Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
12,063
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 26

Alia meletakkan phone bila dah hantar WhatsApp pada Fatin. Dia mengurut kening seketika. Biar lah tak makan pun asalkan tak jumpa dia dah. Sekarang ni rasa paranoid betul nak keluar pergi mana-mana sebab probability untuk jumpa manusia tu serasa macam tinggi semacam.

Takut ke, Alia?

DIa menyandarkan badan ke kerusi pejabatnya. Dia sengih sumbing. Takut? Takut dengan game dia? Nasib baik dulu…

Alia menggeleng laju. Egonya mematikan segala lintasan di fikiran. Nasib baik haritu Fatin yang banyak tanya. Dan nasib baik panggilan telefon dari pejabat menyelamatkannya setelah 10 minit terasa panas duduk di sebelah dia. 10 minit rasa lama betul!

“Saat aku kenali dia…” Dia mengenyit mata ke Alia.

Mata Alia bulat. Sorakan kuat kedengaran dari crowd yang datang FTFN tu. Electron punya budak! Menyakat aku tak habis!

“Hati ini selalu gundah

Selalu ingin dekati

Dan ingin menghampiri dia…”

Alia sengih. Pandai lah budak ni nak buat drama.

Sorakan tak berhenti mendengar lagu catchy itu dinyanyikan secara live. Sengih di wajah mereka tak padam.

“Aku… sedar kutelah jatuh cinta…” Matanya tepat memandang Alia. Dan crowd pun diam apabila baris akhir lirik itu yang sememangnya slow menjadi lagi mendalam apabila vokalis Twinkle Five Star tu menghayati bait tersebut.

Dan jantung Alia terhenti sesaat apabila pandangan mereka bertemu.

Alia mendongak memandang siling. Bila kau boleh move on sebenarnya ni, Alia?

 ---------------------

Makan malam tu riuh rendah dengan suara anak-anak Abang di restoran tu. Alia menolong kakak iparnya menjaga Aie. Abang kembarnya Sayyid dan Syahid bermain sesama mereka. Suka betul main tinggal adik sorang-sorang. Alia memandang kembar tutak puas hati. Nasib baik anak sedara sendiri.

“Nak dessert apa?” Abangnya bertanya.

Ice cream!!” Serentak anak kembarnya menjawab. Abangnya sengih menggeleng. “Adik?” Dia memandang Alia.

“Tak kisah. Boleh je.” Alia mengangkat bahu. Nanti bukan aku boleh habiskan jugak. Mesti Aie nak sibuk makan. Manja betul.

“Okey.” Abangnya dah menapak.

Seketika ruang diisi dengan riuh suara kembar mengacau adiknya. Laju Alia mengambil peluang makan semua yang ada atas meja tu sebelum Aie ajak dia jalan jalan.

Mangkuk ice cream diletak atas meja. Alia sengih. Laju dia mencapai sebelum anak buahnya mencapai dulu.

Masheh.” Dia mendongak. Dia sengih memandang abangnya sebelum matanya jatuh pada orang sebelah abangnya. Sengihnya padam terus. Ice- cream yang patutnya cair di tekak terasa tersekat.

“Ni, abang kenalkan. Klient abang, Nazmi. Terserempak tadi waktu ambik dessert.” Abangnya meraih bahu orang sebelah.

What kind of fate is this?

Jantung terasa terhenti buat kesekian kali.

“Anak Abah, salam uncle.” Abangnya memandang anak-anaknya. Tak perasan pun Alia yang dari tadi kaku.

Nazmi senyum pada anak-anak abang Alia. Dalam hati berdebar jugak walaupun ni salah satu rancangan dia. Mohon jangan kena baling mangkuk ice-cream malam ni.

Alia masih kaku. Namun dia tersedar bila Aie meminta ice-cream darinya. Dia pura-pura sibuk melayan anak-anak buahnya walaupun terasa ada mata merenungnya.

What else do you want from me?

 -------------

“Jangan lari, Aie! Jatuh nanti sakit!” Alia dah melaung namun hilang terus kelibat Aie mengejar abang-abangnya yang laju ke depan. Dia menggeleng.

“Sakit tu kalau jatuh.”

Alia kaku tiga saat. Kemudian dia pura-pura memandang ke depan. Dia sambung berjalan seperti tak ada apa-apa yang terjadi. Namun dia dapat rasa ada yang mengikutnya.

Nazmi masih mengikutnya perlahan dari belakang. Dia merenung Alia. Perasaan bercampur baur sampai tak tahu nak buka kata macam mana.

Alia dah beberapa kali menelan liur. Memang terasa kaki ni laju je nak lari tak pun melayangkan sepakan ke muka orang dekat belakang ni tapi logik masih di kepala. Dia menutup mata seketika dengan harapan mendapat kekuatan dari Esa.

I’m sorry.”

Alia membuka mata. Langkahnya terhenti. Dia menelan liur dan terasa matanya terasa panas. Dia menarik nafas panjang. Don’t. Jangan. Jangan dekat sini, please. YaAllah. Bagi aku kekuatan Ya Allah.  Dia menarik nafas sekali lagi, menghilangkan segala rasa.

Terasa ada yang mendekati. Nazmi menapak perlahan ke depan Alia. Kakinya melangkah walaupun minda dan hati bercelaru. Dia nak betulkan benda ni. Dari bertahun lepas. Whatever it takes.

I know you really want to kill me. But please, dengar dulu apa saya nak cakap.”

Wajah Alia tak berubah. Dia menelan liur sebelum mendongak memandang orang dihadapannya. Mata mereka bertemu.

Please?”

 --------------------------

Riak wajah Alia beku. Memang riak wajah itu yang dia praktis dari malam berjumpa secara terkejut dengan manusia tu sampai hari dia bersetuju nak berjumpa. Dia mengacau air kopi di dalam cawan. Orang di hadapan tak dipandang langsung.

Nazmi terus merenung Alia. Dia lebih rela berhadapan dengan Alia yang memberikan pandangan maut dari Alia yang seperti tiada perasaan ini. Dia mengeluh di dalam hati. Kau yang mulakan semua ni, Nazmi.

That’s all?” Alia mengangkat wajah memandang Nazmi. Riaknya kosong.

Nazmi merenung Alia. Dia mengeluh perlahan. Cerita tentang dulu dah diterangkan walaupun bukan semuanya. Tapi Alia nampaknya macam tak berminat nak ambil tahu.

Alia mengangguk sendiri. “Okey. So, technically korang tak salah sebab dah stop dari teruskan plan tu lepas kau dah kenal aku, kau dah rapat dengan aku, kau kata?” Alia senyum sumbing. “And aku salah faham sebab aku jumpa bahan bukti kau buat research pasal aku sebelum kau sempat explain dekat aku?” Dia merenung Nazmi. “Banyak drama betul korang ni.” Dia senyum sinis sebelum menjatuhkan pandangan ke luar kafe. “Kau nampak macam aku percaya ke?” Dia merenung Nazmi sinis.

Nazmi hanya diam. Betul, apa-apa dia cakap sekarang memang takkan bagi kesan barang sekuman dekat Alia. Dia hanya merenung Alia, berharap agar keikhlasan terpancar dari pandangannya.

“Aku memang harap aku tak jumpa kau dah lepas ni.” Alia menentang pandangan Nazmi kosong. “Tiba-tiba kau muncul dekat café tu, and malam tu. As if benda tu dah plan kan?” Sinis ayatnya. “Apa kau nak sebenarnya, Nazmi? Kau nak balas dendam ke sebab tak berjaya buat aku suka kau?” Dia senyum sinis sambil menggeleng.

Orang depannya masih bisu. Jeda sebentar. 

Alia melepas nafas perlahan sebelum menyandar ke kerusi kafe. Sampai bila nak bisu ni?

“Saya sayang awak.”

Jantung terasa terhenti. Segalanya di sekeliling terasa berhenti bergerak. Matanya merenung orang di depannya. Mata yang berharap…mata yang menyampaikan keikhlasan… mata yang meminta peluang kedua…

Alia senyum sumbing. Kemudian dia ketawa rendah. Cukup untuk menyatakan sikit pun tak terkesan dengan ayat tu.

Biarlah kali ini egonya bertindak dulu dari hati. Cukuplah sekali ego kalah pada hati. Cukup sekali.

Dia perasan mata orang di hadapannya itu seperti kecewa. Namun egonya ditegakkan. “Game is not over yet?” Sinis dia memandang Nazmi. “Grow up, Nazmi. Grow up. Banyak lagi benda lain kau boleh buat dari main game ni. I have no time to play this damn game dengan kau.” Dia memandang Nazmi. Senyum sinisnya tak padam.

“Sakit kan kalau jatuh?” Alia senyum sumbing.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.