Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,186
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 17

Musim PMR. Dan juga musim trial SPM.

Tangan Alia laju menjawab soalan Agama Islam. Keningnya kerut. Fikirannya jauh melayang dengan perasaan yang bercampur baur. Seketika dia menggeleng, memberi fokus kembali pada soalan di hadapan. Namun hatinya makin terasa berbuku. Bayangan tersebut bagai melintas tanpa henti dalam minda Alia. Segala apa yang berlaku. Segala kenangan. Dia menelan liur. Mata terasa panas. Not here… Not now… Please….

Mata kembali fokus pada buku soalan. Kerut dahinya apabila melihat soalan yang sama masih tak terjawab. Dia mengeluh perlahan sebelum mendongak memandang siling, sekaligus mengharap mata yang berair itu boleh berhenti. Dia menutup mata seketika, dan ingatan demi ingatan itu kembali sekali lagi. Laju dia membuka mata sebelum menggeleng. Aku kena balik ni. Dia bangun sebelum mengemas alat tulis. Tiba-tiba dia terdengar derap kaki berlari, dan semakin kuat ke arahnya. Dia mengangkat muka sebelum ternampak bayang di luar library.

Dan Alia hanya berdiri kaku apabila tuan empunya tapak kaki tersebut berdiri dihadapannya.

Nazmi berdiri di hadapan Alia. Nafasnya turun naik sebab berlari tadi. Seketika tiada siapa membuka kata, seperti dua-dua sudah tahu apa yang sudah berlaku.

Alia memandang kosong Nazmi sebelum matanya turun pada tangan yang memegang beberapa keping kertas. Alia menelan liur. Matanya terasa panas lagi. Dia menghela nafas panjang, mencari kekuatan. Jangan menangis. Not here. Don’t let him see. Kuat Alia, kuat.

“Awak…”

Automatik Alia senyum sumbing. Terasa membara hatinya mendengar perkataan tu. Dia memandang Nazmi. “Awak?” Dia mengajuk dengan nada datar dingin. “Awak?” Nadanya naik. Jantungnya juga berdegup kencang, menahan bara dalam hati.

What do you want, pranskter of Five Star?” Sinis senyumannya memandang Nazmi. Kemudian matanya turun pada helaian kertas yang berada dalam genggaman Nazmi. Dia senyum sumbing. “Buat apa tu?” Dagunya menunjuk ke arah kepingan kertas. “Nak tunjuk bukti yang kau plan dari awal tahun? Ke kau nak bawak pergi discuss dengan kawan-kawan kau?” Bola mata kembali pada Nazmi.

Nazmi terdiam. Betul lah apa dia jangka tadi. Dia menarik nafas sebelum melepaskannya perlahan. Dia menelan liur, payah mencari kata yang sesuai nak membetulkan keadaan. Dia memandang Alia. “Awak, saya boleh explain.” Suaranya masih tenang.

“Kau nak explain apa?!” Suara Alia bergema kuat dalam library tu. “Nak explain pasal plan kau dengan kawan-kawan kau tu? Plan bodoh kau tu? Plan yang korang buat dekat budak perempuan lain? Plan yang korang nak buat dekat aku?!”

Datangnya dia ke kelas Nazmi selepas habis waktu sekolah tu sebab nak ambil balik nota yang dipinjamkan. Kelasnya kosong dan Hanum membantunya menunjukkan tempat Nazmi. Dan niat tersebut membawa kepada satu perkara yang dia tidak terduga. Teringat kembali perbualannya dengan Hanum waktu dia di library.

“Waktu tu Form 1. Dorang bet siapa dapat buat Niza minat dekat salah sorang dari dorang, others will pay to that person. Budak-budak kan waktu tu.” Angkat bahu. “And after few months, lepas Nazmi couple dengan Niza tu, dorang memang reveal semuanya. Malu agaknya kena macam tu, Niza pun keluar dari sekolah.” Dia mengeluh. “Depan-depan Niza dorang tunjuk benda yang dorang buat research pasal Niza tu.” Hanum menggeleng. “Tak ramai pun tahu pasal tu. Hanum tahu pun sebab terdengar cikgu disiplin sembang masa tolong cikgu cop buku NILAM.“ Hanum merenung jauh mengingat kembali. “Latest case, last-year senior. Sama jugak cara dia. Dorang kan memang ada bakal nak jadi friendly dengan semua orang kan? So, dorang guna kelebihan dorang tu. Ingat dorang dah stop dah buat benda tu tapi still buat.” Dia menggeleng. “I thought akak pun antara mangsa dorang tapi nasib baik akak jadi tutor Nazmi je.” Suara Hanum.

Kemudian ingatan perbualan dengan Khai kembali di minda.

“Eh mana ada aku cerita apa-apa pasal kau. Aku just cakap kau memang pro pasal Maths. Segala prank kau mana aku cerita.” Suara Khairul. Jantung terasa terhenti seketika.

Dia mengingat kembali semua perbualannya.

“Betul ke awak punya kerja kes letak anak lipas dalam form box dekat pejabat?” Suara dia.

“Panjat tembok tu baik eh?” Nazmi sengih.

Dan apa yang dia jumpa dari ruang bawah meja Nazmi tu adalah segala maklumat pasal dia, segala kes prank dia, segala apa yang dia suka atau tidak, termasuk plan nak buat dia macam mangsa dulu. Perasaan dia waktu tu….

“Kau nak buat dekat aku sama macam kau buat dekat budak lain.” Pernyataan. Bukan pertanyaan. Dia memandang Nazmi. “Kau nak aku jadi macam Tini, try nak bunuh diri lepas dah malu dengan apa korang buat dekat dia? Nak buat macam Niza, sampai dia drop out? Nak buat macam Kak Zana, sampai SPM dia last year nak lingkup?” Mata Alia merah menahan marah. “Murah sangat ke aku dekat mata kau?” Nazmi pada waktu tu macam nak membuka kata namun Alia terus menyambung. “Apa salah aku dekat kau, Nazmi? Aku tak pernah kenal kau, kenal kawan-kawan kau, and korang buat aku macam ni. Apa dosa aku dekat kau?” Suaranya naik lagi namun terasa bergetar. Alia menelan liur menahan rasa.

“Awak…”

“Kau bet dengan kawan-kawan kau nak buat aku suka dekat kau sedangkan aku waktu tu, try nak fikir positif pasal kau, good things that I can gain from this bloody tutor! Apa salah aku Nazmi?!” Alia memotong suara Nazmi. Suara Alia makin naik namun dada makin terasa berat. Nafasnya terasa makin kurang. Dia berdehem seketika. Jangan nangis dekat sini, Alia.

“Awak…”

“Seronok sangat ke mainkan perasaan orang?” Alia menentang mata Nazmi. Nazmi memandang Alia sayu.

Please… dengar saya cakap.”

“Tinggi sangat ke maruah korang nak bet untuk something yang melibatkan maruah orang? Suka sangat ke tengok maruah orang lain kena pijak?” Dia menentang mata Nazmi. “Kau ingat aku ni apa nak buat macam tu?” Terasa maruahnya dipijak dengan manusia yang paling dia tak jangka buat dia macam tu. Apa salahnya pada mereka sampai dia dijadikan mangsa? Kenapa aku kena jumpa kau, Nazmi? Alia menarik nafas panjang menenangkan minda.

“Awak…”

Shut up!” Bergema suara Alia. Terkejut Nazmi memandang Alia. Kemudian Alia senyum sumbing. “That’s why you want to address me like that, isn’t it?” Berkaca matanya memandang Nazmi. “Kau nak aku jatuh hati dekat kau? Segala ayat kau bagi dekat aku tu memang skrip kau nak buat aku suka dekat kau, skrip sama macam kau cakap dekat budak perempuan lain before aku?" Matanya menentang Nazmi. "Come on, kau siapa nak buat aku macam tu?” Sinis suaranya.

“Alia…”

Alia memandang Nazmi. Dia menghela nafas panjang. “There are lots of ways to make you a legend, but being a stupid jerk like this is obviously not one of the way.” Dia senyum sumbing. “Kalau kau rasa benda ni kau boleh banggakan, benda yang kau boleh cerita dekat orang lain, kau memang takkan grow up.” Dia memandang Nazmi kosong. Hati terasa sakit memandang wajah tu.

“Awak…”

You really want to ruin my senior year,isn’t it?” Pecah suara Alia. Dia menelan liur. Air mata terasa boleh jatuh pada bila-bila masa.

Terasa hatinya disayat dengan suara Alia yang tertahan nak menangis tu. Nazmi merenung Alia sayu. “Awak, please…”

Laju tapak tangan Alia naik ke depan muka Nazmi. “Enough.” Suaranya kendur. Enough before I break into tears.I won’t do anything to you. Aku takkan balas dendam sebab semua tu sangat budak-budak, macam apa kau buat dekat aku.” Dia senyum sinis memandang wajah didepannya. Dia berdehem seketika. “Tapi kau kena ingat, sampai bila-bila aku takkan maafkan kau.” Beku nadanya seperti riak wajahnya. “Aku tak pernah kenal kau. Aku tak kenal kau dan aku takkan kenal kau.” Sepatah sepatah dia sebut. Matanya tepat merenung Nazmi.

Sepi seketika library tu. Nazmi dilihat seperti speechless.

Or it’s only his unfinished acting.

Seketika hanya pandangan mereka bertemu.

Alia menelan liur. Dadanya terasa berbuku. Dia menghela nafas sebelum mengambil alat tulis di meja. “Good luck with your Maths tomorrow.” Alia menyelak buku sebelum mengambil beberapa helaian kertas dan dihulur pada Nazmi. “This, is some of your research on me.” Dia ketawa sinis. Segala rekod disiplin dia yang tercatat dalam buku disiplin. Dengan cara apa mereka dapat rekod tu dia tak tahu, dan tak nak tahu. “In case you won’t come clean to me.” Dia senyum sumbing.

Nazmi merenung Alia penuh harap agar diberi peluang untuk penjelasan namun Alia hanya memandang kosong. Nazmi mengeluh. Dia memanjangkan tangan untuk mengambil kertas di tangan Alia sebelum kertas itu dilempar kuat ke muka Nazmi. 

Dan kakinya terus melangkah keluar ke library itu tanpa menoleh. Air matanya tumpah.

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie