Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,879
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 10
"Memang plan kau kan?" Alia dah cekak pinggang dekat meja biasa dalam library tu. Dia yang tengah berdiri memandang manusia yang tengah relax duduk di depannya tu.

Nazmi sehabis boleh tahan riak wajah. “Bukan salah saya. Pn Chan yang kata macam tu nak buat macam mana.” Dia memandang Alia sekilas sebelum tunduk bermain pen di tangan. 

Tapi dalam hati nak ketawa macam gila!

Memang plan dia pun minta Pn Chan extend 'kelas bimbingan' dengan Alia ni. Result Mid Year haritu tak payah cerita lah hebat dia tapi elok je Pn Chan pun join tak nak bagitahu Alia gred Nazmi, and elok je Pn Chan keluar arahan kena tuto dia lagi sampai…PMR!

Eeeiiii budak ni!!! Baru gembira gila pagi tadi perhimpunan Isnin umumkan budak Form 3 dengan Form 5 yang dapat anugerah Emas, Perak, Gangsa dengan Permata sebab pencapaian Mid Year. Siap naik pentas budak ni dapat anugerah Gangsa, dia pun dengan harapan dah habis seksa nak mengajar budak ni, alih – alih elok je Pn Chan panggil suruh extend tuto. Eeee!!!

“Kau saje je kan.” Alia menepuk meja. 

Laju Nazmi angkat muka. Matanya bulat sambil jari diletak di bibir. “Shhh. Library.” Dia memandang sekeliling. Kemudian dia sengih mengusik pada Alia.

Alia memandang sekeliling. Beberapa pelajar memandangnya. Dia mendengus sebelum duduk kembali depan Nazmi. Memang berapi betul aku dengan budak ni. Nafasnya turun naik.

Nazmi takut – takut memandang Alia. Seketika ruang antara mereka sunyi. Alia hanya memutar pen di tangan. Dia menjeling Nazmi sekilas. Mata mereka bertemu.

“Apa?” Naik suaranya.

Nazmi sengih. “Nak ice cream?”


------------------------------

“Kenapa awak suka lagu tu eh?” Nazmi memandang Alia.

Alia mengangkat wajah dari soalan Agama Islam. “Lagu apa?” Lambat otaknya memproses.

“Lagu saya nanyi dekat awak haritu.” Nazmi sengih mengusik.

Alia buat muka. Kemudian dia mengangkat bahu. “Kalau aku dengar sedap, aku suka je lagu tu.” Dia menunduk membaca soalan kembali.

Nazmi hanya memandang Alia. “Jiwang jugak awak ni.” Sengih mengusiknya tak padam.

Pembaris di tangan kiri dibaling laju ke orang depan. 

Laju Nazmi mengelak. “Hehe, tak kena.” Dia menjelirkan lidah.

Alia memusingkan bola mata. “Macam budak-budak.” Dia kembali menunduk memandang buku.

Sengih tak cair. “Lagu apa lagi awak suka?”

“Algebra.”

Nazmi buat muka. “Skema betul. Nak sembang pun tak boleh.”

Buku teks Matematik di depannya ditolak kuat ke arah Nazmi. Nazmi mengaduh terkena dadanya.

Alia tak angkat muka. “Banyak lagi latihan Algebra kau boleh buat dari sembang dengan aku.”

Nazmi hanya sengih. “Kalau saya dapat straight A kan, awak datang tau. Tengok nama saya announce dapat straight A.” Dia memandang Alia.

Alia mengangkat muka memandang Nazmi. Dia senyum senget. “Make sure lah dapat straight A.”

Nazmi angkat bahu. “Boleh je.” Dia mengangkat kening dua kali memandang Alia.

Alia buat muka. “Berlagaknya.” Dia menunduk memandang buku.

Nazmi hanya sengih.

“Tak dapat straight A aku tak kenal kau okey.” Alia sengih pada buku.

Eeee awak!”


----------------------------

Suasana di tengah padang tu riuh dengan suara budak-budak yang telah berlatih untuk Sukan Tahunan. Alia duduk di tepi padang dengan Zahira, budak kelasnya yang juga sama rumah sukan dengannya. Mereka hanya bersembang kosong menunggu giliran untuk berlatih.

Dari jauh Alia memandang seseorang yang menapak ke arahnya. Dia mengecilkan mata, memastikan.

“Hai akak.” Zauri, atau Jau, angkatan Five Star tu menegur sebelum duduk sebelah Alia.

Alia senyum. “Hai. Sorang je?” Bukan tak selalu bertembung dengan budak-budak angkatan Nazmi ni. Selalu je nampak bila masuk bilik guru ke dekat koridor ke. Memang ringan mulut semua nak menegurnya. Semenjak kes nyanyi lagu macam dalam drama tu lagi lah rapat mereka.

Jau mengangguk. “Ha'ah. Saya je rumah Ruby.” Dia memandang Alia. “Akak practice apa?” Dia senyum sambil menangguk pada Zahira di sebelah sana.

“100 meter. Tapi tak tahu lah lepas ke tak. Akak bukan atlet pun.” Masuk ni pun sebab tak ada orang lain yang nak. Lagipun cikgu rumah dia kata dia tinggi, ada advantage. Ye ye jela cikgu tu nak goreng aku.

Uish. Hebat lah akak. Tuto boleh, kawad boleh, main netball boleh, lari pun boleh.” Jau sengih mengusik pada Alia.

Alia ketawa. “Banyak lah. Ni pun cikgu suruh. Lagipun tahun akhir kan. Lepasni tak ada dah nak tengok suasana macam ni.” Alia sengih pada padang yang penuh dengan pelajar tu.

Seketika Jau memandang Alia. “Tu lah. Lepasni tak ada dah nak tutor Mi tu.” Jau sengih lagi.

Alia berpaling pada Jau. Dia buat muka. “Alhamdulillah.”

Jau ketawa. “Tak rindu ke nanti bila dah habis sekolah bila ingat balik tutor Mi tu?”

Bola mata Alia naik. “Tak kuasa. Kot banyak lagi benda nak rindu dari dia.”

Jau sengih. “Mi mesti rindu dekat akak nanti.” Dia memandang Alia.

“Gila tak rindu. Maths dia tu akak yang tolong. Memang nak kena hempuk lah kalau tak ingat jasa akak.” Alia membebel sambil memandang budak-budak praktis lempar cakera.

Jau hanya ketawa.


------------------------------

Dari sorang, jadi lima orang aku tutor!

Alia cekak pinggang memandang muka-muka di depannya tu. Lima muka tu hanya sengih.

“Ala akak. Kitaorang join sebab tak nak datang lambat hoki nanti. Nanti Khai bising.” Razi yang duduk paling hujung kirinya tu sengih.

Alia buat muka sebelum duduk. “Takut sangat korang dengan dia tu.” Dia memandang muka di depannya yang masih tersengih.

“Kau apahal?” Dia angkat kening memandang Nazmi.

Nazmi tarik muka. “Ooo awak, dengan saya guna kau-aku. Dengan dorang pakai akak. Mana aci.”

Alia dah angkat buku sebelum kepala Nazmi serentak disepuk oleh empat tangan yang lain. Ketawa bergema dalam library tu.

“Geli do kau nak merajuk.”

“Jangan mengaku kawan weh.”

“Dah, dah.” Mata Alia bulat memandang budak-budak di depannya tu. Bising macam dekat mamak!

Empat muka tadi tersengih. Nazmi menggosok kepala. 

Alia dah bukak buku. Kang Thermochemistry aku ke mana mana entah kang melayan budak-budak ni. Sekilas dia memandang Nazmi. “Buat indices.” Dagunya dihala pada buku di depan.

Empat yang lain pun dah mula bukak buku. Kata mereka kalau tak faham boleh tanya Alia. Pandai lah korang nak cari alasan nak duduk sini, Alia menggeleng dalam hati.

Let's get started.” Ane di hujung kanan memandang kawannya yang lain. Yang lain hanya senyum mengangguk.


-----------------------------------

3.15 pm. Suasana di library tu senyap. Hanya kedengaran bunyi pen bertemu kertas. Alia tekun mengira heat change. Namun Five Star menghantar pandangan antara satu sama lain.

“Nak gerak, gerak jela.” Alia tak angkat muka dari buku. Macam lah aku tak boleh sense korang asyik pandang-pandang.

Hoo, hebat gila akak ni teka. Am sengih.

Aku dah kata akak ni bukan biasa-biasa, Jau sengih.

“Mana ada kak. Nak take five je.” Ane dah menggeliat.

Alia mengangkat muka bila dah siap kira. Sekali lalu dia memandang Five Star. Semua mata memandangnya. Dia mengangkat kening sebelah.

Am menopang dagu dengan kedua tangan memandang Alia. “Rehat lah jap kak.” Sengih. “Jom sembang?”

Alia memusingkan lehernya. “Okey.” Dah tepu dah pun kepala dengan exothermic endothermic ni.

“Betul ke akak dulu prankster?” Ane membuka soalan.

Alia buat muka bosan namun dalam hati, kau sabar Khai aku baling kasut nanti suka suka je bukak cerita aku!

Well..” Alia bersandar. Mencari kata. “Betul lah tu.”

Muka Five Star nampak segar bugar betul. Nak menuntut ilmu lah tu.

“Yang paling teruk apa akak buat?” Am menyambung.

Kepala Alia condong ke kiri, memikir. Matanya bertemu dengan Nazmi. Otaknya berfikir. Prank tikus tu biasa je. Tepung? Pun biasa. Eh, tak ada lah biasa sangat sampai cikgu ingat budak tu bawak dadah. Dia memikir lagi. Darah dekat bilik air sampai menjerit budak tu satu sekolah dengar? Tu lah, riak sangat kata tak takut hantu. Sirap tuang dekat bilik air je pun. Alia sengih memikir balik.

“Sengih pulak dia.” Suara Nazmi.

Terus senyum Alia hilang. Matanya memandang Nazmi tak puas hati. “Suka hati aku lah budak.”

Empat suara ketawa di meja tu. Tapi ketawa perlahan sebab nanti kakak depan ni marah!

“Budak.” Jau dah membahan.

Nazmi buat muka.

“Kenapa budak, kak?” Razi masih tak hilang ketawa. Hilang macho beb kena panggil budak.

“Sebab dia junior.” Alia memusingkan bola mata.

Mereka terkekeh ketawa lagi. Namun Nazmi hanya buat muka.

“Dasyat gila senioriti akak ni.” Am ketawa lagi. Dia mengingat kembali cerita Khairul yang Alia ni pantang dengan junior tak ada adab dengan dia.

Alia buat muka bosan. “And budak ni,” Pen ditunjuk ke arah Nazmi, “Tak sedar diri junior nak pakai saya-awak.”

Five Star ketawa lagi. Nazmi muncung.“Kenapa kak? Berdebar ke pakai saya-awak?” Ane sengih mengusik.

Bola mata Alia naik lagi. “Tolong lah.” Tak ada masa aku nak berdebar.

Five Star sengih memandang satu sama lain. Suasana sepi seketika. 

Kemudian Alia memandang mereka. Dia angkat kening. “Dah 3.35.”

“Hah?!”

Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.