Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,782
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 19

*Lima tahun kemudian*

Jari laju digerakkan ke atas dan ke bawah, scroll screen phone sambil tangan kanan membawa sandwich ke mulut. Baru ada masa nak tengok phone harini.

Group Whatsapp - Beware Of Mercury

Arip: Hahaha aku dah tengok dah berita tu.

Nep: Serious?

Alan: Dekat mana nak tengok?

Liza: Betul betul. Aku tengok dah dekat Twitter tadi.

Zukir: Celah mana korang jumpa ni?

Tasha: Entahnya. Aku tak dengar pape pun.

Kening berkerut. Bising apanya group kelas Form 5 dulu ni? Berita apa?

Arip: Nah link. Dah diam semua.

Alep: Hahaha relax ah bukan tanya pasal nuclear.

Nep: Tu ah. Dia stress kena hafal jenis bomb tu. Hahaha

Liza: Hahahaha

Tasha: Weh tak baiknya hahahaha

Arip: Diamlah gila. Hahahaha

Jari menekan link yang diberikan. Bulat matanya membaca tajuk. “Seriously?”

“Apanya?” Nina angkat muka dari buku Thinking Architecture. Spec mata yang melorot dibetulkan letak.

“Hehe, takde pape.” Alia menyambung kunyah sambil menyambung membaca inti berita. Wow, ini berita menarik. Tak sangka pulak sekolah aku dulu jadi Top 10 terbaik SPM. Siap masuk berita. Memang boleh buat sekolah bangga ni.

Telefon berdering. Alia sengih sebelum mengangkat.

Seriouslyyyyy weh? Betul kan apa aku baca tu?” Fatin dah bising di sebelah sana.

Alia ketawa. “Ye lah kot. Mana aku ambik tahu dah pun pasal sekolah bila dah keluar.”

Fatin mengangguk sendiri. “Betul. Lagipun junior yang rapat dengan kita pun dah habis lama dah sekolah. Nazmi pun dah tak ada kan lepas PMR?”

Terhenti kunyahan sandwich dalam mulut.

 

-------------------------

 Alia berbaring mengadap siling bilik. Lama nama tu dia tak dengar. Last dia dengar masa…

“Eh, akak tak tahu ke Nazmi dah pindah?”

Riak wajah ditahan. Dia memandang Hanum. Dia mengangkat bahu sambil sengih tawar yang dibuat-buat. “Akak mana lah ada cara nak communicate dengan dia.” Tiba-tiba terasa bersyukur tak pernah bagi dia nombor telefon dulu!

“Oh, dia pindah before result keluar lagi. Lima-lima keluar bila masuk Form 4. Rasanya dorang sekolah lain-lain. Bila tanya kenapa, dorang kata nak angin baru je.”

Angin baru ke mangsa baru? “Oh yeke..” Alia menyapu pandang kepada pelajar-pelajar batch dia yang mengambil keputusan SPM jugak haritu. Riuh di perkarangan dewan terasa tak terkesan kepadanya.

“Akak tak datang kan waktu result PMR haritu?” Suara Hanum menariknya ke alam nyata.

Dia berpaling. “Ha’ah.” Air liur terasa berpasir.

“Kalau saya dapat straight A kan, awak datang tau. Tengok nama saya kena announce dapat straight A.” Lintasan suara tu. Suara dari memori dulu. Bola matanya naik memandang siling bila terasa matanya panas. Dia menelan liur.

“Dia pun tak ada waktu tu.”

Alia berpaling ke arah Hanum. Kedua keningnya naik. “Serius?”

Hanum mengangguk. “I don’t know. Dia tengah holiday dengan family kot. But the rest of them ada waktu tu.”

Kerut kening Alia. Takkan dorang tak nak celebrate sekali kot?

Itu cerita bertahun lepas. Alia mengeluh di pembaringan. Apa jadi dengan budak tu ataupun yang lain dia tak tahu. Memang tak diambil tahu apa yang terjadi lepas persitiwa tu. Tapi kadang-kadang curious tu muncul. Dia menggeleng sendiri. 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.