Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora L.
24/5/2019 04:14:32
74,775
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 18

Suasana di koridor tu hingar dengan suara pelajar yang tengah rehat. Alia berjalan sambil tangan kanan memegang nota Sejarah. Lagi seminggu SPM oi. Bak kata Fatin, top student sangat tu time rehat nak baca nota Sejarah. Namun dia hanya ketawa. Top student tak top student, kalau aku blank dalam dewan nanti siapa nak jawab?

Langkahnya mati tiba-tiba. Matanya menyorot pada bola basketball yang berguling ke kakinya sebelum dia mengangkat wajah. Matanya memandang bilik sukan yang terbuka pintu. Dia menggeleng sekejap sebelum mengambil bola dengan sebelah tangan. Budak-budak ni pun. Cikgu Pendidikan Jasmani memang selalu bagi kunci bilik sukan pada murid untuk kunci. Ni mesti lupa nak kunci. Dia menapak ke bilik sukan, sebelum kakinya terhenti di depan pintu bilik tu.

Matanya bertemu dengan manusia yang tengah duduk berborak dalam bilik tu; Five Star. Terhenti perbualan mereka apabila melihat Alia di depan pintu. Kesemua mereka merenung Alia. Seketika tiada siapa membuka kata, hanya mereka memandang Alia.

Jantung Alia berdetak laju, mengingat kembali segala peristiwa dengan muka-muka dihadapannya ni. Ni lah muka-muka yang merancang mempermainkan dia. Kenapa mesti korang yang ada dalam bilik ni?

Mukanya ditahan tak beriak. Sekali lalu dia memandang muka-muka di hadapannya. Hanya tiga orang di dalam bilik sukan tu. Dia meletakkan bola di lantai sebelum menggulingkannya ke arah mereka. Niat di hati nak baling je bola tu tepat kena kepala salah seorang mereka, namun rasional masih ada dalam kepala.

Alia berpusing keluar sebelum terhenti lagi sekali. Matanya bertemu dengan Nazmi. Ane di sebelahnya hanya diam merenung Alia. Mata Nazmi tak berganjak dari Alia. Alia menelan liur. Riak wajahnya ditahan sebelum melangkah meninggalkan mereka. Air mata juga ditahan sebelum jatuh.

 

 ---------------------

Alia baring di katil. Lengannya menutup mata. Subjek teras dah lepas. Seminggu break before budak-budak science stream start exam balik. Dia mengeluh perlahan.

“Saya tak sayang?”

Dia mendengus perlahan. Ni yang tak suka bila tengah rehat ni. Otak mesti flashback benda yang dia nak lupa.

“Asal? Berdebar eh saya panggil‘awak’?”

Dia menggeleng sendiri. Bibir bawah diketap. Jangan fikir pasal dia. Jangan ingat pasal dia.

Jau sengih. “’Mi mesti rindu dekat akak nanti.”

Lengan diturun dan matanya dibuka. Patutnya aku dah boleh agak dah plan dorang tu. Dia mengangguk sendiri. Kemudian dia mengeluh. Kalau tak kerana Hanum mintak tolong ajar, memang dia tak tahu langsung aktiviti dorang yang satu tu selain daripada prank.

“Kenapa kak? Berdebar ke pakai saya-awak?” Ane sengih mengusik.

“Let’s get started.” Ane di hujung kanan memandang kawannya yang lain. Yang lain hanya senyum mengangguk.

Memori kembali satu per satu. Dia menggeleng. Salah sendiri jugak tak boleh predict. Lengan diletak pada dahi dan mata merenung siling.

“Ooo awak, macam ni lah kan. Saya tak buat jahat pun dengan awak.”

Dia senyum sumbing. Tak buat jahat? Habis tu, baik sangat lah benda yang kau buat dekat aku tu?

Nazmi hanya sengih. “Senyum jela.”Dia merenung Alia. “Awak cantik apa bila senyum.”

Dia menelan liur. Dada terasa berbuku.

Nazmi hanya sengih. “Kalau saya dapat straight A kan, awak datang tau. Tengok nama saya kena announce dapat straight A.” Dia memandang Alia.

Dia mengetap bibir. Mata terasa panas. Dia merenung siling bilik.

Move on, Alia. Move on.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora L.