Home Novel Cinta KALA INI IZINKAN DIA...
KALA INI IZINKAN DIA...
purplelilac
3/10/2017 12:22:31
13,356
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6
bab akhir untuk hari ini...insha allah esok puan purple belanja lagi..enjoy!


“Yea,yea..Mica datang” Sabby segera menuju ke garaj kereta apabila melihatkereta Sarah memasuki pagar. Ibu dan bapanya serta pakciknya sekeluarga hanyatersenyum melihat gelagat Sabby yang memang manja.

            “Sabby dengan Mica  memang dah berkawan lama. Kami anggap Mica tumacam anak dara kami juga. Dia sebatang kara. Mak ayah  dah tak ada. Saudara mara pun tak ada. Ibudan bapanya anak tunggal.” Datin Farisha menerangkan kepada abang dan kakakipar serta anak saudaranya. Datuk Zaidhanya tersenyum mengangguk.

            “ Mama, papa. Mica datang ni” Sabbymenarik tangan Sarah. Sarah mengikut sahaja Sabby. Dia segan apabila melihatpakcik dan makcik Sabby yang sedang tersenyum memandangnya.

            “ Apa khabar mama, papa? Sihat?”Sarah menyalami Datin Farisha dan pada Dato’ Zaid dia hanya menunduk hormat.Makcik Sabby juga disalaminya. Dia tidak perasan ada sepasang lagi mata yangsedang asyik memandangnya tanpa suara.

            “ Mica aka Sarah ni kenalkan. Pak Long Iskandar, abang aunty dan ni wife dia Mak Long Maimun. Yang tu pulak anak dia,Zahin Rayyan.” Mendengar sahaja sebaris nama yang terakhir jantung Sarah sudahberdegup kencang. Perlahan-lahan dia berpaling sambil berdoa bersungguh-sungguhdi dalam hati.

            “ Jangan la mamat celepentes tu”sebaik Sarah berpaling matanya membulat, mulutnya terngaga. Rayyan Zahin sudahsenyum simpul menahan tawa. Mujur semua yang ada tidak perasan reaksi Sarah.Sarah sudah rasa nak menyorok bawah karpet!

            “Mama, Sabby bawak Mica pergi makandulu ya. Sian dia.” Suara Sabby menyelamatkan Sarah dari terus malu. Sarahsenyum dan segera mengangkat kaki menuju ke dapur.

HatiZahin Rayyan sudah bercambah-cambah bunganya.

“Hai, Mica aka Sarah. Kecik betul Malaysia ni ya. Kau anak angkat aunty Farisharupanya.” Zahin Rayyan mengosok-gosok dagunya. Otaknya berputar menyusunagenda.

            “ Sabby, aku tak pernah pun nampakpakcik kau ni? Dia orang tinggal kat mana?”

Sarahbertanya berhati-hati takut soalannya menjerat diri.

“Pakcik aku yang ni memang kau tak pernah jumpa. Sebelum ni dorang duduk katAustralia. Pakcik aku kerja kat sana lepas abis Master sampai la dia dapat Phd.Lepas tu bila dah tak kerja dia stay lagi sebab nak tunggu Rayyan habisbelajar. Rayyan tu tua setahun kita.” Sabby bercerita panjang lebar.

“Ooo..macam tu” Sarah hanya membalas ringkas.

            “Hi, jauh menung” Sarah pantasberpaling apabila mendengar suara itu menegurnya. Sarah hanya menjawab denganjelingan mautnya.

            “Amboi! Berpusing-pusing mata nakmenjeling. Jaga-jaga nanti terseliuh mata tu” Zahin Rayyan mengusik lagi.

Sarahmenjuihkan  bibir. Malas mahu melayanZahin Rayyan yang sedang tersengih bagai kerang busuk di tepinya.

            “Lama la pulak si Sabby ni berak.Berak batu ke apa?” Sarah membebel-bebel di dalam hati. Zahin Rayyan terus menempeldi sebelahnya. Sarah buat tak tahu.

“Ish,ish..sombongnya cik Mica aka Sarah  kita ni. Marahlagi ke pasal tadi?” Zahin Rayyan cuba memujuk. Sarah hanya diam. Zahin garukepala yang tidak gatal.

            “Malam ni suara tak ada ya? Diam ajedari tadi. Ke awak suka saya tu sebab malu sangat ni” Zahin Rayyan terusmemprovok, cuba membuat Sarah bersuara.

            “Perasan!” Sarah membuat muka.

ZahinRayyan ketawa besar melihat reaksi Sarah. “Ha, ada pun suara. Ingat dahterkesima sampai bisu tadi” Zahin Rayyan terus ketawa.

Sarahsegera bangun. Kain lap tangan di atas meja di campak ke muka Rayyan membuatkanRayyan terdiam. “ Amboi! Garangnya. Tak apa. Mula-mula marah nanti sayang la”Zahin Rayyan menyakitkan hati Sarah lagi. Sarah angkat tangan sebelah memberiisyarat “Boleh blah!”

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh purplelilac