Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,351
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

            Rayyan mengambil tempat di barisanbelakang kelas. Apron di atas meja diikat kemas. Beg galasnya diletakkan dibawah meja. Sementara menunggu pelajar yang lain, Rayyan bermain-main dengantelefon bimbitnya. Menu telefon ditekan-tekan tanpa arah.

“Assalammualaikum and good evening class. Glad to seeyou all” suara Sarah memberi salam kepada kelas membuatkan Rayyan angkatkepala. Perhatiannya diarahkan ke hadapan. Sarah sedang menerangkan tentangresepi untuk hari ini. Setelah selesai memberi penerangan, semua pelajardiarahkan mengambil bahan-bahan diperlukan. Rayyan juga berjalan ke depan untukmengambil bahan. Sampai ke depan senyum paling manis diberikan kepada Sarah.Sarah membalas dengan jelingan maut. Rayyan sengih. Sarah jegil mata.      

Sarah berjalan dari meja ke meja melihat pelajarnyamengadun bahan. Sesekali dia berhenti apabila ada muridnya yang bertanya.Sampai di meja Rayyan, dia berlalu pantas. Tidak ada hati langsung untuk membantuRayyan yang semacam hilang arah.

“Padan muka. Tadi aniaya aku sangat kan” Sarahmengejek dalam hati.

Rayyan garu-garu kepala. Dia tahu Sarah tidak mahumenolongnya kerana peristiwa tadi. Walaupun penat membuat muka kesian tapitetap dipandang sepi oleh Sarah.

“Cik Sarah. Boleh ajar saya macamana nak guna oven ni?Dah lupa la..” Rayyan cuba bertanya. Sarah buat-buat tak dengar. Dia berlaluterus ke depan. Rayyan malu sendiri.

“Tu la. Nak gurau sangat. Padan muka kau!” Rayyanmemarahi diri sendiri.

Sarahsudah menyanyi sendiri. Gembira hatinya melihat Rayyan terkial-kial.

“Tubaru intro. Belum masuk isi lagi tu. Jaga kau!” Sarah bercakap sendiri. Puashatinya.

Tapitiba-tiba dia terhenti. Baru dia perasan. “Nama mamat ni siapa ek? Rasanya diabaru masuk minggu lepas.” Sarah bertanya sendiri. Rayyan sedang terkial-kialmengadun kek di belakang kelas direnung. Timbul rasa kasihan tetapi sakithatinya belum surut. Dia hanya senyum sinis.

            “ Bye cik Sarah.. Jumpa lagi” Sarahhanya senyum membalas pamitan pelajar-pelajarnya. Sarah segera mencapai alatanyang telah digunakan. Semuanya di bawa ke sinki untuk di basuh.

“Hi,Cik Sarah. Tak balik lagi? Nak saya teman ke?” Rayyan datang menawar diri.

Sarahbuat tidak peduli. Kerjanya diteruskan dengan tekun.

“Cik Sarah. Janganlah marah lagi. Tadi tu gurau je. Marah-marah nanti cepat tua.Sian saya dapat calon isteri tak berapa muda” Rayyan mengusik dengan harapanSarah terpujuk.

Sarahsudah jegil mata. Rayyan didepannya sudah dirasakan macam semut aje.

“Kau ni ape hal? Tak renti-renti nak sakitkan hati aku kenapa? Nak mampus ke?”

Tatasusilakesopanan Sarah sudah hilang. Mamat di depan matanya ini memang cari pasal.

“Eh,Janganlah marah. Kasar-kasar ni tak lawa la” Rayyan menjolok sarang tebuan.

“Ada aku kisah. Yang tak lawa muka aku bukan muka kau!” Suara Sarah sudah naikentah berapa oktaf.

“Amboi,merdunya suara. Panggil la saya Rayyan. Jangan la kau,kau dengan saya. Takbaik” Rayyan mencari pasal lagi.

Sarahsudah bulat mata. Penyapu di tepi sinki sudah dihayun. Rayyan dikejar laju.

“Ada aku tanya nama kau?! Kau blah sekarang sebelum penyapu aku bagi kat kau!”

Rayyansudah atur langkah seribu.

“Bye,byeCik Sarah. Jumpa lagi. Makkkkk, tolong!” Rayyan lari menyelamatkan diri.

Sarahmenutup pintu dengan kasar. Puas hatinya.

Setelahselesai mengemas, Sarah segera bersiap untuk pulang. Dia menyapa penyambuttetamu di kaunter.

“Hi, Kak Ana. Tak balik lagi?”

“Taklagi la Sarah. Akak kena tunggu cik Abang ambil. Sementara tu nak siapkan kerjani sikit ha” balas Kak Ana, kerani merangkap penyambut tetamu Akdemi MemasakFarisha Delight.

“Kak, nak tanya sikit boleh tak?” Sarah teringat untuk bertanya tentang mamatsengal aka Rayyan.

“Napedik?”

“Minggu lepas ada student baru daftar kelas saya kan? Nama dia siapa kak?” Sarahberhati-hati menyusun ayat takut Kak Ana tersalah sangka.

“Aah..Ada. Jap akak cek. Hem..nama dia Zahin Rayyan bin Iskandar. Kenapa tanya?Minat ke?”

KakAna mengusik.

“  Ish akak ni. Tanya aje sebab tadi baruperasan saya tak tahu nama dia. Ok lah kak. Balik dulu ya. Penat dah ni” Sarahsegera meminta diri mengelak dari diusik lagi.

“Ha, ye lah. Drive elok-elok. “ Sarah hanya tersenyum sambil berlalu pergi.

            Sampai di rumah Sarah terus mandidan solat maghrib. Perutnya lapar minta diisi. Dia segera menuju ke dapurmencari jika ada makanan namun di hampa. Peti aisnya kosong.

            “Aduh, lupa la nak beli barang. Nipasal mamat celepentes tadi tu la. Terus potong mood aku nak membeli belah.Perut dah lapar. Ishh…kalua ada la mamat ni depan aku dah lama aku cincang buatsup!” Sarah memgomel sendiri. Sakit hatinya belum hilang. Perutnya lapar. Sarahduduk termenung di meja dapur. Lamunannya dikejutkan dengan bunyi deringan laguPencuri dari Mark Adam dari telefon bimbitnya. Melihat nama Sabby diatersenyum.

            “Assalammualaikum cik tipah…” Sarahmenyapa Sabby sambil mengusik mesra.

            “ Uiks! Sejak bila pulak nama akuTipah. Tak kelas langsung. Bagi la Kim Kardaishan ke, Lady Gaga ke baru classgitu. Eh, anyway waalaikummussalam.” Kedengaran tawa Sabby di talian.

Sarahjuga ketawa. “Ha, ada apa call? “

            “ Amboi! Sejak bila nak call kaukena ada hal aje. Aku nak bertanya khabar pun tak boleh ke?” Sabby berjauhhati.

            “ Eh, takda la. Jangan la majuk..Taklawa!” Sarah memujuk sambil ketawa kecil.

            “Tau takut. Takda la…aku call nisebab mama suruh ajak kau tidur sini. Mama ada masak special hari ni. Uncle akuada datang bertandang. Kau datang ye?” Sabby bertanya penuh mengharap.

“Ala…penat la. Baru balik dari kelas ni. Kalau tak datang tak apa ke?” Sarahmenolak lembut. Dia segan sebenarnya. Budi dan kasih sayang keluarga Sabbytidak terbalas olehnya.

            “ Gedik! Datang jugak! Tak adaexcuse! Aku tunggu tau” Sabby terus meletakkan telefon.

Sarahhanya mengeleng melihat telefonnya. Sabby memang pantang kalau kehendaknya ditolakSarah. Semenjak Sabby sekeluarga mengetahui yang dia sebatang kara merekasekeluarga tidak pernah jemu menghulurkan bantuan dan kasih sayang. Sarah tahuSabby dan keluarganya tidak mengharapkan balasan tetapi dia malu. Dia takutorang sekeliling tersalah tafsir mengata dia mengambil kesempatan atas keluargaSabby yang memang terkenal di Malaysia. Sarah berfikir sejenak. Akhirnya diamembuat keputusan untuk ke rumah Sabby. Setelah mengemas sehelai dua pakaian diasegera keluar. Keretanya dipandu berhati-hati menuju ke rumah Sabby di Puchong.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac