Home Novel Umum HANYUT
HANYUT
Husin Walker al-Rumi
18/9/2017 11:44:27
13,714
Kategori: Novel
Genre: Umum
Bab 1

BAB 1: “INTEROGASI”

 

Jam 9:11 pagi (UTC+06:30), Jumaat, 2 Disember 2016, biliksoalsiasat, Pulau Panjang (West Island).

 

"I have to ask you again. Are you Aaron Lim?Or are you Haron bin Abdul Halim? Why did you kill that Jew?”, soal DavidGorge mengenai identiti insan di hadapannya.

 

Sepi. Tiada sebutir punjawapan yang kedapatan.

 

Who else assisted you? Why did you hate Mukhayriq so much?”,sambungnya lagi. David benar-benar ingin tahu hubungan antara suspek dan simati. “Answer me!".

 

Masih lagi sepi. Lontaransoalan bertalu-talu itu bagai mengail kucing hanyut. Sia-sia. Mungkin lebihbaik jika ianya ditanya pada dinding atau gaung. Walau sekalipun tidak mendapatjawapan, sekurangnya gema akan berpantul kembali.

 

"How did you get here, and who are youactually?", soal pegawai polis tersebut. Kali ini dia menyoal caraketibaan suspek ke pulau itu pula. Barangkali dari jawapan itu, dia akan dapatmendeduksi identiti sebenar insan ini.

 

Dia memakai sarung tangangetahnya dan membuka sebuah peti berkunci berlabel "Evidence Box".Dengan gaya persis mengendalikan bahan berbahaya, dia berhati-hati mengeluarkandari dalamnya sebilah kunci bertalikan keychaincip casino The Venetian Macao.Terukir di untaian keychain suatumesej yang terhasil secara laserengraving "Go for the kill, Aaron. Sky'sthe starting block". David kemudiannya mengeluarkan pula sebuah surahYaasin (berserta terjemahan) yang dibungkus rapi di dalam dua beg plastikberasingan.

 

Bahan-bahan yang berlabel'Evi#1 (No ID Mar14-01)' dan 'Evi #2 (No ID Mar2014-02)'diletakkan di tengah-tengah meja di antara mereka bertiga.

 

Sarung tangan ditanggalkandari tempatnya. Lelaki sasa itu kemudiannya bangkit untuk entah yang keberapakalinya, dan mengeluarkan sekotak rokok dari poket kanan seluarnya.

 

Sekotak rokok jenama"Escort" dikeluarkan. Dinyalakan dengan pemetik api besi. Zippobarangkali. Puing-puing api tembakau dari rokoknya yang separa ternyala jatuhke susunan fail putih yang terletak di bawah lengan kirinya. Pantas Davidmengibas, menghembus dan membersihkan fail itu dengan tangannya. Dari gayanyaitu, ternyata fail itu bungkusan yang amat penting. Umpama jauh lebih pentingdari bahan-bahan yang baru sahaja usai dikeluarkan dari kotak sebelumnya.

 

Ron, lelaki yang tengahdisoalsiasat masih berdiam diri. Riak wajahnya yang bersahaja mencetuskan bibittidakpuas hati di jiwa David. Rasa seperti mahu sahaja digaharnya kepala orangyang disoalsiasat itu ke dinding di belakangnya. Mungkin dengan cara begitubaru akan terungkai segala rahsia. Jika sekiranya dia berbuat demikian, secaraharfiahnya, biar tidak pecah rahsia di mulut, tetapi pasti mulut yang akanpecah.

 

Ron kelihatan lebihtertarik tentang bungkusan rokok itu yang julung-julung kali dilihatnya. Diabagaikan lebih fokus dan kehairanan tentang jenama rokok itu. Matanya melirikmeneliti bungkusan itu, perhatiannya mendalam ke setiap lekuk dan timbul setiaphuruf di bungkusan itu. Lagaknya tak ubah seperti pekerja di lapangan Quality Control kilang percetakan.

 

Suasana kembali hening.Bunyi bilahan kipas siling menjadi satu-satunya bunyi yang kedengaran,diselang-seli dengan dengusan nafas David yang kedengaran semakin kuat, agakkepanasan. Barangkali, hembusan angin tropika yang memberikan tanda awal musimmonsun dari luar tingkap bilik soalsiasat tidak begitu membantu baginya. Diayang bukannya orang tempatan di atollmemang kurang selesa dengan cuaca di sini. Kulitnya kemerahan bagai udang yangdigoreng. Nyata krim pelindung kulit SPF15 masih tidak mencukupi baginya. Kemejanya terlekat di belakang badannya.Kuyup dengan peluh, tidak jauh bezanya dengan himpunan titisan peluh yang bagaitersangkut di antara rimbunan bulu di tangannya.

 

"Hey, didn't you hear what I said, mate? Whoare you, and what are these? Did you have any connection to the missingairplane?", bentak David. Kali ni soalannya terkait pula denganpenerbangan yang hilang. Jari telunjuknya menuding tepat ke Evi#1 (No ID Mar14-01). Kata-kata yang tertancap mengenai ‘going for the kill’ tidak lagi mampudipandang enteng dalam kes sebegini.

 

Matanya bingkas liarmelontarkan pandangan ke seorang lagi lelaki berkulit putih yang berada dibilik yang sama.

 

Tangannya yang kininyabebas dari memegang rokok digumpalkan menjadi sebuah peninju yang padu. Davidsemakin hilang sabar. Dengan sekali hayunan menghunjam laksana sang petinju,meja soalsiasat digegarkan. Ron tersentak. Matanya tertumpu pada genggamantangan di hadapan. Besar. Andai singgah di pipinya, pasti mewujudkan perpisahanyang terpaksa dengan beberapa batang giginya.

 

OK, Ron. Let me ask you once more from the beginning”, ujar Davidseraya menekan-nekan lipatan jarinya. Kedengaran bunyi letupan urat-urat yangtadinya berselirat.

 

We have you, a tattoed guy here on this island. But you somehow seemedto be involved in this murder. This homicide which might be religious in nature”,ujar David, memberikan latarbelakang kes pembunuhan yang baru berlaku. Diaumpama ingin memberikan pendedahan secara crashcourse kepada si suspek yang bercacah badannya itu.

 

So, do pray tell, help me here, or else I swear to God that I will haveto report the first incident of a triad member joining force with a religiousextremist group!”, sambung David serius.

 

But that’s not plausible. It is indeed possible but highly not probable”,sanggah David sendiri. Entah mengapa, bicaranya beritma, bagai sedikit terkesankisah klasik proses penyiasatan detektif unggul di era Victoria. Mungkin suarakecil di sudut hatinya tengah membantah keras cubaan separa tidak waras untukmenghubungkan dua kelompok manusia yang amat berlainan sifatnya. Mana mungkinkongsi gelap bersahabat dengan pengganas agama?

 

Ron masih diam. Diamendongak, matanya bertentang terus dengan mata David, pegawai polis yangsedang menyiasat. Tiada sedikit pun riak angkuh di wajah Ron. Namun, dia masihkelihatan enggan membuka mulutnya. Dia tampak seperti terbungkam dek fikiranyang selirat bercelaru.

 

“Ron, what else do you know about Ash? And what of Pak Bakti?Are they related with the explosion?”, soal David. Nadanya kembali lebih tenang. Dia benar-benarperlu mencari klu dalam pembunuhan dan kejadian letupan di kepulauan ini.

 

“Was the bomb made or given by your foreign contacts inFrance, Canada or perhaps, from The States?”. Terkebil-kebil mata Ron mendengar soalan itu. Ligatotaknya berfikir. Malaun mana pula dari Eropah dan Amerika Utara ni? Ah,semakin kusut kepalanya. Denyutan semakin kencang, bagai ingin sahaja dihentakkankepalanya agar kembali tenang. Dia cuba menenangkan diri, cuba untuk menghadamsemua kalimah yang dilontarkan.

 

“Or was it from the team at Corn Islands, in Nicaragua?”.David menarik nafas panjang. Diisinya peparu dengan sebanyak mungkinoksigen. Pengharapan moga-moga dapat mengurangkan tekanan darah yang makintinggi memuncak.

 

Ron masih membisu. Cumakini terpapar sedikit di wajahnya riak keliru. Confuse barangkali tentang tempat-tempat yang baru disebutkan siDavid? Tapi bagi si penyoal, adalah mustahil Ron tidak mengetahui ataumengenali sesiapa dari lokasi-lokasi tersebut. Dia yakin pasti ada kaitan.Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?

 

"Ron, kamu bisafaham apa yang dibicarakan, bukan?", celah Detektif Frank secaratiba-tiba.

 

Ron masih berdiam diri.Tidak mengangguk, namun tiada pula dia menggeleng.

 

David mengambil dualangkah dan mendekati Ron. Susuk badannya bagaikan ingin menzahirkan sedikitkekerasan. Dia tak percaya tak mungkin benak minda Ron mengambil masa yangketerlaluan untuk mencerna soalan-soalannya. Langkahnya terhenti apabilaDetektif Frank memberi isyarat dengan tangannya agar David kembali duduk.

 

"Ron, the guy that we have with us here is avery important gentleman. David is a special officer flown here from themainland to assist us. Jangan takut, dia cuma ingin membantu", sambungDetektif Frank.

 

Ron mengangguk perlahan.

 

"Saya faham. I do understand, Mr David", ringkasbicaranya. Suaranya yang serak basah yang terpacul bagaikan irama terindah bagiDavid Gorge.

 

Detektif Frank tersenyum.Kini giliran dia pula memenuhi ruang bilik soalsiasat dengan asap rokoknya.

 

Kretek. Sempoernaberkotak hijau dinyalakan Detektif itu dengan mancisnya. Sebatang rokok yangmasih belum dinyalakan disua kepada Ron. Kotak itu masih hampir penuh, 13batang racun berdaftar bergolek di dalam kotak, menanti untuk dinyalakan.

 

Ron menolak denganlembut. Dari gayanya, dia nekad, merokok bukan lagi untuknya. Ron kini mengertiapa hukumnya menghisap bahan itu, setelah dia mendengar penjelasan Pak Baktitempohari. Tangan kanannya diangkat sedikit untuk menunjukkan isyarat diaberterima kasih dengan tawaran rokok percuma itu.

 

"Bantu kami agarkami dapat membantu kamu. We need yourassistance here, buddy", pujuk Detektif Frank.

 

Kepulan hembusan asapkretek terapung di antara tiga lelaki yang sedang berada di tiga penjuru mejaberbentuk segiempat sama. Tirai semulajadi itu berawangan, membawa bersamanyaaroma cengkih keseluruh penjuru bilik berukuran sederhana itu. Suatu aroma yangmungkin lebih natural di bahagianpelosok dunia ini. Rona warna dinding yang kebiruan itu menjadikan asap itukelihatan lebih gelap dari yang sepatutnya.

 

Detektif Frank mengibaskepulan itu dengan failnya, umpama ingin menghilangkan kekeliruan yang wujudantara tiga pihak yang berlainan. Atau dia mungkin dia kurang gemar dengan bausebegitu.

 

Suasana kembali hening.Ron membetulkan posisi duduknya di atas kerusi kayu. Kusyennya yang lembuttidak bergerak, terlekat ketat di badan kayunya. Lembut dan selesa, tetapikeras dan tegas, simbolik gaya pengurusan polis di kepulauan tropika milikAustralia itu. Namun dia masih berdiam.

 

* * *

Tidak jauh dari bilikinterogasi itu, seorang pak tua kelihatan serius menunggu di meja soalsiasat. Mejabesi memantulkan cahaya lampu yang menerangi bilik. Baju berwarna jingga yangdipakai bagaikan sedondon dengan sejadah yang terlipat di pehanya. Itulah warnayang dipakai Pak Bakti sejak lokap reman menjadi rumahnya. Dia ditahan bagimembantu siasatan kes pembunuhan insan yang amat dikenalinya.

 

Tiba-tiba kedengaranbunyi engsel besi mengeruak. Karat yang memenuhi ruang antara besi yangbersentuhan umpama memberi maklum jarangnya lokap reman digunakan. Biasalah, diatoll yang berpenghuni kurang dariseribu orang, memang amat rendah kadar jenayahnya.

 

Pak Bakti menoleh kebelakang. Dilihatnya seorang lelaki berkulit sawo matang melangkah masuk. Ditangannya kelihatan suatu fail yang agak berisi. Pasti terdapat dokumen pentingdi dalamnya.

 

Assalamualaikum. Apa khabar, Pak Bakti?”, sapa lembut pembawadokumen itu.

 

Waalaikumussalam. Alhamdulillahsihat”, jawapnya ringkas.

 

Lelaki tadi mengukirsenyuman. “Berapa jumlah hari ni? Dua belas, seperti biasa?”, soalnya.

 

Pak Bakti menganggukperlahan. Tersenyum seraya berkata “Alhamdulillah,dua belas rakaat, macam biasa”. Tangannya diangkat dan disuakan sejadah yangtelah dilipat kepada si pembawa dokumen.

 

Insya-Allah, dua belas rakaat solat Dhuha itu akan melengkapibagiku semua yang kuperlukan untuk hari ini”, sambung pak tua.

 

Terukir senyuman yanglebih lebar di wajah si pembawa dokumen. Aksinya persis dia mengetahui suaturahsia yang belum diketahui pak tua. Rahsia yang akan dibongkar tidak lamalagi.

 

Engsel besi lokap remanberteriak lagi. Pak Bakti menoleh. Kali ini, kelihatan seorang gadis berkulitputih melangkah masuk. Gadis tinggi lampai ini memberi sedikit tunduk hormatpada si tua sebelum mengambil tempat duduk di kerusi bersebelahan pembawadokumen.

 

Si gadis menolak lembutrambutnya yang menutupi sebahagian mata kirinya. Diselitkan rambut berwana blonde di sebalik telinga. Wajahnya yangindah terserlah. Biar pun gadis itu mengenakan busana uniform polis tempatan,kelembutan riak mukanya masih memancar mengatasi ketegasan yang cuba ditampilkan.

 

Gadis itu mengambildokumen yang dibawa lelaki di sebelah. Dikeluarkan sebatang pena dari kocekkiri uniform. Dia meletakkan pena di atas fail yang masih belum dibuka, danditolak lembut menghampiri Pak Bakti.

 

“Jika kamu ingin akumembuat satu false declaration, akutidak mahu!”, bentak keras si tua.

 

Dia mengangkat wajahnya,dan ditenungnya wajah dua insan di hadapannya. Ternyata si gadis dan lelakipembawa dokumen di hadapannya cuma tersenyum. Minda si tua sedikit kehairanan.Mungkin dia menyangka reaksi yang lebih keras dari mereka.

 

“Pak Bakti, kenapa kamutidak mahu membuat satu declaration?Tiada siapa yang akan tahu. Bukankah itu akan resolve perkara ini dengan lebih pantas? Much quicker?”, soal si gadis. Telo sebutannya memberi gambaran bahawawalaupun bahasa Melayu bukan bahasa ibundanya, namun gadis itu tetap gigih melatihdiri menggunakannya. Tuntutan kerja, barangkali?

 

“Mana mungkin aku membuatkenyataan? Lebih-lebih lagi jika ianya suatu yang palsu?”, balasnya.

 

But, nobody will know. Pak Bakti insan yang paling disanjungipenduduk atoll ini”, bantah si gadis.

 

“Mana mungkin akumengatakan sesuatu yang tidak pernah dilihat mataku? Mana mungkin akumelaporkan sesuatu yangtidak pernah didengari telingaku?”, tegas si tua.

 

Kini giliran si lelakipembawa dokumen pula bersuara. “Tapi, Pak Bakti, ianya boleh memudahkan urusanPak Bakti. Kami yakin Pak Bakti tidak bersalah. Cuma…”.

 

“Berhenti!”. Merah padamwajah si tua menahan ketidaksetujuannya.

 

“Andai sekalipun aku dianugerahkanseluruh dunia, tidak akan aku berbuat begitu, insya-Allah. Segala pancainderaini cuma pinjaman dari Yang Maha Esa. Aku cuma pemegang amanah”, sambungnyalagi.

 

Si tua mengangkattangannya. Dituding pada mulut seraya bertanya, ”Kamu rasa, di kemudian harikelak, bilamana mulut ini terkunci, dan tubuh badanku pula yang menjadi saksi,siapa pula yg akan membelaku?”.

 

Kedua gadis dan lelaki dihadapannya terkedu.

 

“Biar terpenjara didunia, asal selamat di sana”. Wajah si tua serius. Dia mengalihkan pandangan kejendela kecil bergerigi besi yang membenarkan cahaya mentari pagi menyimbahiwajahnya. “Walau kau datangkan segunung emas, dan biar berat bahuku mendukungpaku pangkat dan darjat, segalanya tidak bermakna. Jika diraih sebagai habuanwalau untuk sesaat dengan memberi kesaksian palsu!”, sambungnya lagi.

 

Si tua mendiamkan diri. Diakhuatir anugerah kebebasan yang diraih dengan kesaiksian palsu itu kelakmenjadi bahan bakarnya di dunia yang kekal abadi.

 

Kedua-dua gadis danlelaki di hadapannya tersenyum dan mengangguk. Si lelaki bangkit dari kerusinyadan dengan perlahan dia mendekati Pak Bakti. Diurutnya bahu si tua. Gadis itupula menyuakan fail dan pena itu merapati si tua. Mereka bagai mengerti biarhati si tua membantah keras, jasadnya yang sudah berumur sudah keletihanmenginap di lokap reman. Siapa yang gemar tidur di tilam nipis, di kamar yangtiada berpenghadang, selain tabir besi sempadan dirinya dengan mata-mata asingyang memerhati?

 

Pak Bakti beristighfar.Dia mengeraskan nekadnya. Mulutnya kumat-kamit menzahirkan lafaz doa yangacapkali diucapkan di bibir dan dilintaskan di hati. "Wahai Tuhanku! Akulebih suka kepada penjara dari apa yang mereka ini ajak aku kepadanya. Dan jikaEngkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderungkepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkanilmunya".

 

Jelas kelihatan riaktegas di wajahnya, tidak akan sesekali dia menggadaikan pengharapannyasemata-mata dengan berdusta demi kesenangan sementara di dunia. Terpahat utuhdi jiwanya arahan serta larangan yang terakam rapi dek ayat-ayat suci di dalam ayatke-72 Surah ke-25. Begitu juga seperti yang terakam dalam ayat ke-30 surah yangke-22.

 

Mereka melihat apa yangdilakukan pak tua.

 

“Jangan risau, Pak Bakti.Ini bukan lah suatu false declaration.”,pujuk lelaki berkulit sawo matang.

 

It is true, Pak Bakti. Siasatan hampir tamat”, ujar si gadis pula.

 

Pak Bakti masih tidakingin mempercayai kata-kata itu. Ianya mungkin kalimah indah bersulam racun.

 

Don't worry, no one will be charged by you signing this document”,sambung si gadis.

 

“Betul, Pak Bakti. Tiadakena-mengena dengan lelaki yang badannya bercacah, mahu pun si jejaka berdarahkacukan yang telah menghilangkan diri”, jelas si lelaki pula. Tangannya telahberhenti mengusap bahu Pak Bakti.

 

Pak Bakti terkejut. Mindanyabagai tidak percaya. Apakah benar akhirnya kebenaran telah muncul tiba?

 

Pak Bakti menghulurtangannya merapati fail itu. Dengan perlahan kederat tuanya membuka failtersebut. Matanya membulat melihat isi kandungannya.

 

Kedua-dua lelaki dangadis yang menyinggahi lokap tahanan reman itu cuma tersenyum.

 

* * *

 

Tiba-tiba, perhatian tigalelaki penghuni bilik soalsiasat memandang menjauhi kepulan asap kretek. Bebolamata mereka beralih kepada seekor burung yang memasuki bilik itu dari pintuutama yang sememangnya dibiarkan terbuka oleh Detektif Frank. Ayam hutan, ataudikenali sebagai buff-banded railyang sememangnya endemik di kepulauan itu umpama mengerti dasar pintu terbukadan kejujuran Detektif Frank.

 

Selepas mematuk beberapakali di lantai, binatang yang berbulu kelabu dan jingga di dada mendongak kearah ketiga-tiga penghuni asal bilik itu. Matanya terkebil-kebil melihatmereka. Keempat makhluk di bilik itu terdiam. Untuk seketika, mereka semua terhanyutdalam kedamaian alam. Mata bertentang mata. Biar berlainan spesis, kesemuanyamengerti apa yang diimpikan hanya lah ketenangan dan kebebasan mengharungihidup masing-masing.

 

Dan ia pun melangkahkeluar. Seperti mana kedatangannya yang tidak dijemput, pemergiannya yang tidakdihalau itu juga tiada yang menyangka. Mendonan kepulauan itu meneruskanlangkahnya meneroka kawasan yang tiada canggung baginya.

 

Sejurus pemergiankunjungan tanpa diundang tetamu khas itu, pandangan kembali tertumpu kepadaRon. David mengambil tempat duduknya di sisi bertentangan dengan Ron.

 

Detektif Frank membukafail yang dibawanya. Kelihatan bendera kepulauan itu di luar buku notamiliknya. Bendera berlatarbelakangkan warna hijau, yang turut dihiasi denganlima bintang dan sebuah bulan sabit berwarna kuning, dan sebatang pohon kelapa.Tertera "Property of DetectiveFrank, Police of Cocos (Keeling) Islands". Tangannya bingkas mencapaipen yang senantiasa menjadi peneman rasmi di dadanya, selain buku nota itu.

 

Umpama ada sinergi antaratindakannya dan naluri Ron, lelaki yang disoalsiasat itu secara tiba-tibamemulakan bicara. Perlahan dia membuka mulutnya. Pantas David menghidupkan pitarakaman. Dia khuatir jikalau ada kalimah yang terucap yang mungkin akan perludirujuk di kemudian hari.

 

"Kisahnya bermula kira-kira dua tahun sembilanbulan yang lalu.."
Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Husin Walker al-Rumi