Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,357
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3
salam...alhamdulillah akhirnya dapat upload bab baru...kita belanja bab lebih sikit....enjoy!


Begtangan jenama Tods kegemaran Sarah diletakkan di atas meja kerjanya. Sarahsampai ke pejabat agak awal hari ini. Masih ramai staf pejabat itu yang masihbelum sampai. Sarah menghidupkan komputernya sementara menunggu air di pantrymasak. Sarah menyemak diari untuk mengatur perjalanan tugasnya pada hari ini. “Hem , kena pergi field work la pulak ari ni. Dah la aku terlebih vogue arini…adui la” Sarah mengeluh sendiri. Mengutuk diri kerana terlupa tentang kerjaluarnya hari ini. Selalunya jika dia sudah menjadualkan untuk kerja luar, diahanya akan memakai t-shirt dan jenas sahaja. Tapi akibat termakan semut semalamdia terlupa langsung tentang agendanya hari ini. Dia memandang kasut tumittinggi Sembonianya dan seluar palazzo hitamya.Dah la tudungnya pun terlebihlilitnya hari ini. Kalah Hana Tajima! “ Nasib kau la hari ni seluar…kita kenapergi site ambil sampel ye..jangan marah kalau terkotor..” Sarah bercakapdengan seluarnya seperti seluarnya itu akan membalas.

“Woi, Mica! Kau dah gila ke sewel? Cakap sorang-sorang ni..” Sabby yang barusampai menyapa Sarah yang sedang berbisik-bisik dengan seluarnya. Sarah bangun.

“CikSabby oi..Kau ni nama aje orang Islam. Dulu ustaz kau tak ajar eh..kalau nakmenyapa orang lain bagi salam bukan duk woi, woi je! “ Suara Sarah lantangmenyindir Sabby.

Sabbytersengih. “ Amboi, garangnya minah ni pagi ni? Kau period ke? Garang sangatni? Ke kau dah menopaus?” Sabby mengusik lagi. Senyumnya sudah melebar.

Sarahmenjeling. “ Amboi, mulut! Aku cantas dengan gunting karang baru tau. Akubukannya marah, tapi geram…” Sarah berjalan menuju ke pantry. Sabby mengekoridari belakang.

“Geram kenapa pulak? Aku rasa kat rumah kau duduk sorang-sorang. Kat sini tadipun aku tengok kau sorang-sorang jugak. Apa kes nak geram. Kau jangan tabiatsangat boleh tak?”

Sarahmencebik mendengar bebelan Sabby. Gelas di rak diambil dan dia mengambil airpanas untuk membuat milo.

“Ha, dah alang-alang buat air tu, buat la untuk aku sekali ye..” Sabby tanpasegan silu meminta Sarah membuatkan air untuknya. Sarah menjelirkan lidah.Sabby hanya ketawa kecil.

“Aku kena pergi ambil sampel kat sungai Tekala ni “ Sarah memberitahu sementaramereka menikmati sarapan. Sabby angkat kening.

“Abis kenapa? Kau baru berapa hari jadi RO kat sini? Biasa la kalau kena ambiksampel.” Sabby buat-buat tak paham.

Sarahmendengus. Air milo diteguk kasar. Sabby ketawa.

“Ala merajuk la tu. Ni mesti kes kau lupa kan. Tu sebab kau vogue bagai harini..” Sabby segera memujuk Sarah. Takut panjang pula rajuk Sarah nanti. Sarahkalau merajuk boleh buat telenovela. Susah dia nanti.

“Tu la pasal. Macam mana ni? Tak nak pergi boleh?” Sarah mengadu.

“Jangan nak gedik sangat boleh tak? Pegi je la..Kasut tu kau tukar la dengan seliparmemandu kau..Seluar tu bila sampai sana nanti kau angkat la tinggi-tinggi. Bagimonyet-monyet tu cuci mata sikit’ Sabby memberi jalan penyelesaian.

“Atuk kau! Aku tak kira. Kau ikut aku. Tak kuasa aku nak pergi sorang-sorang.”Sarah sudah angin satu badan.  Sabbysudah meledak tawanya.

            Apabila Sabby dan Sarah sampai keSungai Tekala jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Mereka terlambat keranaperlu menghadiri taklimat daripada bos mereka tentang kemasukan KetuaPenyelidik baru ke syarikat mereka.

            “ Adui la..beratnya beg ni. Kau taknak tolong aku ke Sabby?” Sarah membuat muka sepuluh sen. Sabby senyum kejamdan terus berlalu.

            “Ikut perjanjian, aku teman aje. Taka da dalam kontrak kata kena tolong apa-apa” Sabby keluar ayat yang buat Sarahrasa mahu membenamkan muka Sabby yang comel itu ke dalam sungai Tekala yangsejuk dan jernih itu. Sabby dijelingnya sekilas. Bibir diketap-ketap sampaimerah bibirnya.

            “Oooo…macam tu ye. Nanti kau. Adahari aku balas nanti”. Sarah berjalan laju melintasi Sabby yang sedang berjalanseperti lagak pelancong tak pernah masuk hutan. Kagum sangat rupanya. Kagumdibuat-buat supaya tidak perlu menolong Sarah.

            Sampai di lokasi sesuai, Sarah terusmengeluarkan alatannnya daripada beg sampel. Penitis dan beberapa botol sampeldikeluarkan. Setelah selesai melabelkan botol sampel, tangannya lincahmengambil sampel air lalu dimasukkan ke dalam botol sampel. Setelah selesai diamenyimpan semula alatannya dan mula bergerak untuk ke kereta. Dia mencarikelibat Sabby. Dia pandang keliling.

            “Mana la pulak minah sengetni?..Monyet mana la pulak yang culik minah ni?” Sabby mengomel sendirian. Sarahmengatur langkah menuju ke kereta. Beg sampel yang boleh tahan beratnya itu dibimbitnyadengan berhati-hati. Pergerakannnya agak sukar kerana seluar palazzo danselipar flip flop yang dipakainya memang kurang sesuai untuk kerja lapangan.

            “Sarah, lepas ni buat reminder bila kenapergi field work. Dah macam orang gila dah ni pakai macam ni pergi buat kerja…”sambil berjalan Sarah membebel perlahan kepada dirinya sendiri. Sampai di pintugerbang Sungai Tekala, Sarah terhenti apabila melihat Sabby sedang enakmenikmati aiskrim bersama seorang makhluk sama spesies tetapi lain jantina. Merekaberdua bergelak ketawa seperti sudah kenal lama lagaknya. Sarah hairan sebabseingatnya makhluk itu tidak termasuk dalam senarai kawan Sabby yang dia kenal.Sarah mengatur langkah perlahan menuju kearah Sabby.

            “ Ha, Mica! Dah abis ambil sampel?Mari sini..” Sabby sudah menegur dahulu sebelum sempat Sarah merapati mereka.Sarah senyum.

            “Patut la tak jumpa. Jual minyak katsini rupanya. Laku ke minyaknya?” Sarah menyindir Sabby. Keningnya diangkatsebelah. Kalah Ziana Zain.

Sabbysengih. Tangan Sarah ditarik. “ Ala sentap la pulak. Ni aku kenalkan, EricChai. Dia datang sini buat research jugak tapi tak pasal air. Dia buat pasaltumbuhan yang ada kat sekitar kawasan sungai. Eric, ni Mica and Mica ni Eric”Sabby memperkenalkan mereka berdua.

Erichulur tangan, Sarah senyum. Eric segera faham dan menarik semula tangannya.

            “ Nice to meet you Mica. Nice name.Suit you well” Eric berbahasa.

Sarahpandang Sabby. Macam pernah dengar je ayat tu. Sabby sengih.

            “Thank you. Actually nama I Sarah.Call me Sarah.You ambil sampel juga ke kat sini?” Sarah cuba memulakanperbualan.

            “Tak. Hari ni tak ambil sampel. Barunak tinjau-tinjau kawasan. Nanti team I dah ready baru nak mula sampling.” Ericmenerangkan.

Sabbydan Sarah hanya angguk kepala. Jam ditangan dikerling sekilas.

            “ Sabby, jom gerak. Dah pukul 1 ni.Nanti lambat pulak kita. Aku nak run terus sample ni bila sampai. Sian aku kenastayback nanti” Sarah mengajak Sabby untuk segera pulang.

Sabbymengangguk. “ Ok ya Eric. See you later. We all nak balik dah. Hope to see youagain”

Sabbymeminta diri. Sarah hanya memandang sambil tersenyum. Dia dulu mengatur langkahmenuju ke kereta.

            “ Oo..ok. Hope to see later too.Take care and drive safe ya” Eric senyum. Sabby berjalan menuju kearah Sarahyang sudah menunggu di tepi kereta. Eric memandang Sarah. Wajah Sarah yanglembut dan ayu menarik minatnya. Namun dia tahu mana mungkin dia bolehmerancang langkah seterusnya. Pengalaman lalu menjadi guru yang palingberharga. Dia tidak mahu kecewa sekali lagi. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac