Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,167
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1
Dia menyinsing lengan baju melihat jam di tangan. 7.25 pagi. Alang-alang dah lambat biar lambat terus. Lepas ni tak boleh lambat dah. Dia sengih sendiri. 

Dia membetulkan handsock di lengan sambil berjalan tenang. Matanya menyapu pandang ke arah budak-budak sekolah yang berlari-lari anak memasuki pintu sekolah sebelum ditutup.
Kalau masuk dari pintu kecil ni mesti kena tahan. Masuk dari pintu depan lah alang-alang dah lambat. Ke nak panjat tembok belakang dekat dengan flat tu macam waktu Form 2 dulu? Lagi senang tak payah kena tahan dengan pengawas. Dia sengih lagi.

Matanya menangkap susuk tubuh seseorang. Sengihnya melebar. Orang tu bertemu pandang dengannya sebelum mencekak pinggang. Dia ketawa sebelum menapak ke arahnya. 

“Bertuah! Kenapa tak datang waktu rehat je?” Fatin dah bising. 

Alia ketawa. “Tu lah cadang macam nak masuk waktu Chemistry lepas rehat nanti tapi terbangun awal pulak.” Dia menggeleng sendiri. 

Laju Fatin melibas Alia dengan buku kecil di tangan. “Tahu lah senior tapi cuba jaga sikit nama baik aku. Ketua Disiplin kot ni! Tapi member sendiri datang lambat. Kunyah chewing gum siap!” Dia bulat mata. 

Alia sengih. "Lepak ah." Dia mengeluarkan plastik pembungkus chewing gum. “Kaki aku belum jejak kawasan sekolah lagi kan.” Dia membungkus chewing gum di dalam mulut dan memasukkan dalam poket baju sekolah. “Tadaaa..” Dia sengih pada Fatin. 

Fatin menggeleng sendiri. “Macam mana lah aku boleh jadi kawan kau ni?” 

“Ala kalau aku tak kawan dengan kau mana ada orang lain nak kawan dengan kau.” 

Lagi sekali bahunya dilibas Fatin. Alia hanya ketawa. “Dah, aku nak masuk. Nak tulis nama? Tulis Alia Comel Semesta Alam.” Laju Alia mengelak dari kena libas sambil ketawa.

Fatin hanya sengih menggeleng.

-------------------------

Dia senyap menunduk di dalam bilik tu. Matanya memandang kosong buku-buku di atas meja. 

“Cikgu tak nak dengar lagi eh nama awak lambat datang sekolah.” 

Alia mengangkat muka memandang cikgu di depannya tu. Dia hanya mengangguk. Dalam hati, bosan gila lah dengan cikgu ni. Dulu tak ada macam ni pun. Nasib baik tahun akhir aku. Lepas ni tak ada dah jumpa dia. 

“Awak tu ketua pusat sumber. Cuba jadi contoh untuk adik-adik awak.” 

Alia mengangguk lagi. Patutlah beria panggil aku masuk bilik nak jumpa, sebab takut burukkan nama librarian lah ni alkisahnya. Sebelum ni senyap je kalau nama aku naik sebab datang lambat. 

Sorry cikgu.” Dia menuturkan perlahan. 

Cikgu Liza hanya menggeleng. Nak dimarah budak ni dah besar. Kelas depan, tapi tak tahulah kenapa perangai degil betul. 

“Dah, awak boleh keluar.” 


-------------------------

Fatin dan Khairul berhenti bersembang bila nampak Alia masuk kelas dari pintu depan. Mata mereka mengikut langkah Alia sebelum dia duduk di sebelah Fatin. 

“Apa cerita?” Khairul membuka kata. 

“Apa cerita apa.” Alia buat muka. “Dia bising jela. Kata aku ni kena jadi contoh sebab jadi ketua librarian.” Dia memusingkan bola mata. "Sebelum ni tak ada isu pun kalau aku datang lambat. Ni sebab dia tak nak nama librarian jadi buruk lah ni. Siapa suruh lantik aku jadi ketua pun.” Alia dah membebel. 

Fatin dan Khairul memandang antara satu sama lain. Bukan mereka tak tahu yang Alia tak berapa suka sangat cikgu librarian ni sebab memang cerewet. Alia bertahan pun sebab dia memang suka buku. Kemas buku, baca buku, key-in buku semua dia suka. Tapi tu lah, kena tahan dengan cikgu macam tu pulak. 

“Bukannya aku bakar bilik dia pun nak bising bising macam tu.” Stress betul kena membebel free.

Relax lah weh.” Fatin mengusap bahu Alia perlahan.

“Betul.” Khairul mencelah. “Nah, makan ni.” Dia menghulur coklat choki-choki. 

Alia senyum tawar. Dia mengambil sebelum memandang Fatin. “Bukan tak boleh makan dalam kelas ke?” Dia sengih mengangkat kening memandang Fatin. 

Fatin sengih. “Rules are meant to be broken.” Dia sambung makan choki-chokinya. 

“Habis legend lah ni, Ketua Disiplin langgar peraturan?” Alia senyum sumbing memandang Fatin. 

“Tak sampai level kau kot Lia. Panjat tembok, prank budak, pecah masuk bilik muzik try drum set baru, tapi still dipilih jadi ketua librarian.” Khairul mengira dengan tangan benda yang Alia pernah buat dulu. 

“Diam kau!” 

Pecah ketawa Fatin dan Khairul.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie