Home Novel Komedi/Romantik Komedi Terakhir Yang Pertama
Terakhir Yang Pertama
Amora Alasie
24/5/2019 04:14:32
11,184
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 16

Poster 'Fear the Future No' tu dipandang kosong sebelum mendongak memandang manusia yang menghulur poster di depannya tu. Keningnya diangkat bertanya.

“Kau tahu siapa nak join tahun ni?”

“Siapa?”

“Five Star.”

Hehhh??

 

--------------------------

Dewan tu gamat dengan suara pelajar. Barisan Form 5 duduk di hadapan sebelum diikuti tingkatan lain. Di pentas dewan banner sebesar alam ‘Fear The Future No’ tergantung.

FearThe Future No - aktiviti sekolah untuk meraikan pelajar Form 5 sebelum musim SPM. Ramai pelajar tingkatan lain selalu join aktiviti tu. Hatta dia dulu pun pernah join. Seketika Alia termenung menunggu mulanya aktiviti tu.

“Saya join tau.” Suara Nazmi kedengaran.

“Hmm..” Alia tak angkat muka dari soalan structure of DNA.

“Awak…” Nazmi dah merengek. “Tau tak join apa ni?”

Alia mengangkat muka dengan wajah kerut. “Jangan kacau lah.” Susah tau tak soalan ni! Ke aku yang tak habis faham lagi chapter ni?

Nazmi dah mencebik. “Saya join FTFN tu…” Kecik suaranya. Merajuk.

Alia mengangkat muka sekali lagi. Namun tunduk balik bila dah ingat jawapan. Suara Nazmi macam dengar tak dengar.

Ish dia ni. Nazmi meletakkan kepala di meja beralas lengan. Dia memandang Alia.

“Saya perform untuk awak.”

Bola mata Alia naik. Bertemu dengan mata Nazmi. Dia sengih.

Alia angkat kening. “Serious?”

Alia sengih mengingat. Namun ditarik kembali sengihnya bila tersedar pelajar sorak apabila persembahan dimulakan. Betul lah dah gila aku ni. Dia menggeleng perlahan.

Persembahan demi persembahan dilakukan. Memang meriah. Macam-macam persembahan dilakukan. Malah persembahan rehearsal kawad wakil daerah di tengah dataran sekolah dan dilihat oleh semua sebelum berlawan tu pun dipersembahkan oleh pelajar tingkatan lain termasuk anak-anak buah Pandu Puterinya. Terharu sekejap Alia.

And now, for the last performance.” Suara emcee kedengaran. “We bring to you, The Twinkle Five Star!

Gamat sorakan dari penonton. Alia sendiri ketawa mendengar nama mereka. Twinkle? Macam nama persembahan tadika!

Muka-muka Five Star tersengih di atas pentas. Hatta Alia pun turut tersengih melihat mereka. Adik-adik juniornya yang tak habis lawaknya.  

Nazmi menapak ke arah mic. “Testing, testing. 1,2,3.” Dia sengih pada crowd.

Alia terlepas ketawa. Yang lain semua bersorak.

I dedicate this song to the person that change my perspective, and view on people.” Dia sengih memandang Alia. Crowd bersorak lagi.

Alia angkat kening. Perspektif apakah yang kau cakap ni, budak? Namun muzik pembukaan kedengaran menghapuskan persoalan di minda Alia.

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Amora Alasie