Home Novel Umum HANYUT
HANYUT
Husin Walker al-Rumi
18/9/2017 11:44:27
13,713
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 2

BAB 2: “HIDAYAH”

 

“Teet teet”, bunyi mekanikal mekanisma kunci kereta Toyota 86.

 

Seorang gadis berketurunan Cina menoleh ke belakang untuk memastikan tiga kelipan lampu kereta berona Shoujyouhi Red miliknya, tanda NEW777 telah selamat berkunci.

 

Gadis itu menyelak rambut mahogany brownnya. Jemarinya yang berhias kukunya merangkul kemas kunci. Disimpannya kunci di dalam tas tangan, sambil mengorak langkah menuju ke tangga berdekatan.

 

Kate menoleh kiri dan kanan. Dia berhenti sejenak. Matanya melirik ke setiap penjuru kawasan parkir yang separa gelap itu. Ditelitinya satu persatu setiap lorong yang kelihatan. Telinganya menjadi lebih bernyawa. Setiap titis air penghawa dingin yang tersejat di jaringan batangan paip telah terakam di mindanya. Bukan kerana takut diekori, tetapi hatinya ingin memastikan tiada individu yang dikenali berada berhampirannya. Gadis yang empunya nama sebenar Yùqīng bagai gazelle kelaparan yang tekun waspada memerhati tiada pemangsa di savanna.

 

Ketika sampai di anak tangga terbawah, dia berfikir sejenak. Apakah dia pasti ini langkah yang sesuai? Cetusan bibit-bibit keraguan dan ketidakpastian berbaur dengan rasa segan di kalbunya.

 

"Ah, what can go wrong? Aku cuma ingin melihat buku itu", getus hatinya.

 

"Tapi, apa kata mereka? Pakaian mu tidak semenggah. Skirt mu pendek. Baju mu kurang sopan. Mata siapa yang ingin kau jolok? Kuku… kukumu... berhias terang dengan pelbagai warna nail polish. Barangkali kau patut datang di hari yang lain", bicara mindanya.

 

"It's OK. I need that book. I need to see it. I want to hold it", balas hatinya.

 

Lalu dia mula menetapkan langkahnya. Satu persatu anak tangga diselusuri. Destinasi pilihannya nun di atas sana. Bangi Prima, dia pasti itu pilihan yang tepat. Tiada seorang pun kenalannya yang menetap di sekitar kawasan ini. Dia cuma pernah terdengar cetusan nama tempat ini dari bicara antara dua cleaners dari Indonesia di tempat kerjanya. Bicara santai tentang koleksi busana dan bahan bacaan. Genre yang tidak pernah dibaca Kate. Tanpa dia tahu, bicara itu mungkin telah membuka kotak pintu hatinya untuk penyucian.

 

Setibanya Kate di aras Ground Floor, matanya meliar lagi,menoleh kiri dan kanan. Pasti. Tiada batang tubuh yang kenal siapa dirinya. Segalanya kelihatan amat berbeza di sini. Gaya pemakaian dan ras majoriti pengunjung amat berkontra dengan tempat kebiasaannya. Tapi dia sedar, dia harus cuba keluar dari comfort zone, jika dia mahu mencuba sesuatu yang baru.

 

Tiba-tiba, dia dikejutkan oleh deringan telefon bimbitnya. Semakin lama, semakin kuat nada deringan dan vibration yang dirasa di pinggulnya. Mata-mata sekeliling mula memerhati ke arahnya. Ianya bagai menganggu rentak ketenangan tempat itu. Jantung Kate berdenyut kencang, bagai ingin meletup dibuatnya. Seluruh pembuluh darahnya bekerja lebih giat mengepam cecair ke mukanya. Semakin merah wajah Kate, semakin ligat tangannya menggeledah mencari telefon di dalam beg tangan.

 

Ish, mana pula telefon ni? Memalukan lah. Patutlah Aaron kata begku macam kantung Doraemon. Banyak sangat barang!”, getus hatinya.

 

Deringan terhenti. Ah,panggilan dari nombor +593 99 372 1781 lagi. Dia melihat waktu yang terpapar digajet miliknya. Jam 10 pagi waktu tempatan, Sabtu, 8 Mac 2014. Dia membuat congakan ringkas. Sangkanya, pemanggil itu mungkin membuat panggilan terakhir dari Ecuador untuk hari itu, sebelum masuk tidur. Dia membuat nota minda, dia akan call kembali lewat malam nanti. Tidak mahu menggangu insan di hujung talian yang berada 13 jam di belakang. Mungkin pada jam 10 malam ini. Ya, itu nanti bermakna 9 pagi di hujung talian di sana. Baginya, kalau ada kecemasan, pasti akan ada mesej yang dititipkan melalui emel atau mesej pesanan ringkas. Cuma dia berharap tidak akan ada pertelagahan lagi. Sudah kira-kira 3 tahun dia dipelawa untuk ke sana. Setiap pelawaan yang akan ditolak, menyebabkan timbulnya satu lagi pertelingkahan. Kemudian disusuli panggilan telefon untuk memujuk, sebelum the vicious cycle pelawa-tolak-gaduh-pujukan bermula kembali.

 

Tangannya dilurutkan kebawah, menarik skirtnya agar turun sedikit menghampiri lututnya. Dia memeriksa butang bajunya, dibutangnya sehingga ke atas blouse nya, dalam cubaan menggapai dan meningkatkan saki-baki kesopanan yang boleh dicapai dengan pakaiannya itu. Mindanya kembali ligat berputar, membantah. Barangkali dia patut pulang, dan datang kembali pada hari yang terkemudian. Hatinya berbolak-balik. Antara kehendak memilik buku itu, dan rasa canggung yang meruntun jiwa.

 

Dalam kegelisahan itu,bahunya ditepuk perlahan dari belakang. Seluruh tubuh Kate bergetar. Bukan takut. Cuma seperti ada aura yang lain. Secara spontan juga jasadnya berpusing, untuk melihat gerangan insan yang menepuk bahunya.

 

"Ya dik, cari apa?", sapa satu susuk tubuh yang diliputi jubah. Wajahnya tertutup disebalik niqab.

 

"Saya.. saya..saya..", tiada perkataan lain yang mampu keluar dari mulutnya. Lidahnyakelu seribu bahasa.

 

"Ya dik, bawabertenang. Awak ada kehilangan apa-apa? Awak mencari sesuatu?", dalampenuh kelembutan suara lunak kata-kata itu dituturkan dari belakang niqab. Walaupun seluruh tubuhnyatertutup, terpancar cahaya kasih dari mata susuk tubuh itu.

 

"Saya OK. Saya cuma ingin mencari...", Katemasih gugup. Dia umpama tidak terdaya untuk melahirkan hajatnya.

 

Matanya meliar melihatsekeliling. Dilihatnya terdapat pelbagai jenis barangan yang jarang dilihatnya.Kalau pernah pun dilihat, bukan dari jarak dekat. Barangkali terlihat ketikadia sedang menukar channel televisyen.Acapkali tertekan dan terlihat saluran 109 (TV al-Hijrah) ketika dia sebenarnyaingin memilih saluran 409. Tetapi kini, semua benda-benda asing itu jelas dimatanya. Rantai biji-biji manik yang umpama diikat bersama helaian rambut berwarna-warnimenari dibuai angin dari kipas yang ligat berputar di sisi sang peniaga.Kelihatan jua topi-topi berwarna putih, kain-kain pelbagai warna yang anggaranpanjangnya beberapa hasta, kayu berukir indah yang bersilang membentuk X,tikar-tikar bersulam indah dengan pelbagai tema dan corak (dengan sebuah kiubhitam di tengahnya). Entah mengapa, hatinya terasa terpanggil untuk memegangbenda-benda itu, walaupun dia tidak tahu nama mereka, apatah lagi caramenggunakannya.

 

Tiba-tiba dia melihatsebuah rak buku. Padanya terdapat beberapa buah buku, yang tetulangnya dihiasi pelbagaijenis tulisan yang tidak Kate ketahui. Ada yang bergulung-gulung gayatulisannya, tidak kurang juga yang berbentuk ala geometri. Yang pastinya, itubukan Bahasa Melayu. Arab, barangkali?

 

"Awak cari...buku?", soal si pemakai niqab.

 

"Ya... sayacari...". Kata-kata Kate terhenti. Matanya masih melilau mencari apa yangdikehendaki. Meski dia tidak pernah memegang dan mengecam wajah kitab itu,hatinya bagai berdansa gembira mendekati peluang untuk menghampiri kitab itu.

 

"Al-Quran?",tanya lanjut si pemakai niqab.Nadanya penuh keyakinan. Tanpa ada secebis keraguan. Umpama dia tahu isi hatigadis yang sedikit canggung di depannya.

 

"Be... be... betul!Untuk... untuk... untuk sahabat saya.. Ya, untuk sahabat saya, Khatijahnamanya!", bohong  Kate. Itu sahajanama yang muncul di kepalanya. Mungkin kerana jenama busana Muslimah itu sedangdalam perbincangan dengan agensi modellingnya.Jenama yang tengah galak mencari model untuk menembusi pasaran China.

 

"Oh.. cariAl-Quran..", angguk teman bicaranya. Dia berpaling sedikit, melihat ke raktersebut. Kipas dinding KDK berbilah putih di atas rak itu terus berputar.Hembusannya menggerakkan sedikit niqabnya.Lalu tangannya pantas memegangnya dari tersingkap.

 

"Nak cari jenis yangmacamana? Awak nak baca yang mana satu?", tanyanya lagi.

 

"Saya nak yangsenang dibaca. Yang ada terjemahan", jawab Kate. Tubuhnya yang tadi agaktegang, kini semakin rehat. Dia kini tidak lagi mengendahkan insan sekeliling.

 

"OK. Nak yang ada tajwid berwarna?",tanya insan berniqab. Nyatalah kini,dia adalah peniaga di kedai itu.

 

"Eh? Ada macam-macamjenis ke? Tajwig tu apa?", soal Katekehairanan. Setahunya, Cuma ada satu jenis al-Quran.

 

Kedengaran gelak kecil."Maafkan saya. Bukan tajwig,sahabatku. Tajwid. Tu cara membaca ayat suci al-Quran. Kalau baca dengan carayang tartil, cara yang betul, insya-Allahakan dapat pahala yang banyak", terang si peniaga.

 

"Oh", ujar Kate.Hatinya semakin risau. Dia terfikir, kalau salah cara membaca, bagaimana? Dimana pula dia nak belajar membaca.

 

"Jangan risau. Khatijahpasti suka jika dapat yang ada tajwid berwarna. Lebih-lebih lagi jika adaterjemahan", sambung si peniaga. Senyuman menguntum di sebalik tabir niqab.

 

"Eh.. bukan. Sayabukannya Khatijah. Nama saya Katerine. Panggil Kate atau Katie je",terangnya.

 

"Oh, Kate. Nama sayaAisyah. Saya pasti Khatijah akan suka hadiah ini", jawabnya. Tanggannyadihulurkan sebagai salam, tanda perkenalan.

 

Kate terus menjabattangan Aisyah. Sekali lagi dia terasa kelainan. Umpama ada renjatan elektrik.Tetapi tiada kesakitan. Cuma suatu arus yang memberikannya ketenangan. Kateterpana seketika.

 

"Kate nak lihat danbaca al-Quran?", soal Aisyah.

 

"Eh? Boleh ke? Sayatakut kalau pakaian saya tidak sesuai". Pipinya sedikit kemerahan. Segan.Dan takut.

 

"Boleh.. tapi biarlahberlapik. Adab dengan ayat suci. Kalamullah.Nah.. ambil ni", jawab Aisyah. Ditangannya dihulurkan sehelai kain yangpanjang.

 

Kate kaget. Dia tidaktahu apa yang patut dilakukannya. Apakah dia harus membungkus kakinya atauseluruh tubuhnya dengan kain tersebut?

 

"Kate, seharusnya,kita perlu menutup aurat dan bersuci apabila ingin memegang al-Quran", Aisyahmenyambung, setelah terlihat Kate yang umpama kaku.

 

"Oh", Kateterus membungkus badannya dengan kain tersebut diselubung badannya. Dibalutnya ketat-ketat.Fikirnya, mujurlah kain ini panjang, dapat dibalutnya badan dari kepala hinggake hujung kaki.

 

"Bukan..bukan", kata Aisyah.

 

"Oh. Saya kena tutupbadan dengan kain putih ke?", tanya Kate. Di mindanya terbayang imejsegerombolan adik-adik Melayu yang berjalan pulang dari masjid, imej yangsering dilihatnya di waktu malam di bulan puasa.

 

"Maksud kamu, kainkafan? Atau telekung?", soal Aisyah. Dia umpama sedang menahan ketawanya.Namun jauh di sudut Aisyah, dia kagum melihat ikhtiar Kate menghormati Kitabullah. Dia berasa Kate itu ialahKhatijah.

 

"Kate, kamu masihbernyawa. Kafan hanya untuk yang telah dimandikan untuk disolat dandikebumikan", sambung Aisyah.

 

"Kate, maksudku,caramu membungkus badan itu kurang sesuai. Kita menutup aurat. Di masa hidup,kita mesti menutup aurat, sebelum aurat kita ditutup rapi di liang lahad. Bukanseperti sebahagian Muslimah yang menutup urat dan membungkus aurat. Untuksekarang, cukup sekadar kamu sopan", terang Aisyah lagi.

 

Kate hanya mengangguk.Kain itu digayakannya umpama kain sarung, dan sebahagian bakinya untuk menutupidada dan rambutnya. Sekali pandang, saling tak tumpah seperti lelaki yangberihram.

 

"Wah, ada sahabatbaru", lantang kedengaran suara seorang lelaki dari arah belakang keduawanita itu.

 

Kate memusing badannyakebelakang untuk melihat. ‘Tudung’nya terjatuh, dan sebahagian atas dadanyaterlihat, bencana butang blouse yang terlepas.

 

"Astaghfirullah", kata lelaki itu.Dengan pantas dia menundukkan pandangannya ke lantai.

 

"Piap. Piap", terdengar bunyi Aisyah memukul bahu lelaki itu.

 

"Kate, maafkan saya.Ini adik saya, Rashid. Dia memang suka menyakat orang. Mungkin kenyang gamaknyabila menyakat", ujar Aisyah. Ada sedikit nada perli di situ.

 

Rashid kelihatantersipu-sipu. Dia memohon maaf. Namun matanya masih memandang ke lantai.

 

Kate hanya mamputersenyum. Namun dia masih pelik. Kenapa Rashid tidak memandangnya ketikaberbicara? Tidakkah itu agak kurang sopan? Lantas dilontarkan persoalan kepada Aisyah.

 

"Kate, adalahtanggungjawab kita sebagai wanita untuk melabuhkan pakaian, menutup dada danberpakaian sopan", terang Aisyah. "Tetapi, adalah tanggungjawab bagilelaki pula untuk menundukkan pandangan dan mengelak dari melihat perkara yang tidakelok", sambungnya.

 

Kate bagaikan tidak percaya apa yangdidengarnya. Padanya, dia lebih banyak mendengar tentang peri pentingnya wanitaMelayu menutup badan, berbanding tuntutan merendahkan pandangan bagi kaumlelakinya.  Satu perkara yang selalumenghangatkan jiwa dan menghauskan suara golongan yang bergelar feminisliberal.

 

"Tapi.... bukan kah orang lebihbising terhadap gadis Melayu yang seksi? Tak pernah pula dengar orang marahlelaki yang matanya segar meliar?", soalnya.

 

Aisyah tersenyum di sebalik niqabnya. Hatinya berbunga, Subhanallah, Maha Suci Allah, mungkininikah permulaan dakwah buat dirinya.

 

"Kate, sesungguhnya, kedua-duaperintah untuk lelaki dan wanita itu telah diatur bersama di dalam kitab suciini, dengan tuntutan bagi para lelaki mendahului tuntutan ke atas kita, kaumwanita”, ujar Aisyah. Dia berhenti seketika untuk memberi masa fakta itudihadam insan yang berdiri di hadapannya.

 

 “Lagipun, Kate, Melayu dan Islam itu duakategori yang berbeza. Melayu itu bangsa. Di tanah ini, ya, ianya saling terkaitdi dalam Perlembagaan dengan agama Islam. Namun, Islam itu universal, bukanmilik sesuatu kaum atau darjat atau bangsa", terang Aisyah. Sambungnyalagi, "Mahukah kamu kutunjukkan di mana ianya tercatit dalam kitabini?".

 

Kate hanya mengangguk. Entah mengapa,hatinya seakan amat bernafsu untuk melihat baris-baris ayat itu. Persis singakelaparan dihidangkan gazelle yangtercedera di savanna.

 

Aisyah melafazkan "Bismillahirrahmanirrahim", sambiljarinya membuka sehelai demi sehelai lembaran Al-Quran bersama tafsir dantajwid yang tadinya ingin dibaca oleh Kate. Aisyah menelaah beberapa helaian,sehingga jarinya terhenti di helaian ayat yang dicarinya. Dia mendongak danmerapatkan sedikit dirinya kepada Kate.

 

"Kate, kalau kamu lihat di sini,pada ayat ke-30 dan ke-31 surah an-Nur. Surah yang bererti cahaya, kelihatantuntutan-tuntutan tersebut. Dalam ayat ke-30, terjemahannya berbunyi:

 

Katakanlah(wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekatpandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatanmereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah AmatMendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

 

Kate mengangguk perlahan. Rashid yangtadinya sedang memanjat tangga untuk menyusun kitab-kitab yang baru tiba,berhenti sejenak. Aisyah meneruskan penerangannya "Dan pada ayatseterusnya pula, Allah berfirman yang maksudnya:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekatpandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatanmereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yangzahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengantudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuhmereka melainkan kepada suamimereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atauanak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagisaudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yangperempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau oranggaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepadaperempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yangtersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

 

"Sadaqallahul azhim", lafaz Aisyah seraya menutup kitab suci digenggamannya.

 

"Nah, jelas bukan, arahan untukgolongan lelaki tiba lebih awal dari untuk wanita". Kate mengangguk danterdiam.

 

Fikirannya mula celaru. Baginya, inisesuatu yang baru. Selama ini, setakat yang diketahuinya, agama asing iniibarat pilih kasih terhadap lelaki. Dalam hidupnya, dia acapkali mencemuh biladilihatnya para suami yang sedang berjalan dengan isteri yang lengkap bertutup,tetapi mata jantan-jantan itu masih liar memerhati wanita lain, lebih-lebihlagi pada yang freehair. Kinijelaslah padanya yang kedua jantina harus memainkan peranan masing-masing. Jikatiada mata liar yang ingin menjamah, pasti akan berkurang jua daging yang ingindipamerkan, dan begitulah sebaliknya. Konsep supply and demand, perkara asas dunia. Aduh, berapa salahnyasangkaanya.  Tanpa disedarinya,tanggapannya mulai melebur.

 

"Thanks, Aisyah. It was clear,dan very nice. Adil buat keduanya",bicara jujur Kate. Gadis berniqab dihadapannya cuma mengangguk lembut.

 

Kate semakin berahi untuk bertanya.Sembang bicara yang ringkas tadi membuatkannya semangat ingin tahu di jiwanyasemakin membara. Api yang hanya mampu dipadamkan dengan penjelasan yangberasaskan fakta dan didatangkan dengan berhemah.

 

“Aisyah, tadi, semasa kamu membukakitab tu, ada kelihatan pelbagai ragam tulisan. Yang di sisinya kutahu itudalam Bahasa Melayu. Yang di bahagian tengah, tulisan bergulung, bertitik yangberwarna di tengah-tengah itu pula?”, soal Kate. “Tulisan Arab?”, tekanya.

 

“Ya, sahabatku. Itu teks asal didalam Bahasa Arab”, jawabnya.

 

“Kamu boleh faham Bahasa Arab? Semuaorang Islam tahu bahasa itu?”, soal Kate kehairanan.

 

“Tidak. Sebab itu lah peri pentingnyateks itu dibaca sekali dengan tafsir dan terjemahan. Barulah lebih bererti apayang dibaca”, ujar Aisyah.

 

Aisyah tiba-tiba memegang siku Kate.Ditariknya perlahan, mempelawa tetamunya itu untuk memasuki kedainya. Kateakur. Satu persatu langkah disusun, menghapus jurang antara dirinya dengankedai itu.

“Silakan duduk, Kate”. Aisyahmemberikan sebuah kerusi kepadanya.

 

Kate melabuhkan punggungnya. Nyatalokasi baru ini lebih sesuai untuk berbicara. Jauh dari hingar-bingar bunyi compressor dan pam air-cond kedai sebelah yang tengah diservis. Bunyi dentuman paluanbesi memukul besi bisa membingitkan gegendang telinga. Lagipun, kini Kate danAisyah makin sedikit jauh dari mata-mata pembeli yang lalu-lalang di hadapankedai.

 

Gadis berketurunan Cina itu telahmelontar satu demi satu persoalan kepada Aisyah. Dengan penuh kesabaran dannada yang mesra, Aisyah menerangkan beza antara tafsir dan terjemahan.Diterangkan jua perbezaan mudah dalam memahami takwilan ayat-ayat muhkamat dan yang mutasyabihat. Kate mengangguk. Kini dia makin mengerti bahawa yangzahir bukanlah segalanya yang ada.

 

Aisyah seterusnya menerangkan pulamengapa naskah al-Quran yang dipegangnya ada pelbagai warna. Jelasnya, itusemua sebagai panduan kod-kod mengenal hukum tajwid, selain tanda waqaf dan ibtida’ untuk memulakan dan menghentikan bacaan. Perlahan-lahanAisyah menunjukkan sedikit perbezaan dalam baris-baris ayat yang berlainan darikitab suci yang dipegangnya. Sedikit demi sedikit, luntur ketakutan Kate untukmakin merapati kitab itu.

 

“Wah, kalau macam tu, semakin mudahla untuk membaca, kan?”, kata Kate gembira.

 

Aisyah mengangguk tanda setuju. Namunkatanya, malangnya ramai yang tak mahu membaca. Andai dibaca pun, bagai taksudi untuk mendalami terjemahan. Lebih gemar menghabiskan masa mengejar benda yangbelum pasti baik. Terlintas di hati Aisyah, kadang-kadang, mereka ini umpamapadi hendakkan dedak, bagai lelaki hendakkan gendak.

 

Astaghfirullahalazim”,Aisyah istighfar sendirian. dia takut hatinya sudah mula timbul riak. Riak tu sesuatuyang amat berbahaya, bagaikan panas setahun dihapus hujan sehari.

 

“Kalau begitu, mengapa naskah inimasih ada kalimah dalam bahasa Arab? Tidakkah terjemahan itu memadai?”, soalKate. menyentak Aisyah dari monolognya.

 

“Oh, itu kerana kalam yang asaladalah di dalam bahasa itu. Andainya si pembaca mengerti bahasa Arab, maksudnyalebih indah. Lagipun, khuatir jikalau hanya membaca terjemahan, takut adaapa-apa mesej di dalam bahasa asal yang kita akan terlepas pandang”, jelasnya.

 

“Kate, tahukah kamu, andai dibaca setiaphuruf, kita akan mendapat sepuluh kebaikan? Alangkah nikmatnya membaca al-Quran,petunjuk sepanjang zaman?”, uji Aisyah.

 

Kate bersetuju, katanya macammenarik, tapi bolehkah insan sepertinya membaca?

 

Huángtiānbù fù kǔxīn rén”, sahut Aisyah.

 

Kate kehairanan. Tidak dia mengertiwalau sepatah apa yang baru dituturkan si pemakai niqab. Tekanya itu mungkin pepatah Mandarin.

 

“Maaf, Aisyah. Saya ‘banana’. Biarpun saya berketurunan Cina,saya tidak tahu membaca atau berbahasa Mandarin”, terang si Kate.

“Oh, maafkan saya. Saya ingat kamumengerti”. Aisyah merapatkan tangannya, simbolik memohon maaf.

 

“Kate, apa yang saya ucapkan tadiialah pepatah lama yang jika diterjemah ke Bahasa Inggeris bererti, ‘Heaven won’t betray people who try theirbest’. Rasanya, itu menjawab persoalan kamu tadi”. Jawapannya membuatkanKate menoleh mengintai wajah Rashid. Dia ingin melihat samada jejaka itumemiliki wajah yang menampilkan campuran darah Cina. Apakah Aisyah itu Cina?Ah, ini bukan perkara pokok, fikirnya. Masih ada yang lebih penting untukditanya.

 

“Oh, begitu maksudnya. Kalau begitu,kenapa kita perlu bertaubat setiap kali kita membuat dosa? Bukankah kita akanselalu berbuat dosa? Tak bolehkah Tuhan mengampunkan kita dengan hanyamempercayai-Nya?”. Aisyah berdiam seketika. Soalan ini ada sedikit mempunyaiunsur ‘dosa warisan’, pegangan songsang kepercayaan yang tersesat.

 

“Kate, apakah kamu tidak pernahmencuci baju?”.

 

Ofcourse la pernah!”, jawabnya ringkas.

 

“Kenapa kamu mesti membasuhnya,sedangkan kamu pasti kita akan mengootorkannya, samada sengaja mahu pun tidak?”,Aisyah beranalogi. Jelas Aisyah lagi begitu juga manusia. Kita akan sentiasaberpeluang untuk hanyut dan mengotorkan jiwa, tapi tak bermaksud kita tidakperlu menyucikan diri.

 

“Apa yang penting, mesti ada niat danusaha untuk bersihkan diri. Wajib juga kita berazam untuk tidak lagi menjejakkekotoran lagi dengan sengaja”, saran Aisyah.

 

“Ingatlah, sesungguhnya sifatpenyayang Sang Pencipta jauh melebihi kemurkaannya”, sambungnya ringkas. Katediam. Umpama ada benda berat yang menerjah kotak mindanya.

 

Ada pembeli yang bersinggah ke kedai.Aisyah bangkit dan melayan. Orang itu hendak membeli rehal untuk anaknya, danquran beraudio utk dirinya. Katanya senang nak mengaji nanti.

 

Kate mencuri dengar perbualan. Didalam hatinya berputik harapan bahawa tidaklah terlalu sukar buatnya untukmempelajari kitab ini. Matanya memandang kembali ke rak di mana asal datangnyakitab itu tadi. Kate ternampak buku berjodol ‘Apa ertinya aku memeluk islam?".

 

Pantas dicapainya buku itu. Diatertarik dan mulai membaca. Sehelai demi sehelai dihadam jiwanya. Aisyah yangbaru selesai berurusniaga menjeling dari hujung mata dan tersenyum. Alhamdulillah.

 

Allahuakbar!Allahuakbar!”, telefon bimbit Aisyah berbunyi.

 

Aisyah mengeluarkan telefon darikocek jubahnya. Dia berdiam seketika. Selepas seruan itu berakhir, dia menadahtangannya sebelum disapu ke wajah. Kate kebingungan.

 

Alhamdulillah.Dah masuk waktu Zohor”, jelas Aisyah, seraya membuka sarung kaki dan kasutnya.Disarung selipar Jepun ke kakinya. Dia menoleh memandang Kate.

 

“Kate, kamu tengah rushing ke?”, soalnya ringkas.

 

“Tidak. Saya on leave hari ni. Kenapa ya?”, Kate memohon penjelasan dari gadisberniqab.

 

“Oh, saya ingin turut bersolatsebentar di surau. Di aras bawah. Kamu boleh stay di sini jika mahu”, jelas Aisyah.

 

“Em… Aisyah?”.

 

“Ya, Kate?”. Soalan Katememberhentikan seketika langkah Aisyah.

 

“Boleh… Boleh ke kalau I nak tengok sekali? I tak pernah masuk surau. If you don’t mind…”, kata Kate yangsedikit gugup.

 

“Boleh, apa salahnya?”. JawapanAisyah menggembirakannya.

 

“Sekejap ya..”, bicara Aisyah sambilmembuka laci meja di hadapannya. Tangannya mengeluarkan sehelai selendangberwarna peach. Aisyah terusmenggeledah laci itu. Tangannya bagai bingkas mencari sesuatu. Setelah beberapadetik, kedua tangannya muncul kembali bersama satu lipatan kain berwarna hitam.Disuakan pada Kate.

 

“Ini selendang buat kamu menutupramubutmu. Dan ini pula abaya, untukkamu sarungkan di luar”, terang Aisyah. Tangannya lembut memberi isyarat agarKate bangkit dari kerusi. Dengan penuh gemalai, Aisyah menanggal kain yang Kateguna untuk membaluti diri. Disarungkan abayamenutup skirt dan blouse milik Kate. Sopan. Menutup segala yang mampu menjolokmata lelaki ajnabi.

 

Sejurus selepas itu, Aisyah membukalipatan selendang. Persis gaya mak andam, Aisyah memakaikannya kepada temannyayang baru itu.

 

Aisyah tersenyum. Di pusingkan badanKate menghadap cermin panjang yang terdapat di kedainya. Sebagai peniagabarangan agama dan abaya, molekbenarlah kedudukan cermin yang memberi privasi untuk kaum Hawa.

 

Kate terpegun. Senyuman menguntum dibibirnya. Biar kelihatan amat berlainan, jiwanya terasa tenang. Matanya melihatke atas dan bawah memerhati penampilannya.

 

Tiba-tiba di lantunan cermin, Kateterlihat reaksi Rashid yang sedang terpaku dari kejauhan. Rashid tersedar dancepat-cepat mengalihkan pandangannya. Berbuat sibuk sedang menyusun pelbagai CDdan DVD ceramah di hadapannya. Namun, masih ketara, muka Rashid agak merahpadam. Telinganya kemerahan, bagai baru dipiat. Kate tersenyum.

 

Aisyah menarik tangan Kate. Katanyaperlu bersegera, takut-takut nanti jemaah sudah bermula di surau. Kate bertanyabolehkah dia membawa buku yang sedang dibeleknya tadi. Aisyah hanya mengangguk.

 

Kedua-duanya bergerak pantas menujuke syaf lif untuk turun ke tingkat bawah. Rashid yang melihat dari belakangbagai masih terpukau mereka langkah Kate yang kini sopan berselendang danmengenakan abaya. Entah kenapa,hatinya kini laksana telah terpaut dan dibawa pergi ke aras bawah.

 

Setibanya di surau, Aisyah membuka niqabnya untuk berwudhu. Kate terkesima.Tidak sedikit pun kelihatan darah Cina di wajah Aisyah. Apa yang lebihmemeranjatkannya, wajah Aisyah benar-benar cantik. Kalau diikutkan hati, jauh lebihcantik dari raka-rakan sekerja di agensi modellingnya.

 

Dia seperti ingin bertanya, namunditahan dirinya kerana mereka baharu sahaja berkenalan. Lebih-lebih lagi,Aisyah tengah sibuk bersiap untuk bersembahyang.

 

Kate bersandar di dinding surau. Dibukanyadan ditumpukan mata untuk cuba membaca buku di tangan. Terlalu banyak bendayang ingin dirujuk kepada Aisyah. Namun, sesekali, konsentrasinya terganggu dekpergerakan wanita-wanita yang memasuki ruang bergelar solat ini.

 

Gadis berbangsa Cina yangbaru pertamakali ke surau ini terkagum melihat semua yang hadir bergerak dalam pergerakanyg sama, umpama hati-hati mereka bersatu, diuntai rantaian yang ghaib.

 

Seusai solat, Aisyah mengambil tempatduduk di sebelah Kate. Tanpa membuang masa, Kate terus melontarkan soalankepadanya mengenai abaya.

 

“Kamu selesa memakainya?”, soalAisyah. Kate hanya mengangguk dan tersenyum.

 

Alhamdulillah…Selesa, kan? Kate, abaya ialahsejenis kain atau cloak yangdigunakan untuk menutup badan. Bagi wanita Muslimah, kami diperintahkan untukmenutup badan dari lelaki-lelaki asing yang bukan suami dan bukan ahli keluargaterdekat”, kata Aisyah.

 

“Maksudmu, ia tidak dipakai sepanjangmasa? Tidak di rumah?”, Tanya Kate. Wajahnya menunjukkan kesungguhan untuktahu. Benih hidayah semakin bercambah mekar.

 

Aisyah menerangkan bahawa di rumah,wanita boleh berhias. Lebih-lebih lagi di hadapan suami. Kate bagai tidakpercaya.

 

“Jadi, kat rumah, boleh seksi-seksi?Boleh pakai apa sahaja?”.

 

Aisyah mengangguk seraya tersenyum.Wajahnya yang indah semakin berseri.

 

“Boleh pakai mini skirt?”, Tanya Kate. Aisyah mengangguk.

 

Tanktop?”.Diangguk lagi.

 

Hotpants?”.Turut dijawab dengan anggukan. Mulut Kate ternganga.

 

“Boleh, pakai lah apa sahaja dirumah. Kalau kamu suka, suami pun suka, Allah akan redha”, jawab Aisyah.

 

“Jadi, you seksi lah di rumah? Tak rasa janggal depan suami?”, tanya Kate.

 

Aisyah tergelak besar.

 

“Saya belum bersuami. Tapi kalausudah nanti, jika itu apa yang kami mahukan, apa salahnya?”, kata Aisyah.

 

Youare very pretty, Aisyah! Even prettier than my Malay model friends!”,luahan kagum Kate.

 

Alhamdulillah.Terima kasih, Kate. Awak juga cantik”, puji Aisyah pula.

 

So,kenapa nak tutup-tutup? Tak rasa rugi ke? Thatis your right, kan? Everyone deservesto dress and look pretty. Baru lah moden”, soal Kate.

 

Iam modern. And this is my choice. Saya pilih untuk mengikut kehendak Allah.I am pretty in my own way”, tegas Aisyah.Kate terdiam. Dia mula terfikir, mungkinkah dia telah menyinggung hati Aisyah?

 

“Kecantikan ini pemberian-Nya. Sayahargainya dan cuma saya yang berhak untuk memilih untuk ditonjolkan kepadalelaki yang benar-benar mencintaiku. Bukan sesuatu yang menjadi tontonan umum. I am not cheap. I am exclusive. Jikalaulelaki itu menilaiku kerana wajah atau kulit yang kutonjolkan, bukankah itubererti aku membiarkan diri dirantai dunia hedonistik yang dimonopoli lelaki? Let him love me for who I am, how I think,how I behave, and not on how I dress or how much I reveal to him and to otherguys. Kalau dia suka sangat pakaian yang seksi tu, biarlah dia bercintadengan pakaian itu. Atau boleh sahaja dia sendiri memakainya!, ujar Aisyah dengan panjang lebar.Andai diberikan rostrum, pasti dia akan lebih bersemangat untuk berceramah.

 

Kate terdiam. Padanya, ada benarnyaapa yang dikatakan Aisyah. Sesuatu yang basicyang mampu meruntuhkan fantasi kebebasan yang ditampilkan dunia fesyen danhiburan.

 

“Lagipun, sekiranya menunjukkan kulititu dianggap moden, adakah binatang yang tidak berpakaian itu jauh lebih hebatdari manusia?”, sambungnya lagi.

 

Kate masih membisu. Melihatkan reaksisahabat baharunya itu, Aisyah minta maaf sekiranya sahabatnya terasa. Kate katatakpe. Dia OK. Cuma dia sedikit pelik kenapa rakan-rakannya, terutamanya model-modelberbangsa Melayu yang lain tidak pernah berkata begitu kepadanya. Aisyah cuma berdiam.

 

“Eh, jom lah naik ke atas, Kate. Dahlama sangat kita di sini. Kesian Rashid jaga kedai sorang-sorang”, kata Aisyah. Kate mengangguk dan bingkas bangkitdari duduknya.

 

“Lagipun, Rashid pun mesti nak solatjuga”, kata Kate. Aisyah cuma tersenyum.

 

Setibanya di kedai, Kate memberitahuAisyah yang dia ingin memiliki Al-Quran bertajwid tersebut. Dia juga inginmembeli buku di tangannya.

 

Aisyah menekan kekunci di mesinjualan. Dia hanya mengenakan caj bayaran utk naskah bertajwid.

 

“Buku tu free. Sebagai hadiah”.

 

“Eh, takpe ke? Nanti taukekedai tak marah?”, tanya Kate.

 

Rashid mencelah “Akak ni lah tauke!”. Jarinya menuding tepat kepadaAisyah. Walaupun wajahnya tersembunyi di sebalik niqab, Kate tahu Aisyah sedang tersenyum dan menjeling tajamadiknya.

 

Takpe.Insya-Allah OK. Since Kate dah hadiahkan al-Quran untuk sahabatmu Khatijah, izinkanpula saya hadiahkan buku ni untuk awak”.

 

“Eh, bagaimana pula dengan abaya dan selendang ni?”, tanya Kateseraya menunjuk kepada pakaian di badannya.

 

Takpe,insya-Allah, kemudian-kemudian awakboleh pulangkan. Kate kelihatan sopan dan selesa memakainya”, jawabnya ringkas.Aisyah menyelitkan business cardnyake dalam bungkusan plastik pembelian itu.

 

“Jangan lupa sampaikan salam saya padaKhatijah, ya?”, pesan Aisyah. “Saya harap suatu hari nanti dapat saya berjumpa Khatijahin person”.

 

Kate tersenyum. Dia melambaikantangannya dan mengorak langkah menuju ke anak tangga.

 

Selepas Kate menuruni beberapa anaktangga, Aisyah menadah tangannya dan berdoa “Wahai Tuhan kami, berikanlah yangterbaik unuk sahabat-sahabat kami yang tidak memusuhi agama-Mu. Permudahkanlahurusan mereka dalam mengenal-Mu, dan percepatkanlah perjalanan mereka untukmendapat redha-Mu. Sesungguhnya segala hidayah dan petunjuk itu hanyalahdari-Mu”.

 

Amin..Amin… Ya Rabal Alamin..”, kedengaran suaran Rashid bersungguh-sungguhmengaminkan doanya. Aisyah berpaling melihat adiknya.Rashid cuma tesenyum malu-malukucing.

 

Kate menekan punat melepaskanmekanisma kunci kereta Toyota 86 miliknya.

 

Teet”,akur dan patuh.

 

Enjin kereta dihidupkandan pintu dikunci semula.

 

Kate meletakkan pembeliandan bungkusan hadiah itu di tempat duduk penumpang di sebelah. Diambilnya kadmilik Aisyah. Ditatapnya lama. Dia tersenyum. Kad itu disisipkan ke ruangankhas di dalam dompetnya.

 

Kate membetulkan duduknya dan cermin pandangbelakangnya. Dia memerhati seketika penampilannya. Anggun. Sopan. Sesuai benarjika dipakainya esok untuk singgah buat pertama kali di kampong halamankekasihnya, Aaron.
Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Husin Walker al-Rumi