Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,790
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9
Terhenti langkah Alia yang baru masuk library tu. Aik. Awalnya datang. Dia menjeling jam. 1.30 petang. Serius awal. Dia menapak ke arah meja selalu.

Nazmi angkat kepala. Alia tarik kerusi di depannya. “Awal sampai.” Dia meletak barang sebelum duduk.

Nazmi senyap. Pandangannya tak berubah. 

Alia mengangkat kening. “Asal?”

"Kenapa tak bagitahu saya yang awak kena panggil masuk dalam meeting sebab saya?” Keras suara Nazmi bertanya.

Alia kerut kening. Diam seketika. “Mana kau tahu?”

Nazmi merengus. "Prank tu memang saya yang buat. Memang Five Star yang buat.” Suaranya naik. “Tak ada kena mengena dengan awak so tak payah lah sibuk nak pertahankan saya. Saya tahu apa saya buat." Suaranya tak turun. "Awak tu tak tahu apa-apa, diam.”

Terangkat kedua kening Alia. Ni apahal tiba-tiba emosi lepastu kurang ajar ni, budak?

“Awak jadi je tutor saya bukan penjaga saya dekat sekolah ni nak sibuk hal kitaorang."

Wah kau? Kepala terasa berasap tiba-tiba. Lagi lama dekat sini lain cerita jadi nanti. 

Alia bangun. Dia memandang Nazmi kosong sebelum mengannguk. “Kau pergi betulkan attitude kau dulu sebelum jumpa aku balik.” Dia terus berlalu keluar library.


--------------------------------------

Sunyi suasana dekat meja tu. Kipas dan bunyi buku diselak je kedengaran. Mata curi – curi memandang ke arah orang depan. Khusyuk menjawab soalan Physics. Nak ditegur terasa bahang berapi tak habis lagi.

Alia mengangkat kepala. Dia menutup buku latihannya. “Dah.” Dia menolak buku ke depan. “Nanti compare lah dengan jawapan kau.” Matanya memandang Khairul.

Khairul menelan liur. Dia mengangguk perlahan. Fatin di sebelah Alia pun pandang sipi –sipi je. Takut nak menegur orang sebelah. Memang suaranya tak marah tapi riak muka dia boleh agak. Kawan sejak Form 1, dah hafal dah riak wajah Alia.

Alia meraup wajah. Penat oi jawab magnetic field tadi! Dia memandang Fatin di sebelah. Dua mata tadi masih memandangnya. 

Terangkat kening Alia. “Asal?” Matanya beralih dari Fatin dan Khairul.

“Kau… tak jadi tutor dah ke?” Penuh berhati – hati Khairul tanya. Kot melayang buku ni kang sia – sia je.

Riak wajah Alia kosong. “Tak.”

“Lia..” Khairul dah menegakkan badan. “Dia ingat kau kena panggil masuk bilik meeting sebab nak back-up dia. Padahal kau masuk sebab cikgu-cikgu nak nasihat kau jangan tutor dia dah, sebab tak nak kau kena prank dengan dorang jugak. Pn Chan yang back-up dia. Dia salah faham tu, ingat kau masuk sebab nak back-up dia. Budak tu mana fikir panjang kalau ada orang sibuk hal prank diaorang.”

Alia tak ubah riak muka. Namun dalam hati rasa nak pukul orang. Dah lah salah faham, lepastu cakap dengan aku bahasa macam tu. Dia ingat dia sorang ada baran agaknya. Tak pasal emosi dekat aku. Ingat nak sangat aku back-up dia agaknya. Alia membebel sendiri dalam hati.

Dia memandang Khairul sebelum bangun. “Nak pergi toilet.”

Khairul rasa nak hantuk kepala dekat meja. Punya panjang aku sembang dia boleh blah macam tu je!


---------------------------------

Petang tu Alia yang conduct latihan kawad. Panasnya, Ya Allah. Kerut kening Alia dekat atas court tu. Kaki anak buahnya yang tengah kawad tu diperhati.

“Jangan seret kaki tu!!!!” Bergema suaranya. 

Tengah panas ni memang senang nak bagi hati berapi. Dia menarik nafas perlahan. Sejam kemudian baru arahan berhenti rehat berbunyi. Muka – muka anak buahnya yang berlalu rehat ke kantin diperhati. Masing – masing macam tengah menyumpah seranah dirinya sebab tak bagi rehat awal. Alahai dik, aku dulu pun macam tu jugak. Nama pun kawad. Asah mental kau jadi kuat, dengan tengah panas…

“Awak.”

Alia berpaling. Riak wajahnya berubah keras.

Nazmi teragak agak nak bercakap. Kena tengking dekat sini malu beb! Junior ramai pandang! Dua ais krim di tangan diputar. 

Alia merenungnya kosong sebelum buka langkah nak gerak.

“Eh awak.” Nazmi menahan langkah Alia. Dia memandang Alia. Kerut muka Alia.

“Saya beli ni.” Perlahan dia menuturkan. “Nak?” Dia menghulur ke arah Alia.

Alia memandang ais krim di tangan Nazmi. Kemudian matanya naik memandang Nazmi. Dia mengangkat kening sebelah sebelum dia berlalu.


-------------------------------

Meja belakang sunyi. Jarang berlaku ni. Selalu bising kalau tak ada cikgu masuk. Five Star memandang satu sama lain. Masalah besar betul bergaduh dengan senior. Bukan calang calang senior ni. Bukan senior yang boleh main-main.

Nazmi mengangkat pandang memandang teman-temannya. “Tolong lah aku.” Mukanya keruh.

Razi menggeleng. “Parah kau ni.” Dia memandang Nazmi. “Tak pernah pernah kau jadi macam ni. Dulu kena sembur dengan Tini pun kau buat muka toya je.” Dia mengingatkan kembali kes prank mereka dekat seorang senior dulu dengan Nazmi 'dengan tidak sengaja' menumpahkan bekas berisi sabun cuci pinggan campur tepung dekat atas dia waktu event Hari Koko dengan alasan lost balance. Habis kena sembur tapi Nazmi buat muka kosong je. Tu lah, siapa suruh acah sangat.

“Tu lain, gila.” Nazmi meraup wajah. “Tu memang meminta nak kena. Ni tutor aku kot. Bukan takat sembur, bercakap sepatah pun tak dengar dah.” Ingat balik waktu kena tinggal dekat court petang tu, malu beb! Macam baru lepas kena reject!

Ane memutar pen di tangan. “Minta maaf jela. Kita bukan pernah ada experience encounter benda-benda ni pun.” Dia sengih sumbing.

Nazmi termenung. Perempuan jugak tutor aku ni. Kena macam tu dah sentap tak bercakap terus. Dia sengih sendiri tanpa sedar.

“Sengih mende?” Suara Jau kedengaran. “Sakit kau ni.” Orang tengah brainstorm idea nak pujuk perempuan dia boleh buat sengih dia.

Am memetik jari. Semua mata tertumpu kepadanya. “Aku ada idea.” Dia sengih memandang temannya. “Tapi kena tahan lah kalau kena maki sebakul.” Sengihnya tak padam.


----------------------------------

Hampir bola di tangan dituju tepat ke kepala orang depan tu. Kecik besar kecik besar je aku tengok budak ni tau.

“Tolong lah Khai! Dia memang tak layan aku langsung.” Nazmi dah merayu dah. Tak tipu beb memang sunyi hidup tak ada tutor semenjak kes dengan senior dia tu. Memang bunyi macam chessy gila bila kata sunyi tapi memang sunyi. Lagipun….

“Dah kalau dengan aku pun dia buat tak kisah kalau cakap pasal kau.” Khairul menggeleng. Bola hoki di tangan dilambung. Duduk tepi court kot ingat boleh rehat, budak ni datang merengek bawa masalah. Bencana betul!

“Kau nak tahu tak,” Khairul sengih memandang Nazmi. “Kau nasib baik weh, serius.” Dia menuding jari ke Nazmi. Dia kemudian membetulkan duduk mengadap Five Star. “Alia dulu baran dia tak boleh bincang beb.” Dia mengingat. 

Five Star memandang sama sendiri.

“Ada sekali tu dia pernah tengking sorang budak PP dia sebab lambat datang. Depan budak-budak unit lain ni, dengan KRS, JPAM semua depan mata tengah praktis petang tu, dia kata dekat budak tu, 'kau dengan perangai kau boleh pergi meninggal.'”

Tersembur air Jau yang baru nak masuk kerongkong.

“Serius ah?!” Hampir serentak Five Star menuturkan.

Khairul sengih. “Duarius. Sampai nangis budak tu. Tapi attitude budak tu memang teruk pun. Tak hormat senior. Macam budak ni lah.” Dia menuding Nazmi lagi.

Laju Nazmi buat muka. “Aku tak sengaja…” Kecil je suara dia.

Sengih Khairul tak padam. “Tapi tu dulu lah. Waktu Form 2 rasanya. Sekarang dia dah cool dah. Semenjak Form 4.” Dia mengurut pangkal hidung memikir. “Tapi muncul pulak kau ni mengundang baran dia. Kau nasib je tak kena maki tengah court haritu.” Dia memandang Nazmi.

Muka Nazmi tak berubah dari tadi. Tapi dalam hati rasa nak tabik spring dekat Alia. Baru Form 2 dah berani tengking budak.

Five Star memandang satu sama lain. 

Silent treatment lagi seram aku rasa.” Am memikir sendiri. Yang lain mengangguk. Marah betul akak sorang ni.

“Kau pun Mi, sembur tak fikir otak. Kan dah kena.” Razi menendang kaki Nazmi yang berlunjur di atas court.

“Entah.”

“Memang patut pun Kak Alia buat silent treatment dekat kau.”

“Memang meminta bencana.”

“Membantu tau korang sebenarnya ni.” Nazmi dah muncung.

Five Star mengekek ketawa. Seronok betul kacau member serabut macam tengah nak pujuk makwe ni.

Khairul sengih memandang mereka. Dia kemudian memandang Nazmi. “Aku tak tahu dah weh. Serius.” Budak ni pun, muka macam tengah ada masalah antara benua!

Nazmi menghela nafas. Kemudian dia mendongak memandang langit. Berfikir. Ice cream tak jalan. Dah lah jauh nak pergi beli, dia boleh jeling aku macam tu je! Tapi nasib baik tak kena baling ice-cream dekat muka ke apa. Dia senget kepala. Macam mana pulak aku nak tahu cara nak pujuk dah kalau tutor aku tu tak pernah merajuk sampai macam tu sebelum ni.

Terasa kaki ditolak. Dia memandang sebelah. “Ada satu cara kot. Tapi aku tak sure jadi ke tak.” Khairul mengurut dagu memikir.


---------------------------

Alia membetulkan handsock. Dia menjeling jam di tangan. 3.20 petang. Dia meneruskan langkah sebelum…

Eh???

Bunyi gitar. Dia berhenti di tengah jalan lepas masuk pintu sekolah tu. Matanya mencari mana datang bunyi tu. Nampak ada budak-budak main gitar dekat gazebo sebelah padang. 

Oh, praktis Hari Guru kot. Tapi macam familiar lagu ni. 

Serius melodi ni familiar

Dan yang pegang gitar tu bangun pusing.

Hehhhh???

Tak sempat buat apa – apa, orang pegang gitar tu dah mula nyanyi.

*Dan apa, yang kau mahukan dariku.

Dia melangkah perlahan ke arah Alia. 

Alia bulat mata. Terkedu dia.

Telah lama ku kata, minta maaf sepenuh hatiku uuuu.

Sengih di bibirnya berbunga namun petikan gitar tak berhenti.

Sampai bila, harus aku menunggu maafmu.

Dan pabila ku sedari, kau lah yang pertama ku merayu sebegini.

Dia berdiri betul di depan. Alia masih tak berkelip.

Maafkanlah, diri ini. Dan janganlah kau marah lagi.

Alia terlepas ketawa. Lirik on point betul.

Nazmi sengih. Petikan gitar berhenti. Gitar disandarkan di kaki. “Sorry?” Kinder Bueno dikeluarkan dari poket sebelum ditayang ke depan Alia. Di depannya tertulis 'sorry' dengan muka sedih atas kertas ditampal ke pembalut coklat tu.

Muka Alia kosong. Matanya jatuh pada gitar di kaki Nazmi. Dia tunduk mengangkat gitar tu.

Nazmi memandang Alia pelik. Ai? Takkan nak balas maaf aku pakai lagu jugak kot? Ni betul boleh buat drama ni.

Alia memandang Nazmi sebelum mengangkat gitar. “Kenapa kau rosakkan lagu favourite aku!!!” Laju dia mengejar Nazmi yang dah buka langkah melarikan diri.

Dan muka Khairul serta Five Star yang lain tepi padang tu macam nak muntah hijau. Macam drama!



*Lagu asal - Maafkan Aku by Last Minute (OST drama Setia Hujung Nyawa)

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.