Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,177
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7
Alia melangkah keluar sekolah dengan Fatin. Elok je lepas melintas jalan ke seberang nak beli goreng pisang, terserempak dengan Nazmi. 

Laju budak tu melangkah ke arahnya dengan sengih. “Hai awak.” Dia sengih kepada Alia.

“Tak, harini aku tak kenal kau.” Alia tak pandang langsung dia. 

“Eh, tak baiknya.” Nazmi buat muka sedih. “Hai kak.” Dia sengih pada Fatin. 

Fatin hanya ketawa. “Hai.” 

Nazmi memandang kembali Alia. “Mentang-mentang harini tak ada tutor, terus buat-buat tak kenal.” Dia dah mencebik sedih. Mentang-mentang harini ada kelas tambahan petang untuk Form 3 dengan Form 5, riak eh taknak jumpa saya.

“Selain dari library, jangan pura-pura buat macam kita kenal eh.” Mukanya menahan sengih mengusik. 

Eee.” Nazmi buat muka. “Awak jangan.” Dia mengoyak sengih nakal. “Mid Year nanti saya boleh je buat teruk.” Dia mengingatkan. 

Alia buat muka. “Aku letak ekor biawak dalam pencil case kau.” Dia mengugut. 

Fatin ketawa. Dia menggeleng memandang mereka. “Jangan gaduh tengah panas ni lah. Aku dah lapar ni.” Dia memandang Alia. 

“Nah.” Nazmi menghulur satu plastik goreng pisang kepada Alia. “Makan lah tu. Saya memang nak beli untuk awak.” Dia memandang Alia. “Nak hantar pergi kelas tapi dah terserempak awak dekat sini.” 

Fatin menyiku Alia dengan sengih mengusik. Alia buat muka. Dia memandang plastik di tangan Nazmi. “Sure beli eh? Tak curi?” Dia senyum senget memandang Nazmi. 

“Ish awak ni.” Nazmi dah kerut dahi. “Akak ambik lah.” Dia menghulur pada Fatin. “Kalau lapar, jangan kongsi dengan dia. Dia jahat.” 

“Eh budak ni.” Alia bulat mata memandang Nazmi yang dah berlari masuk ke sekolah. Sampai di pintu besar sekolah, Nazmi berpaling sebelum menjelir lidah kepada Alia.

Fatin hanya menggeleng ketawa. “Macam budak-budak lah korang ni.” 

Alia hanya memusingkan bola mata. 


--------------------------------

Alia berjalan sendiri keluar kelas lepas habis kelas tambahan petang tu. Fatin ada meeting pengawas dan Khairul ada latihan kompang. Dari koridor atas tu dia nampak budak-budak KRS tengah berlatih kawad. Memang harini giliran Form 4 untuk lead aktiviti koko sebab pelajar Form 5 ada kelas tambahan sampai 4 petang. Sunyi laluan koridor tu tanpa manusia.

“Awak!!!!” 

Hampir melatah Alia. Laju dia memusing kepala ke belakang. Nampak Nazmi di hujung belah sana koridor. Knee jerk punya budak! Nak gugur jantung aku! Dah lah koridor ni memang sunyi!

Nazmi berlari anak ke arah Alia. 

Alia menarik nafas membetulkan rentak jantungnya. “Nasib baik aku tak sakit jantung, budak.” Matanya berapi memandang Nazmi. 

Nazmi ketawa leper. “Ye lah takut awak laju je jalan tinggal saya. Awak tu dah lah masuk kawad, laju je jalan.” 

Alia memusingkan bola mata. “Tak ada kaitan okey.” Dia berpaling memandang belakang. Tiada siapa. “Sorang je?” Dia bertanya. 

“Ada nampak dua orang ke?” 

Alia buat muka. Laju dia berjalan ke depan. “Jangan sampai aku letak bapak biawak dalam beg kau, budak.” Malas aku layan dia ni. 

Nazmi hanya ketawa. “Tunggu lah!” 


--------------------------

“Awak tadi subjek apa?” Nazmi memecahkan sunyi. 

Bio.” Alia tak beralih pandang dari arah anak-anak buahnya yang tengah kawad. Mereka duduk di susur gajah macam biasa. Sibuk je Nazmi ni nak ikut Alia tengok anak buahnya. 

Nazmi mengangguk. “Saya geografi.” 

“Tak tanya.” 

Nazmi buat muka. Nampak Alia sengih mengusik. “Suka eh?” Dia memandang Alia. “Suka sakat saya.” 

Alia hanya mencebik mengangkat bahu. 

“Awak dulu 8A eh PMR?” 

Alia mengalih memandang Nazmi. “Jarang kau nak borak ilmiah dengan aku ni. Demam ke?” Dia mengerut dahi. Sengaja nak megusik. 

Nazmi buat muka. “Kenapa tak masuk asrama?” 

Alia memandang kembali ke tengah court. Dia senyum nipis sendiri. “Dorang tak terima aku.” 

Nazmi mengangguk. Dia memandang Alia redup. “Kenapa sedih sangat bunyi tu?” Giliran dia pulak mengusik. “Okey lah tu tak dapat asrama. Boleh awak kenal saya.” Dia sengih. 

“Ha'ah.” Alia memusingkan bola mata. “Boleh ajar aku erti kesabaran sebenar sebab kena ajar kau.”

Nazmi hanya ketawa. “Best apa kenal saya.” Dia memandang Alia. “Kan?” Dia sengih mengusik. 

“Ye lah, budak.” Alia malas melayan. “Memang kenal kau antara memori terindah aku pernah ada.” Sarkastik habis suaranya.

Nazmi ketawa rendah. “Tu lah. Saya pun sama.” Dia sengih lagi memandang Alia. 

“Tak payah cakap dah tahu.” 

“Allah. Riak tak sudah.” Nazmi menggeleng. 

Alia hanya sengih. 

“Kalau Mid Year nanti saya score, awak nak bagi apa?” Nazmi bertanya lagi. 

“Kipas angin.” 

“Betul-betul lah.” Nazmi dah merengek. 

Alia hanya sengih. “Buat dulu betul-betul Mid Year nanti baru aku bagitahu aku nak bagi apa.” 

Haa, saya tahu.” Nazmi memandang Alia. “Kasih sayang kan?” Dia mengusik. 

Alia memusingkan bola mata. “Tak ada masa.” Matanya tak beralih dari tengah court. “Kot ramai lagi orang aku boleh bagi kasih sayang dari kau.” 

Nazmi mencebik. “Bosan lah.” Dia dah melunjurkan kaki ke depan. 

Alia memusingkan bola mata. “Tak ada siapa ajak kau datang sini kan.” Dia menjeling Nazmi di sebelah. 

Nazmi sengih. “Tak apa, boleh teman awak.” 

Alia buat muka. “Sweet talker.” 

Hoo..” Suara Nazmi naik. Dia memandang Alia. “Dengan awak je tau saya cakap macam ni.” 

Alia ketawa sinis. “Sah.” 

“Apa yang sah?” 

“Kau lah, budak.” Dia memandang Nazmi. “Sweet talker.” Dia memusingkan bola mata. 

“Saya ni friendly kot.” 

Alia buat muka menyampah. “Didn‟t seem like that the first time we met.” 

Nazmi sengih. “Saya kena lah teliti tutor saya sebelum saya boleh cooperate.” Dia mengingat kembali hari mereka berjumpa pertama kali di bilik guru. 

Alia buat muka. “Cooperate, acik kau! Aku pun tak hingin lah jadi tutor kau.” 

“Awak!!” 

Alia hanya sengih sebelum menarik balik sengih bila anak-anak buahnya memandang mereka. Dia berpaling ke arah Nazmi. “Diam lah. Serupa budak tiga tahun dah perangai.” 

Nazmi mencebik. Dia menjeling Alia sekejap sebelum laju menarik beg sekolah Alia di tepi sebelum bangun berlari. 

Alia bulat mata. “Woi!” Laju dia bangun mengejar.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie