Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
9,295
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 27

Suasana sunyi. Hanya bunyi deruan kipas kedengaran. Sepasang mata tak berganjak dari memandang orang yang duduk di kerusi tepinya itu.

Alia bermain-main dengan jarinya. Dalam hatinya terasa berapi sedikit. You really want to play this game that bad, isn’t it?

Alia mengangkat kepala memandang abangnya di depannya. Kemudian memandang manusia yang duduk bertentangan dengannya. “No.”

“Adik.” Abangnya menegur.

It’s no. A big N and O. Tu pun tak paham ke?” Dia memandang sekilas orang di hadapannya.

“Adik.” Suara abangnya makin keras.

Nazmi mengeluh perlahan. Memang jawapan tu ada dalam possibilities tapi tak sangka rasanya pahit sangat. Dia memandang Alia. Alia masih dengan renungan tanpa perasaannya.

“Nazmi serius nak kahwin dengan adik ni.” Dahi abangnya berkerut.

Spontan Alia senyum sumbing. “Abang kenal ke dia ni bang?” Suara Alia keras. Terasa berbahang apabila terasa abangnya melebihkan Nazmi daripada dia. Apa kau dah cakap dekat abang aku sampai dia percaya kau ni?

“Dia ni bang, the worst human being ever existed. Merosakkan masa depan orang. Mainkan perasaan orang. Bangga sebarkan apa yang dia dah buat dengan kawan-kawan dia. Pijak maruah orang. Abang nak orang macam dia jaga adik ke?”

“Adik!”

Alia menarik nafas. Mencari kesabaran. “Adik tak nak. Tolong lah hormat keputusan adik. Ni hidup adik. Jangan sampai adik derhaka dekat abang sebab dia ni.” Dia memandang Nazmi. Mata yang menggambarkan kekecewaan tu tak diendahkan. Mungkin kau boleh tukar profession kau dari lecturer Matematik ke pelakon kot dengan riak wajah kau macam tu.

“Awak, saya sayang awak.”

Terasa wajah berbahang. Alia melarikan mata. Seketika kemudian dia meraup wajahnya. Letih. “Kau nak apa lagi Nazmi? Aku tak nak jumpa kau dah. Aku tak nak kenal kau dah. Aku tak nak ingat kau dah.” Senafas dia menuturkan.

So, selama ni awak ingat dekat saya?” Mata mereka bertemu.

 --------------------

Nazmi mengeluh sebelum baring di katil.

Egonya seorang Alia Hanna. Dia senyum tawar.

Sepanjang perkenalan dia dengan Alia memang Alia tak pernah tunjuk yang dia ego. Yang dia tak nak kalah. Dia sangat tenang, sangat bersahaja, tak pernah ambil serius kecuali kalau ada orang cari pasal dengan dia atau kawan-kawan dia.

Tapi tak sangka pulak kerasnya hati Alia ni sampai dia boleh reject aku depan abang dia.

Dia senyum tawar.

“Serius? Kau kantoi depan dia?” Suaranya tak percaya.

“Ye.”

Mereka memandang sama sendiri.

“Lain macam dia ni.” Jau menuturkan.

Nazmi angkat bahu. Tak sangka lah pulak petik nama Cikgu Salim dia boleh tahu cikgu tu tak datang.

Razi mengangguk. “Boleh tahan jugak dia ni. Siapa je rajin nak tengok relief board hari-hari?”

“Tu lah. Ni kalau gorenglebih-lebih ni mau hangus beb.” Ane menyambung.

Nazmi senyum tawar mengingat. First time bila dia kantoi menipu orang terang-terang. Menipu yang tak boleh diputar cerita. Waktu dia mula-mula tutor dengan Alia, yang diberi alasan datang lambat sebab cikgu disiplin minta tolong namun Alia kantoikan dia. Memang Alia ni lain macam. Sebab tu boleh buat dia jatuh hati. Dia sengih sendiri.

“Kau jangan main-main weh benda-benda macam ni.”

“Nampak aku macam main-main ke?” Nazmi memandang Am.

Yang lain hanya senyap.

Nazmi dalam hati berdebar jugak. First time jadi case macam ni. Dia memandang rakan-rakannya. Muka penuh mengharap agar mereka faham.

“Aku tak kisah.” Jau menuturkan. “Takkan pasal benda ni kita nak gaduh kan?” Dia memandang yang lain.

“Dah lama ke kau rasa macam tu?” Razi memandang Nazmi.

Nazmi memandangnya sebelum memandang yang lain. Serius muka masing-masing menunggu jawapan. Dia angkat bahu. “Aku tak tahu. Tiba-tiba dia muncul.”

“Eceyyyyyy..” Ane buat muka membahan. “Geli lak ai aku dengar.”

Pecah ketawa yang lain. Laju Nazmi menyepuk belakangnya. Namun dalam hati rasa tenang bila semua macam boleh terima.

“Tak tahu eh?” Razi menyakat. “Rasa berdebar-debar, macam tu eh, bang?”

“Diam lah.”

Ketawa pecah lagi.

“Merah- merah muka tu kenapa tu?” Ane menyambung sakat. Dan lain menyambung ketawa.

Am sengih sebelum meraih bahu Nazmi. Dia memandang yang lain. “So, we call it off?”

Serentak mereka mengangguk. “Deal.”

Nazmi senyum tawar. Waktu di mana dia confess dekat Five Star yang dia ada perasaan dekat Alia, dan bercadang untuk hentikan plan mereka yang dah plan awal tahun. Tapi, Alia tak tahu perkara tu. Alia tak tahu yang mereka dah lama stop nak kenakan Alia.

Senyum Nazmi pudar. Dia mengeluh. Tanggung sendiri lah Nazmi. Kau yang start benda ni.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie