dia. Nazmi sengih tawar mengingat. Dia menyentuh keningnya. Kening yang bercalar sebab lemparan kertas dari manusia bernama Alia bertahun lepas. Tapi calar tu rasanya tak equivalent pun dengan calar dia buat dekat Alia.

Sekali lagi Nazmi menggeleng. Parah aku ni. Parah bila dah masuk mood memory lane ni.

“Entah. Alia kot nama dia.” Nazmi tarik kerusi duduk. Gayanya seperti tak peduli dengan ‘titah’ Pn Chan pasal tutor Maths dia dekat bilik guru tadi.

Empat pasang mata memandangnya.

“Senior?”

Angguk.

“Uuuu..”

Nazmi memandang Jau. “Nak buat kes dulu ke?” Dia dah tersengih.

“Boleh gak. Aku bosan je asyik tengok buku.” Razi mencelah.

“Tapi aura kerek dia tu.” Nazmi mengingat perbualan dengan Alia tadi. Dari gaya boleh nampak. Senior tahun akhir lah katakan.

“Haa nice gak tu. Kalau memang dia minat kau memang aku respect lah.”

Dan Nazmi hanya tersenyum.

Waktu tu. Waktu mula-mula kena arah dengan Pn Chan pasal tutor. Dia berkerut dahi mengingat. Memang betul pun dia panggil Alia ‘awak’ waktu tu adalah salah satu cara nak bagi Alia suka dia. Nazmi senyum tawar menggeleng. Tinggi sangat confident kau, Nazmi. Padahal kau yang jatuh dekat dia dulu.

Sejak bila dia tak tahu. Yang pasti dia tak terfikir pun segala perbuatan dia dekat Alia tu taktik untuk Alia suka dia. Mungkin rasa selesa kenal dengan Alia, dan lepastu rapat, dan lepastu perasaan tu sendiri datang. Nazmi menggeleng lagi sambil tersenyum. Betul lah aku dah parah.

Dia merenung Alia.

“Apa kau?” Alia dah ready nak libas.

Dia menapak ke belakang. “Awak ni. Kenapa emo sangat ni? Cuba chill.” Pandangannya tak berganjak.

“Aku tak nak habis sekolah ni ada memori tutor kau je.”

Betul. Waktu tu tiba-tiba rasa bersalah tu datang. Rasa bersalah sebab buat plan bukan-bukan. Walaupun dia tak buat apa-apa move lagi untuk Alia suka dekat dia. Rasa bersalah tu bukan main-main.

“Ni boleh belajar tak ni?” Alia memandangnya.

Nazmi sengih. “Untuk awak boleh je.”

Dia sengih. Ayat cheesy tu memang bukan niat untuk buat Alia suka padanya. Memang dia sendiri rasa nak mengusik Alia macam tu.

“Yang paling teruk apa akak buat?” Suara Am dalam library tu.

Kepala Alia condong ke kiri, memikir. Mata Alia bertemu dengannya.

Waktu tu. Memang rasakan ada vibration dari pandangan mata Alia walaupun dirasakan pandangan tu biasa je. Terasa jantung berhenti sesaat dengan renungan dari Alia tu.

Muka Alia menyampah. “Even kalau wish aku tak nak tutor kau dah pun kau kena tunaikan?” Dia senyum sumbing.

Dia merenung Alia lama. “Okay.”

Waktu tu, bila mana perasaan rasa makin kuat, bila Alia kata macam tu, rasa macam-macam. Yang paling rasa, sakit. Dia menggeleng sendiri.

“Sayang sangat Pandu Puteri dia tu.” Matanya tak dilepaskan dari wajah Alia.

Alia ketawa. Yang membuatkan dia pun menarik senyum nipis melihat Alia ketawa. “Lima tahun kot aku dalam PP. Gila tak sayang?”

“Saya tak sayang?”

Waktu tu dia berharap sangat Alia boleh bagi jawapan yang ikhlas dari hati. Sungguh, memang dia nak surrender dan bagitahu pasal semua plan bila Alia kata…

“Siapa kata tak sayang?”

Nazmi senyum tawar. Sungguh lah… Memang balasan rasanya bila dah bertahun kenangan tu tapi dia masih tak boleh lupakan.

Bukan saya nak kenakan awak, Alia. Awak yang kenakan saya sampai jadi macam ni. 

Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie